BAB 3
Bergegas
Karl bangun apabila tersedar dari tidur. Di luar matahari sudah bersinar dengan
terangnya. Segera dicapai telefon untuk melihat waktu.
Cepat-cepat
dia meletakkan semula telefon dan mengerakkan Erin.
“Erin,
bangun sayang.. subuh dah nak habis ni..” Karl menggoyang-goyangkan badan Erin.
Erin hanya
bergerak sambil mengeliat. Entah kenapa tubuhnya sengal-sengal sejak
akhir-akhir ini. Hendak dikatakan dia bekerja kuat, tidak pulak.
Memang dia
bekerja mengemas dan memasak, tetapi tidaklah seteruk mana, tetapi penatnya
mengalahkan orang yang bekerja kontrak di projek perumahan. Letihnya bagaikan
baru mengangkat semin atau batu-bata. Letih dan lenguh semacam, katanya sewaktu
mengadu kepada Karl.
“Abang
solat dulu..“ kata Karl dan meninggalkan Erin.
Dari
membuang masa yang tinggal saat-saat kecederaan, dari mengejutkan Erin, baik
aje Karl bersolat dahulu.
Karl bergegas
sendirian ke bilik air untuk menyucikan diri dan beruduk untuk menunaikan
solatnya. Hal Erin, biarkanlah, mungkin dia masih tidak sedap badan. Atau
mungkin juga dia uzur, hal itu hanya di ketahui oleh tuan badan.
Sudah jam
7.00 pagi. Subuh sudah hampir habis, kenapa dirinya jadi begini?
Pengsan ke
apa malam tadi?
Tidur tidak
ingat dunia, sehinggakan dia tidak sedar bunyi burung diluar punyalah bising
setiap pagi, memulakan mencari rezeki, boleh tidak didengarnya.
Bunyi
kenderaan yang lalu lalang atau kenderaan jiran yang pergi ke pejabat juga
tidak kedengaran langsung!.
Horn bas
memanggil anak-anak sekolah yang selalu didengarnya juga tidak terdengar.
Yang
hairannya tangisan anak jiran di rumah sebelah dan juga di rumah belakang yang
selalu merengek, juga tidak didengarnya pagi ini.
Apa sudah
jadi! Tidur atau pengsan!
Erin lagilah tidak boleh diharap, dia masih berselimut
dengan mata masih tertutup.
Karl masih
dengan kain pelikat tanpa baju duduk di birai katil. Erin masih baring membelakangkan
dirinya.
“Macammana
pagi ini sayang.. kalau tak sihat jugak abang bawa ke clinik ya?” sambil tangan
mencari dahi Erin.
Belum
sempat tangan Karl sampai ke dahinya, tiba-tiba Erin bingkas bangun dan meluru
ke bilik air.
“Huekkk“ dia
muntah, semua yang dimakannya malam tadi terkeluar, luahan makanan boleh
dilihat terapung-apung di dalam mangkuk tandas..
Karl
bingong. Segera dia mengikut Erin ke dalam bilik air dan menepuk perlahan
belakang isterinya.
Erin masih
tunduk di mangkuk tandas, kerana masih terasa mual untuk membuang segala
makanan yang masih tidak hadam ke dalam mangkuk tandas tersebut, kemudian
mengelap mulutnya dengan tangannya sendiri.
“Bang..
kenapa Rin ni..? Rasa nak muntah aje..tapi Rin tak sakit.. Cuma rasa pening aje?” katanya terketar-ketar seperti
hendak menangis.
“Entahlah
manalah abang tahu, abang bukannya doktor, tulah kita pergi klinik aje pagi ni
ya ? Nanti abang call
Encik Lokman beritahu abang lambat sikit masuk ofia hari ni..” Karl masih
memujuk Erin untuk dibawa sahaja ke klinik, takut pula serios sakitnya.
Encik
Lokman, Ketua Penyunting tentu faham, Karl terpaksa membawa Erin ke klinik.
Lagipun bukannya dia tidak kenal Erin, Erin juga pernah menjadi pemberita di bawah
seliaannya di Info Harian, satu ketika dulu.
“Tak apalah
bang, makan panadol nanti eloklah..“ jawab Erin.
Degil juga
rupanya si Erin ni, hendak bawa ke klinik pun susah. Macam budak-budak. Takkan
kena hulur gula-gula baru setuju hendak ke klinik?
“Ni, bukan
boleh baik dengan makan panadol aje. Kita gi klinik ya? Takut keracunan ke,
bahaya usus tu..“ pujuk Karl lagi.
Jika kali
ni tidak mahu juga, malaslah Karl hendak memujuk lagi. Erin menung sejenak.
Tidak pernah dia sakit sebegini teruk. Jika sakit kepala, dia akan mengambil
panadol. Tidur sekejap dah sihat. Tetapi kali ini lain pula rasanya.
