BAB 4
Karl
menjinjing lauk yang dibelinya di Selerabonda sebentar tadi. Dilihatnya Erin
sudah menunggu di depan pintu. Tersenyum Karl melihat Erin yang muncul dengan
wajah ceria. Dihulur bungkusan lauk. lalu Erin terus menyimpannya ke dapur. Kelentang
kelentung, Erin mengeluarkan bekas untuk mengalihkan makanan yang dibeli Karl
ke dalam bekas kecil. Punat periuk nasi ditekan agar nasi sentiasa panas. Erin
berjalan ke peti sejuk untuk mengambil air sirap yang telah disediakannya
awal-awal., agar terasa sejuk.
“Apa abang
beritahu awal-awal kat mama dan wan Jie. Pagi ni punyalah lama mereka bercakap
telefon, semua beri tips itu dan ini dan macam-macam nasihat..aduh bang, pening
Rin..dibuatnya!” bebel Erin dari meja makan di dapur
“Apa
salahnya, merekapun kena share berita gembira ni..perkara macam ni mana boleh
rahsia. Nanti perut Rin
tibs-tiba dah besar, abang nak cakap apa? Nak beritahu Rin banyak cacing?”
jawab Karl yang sudah duduk di sofa sambil menahan gelak. Mengusik Erin dengan
gurauan yang agak melampau.
“Ke situ
pulak!“ jawab Erin sambil menjeling ke arah suami yang buat bodoh dengan lawak
bodohnya.
“Hari ini
Rin buat apa? Jangan buat kerja berat-berat okey..!” nasihat Karl.
“Eh..abang
ni kerja rumah kenalah buat, habis tu sampai tak boleh nak buat kerja langsung
tu, dah teruk. Nanti Rin naik dari saiz S kepada saiz
XL, abang lari pulak.!.” kata Erin sambil melambai tangannya ke arah Karl
memintanya kemeja makan kerana semua sudah terhidang. Karl berjalan menuju ke
dapur.
Karl sudah siap duduk di meja makan
setelah mencuci tangannya di sinki.
Erin mengambil tempat di sisi Karl,
sambil tangan laju mengisi nasi ke pinggan, buat suami.
“Mana
pulak abang nak lari.. saiz XXLpun abang tunggu sayang..” kata Karl perlahan.
Erin sudah
menyenduk nasi ke pinggan suaminya. Lalu Erin duduk bersetentang dengan Karl.
“Ialah tu,
sebab belum lagi.. bila betul-betul saiz XXL baru tahu..” Erin buat muka.
Karl di sebelahnya
senyum. Hendak tahu, lari atau tidak, tunggulah bila dia sudah bersaiz XXL.
Karl
menarik nafas.
Masih tidak
bercaya lagi rupanya perempuan ni.
“XXL ha..
bagus juga lebih cushion...“ bisik Karl sampai tersenyum sendiri.
“Sudah tu..
sayang, mari kita makan.. rezeki dah ada depan mata..L ke XL ke Z ke, baik kita
lupakan” katanya lagi.
“Banggg..”
meleret sahaja nada suara Erin
“Hemm..”
jawab Karl manja dengan mulut yang tertutup kerana sudah ada makanan di dalam
mulutnya.
“Second novel Rin tu kan bang.. Rin buntulah nak buat ending dia.. nak happy ke tidak..hemm..kalau buat suspense best
jugak.. nanti abang bantu boleh..?” bukan
main lembut lagi Erin berbicara, hendak minta tolong orang, kenalah lembut gigi
dari lidah.
“Boleh.. tapi boleh tak Rin rehat writing for a while. Tumpukan kat baby kita..” Karl menasihatkan isterinya
agar berehat sebentar dari menulis.
“Mana boleh
bang.. tu aje yang Erin suka, at least Rin tak bosan duduk rumah sorang-sorang..ada
benda yang Rin boleh buat..kan abang kata jangan buat kerja berat-berat, jadi
menulis tu ringan aje..guna jari aje” Erin masih berdegil, mahu meneruskan hobi
barunya, menulis novel.
“Hemm… suka
hatilah, tapi jangan sampai tak rehat pulak.. ingat tu, Rin kena banyak rehat..” ujar Karl lagi
dengan tegas.
Bukan main
berselera Erin makan.
Makan untuk
dua orang lagaknya.. hisy..hisy..hisy. Memang sah dia akan menukar saiz baju...
