BAB 38
Dua hari sudah berlalu, Hani masih tidak menghubungi
Aqram dengan jawapannya. Aqram juga
tidak menghubunginya, mungkin ingin memberi ruang untuk dia berfikir semahunya. Selesai menunai solat Isyak, Hani berbaring di atas katil sambil pandangan
memandang ke syiling. Dia sudah buntu memikirkan sama ada menerima lamaran
Aqram atau tidak. Jika menerima lamaran, adakah diri ini akan bahagia, tiada
lagi bayangan masa silam. Satu ketika dulu Hani juga pernah curiga dengan
Khasif kerana takut pilihannya salah hanya kerana Khasif berlainan bangsa, dan
dia terpaksa berpisah dengan keluarga
dengan mengikutnya pulang ke Afrika Selatan. Tetapi telah terbukti telahannya
salah, malah Khasif dapat membahagiakannya, walaupun tidak lama.
Kali ini pilihannya jauh berbeza, lelaki yang
sebangsa, malah duduk di tanah air sendiri. Tidak perlu pergi jauh. Apa lagi
yang menjadi masalahnya?
Perbincangannya bersama kedua-dua ibu bapanya petang
tadi memihak kepada Aqram. Kedua ibu bapanya bersetuju sekiranya Hani menerima
sahaja lamaran itu. Aqram nampak beriya-iya hendak menjadi sebahagian dari
keluarga Pak Tajuddin, tambahan pula tentu hati orang tua itu gembira, jika
Hani berkahwin dengan Aqram kerana Hani tidak perlu kembali ke Cape Town lagi.
Faktor ini yang menjadi faktor tunjung, Aqram menjadi pilihan mereka.
Hani juga telah memaklumkan ibu bapanya mengenai hajat
Puan Fatehah untuk berjumpa mereka hujung bulan nanti sebagai majlis merisik
dan seterusnya majlis bertunang sebelum Hani pulang ke Cape Town. Rancangan itu
amat dialu-alukan oleh pihak keluarga Hani. Bersyukur besar mereka.
Maafkan Hani, Khasif, rupanya kasih Hani kepada Khasif
tak sehebat mana, kecundang oleh lelaki yang bernama Aqram. Lelaki yang sudah
lebih dari separuh mengisi ruang hatinya. Menghilangkan wajah Khasif yang
perlahan-lahan juga dari ingatannya. Wajah yang hampir sama tetapi orang yang
berbeza. Adakah benar, Hani perlahan-lahan menerima Aqram sebagai Aqram atau
disebabkan iras rupa Aqram yang hampir seiras Khasif?
“Am, saya terima lamaran awak” keesokkan harinya Hani
hanya menghantar pesanan ringkas, pendek sahaja pesanannya. Tetapi penuh
bermakna bagi Aqram, jawapan yang ditunggu-tunggunya dengan debaran didada.
Hendak menalefon malu pulak rasanya, akhirnya dia membuat keputusan hanya
menghantar pesanan ringkas, seringkas ringkas yang boleh, janji messagenya
tepat sampai kepada Aqram.
Tersenyum simpul Aqram membaca pesanan tersebut.
“Alhamdullillah, jadi juga nampaknya rombongan kita ke
Melaka, hujung bulan ni ya Am?” tanya Puan Fatehah setelah Aqram memberitahu
persetujuan Hani menerimanya.
Berita penerimaan lamaran Aqram disampaikan juga
kepada Seina melalui e-mel. Sungguh, adik iparnya gembira dengan berita itu,
akhirnya bertemu juga lelaki yang boleh menggantikan abangnya di hati kakak ipar yang disayanginya. Walaupun Hani bukan lagi isteri abangnya, tetapi gelaran kakak ipar tidak pernah dibuang. Begitu juga Hani, Seina tetap adik iparnya.
***
Majlis merisik dan bertunang berlangsung serentak
dengan majlis yang sederhana pada hujung minggu mengikut rancangan yang
telah direncanakan. Keluarga Pak Tajuddin hanya memangggil keluarga terdekat dan
mengadakan kenduri doa selamat sahaja.
Hari tersebut, Hani hanya menyarung baju kurung moden
berwarna cream dengan sedikit labuci dan manik di dada, baju yang telah
dihadiahkan oleh Puan Fatehah. Dihantar
melalui pos laju. Sungguh prihatin bakal ibu mertua Hani ini.
Puan Fatehah sendiri yang menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis
bakal menantunya. Aqram ada ikut sama ke Melaka, tetapi terpaksa ditinggalkan
di bandar Melaka. Encik Mansor akan menjemputnya semula apabila majlis selesai
kelak.