Erin hanya
menganguk, mungkin juga dia keracunan, manalah tahu! Akhirnya Erin bersetuju.
Karl
menyangkut tuala mandi ke dalam bilik air.
“Dah tu..
pergi mandi, Abang dah letak tuala dalam bilik air tu...subuh sempat lagi ni..tapi
kalau tak sihat, baring ajelah. Pukul 10 kita pergi..sekarang klinik tak buka
lagi ni ..” hanya Karl yang bersuara.
Ibarat Karl
bercakap dengan dinding sahaja, tidak ada tindak balas dari Erin.
“Rin larat
nak jalan tak ni.. kalau tak larat, nanti abang papah la..“tanya Karl.
“Rin tak
larat la bang..“ akhirnya Rin bersuara.
Erin masih
mengurut dadanya terkulat-kulat, duduk di birai katil, kemudian membaringkan
dirinya lurus di tengah katil, berselimut. Karl hanya memandang isterinya terbaring lurus di tengah
katil.
“Teruk
penyakit Erin ni..“ bisik hati Karl, dengan muka risaunya.
“Hendak
abang picit kepala tak?“ tanya Karl.
Erin hanya
mengangkat tangan dan mengoyangkanya.
“Sayang stop dululah menulis tu,
buat-buat berehat.. entah-entah speck mata tu dah kena tukar agaknya, power dah
kurang… yang sayang asyik tengok komputer aje, boleh jadi sakit mata tau?”
bicara Karl lagi.
Sejak bila pulak sudah pandai hendak
menjadi doktor mata?
Karl risau keadaan Erin.. Siapa tak
sayang bini oooi…
Erin diam, kepalanya yang pening,
menghalang dia dari membuka mulut. Tetapi dia dengar setiap patah nasihat
suaminya. Mungkin juga ada benarnya nasihat si suami. Manalah tahu masalah kaca
mata, kerana sudah hampir dua tahun juga dia tidak menukarnya. Lagipun bukan
digunakannya selalu, hanya semasa menulis sahaja kaca mata itu lekat di batang
hidungnya.
***
Karl memapah Erin masuk ke klinik dan
meminta Erin duduk sahaja di bangku yang banyak lagi kosong, sementara dia
membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran. Teruk pula menyakit isterinya kali
ini. Karl harap ianya tidak berpanjangan. Klinik Mediviron memang sudah
mempunyai rekod nama mereka, jadi mereka tidak perlu lama menunggu.
Di lihat sudah ada beberapa orang
pesakit yang sedang menunggu. Semua mata menala ke arah mereka. Karl rasa
mereka seperti pesalah sahaja yang sedang menunggu hukuman.
“Kita
nombor 8:” bisik Karl ke corong telinga Erin.
Erin hanya
menganguk.
Dia
membongkokkan badannya, rasa mual masih terasa, tetapi muntah tidak mahu
keluar. Karl pandang sekeliling, Erin memeluk lengan Karl dan menyandarkan
dirinya ke bahu Karl. Pesakit lain memerhatikan Karl yang begitu prihatin
terhadap isterinya, sentiasa sahaja tangan Karl melilit bahu Erin, bagi
memastikan dia sebagai semangat dan pelindungnya..
“Itu Kak Melur la.. Kak Melur dengan
suami dia.. dia sakit
nampaknya tu.ciannya dia?.” terdengar
suara seorang gadis yang berada di hujung bangku bersama temannya. Karl menoleh
kearah suara, nampaknya temannya yang sakit, kerana gadis yang di sebelah tidak
endahkan apa yang disebut oleh temannya.
Nama pena
Erin “Melur“, dari namanya Erin Jasmin. Jasmin dan Melur adalah nama bunga yang
sama. Cuma Jasmin dalam bahasa Inggeris, Melur dalam bahasa Melayu.
Hisy..inilah
susahnya bila sudah menjadi public figure.. orang dah kenal dia sebagai seorang
novelist. Nasib baik gadis itu tidak menghulurkan autograph, jika tidak,
terpaksa juga Erin melayannya. Peminat ni bukan boleh dijangka, jika tidak
dilayan nanti dikatakan sombong pula.
Nasib baik,
sebaik sahaja gadis itu bercakap, nombor mereka dipanggil.
Selamat…
Kedua-dua
gadis itu tersenyum simpul apabila lalu di hadapan Karl yang masih memeluk Erin.
Erin pula masih terlentuk dibahu. Namun Erin terpaksa menunjukkan muka yang
manis sebelum di cop sombong. Alamat tidak laku nanti novel keduanya yang
sedang di dalam perancangan. Selang 10
minit, nombor 8 pula dipanggil. Erin yang dipapah oleh Karl masuk ke bilik yang
diberitahu. Bilik nombor 3.