Tidak
tahulah berapa lama warung Selerabonda akan menjadi dapurnya yang kedua, kerana
Erin tidak boleh berbau tumisan, dia akan terasa mual. Tetapi bila makan laju
pulak. Entah-entah alasan tidak mahu memasak.
Wallahualam,
tetapi itu tidak penting, yang penting isteri dan anaknya sihat. Itu harapan
Karl.
Erin
tersenyum memandang ke arah suami, sayang sungguh dia kepada dirinya.
Alhamdullillah
semoga berpanjangan. Bagi Karl pula, berita dia akan menjadi bapa sungguh
membuat dirinya teruja. Lupa dia akan niatnya hendak mengetahui apa yang Erin
coretkan ke dalam novel terbarunya. Dia tidak perlu mencuri-curi untuk
membacanya kerana Erin ingin dia membantu menamatkan sketsa novelnya.
Tetapi
bila? Jika lama sangat dia menunggu Erin menyerahkan menuskripnya, Karl akan
mencuri-curi untuk membacanya. Selagi Erin tidak tahu apa yang telah dilakukannya,
dia akan selamat!.
Buat masa
ini “Biarkanlah Rahsia“.
****
Sudah dua
minggu berita gembira yang memberitahu Erin sudah hamil berlalu. Erin yang
sedang lena beralaskan lengan Karl tidak merasa yang Karl menarik tangannya
perlahan. Bukan dia tidak suka lengannya dijadikan alas kepala isterinya,
tetapi natures call yang perlu
diselesaikan. Entah kenapa dia merasa senak perut pula malam ini.
Inilah
masalahnya, semasa belum ada isteri, sentiasa makan masakan mama Mysha.
Bila sudah
beristeri, kena makan masakan isteri pula, sedap atau tidak, belakang cerita.
Tetapi sejak
Erin tidak boleh memasak, kerana tidak tahan dengan bau-bauan terpaksalah makan
makanan gerai sahaja.
Perut Erin
nampaknya boleh sahaja menerima apa sahaja makanan yang dibawa pulang oleh
Karl. Tetapi tidak dengan perut Karl yang manja.
Hah..
akibatnya sudah dua kali malam ini dia ada temu janji dengan mangkuk tandas.
Perutnya
memulas semacam. Hendak mengguna bilik air di dalam bilik, rasanya dia tidak
mahu. Takut nanti menganggu tidur Erin. Erin perlu rehat secukupnya. Oleh itu
Karl perlu menggunakan bilik air di tingkat bawah sahaja.
Selesai
membersihkan dirinya Karl berjalan ke dapur untuk minum. Sedang dia menghirup
air, dilihatnya ada kerlipan di dalam bilik membaca. Dengan mug masih di tangan
dia mara ke bilik membaca. Dilihatnya komputer riba Erin tidak ditutup.
“Hisy..
makcikni, belum lagi tua sudah lupa”.
Ditekannya
keyboard, serta merta terserlah skrin. Terpapar menuskrif Erin. Kini dia sudah
menulis sehingga Bab 25.
“Dalam
pening-pening, loya-loya, sempat lagi menulis tu..“ Karl geleng kepala.
Degil
sungguh isterinya, ketegak kata orang utara.
Mata Karl
memandang ke siling. Idea jahat sudah mari..
Kemudian
dia tersenyum.. apa lagi, tak perlu mencuri-curi untuk membacanya, kini sudah
terhidang di depan mata. Mata burung jampok, takkan hendak diam aje..rezeki!!
Mug yang
masih berisi air diletakkannya di atas meja. Tumpuannya kini di skrin komputer
yang sudah menghidangkan cerita yang dia hendak tahu. Karl menekan search dan
mencari Bab 2. Ditekannya apabila pencarian Bab 2 ditemui. Dia hanya sempat
membaca Bab 1, ini peluang untuk dia membaca kesinambungan ceritanya. Bab 2,
ingin Karl ketahui isi ceritanya.
“Pap“..
kekunci enter ditekan setelah menekan search Bab 2, terus menyala ke muka surat
Bab 2. Karl senyum...