“Ha! Am, dah selesai dah majlis, Hani sudah sah jadi
tunang Am sekarang ni. Cuma majlis nikah nak buat hujung bulan depan ke atau
nak tunggu Hani balik sekali lagi. Ma rasa elok kita buat nikah gantung dulu,
Am boleh ikut Hani balik Cape Town urus apa yang perlu, atau sekurang-kurangnya
boleh bantu Hani pindah balik Malaysia.” cadang Puan Fatehah sebaik sahaja
menjemput Aqram di KFC Melaka, dimana dia menghabiskan masa sepanjang majlis
berlangsung dengan debar didada.
“Pa pun setuju jugak cadangan Ma tu.., majlis kenduri dan
resepsi kita buat lepas Am sama Hani balik sini semula.., macammana?”
perbincangan anak beranak didalan kereta semasa perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur selepas majlis pertunangan.
Puan Fatihah ada sahaja idea, demi anak sulungnya.
“Kalau abang gi Cape Town Ain nak ikut boleh tak?” Ain menyampuk.
“Isshy budak ni.. mana boleh, mereka terus gi
honeymoon la tu..” semua tergelak, Aqram termalu dengan sindiran dan gurauan
keluarganya.
“Apa-apa pun kena bincang dengan Hani dulu, bagi Am,
boleh on aje…” dengan nada ceria tanda bersetuju dengan cadangan keluarganya,
seperti pucuk di cita ulam mendatang, sambil tersenyum sendiri, berangan
bagaimanalah agaknya hidup sebagai suami isteri bersama Hani kelak.
Aqram memang tidak terfikir untuk nikah gantung,
baginya nikah gantung ke atau tidak yang pasti Hani menjadi miliknya yang sah. Eh!
Tapi, adakah istilah nikah gantung dalam Islam? Mana ada? Tapi dia tetap
bersetuju. Tersenyum
sendiri, kalaulah Hani setuju dengan cadangan ini, alangkah beruntungnya dia.
Kereta Jeep Cherokee kepunyaan Encik Mansor yang di
pandu Aqram meluncur laju di lebuhraya plus menuju utara, pulang ke Kuala
Lumpur.
Mahu ke Hani menerima cadangan Puan Fatihah untuk
mereka bernikah gantung sebelum dia pulang ke Cape Town. Aqram kurang pasti,
hendak menunggu Hani menjawab sama ada menerima lamarannya tempoh haripun sudah
cukup mennyesakkan dadanya, ini kan pula untuk bernikah. Walaubagaimanpun cadangan
nikah gantung ini sangat-sangat menceriakan Aqram.
Hani memanjakan
dirinya bergolek di katil setelah selesai menunaikan solat Isyak. Lenguh segala
anggota badannya yang kecil molek itu. Mana tidaknya, lelah sungguh dia hari
ini. Sekurang-kurangnya sekarang ini dia boleh merehatkan dirinya, jika ingin
terus melelapkan matapun tidak mengapa, cuma terlalu awal pulak untuk tidur.
Mata tertancap ke meja sisi, jam loceng direnung..Ahh.. belum pun jam 9.00
malam. Hani mencapai telefonnya, jejari laju menekan punat-punat kecil, ingin
mengetahui jika ada pesanan ringkas atau panggilan yang tidak sempat di
jawabnya. Sedang leka meneliti skrin telefon, tiba-tiba telefonnya bergetar dan
membunyikan bunyi penerimaan pesanan ringkas. Terkejut juga dia, namun pesanan
ringkas yang baru beberapa saat tadi diterimanya, mampu menghilangkan
kepenatannya. Hani senyum segaris apabila
membaca, walaupun pendek namun menceriakan dirinya.
“Akum, sayang sedang rehat ke ?..” pesanan ringkas
dari siapa lagi kalau bukan dari Aqram yang sudah menjadi tunangnya beberapan
jam yang lalu seperti tahu-tahu sahaja yang Hani memang sedang menghilangkan
lelahnya.
Hani terus sahaja menekan butang hijau. Beberapa saat
kemudian, panggilan terjawab. Salam diberi dan mendapat jawapan, khabar dirinya
juga di tanya.
“Dah selamat sampai KL ke?”
“Ehem..dah…maghrib tadi…,Hani sudah makan?” rasa lenguh
badan Hani terasa hilang serta merta apabila mendengar suara Aqram yang begitu
mengambil berat hal dirinya.
“Hani .. Am tanya Hani.. hem.. sudah.. Am pulak dinner
apa malam ni?”soalan standard untuk memanjangkan perbualan, sedangkan sudah
tahupun jam sudah hampir 9.00 malam,
sudah pasti semua orang sudah mengambil makan malam. Alamak cliche pulak soalannya.
“Saya pun dah.. Mak Ara masak, dia masak lemak jantung
pisang hari ini, macam tahu-tahu aje Am teringin masak lemak tu” Jelas Aqram.
Hani yang di hujung talian, menjulingkan matanya ke
siling, apabila Aqram menyebut perkataan teringin
seperti orang mengidam sahaja bunyinya, namun dia masih setia menjadi pendengar.
“Hani tentu penat, esok-esok ajelah Am call lagi hah,
rehat ya sayang, saja Am nak dengar suara tunang Am ni sebelum tidur untuk
malam ni….” suara mengada-ngada Aqram di
hujung talian.
Tersentuh hati Hani dengan pengakuan Aqram yang nampak
begitu menyayanginya.
“Insayallah kita cakap lagi esok, Assalamulaikum?” talian
di matikan, walaupun sebenarnya berat hatinya hendak mematikan talian, tetapi
sudah tiada cerita lagi yang hendak disampaikan, mahupun soalan untuk ditanya.
Namun lain pula ceritanya di pihak Aqram. Dia masih
merasa berat dan tidak sampai hati hendak
menyampaikan hasrat mama, walaupun yang sebenarnya dia tidak sabar untuk
mengkhabarkannya kepada Hani. Sambil
bergolek di katilnya memikirkan apa kah ayat yang paling baik untuk disampaikan
kepada Hani esok. Cadangan keluarganya yang dibincangkan di dalam kereta petang
tadi memang mengembirakan hatinya. tetapi bagaimana pula Hani? susah hendak
ditelah hati perempuan ini. Tambah-tambah lagi, ini masalah besar bagi Aqram
yang tidak pandai memujuk perempuan. Namun begitu, dia perlu mencuba. Cuma masa
dan ketika yang baik sahaja ditunggu.
Telefon bimbit blackberry masih digengamannya. Gambar
Hani memakai baju adiknya dua minggu lalu diamatinya di skin telefon. Bila masa diambilnya tanpa Hani sedari,
gambar candid Hani rupanya dan sekarang sudah menjadi wallpaper di skin telefon bimbitnya. Tersenyum dia sendirian,
memang tunangnya cantik dan ayu. Satu-satunya perempuan yang mampu mencairkan
hatinya. Malah dapat mencairkan hatinya dalam masa yang sangat singkat. Agaknya
itulah namanya Jatuh Cinta. Jatuh Cinta Pandang Pertama. Jadi apa pula hendak
ditafsirkan cintanya bersama Emelia dulu?
Aduh! Bagaimanapula nama Emelia yang difikirkannya. Masih ada kasih berbaki yang masih terselit dihatinyakah kepada perempuan itu?
DONT WANT TO CLOSE MY EYES
DONT WANT TO FALL ASLEEP
CAUSE I DONT WANT TO MISS A THING...
8 comments:
betul ke decision hani ni.... huhuhuhu ... somehow i rasa dia tak patut pilih aqram ...,
sbb takut dia yg confius ... huhuhu ...
Ini yang nak diceritakan.. kita tengok apa jadi..cerita akan lebih hangat lepas Hani kahwin.
next entry please ... hehehe ....
mak teh tunggu sja apa yg nak dicritakan, nak minta jngan buat crita sedeh tak boleh juga, crita kat dunia nikan macam2 tpi nak tanya juga sedeh tak jalan crita ni..nak siapkan kain buruk nak mengelap siair mata.
sedih sikit aje. Saya akan try menjiwainya kalau boleh. Tak pandai sebenarnya, tapi cuba.. takut tak menjadi..
knp kt dlm Ilham.karangkraf tajuk cerita dia lain....
Dalam ilham tukar tajuk. sebab Tanjung Harapan macam tak sedap aje. lagi pun di ilham dah edit. saya baru tukar edited skrip ke dalam blog ini dua hari lepas
Sebenarnya tajuk didalam ilham "Menantimu di pohon Jacaranda" adalah tajuk yang pertama terdetik di dalam kepala saya semasa mula-mula start menulis kerana bunga Jacaranda terkenal di Afrika Selatan walaupun bukan bunga kebangsaan. Bunga kebangsaan adalah Protea. Maaf diatas kekeliruaan.
Post a Comment