Pintu bilik
diketuk perlahan dan terus memulas tombol pintu.
Terpaku
sejenak.
Terperanjat
Karl dan Erin, dia kenal doktor kacak itu yang sedang duduk di hadapanya
tersenyum.
Doktor
Qaider. Doktor yang merawat Karl semasa Karl kemalangan motosikal tiga tahun
dulu. Alahai doktor, tulah masin sangat mulut doktor, beri Erin title isteri
Karl. Kini kami memang sudah suami isteri.
Karl senyum
sumbing.
Erin pula
tidak tahu hendak kata, dia dengan seribu wajahnya, tambah-tambah tengah sakit
misteri ni.
Eh.. nanti
dulu..Bukankah doktor Qaider bertugas di klinik Putrajaya, kenapa pulak dia
berada di klinik Putra Heights?
Erin sedang
sakit, malas dia hendak memikirkan soalan itu, yang penting hari ini dia
dirawat. Doktor dari mana dia tidak peduli. Doktor dari putrajaya atau putra
heights tidak menjadi masalah bagi dirinya. Waimahnya, doktor dari Indiapun dia
tidak kesah. Janji sakitnya sembuh.
“Apa khabar
doktor?” Karl menghulurkan salam.
Salam
disambut.
“Jemput
duduk..ahh.. kali ini siapa pulak yang sakit?” tanyanya..
Adakah dia
masih ingat Karl pesakitnya tiga tahun lepas?.
“Macammana
kaki tu..” tanyanya lagi kepada Karl.
“Sah! dia
ingat.
Bagus betul
daya ingatan doktor ini, Erin tabik. Tapi hari ini tuan doktor, bukan Karl yang
sakit, tapi saya..” Erin geram, dalam sakit-sakit mengomel sendiri.
“Saya okey, doktor.. tapi hari ini
isteri saya yang sakit..” kata Karl menjelaskan keadaan.
Terima kasih sayang..Erin rasa lega,
Karl telah menjelaskan sekarang yang pesakitnya adalah dirinya bukannya Karl.
“Ooohh..ya ke..boleh saya tahu apa
masalah puan”tanya tuan doctor lagi.
“Saya rasa letih sangat, lepas tu suka
pening dan muntah-muntah..” kata
Erin.
Erin yang
menjawab kepada soalan kepada pesakit.
Karl
sentiasa mengenggam tangan Erin.
Doktor
Qaider senyum.
Mesra betul
pasangan ini, tiga tahun lalu, apabila dia merawat Karl, bukan main caring lagi
isterinya. Kini bila
isterinya pula yang sakit, si suami pula yang memberikan semangat.
Loving
couple sungguh!
Tanpa dia
mengetahui, tiga tahun lalu, Karl dan Erin belum lagi menjadi suami isteri,
sebaliknya rakan sekerja yang asyik bercakaran, seperti anjing dengan kucing.
“Hemm..
dari simptom yang puan berikan, saya rasa saya tahu apa penyakitnya, tetapi
eloklah kita pastikan ya..“ kata Dr. Qaider.
Dia sudah
tahu apa penyakit yang dihidapi Erin.
Penyakit
perempuan, biasa sahaja dihidapi oleh mana-mana perempuan yang sudah berkahwin.
“Bila
tarikh akhir period puan..?” tanyanya.
“Tak ingat doktor, sebab period saya tak
menentu..” jawab Erin.
“Cuba puan
fikir betul-betul. Yang puan
ingat, kali terakhir..” tanyanya lagi.
Cuba memaksa Erin mengikutkan tarikh kedatangan kawan baik bulanannnya.
Karl hanya
memandang Erin menjawab soalan dari Dr. Qaider.
Sorry
sayang, tang tu dia tidak boleh tolong jawabkan, hanya Erin sahaja yang tahu.
“hemmm…2 months back..” jawab Erin, main
hentam aje.
Memang dia tidak ingat.
“Hemm.. dari masalah yang saya dengar
dari puan, saya rasa puan tidak sakit apa-apa..
Macam nilah, boleh puan beri kami sample
air kencing puan..untuk kami pastikan” pinta doktor lagi untuk Erin memberi
sample air kencing.
Erin hairan, kenapa pula doktor perlukan
ujian air kencing, bukannya dia mengambil dadah? Selalu didengarnya untuk
mengenal seseorang itu mengambil dadah, sample air kencing perlu diperolehi.
Atau bagi pesakit kencing manis. Itu juga Erin bukan mengidapnya.
“Nurse..!” doktor memanggil jururawat
yang sedang berdiri.
Jururawat menghulurkan botol kecil
kepada Erin. Lalu nurse meminta Erin ke bilik air.
“Apa sakit isteri saya tu doktor..
serious ke?” tanya Karl tidak sabar-sabar ingin tahu.
Hanya
gelengan kepala sahaja dari doktor yang Karl nampak.