“Tajuk: 30
Jam Yang Indah Bersamamu
Bab 2
Tarikh: 23
Disember, jam 8 pagi
(waktu
hanya ditafsirkan kerana jam dilengan masih waktu Malaysia, perbezaan waktu tidak
sempat ditukar)
Pengenalan
[Dari detik
inilah semua kesah bermula. Selain dari kesah survival malapetaka, terselit juga
kesah erti sebenar sebuah ikatan suami isteri, kesah sebenar erti sebenar seorang
yang boleh dipanggil kawan, kesah sebenar erti seorang lawan dan kesah sebenar
erti seorang kekasih. Yang paling utama
kesah sebenar Kuasa ALLAH. DIA memberikan peluang kedua kepada hambanya yang
selalu terleka.
Mana
tidaknya, sembahyang hanya sekadar ikut syarat, itupun ikut sempat, lebih
utamakan dunia.
Berpuasa
hanya dibulan Ramadan, dalam setahun yang mempunyai 12 bulan, hanya Ramadan
sahaja yang dipilih untuk berpuasa, wallahulam kesempurnaannya. Silap-silap
hanya tinggal penat berlapar dan dahaga sahaja.
Bersedekah
hanya jika ada yang meminta, itupun fikir punya fikir, mahu berfikir berpuluh
kali.
Mana
perginya amalan sembahyang sunat, mana perginya amalan berpuasa dibulan-bulan
selain Ramadan, mana perginya amalan bersedekah tidak perlu jika diminta.
Itulah
namapun Manusia, sentiasa didalam kealpaan.]
Camelia
yang terbaring perlahan-lahan membuka matanya. Dilihat sekeliling ramai orang
mengeruminya. Semua wajah yang tidak dia kenal. Kecuali seorang perempuan berkulit
puteh, dia masih ingat itu peramugari yang menghulurkannya earphone semasa
mula-mula kapalterbang bergerak. Kini
diri perempuan itu tidak sekemas semasa di dalam kapalterbang. Baju sudah
kotor, muka sudah comot, selendang dan topi kecilpun sudah tidak ada di badannya.
Entah ke mana tercampaknya. Harapkan sanggulnya sahaja yang masih elok, itupun
sudah kelihatan ada rambut yang sudah tidak tentu hala dan hanya berstokin,
kasut tumit tinggipun sudah terbang entah ke mana.
Lia memandang pula kepada dirinya, dia
juga sama. Dia hanya dapat melihat bajunya yang juga tidak bersih, comot di sana
sini. Dia tidak dapat melihat arca wajahnya kerana tidak ada cermin. Lia
memandang sekeliling. Penumpang rioh rendah mengutip apa sahaja yang mereka
jumpa bertaburan di tanah.
Opps.. bukan tanah, seperti di pasir,
tetapi mana lautnya? Ya
ALLAH aku di padang pasirkah! Bisik hati Lia. Dilihatnya beberapa orang yang
tidak dikenali lalu di hadapannya juga berkeadaan yang sama. Ada juga yang
tercedera. Tetapi cedera ringan sahaja
nampaknya. Ada yang bertampal di dahi, ada yang tangan diandung kain, ada yang
berlilit kain di kaki, ada juga di lengan tangan. Macam-macam kecerderaan.
Maklumlah penumpang lebih dari dua ratus rasanya. Terkelip-kelip sahaja Lia. Dia
bingong, soalan di manakah dia sekarang ini berada..adakah dia masih di alam
nyata atau!!
“Madam,
how are you, now? Are you feeling okey?” tanyanya sambil tangannya
menghulurkan cawan melamin.Tentunya sudah berisi air.
Tangannya juga cuba untuk membantu Lia
bangun. Menyokong belakang Lia dengan tangannya. Lia dalam
posisi duduk.
Lia hairan,
kenapa dia bertanyakan soalan itu? Apa yang telah terjadi kepada dirinya, dia
tidak mengerti, dia lost. Fikiran
tidak dapat mencerna apa yang sudah berlaku. Seingat Lia, dia berada di dalam
pesawat. Pesawat menuju ke Geneva, Switzerland. Lia memandang sekeliling, yang
pasti dia belum sampai Switzerland. Pemandangan yang dia lihat, bukan seperti
pemandangan yang dia tahu mengenai Switzerland. Lia pasti, dia belum sampai
lagi ke destinasi. Seperti berada di tanah arab, seperti negara Qatar, kerana
dia pernah bermastautin di negara teluk itu selama 4 tahun, sewaktu mengikut
mama Norly bertugas di kedutaan di sana.
Route penerbangan melalui tanah Qatarkah? Banyak lagi negara-negara arab teluk yang
mempunyai pemandangan yang sama. Kuwait, UAE, Saudi, Bahrain, Oman dan beberapa
negara lagi. Kenapa pula hendak sebok
mengingat kesemua negara teluk itu. Ini bukan masanya hendak mendalami ilmu
alam (geography).
Namun tanpa
bicara, Lia menerima bantuan dan menghirup air yang dihulurkan. Memangpun
tekaknya sudah dahaya. Air diteguknya perlahan. Alangkah nekmatnya air itu
walaupun hanya air kosong. Kemudian baru dia register, terbulance, kapalterbang
mendarat cemas di padang pasir.
“Ya ALLAH, where is my husband.. Abang?.. , abang di mana awak?” tiba-tiba Lia
teringatkan suaminya, Rashlan.
Mata melilau mencari sekeliling, rasa
hendak menangis dibuatnya. Di dalam dada usah dicerita. Bercelaru.
“Sayang..sayang..abang kat sini. sayang okey ke?” terdenggar Lia suara Ash,
suaminya di celah-celah orang yang mengerumuninya.
Lia membesarkan matanya. Lia sungguh
bersyukur Ash juga terselamat. Sekali lagi dia bersyukur, Syukur
alhamdullillah. Mereka berdakapan. Sungguh tenang jiwa Lia apabila orang yang
dia sayang mendakapnya. Lia rasa selamat, tidak kiralah di mana mereka berada.
Tentunya di salah salah negara Teluk. Mungkin Oman, mungkin Qatar, mungkin
Kuwait, mungkin Emirates, mungkin juga di Sudan. Entah, itu tidak menjadi
masalah, kerana pelindungnya sudah berada disisi.
Tiada
kata-kata yang dapat diucapkan hanya, sentuhan dan pelukan dari Ash yang
memberi semangat. Semangat untuk menghadapi apa yang seterusnya akan berlaku.
Peramugari perempuan itu meninggalkan mereka suami isteri setelah pasti Lia
sudah selamat. Begitu juga
penonton-penonton yang lain.
“Aaabang..“
bersuara Lia seperti sangat lega.
“Ya..
sayang..“ Ash merangkul Lia ke dadanya.
“Kita kat
mana? Kita selamat ke?“ tanya Lia terketar-ketar.
Air mata
meleleh tanpa diminta. Lagi kuat pelukan Ash. Hanya anggukan kepala, sudah
tidak terucap lagi dengan kata-kata.
“Kita
selamat sayang.. semua selamat..“ akhirnya Ash bersuara.
Tangannya
yang kasar menyika air mata isterinya yang dibiarkan Lia jatuh ke pasir.
Lia menoleh ke belakangnya. Dilihat dalam 200
meter, bangkai kapalterbang yang sudah patah sayapnya. Masih berasap di hujung
ekor.
Semua
menumpang telah dipindahkan di radius 200 meter jauhnya dari bangkai pesawat
yang terhempas kerana dikuatiri akan berlaku letupan atau kebakaran. Bila-bila masa sahaja benda-benda begitu boleh
berlaku. Lia tidak sedar, kerana dia pengsan. Sangat takut sehinggakan tidak
sedarkan diri. Rasanya tadi, dirinya bukan lagi terbang di dalam pesawat,
tetapi terbang seperti burung. Melayang mengikut angin ke mana sahaja yang
hendak dibawanya.
Kini dia
sudah sedar, dia bukannya terbang tetapi telah menjejak pasir, bukan tanah. Di manakah
agaknya mereka kini? Soalan itu tetap diminda, walaupun tidak menjadi perkara
utama.
Sekali lagi
Lia bersyukur, kau beri hambamu ini peluang kedua. Syukur yang teramat-amat
Camalia kepada Illahi Alhamdullilah, semua penumpang juga selamat. Selamat dari
kapalterbang terhempas. Nasib baik terhempas tidak kuat, pandai juruterbangnya
mendarat di padang pasir. Kapalterbang
yang hanya patah kedua sayapnya.
“Mem..
you okey now? I’m sorry,I really I mean you no harm, I just want to help, I’m
sorry ” bersuara seorang lelaki berkulit puteh yang berdiri tidak jauh dari
Ash dan Lia. Nadanya mendatar sahaja, tetapi matanya lebam sebelah.
Adakah dia cedera atau dicederakan?
“Bang.. kenapa dengan orang tu..” tanya
Lia perlahan, Lia ingin tahu kerana bersungguh-sungguh benar dia meminta maaf
kepada Lia.
Sedangkan Lia tidak tahu apa yang perlu
dimaafkan. Dia tidak tahu apa-apa,
“Hemm..
biarkan lelaki giler tu.” Jawab Ash garang.
“Giler..
tapi kenapa dia minta maaf dengan Lia pulak?” tanya Lia, Lia perlukan
penjelasan.
“Sudah tu..
jangan difikirkan lagi hal tu.. Abang belasah dia.. Ada ke patut dia cium Lia,
masa Lia tak sedar diri? Tu yang lebam bijik mata dia, padan muka. Ambil
kesempatan ke atas orang yang dalam keadaan kita dalam malapetaka ni..” jelas
Ash, berkata-kata dengan perasaan marah.
“Cuba
bayangkan, abangpun pengsan sekejap, bila sedar terus abang cari Lia. Bila
abang jumpa Lia, jantan tu sedang cium mulut Lia, apa lagi, naik anginlah
abang..“ Ash mengulangi kenapa dia bertindak membelasah lelaki itu.
Lia yang
masih lemah menjadi serba salah, betulkah lelaki itu mengambil kesempatan ke atas
dirinya di dalam keadaan huru hara begini, atau perkara lain yang tidak
suaminya terangkan kepadanya.
“Puan..apa
yang suami puan kata tu tak betul.. orang tu hanya nak
tolong puan.. tapi kena penumbuk pulak..!” kata seorang lelaki, nampaknya
seperti lelaki Cina.
Pastinya orang Malaysia, kerana dia berbicara di dalam bahasa
melayu.
Lia perasan lelaki itu semasa boarding,
sama perjalanan ke Dubai. Dia
mendengar setiap butir kata Ash. Maklumlah di sini semua tidak ada berselindung.
Semua
berkumpul di satu tempat yang terbuka. Yang ada hanya pandangan padang pasir,
saujana mata memandang. Pasir di sana sini. Nasib balik Disember adalah musim
dingin, cuaca tidaklah panas mana. Tambahan pula masing-masing sudah berada di bawah
khemah yang dibuat daripada kain selimut kapalterbang.
“Awak diam.. jangan campur urusan orang,
boleh tak? I just trying to protect my
wife here, tahu tak?” kata Ash lagi, dengan berang apabila lelaki yang
tidak dikenali cuba menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.
“Sudah tu..apa yang berlaku, sudahpun
berlaku..kita kena bersatu sekarang ni, bukan bertengkar. Semua kawan, jangan
cari lawan pulak..bang.dah tu, saya percaya abang dan saya sayang abang..” Lia memegang tangan suaminya.
Henghalang baran
Ash, ditakuti seorang lagi akan lebam biji mata.
Lia tidak
mahu berlakunya pergaduhan hanya disebabkan dirinya, cukup-cukuplah dengan
keadaan yang ada sekarang ini.
“Saya hanya
hendak jelaskan apa yang sebenarnya berlaku puan, maafkan saya interfere urusan
puan suami isteri” Lelaki cina yang fasih berbahasa melayu itu bangun dan
meninggalkan Lia dan Ash.
Dia kecewa
kerana Ash masih tidak dapat menerima hakikat sebenar yang berlaku.
Lia masih melihat sekeliling. Nampaknya
semua membuat hal masing-masing. Ada yang hanya duduk berehat. Ada yang sedang
berbual dan ada yang mundar mandir, tidak pasti apa yang harus mereka lakukan.
Ada yang berkeliaran mengutip apa sahaja yang mereka jumpa.
Tidak kecuali Lia dan Ash, mereka tidak
memperdulikan hal orang lain. Tambahan pula, mereka semua adalah strangers,
bukan Lia atau Ash kenalpun mereka-mereka ini.
“Bang..apa-apa pun yang berlaku, kita
patut bersyukur, Abang, Lia dan yang lain-lain selamat.. itu yang
penting..bang..” jelas Lia yang terkebil-kebil, takut pula apa yang
diperkatakan menyinggong suaminya.
Nanti bukan jadi lebih baik, tambah
tegang lagi ada.
Karl memberhentikan pembacaannya. Rasa
sakit perut hilang, penangan menjadi pencuri, hebat betul rupanya! Rasa
bersalah tu ada, tetapi rasa ingin tahu melebihinya.. Ahhh gasaklah! Karl
menyambung pembacaannya..
No comments:
Post a Comment