Selang
beberapa minit, Erin menghulur botol kecil semula kepada jururawat yang sudah
menunggu.
“Kita
tunggu sebentar, kita tunggu result air kencing isteri encik Mikail”
“Tentu
Encik dan Puan hairan kenapa saya di sini, sebab dulu saya di Putrajaya kan?.”.
katanya, sementara menunggu keputusan air kencing Erin. Baik sahaja doktor itu
merungkai persoalan yang dia pasti ada di dalam kepala Karl dan Erin..
“Saya dah
tukar di sini lebih setahun, sebab saya tinggal di sini, mudah sikit, tak perlu
berulang-alik ke Putrajaya, lunch timepun boleh makan di rumah” katanya lagi,
Terlebih
mesra pula doktor hensem ni., lunch time balik rumah.
Sudah
berumahtanga lah tu, atau makan di rumah masakan emak ...
Wallahualam.
Jururawat
menghulurkan catitan kepada doktor. Doktor Qaider terus tersenyum lebar.
“Congratulations.. both of you. She is pregnant, first trimester dalam dua bulan macam
tu..” jelasnya.
Karl
ternganga mendengar berita gembira.
Erin juga
hilang kata-kata.
Mendapat
anak memang tidak dalam perancangan mereka. Tidak pernahpun dirancang oleh Karl
mahupun Erin untuk menambah keluarga. Bukan mereka tidak suka kanak-kanak, itu
semua rezeki ALLAH. Tidak perlu dirisaukan. Jika sampai masa rezeki itu akan
diberikannya kepada hambanya, mereka bersyukur. Nampaknya rezeki sudah diberikannya
kepada Karl dan Erin..
Alhamdullillah.
“She
needs to take some tablet to reduce her vomiting and some supplement vitamin
for the baby..ya Encik..? Nanti boleh collect
ubat-ubat tu kat kaunter…congratulations sekali lagi.” Kata doktor hensem itu.
Semua
berdiri dan Karl bersalaman sekali lagi dengan doktor Qaider.
“Thanks..”
jawab Karl pendek.
Dia masih
tidak percaya.
Berita
gembira, tangan masih memimpin Erin keluar dari bilik. Erin duduk menunggu di
bangku. Sempat pula dia mencium dahi Erin. Tidak malu betul Karl, ada beberapa
pasang mata memerhatikan mereka.
Peduli apa,
mereka suami isteri.
“Bang..betul
ke ni Rin dah mengandung..?” tanya Erin masih ragu-ragu semasa di dalam kereta
Karl.
“Apa pulak tak betulnya.. doktor dah
kata tadi.. unless Rin nak second opinion, kita pergi klinik lain pulak,.nak?.”
tanya Karl.
“Taklah..bukan tak percaya, cuma..cuma
abang dah ready ke nak jadi daddy ni, dah sedia ke nak kena berjaga malam, cuci
kencing berak baby tu semua..?” tanya Erin.
“Rin.. Rin cakap apa ni.. ini rezeki
tuhan bagi tau?, bukan semua orang dapat rezeki ni..ada pasangan tu berbelas
tahun tak dapat, kita tuhan beri dalam dua tahun.. syukurlah sayang..syukur
kepadaNya.” Karl sudah memulakan kuliah paginya.
“Bukan Erin tak bersyukur.. Erin tanya
abang tu dah bersedia ke? Nanti semua Erin yang kena buat, matilah Rin macam
tu..!” jelas Erin.
“Rin..,that
baby is from both of us.. of course kita dua-dua kena tanggungjawab..abang
janji, abang tolong jaga. Kalau
abang tak buat Erin buat roster, kita gilir-gilir..hemm puas..” kata membina
Karl.
Siap minta
buat jadual lagi.
Erin hanya
diam, Karl nampaknya bersungguh-sungguh hendak menjadi bapa. Semua keluarga
akan diberitahu mengenai berita ini. Pastinya mereka juga akan turut gembira.
“Sayang
rehat.. jangan lupa makan ubat elak muntah tu..jangan masak, Nanti abang beli
aje lauk kat luar. Untuk hari ni, Erin makan aje lauk yang ada ya..dengar tak
apa abang cakap ni..” ujar karl.
“Hemm..” jawab
Erin pendek.
Tidak
sabar-sabar Karl hendak memberitahu berita gembira kepada semua keluarga.
Mereka juga tumpang gembira. Walaupun mereka tidak pernah membangkitkan soal
anak sejak mereka bernikah tetapi di sudut hati mereka memang menanti-nantikan
berita seperti ini.
Karl riang,
sepanjang hari moodnya sungguh ceria, tetapi tidak diceritakan kepada
sesiapapun di pejabat. Tetapi mereka dapat meneka, pasti ada benda yang berlaku
yang membuatkan Karl riang sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment