BAB 6
“Hari ni
sayang nak pergi mana-mana tak? Kalau tak pergi mana-mana, kita balik PD nak?”
tanya Karl kepada Erin yang sedang berdiri membakar roti sebagai sarapan.
Erin
menoleh ke arah Karl. Apa mimpinya malam tadi, minggu lepas baru sahaja balik
ke sana. Minggu ni hendak ke sana lagi? Erin kerut muka.
“Minggu
lepas kan kita dah balik PD? Lagi pun…Rin tak boleh pegi mana-mana hari ini,
mama abang nak datang, kejap lagi sampailah dia” ujar Erin
“Mama? Apa hal nak ke sini?” tanya
Karl seperti hairan pula. Bukan dia tidak biasa, mama Mysha memang kerap
singgah ke rumah mereka.
“Haah..mama
tak datang?” ulang Erin.
Karl tarik muka.
“Salah abang jugak, yang abang
pukul canang pasal baby tu siapa suruh! Kan dia orang dah excited terlebih,
kalah kita. Nak buat macam mana dah cucu sulung dia orang, terpaksalah kita
hadap” sambung Erin lagi.
Tangan sudah meletakkan dua keping
roti yang sudah siap dan dihulurkan ke hadapan Karl. Karl sambut dan terus
menyapu jem strawberry ke atas salah satu keping roti. Aroma roti bakar sungguh
membuka selera.
Belum sempat Erin menghabiskan
leterannya, terdengar pintu pagar seperti dibuka orang. Dilihat mama Mysha
berjalan menghala pintu masuk yang masih terkunci.
“Bang tolong buka pintu untuk mama
tuuu..”
Pantas Karl berjalan membuka pintu
bagi mamanya masuk, tanpa menunggu Erin menghabiskan bicaranya.
“Awal ma sampai..
ma dah minum..” tanya Karl.
“Awal apanya
Karl sayang.. dah pukul 9 ni..” jawab Mysha
“Ialah
la…hari Sabtu ni ma..” Karl berjalan bersaing dengan mamanya ke dapur.
Erin juga
menjemput mama terus mencium tangan ibu mertuanya.
“Erin dah
ready ke? Oh ya Karl, pagi ni mama nak pinjam Rin kejap boleh?”
“Nak bawak ke mana pulak isterinya
saya tu..” tanya Karl
Karl tahu, jika dia kata tidakpun
tiada gunanya. Mama pasti membawa Erin keluar.
“Ada lah.. hal orang perempuan,
Karl kena tunggu rumah, Karl tak boleh ikut?”
Karl hanya memandang ke atas siling.
Belum sempat dia hendak bertanya untuk mengikut, sudah dapat jawapan melarang
dia dari mengikut. Apa-apa ajelah perempuan ni.
“Hemm. .. Rin dah siap dah, tunggu
teman abang sarapan aje ni..mama marilah join sekali?” kata Erin.
“Tak apa, korang makan la..mama dah
makan dengan papa tadi..oh ya, papa tanya kenapa lama tak balik sana?”
“Erin tu asyik morning sickness aje
ma, susah nak jalan.. bila dah kurang morning sickess tu kami balik la.. ya
ma?” jawab Karl.
“Dia kata
kalau korang tak balik, dia yang akan kerap datang sini..”
“Boleh aje,
apa salahnya..Rin tak kesah kan bang?..” sela Erin.
“Ni ah..
kelmarin mama ada berbual dengan mama Erin, dia pesan minta mama
tengok-tengokkan Rin sebab dia jauh..”
“Iya ma..?”
Erin terbayang mama Suzi yang berada di Beijing sekarang ini.
Hanya
anggukan dari mama Mysha yang duduk di sofa, menyelak surat khabar berita
harian yang baru Karl ambil dari peti surat.
“Rin dah
siapkan jom kita pergi, lagi awal lagi bagus..sebelum ke tempat tu, kita
singgah ke satu tempat ni.. nanti mama bawa” kata Mama Mysha.
Karl hanya
mendengar perbualan dua perempuan yang melarang dirinya untuk ikut serta.
Rin
memandang kearah Karl yang sedang mengunyah roti bakar bersama peanut butter
pula. Terhenti dia mengunyah apabila Erin angkat mata. Menunggu dia memberi
kebenaran.
“Rin jangan
pergi lama-lama, balik cepat tau?” akhirnya Karl memberi kebenaran isterinya,
keluar bersama mamanya. Kemana? Dia sendiripun tidak ketahui.
“Yes!” Erin
mengenggam tangan Karl dan menciumnya.
Ishy..ada
sahaja perempuan ini, hendak rahsia apa entah!
Kemudian
sekali lagi ciuman singgah dipipinya. Karl senyum sumbeng. Hai.. Erin, nasib
baik aku sayang kau.
“Terima
kasih bang..Rin pergi kejap aje, nanti Rin cepat-cepat balik..jom ma, baik kita
pergi cepat sebelum dia tukar fikiran..” kata Erin kepada mama Mysha yang sudah
berdiri.
“Rin pergi
ambil beg tangan sekejap kat atas” Erin berlari anak naik ke atas dan kemudian
mucul turun dengan beg tangan bersangkut di bahunya.
Mama Mysha
menunggu dimuka pintu.
Karl menghampiri
Erin, “ingat tu, jangan lama-lama” ulangnya.
“Ia.. kejap
aje, kan mama?..“ kata Erin, mama Mysha hanya angguk.
Karl
berdiri memerhati dua orang perempuan yang dia sayang meninggalkan dirinya
bersama secawan kopi tanpa gula dan beberapa keping roti bakar di dapur.
Longlai dia menuju semula ke meja makan. Selesai bersarapan dia bercadang
hendak mencuci kereta sahaja.
Sebaik
sahaja dia hendak bangun, matanya tertumpu ke bilik bacaan. Dia sengeh nakal.
Menuskrip
Erin..
Perlahan
dia menuju ke bilik membaca. Mata tertancap ke arah komputer riba Erin yang
elok terletak di atas meja. Seperti
memanggil-manggil dirinya “Read me..read me..read me..”.
Karl memusing-musingkan kerusi. Nak
buka atau tidak, hendak buka atau tidak..jari digendang di atas meja. Irama sumbang yang keluar.
Panggilan “read
me..read me..read me” semakin kuat.
Komputer
Erin terus dibukanya dan ditekan “on“. Karl terus membuka dan seperti biasa
menekan search, kali ini Bab 3 pula. Mata tertoleh-toleh, manalah tahu,
tiba-tiba Erin ubah fikiran tidak mahu mengikut mama. Jika itu berlaku, dia
akan kantoi. Masaklah dia nanti!
Karl
berjalan ke pintu depan untuk memastikan kereta mama sudah beredar. Sah sudah
tiada. Laju dia berjalan kembali ke bilik membaca. Karl..Karl.. memang
seperti pencuri, pencuri yang mencuri untuk membaca menuskrip isterinya.
Karl duduk semula dikerusi, apabila
sudah terpapar search yang dicari. Mata masih melilau, kemudian dia mengesekkan
kedua belah tangannya. Terus membaca catitan yang sudah terhidang untuk terus
dia baca.
“Tajuk: 30
Jam Yang Indah Bersamamu“
Bab 3
Tarikh: 23
Disember, jam 11 pagi
“Ash
memandang ke langit, dia teringat sesuatu, barang yang bagaikan sebahagian dari
dirinya, tidak pernah lekang. Dia teringatkan kameranya. Ya kamera yang
disimpan di dalam beg kabinnya.
“Lia, abang
nak ambil beg kita kat peramugari tu, kalau masih ada la. Sayang nak apa-apa
lagi tak?..biskut ke air ke? Abang boleh ambilkan sekali, Oh ya..sayang, duduk diam-diam kat situ, abang pegi kejap
aje..” kata Ash sambil jari menunding ke arah Lia agar mendengar nasihatnya
supaya duduk diam sahaja.
Tanpa perlu
menunggu jawapan Lia, dia pergi menuju ke arah peramugari yang tugasnya menjaga
semua barangan, termasuk barang makanan. Makanan perlu dicatu kerana takut akan
kehabisan. Pasukan penyelamat tidak tentu bila akan sampainya. Beg-beg juga
perlu diserahkan kepada tuan empunya. Jangan tersalah tuan, nanti akibatnya
kena saman pula. Manalah tahu si empunya menyimpan barang berharga di dalamnya.
Pengenalan diri diperlukan dan perlu menantadangani list yang ditulis tangan,
sebagai tanda sudah diambil.
Dari jauh
Lia nampak Ash mengheret dua beg cabin dan 2 beg sandang yang memang kepunyaan
mereka. Alhamdullillah, semua beg mereka selamat.
“Semua ini
abang yang akan bawa nanti, sayang tolong jaga aje. Sayang tu masih lemah..”
kata Ash yang temengah-mengah.
Lia hanya
angguk laju. Memang dia tidak ada khudrat buat masa ini. Terkejut kerana buat
pertama kalinya mengalami kejadian seperti ini. Sudah
seperti Survivor Series pula. Cuma kini bukan rakaman, tetapi betul-betul.
Tidak ada Jeff Probst dan tidak ada Immunity Challenge yang perlu dilakukan
untuk merebut patung bodoh itu. Yang dia tahu suaminya sentiasa berada
disisinya. Itu sudah cukup membuatkan dirinya rasa selamat.
Ashlah immunity trophynya. Trophy bergerak!
“Nah.. “
Ash menghulur sekeping biskut yang sudah dikeluarkan dari plastik pembungkus.
Kemudian botol air mineral dibukanya. Lia dilayan bagaikan puteri.
Terhenti
sejenak dari membaca, dia tersenyum, “Amboi, perasan pulak perempuan ni, kata
layan dia macam puteri..mana ada!” tersenyum dia sambil mengelengkan kepala.
Tak apalah
puteri pun puterilah layannn.
Karl
menyambung pembacaannya.
“Lia
mengambil biskut yang dihulur suaminya dan dikunyahnya perlahan. Ash yang duduk
di sebelahnya juga mengunyah perlahan rezeki mereka buat hari ini. Biskut
kering bersama air kosong, alhamdullillah, sekurang-kurangnya mereka masih
hidup. Jika dalam siri Survivor tu, mereka kena makan yang bukan-bukan. Ini
setakat biskut kering, boleh aje telan. Tidak tercekik punya kerana ada air botol. Tapi jika
hendak minta nasi, sorry la.. kena tunggu bila diselamatkan nanti. Makanlah
nasi puas-puas. Hari ini baru satu hari tersadai, tak kan sudah rindu nasi?. Bila
bulan puasa boleh aje berlapar satu hari?
Matahari
sudah hampir tegak dilangit, tetapi kerana musim sejuk, kepanasan tidak terasa.
Ditambah pula dengan hembusan angin sejuk. Dirasakan bagai berada di rumah Tok Wan di Port
Dickson pula. Cuma tidak berbau air masin dan tidak ada ombak yang berkejar di tepian
pantai.
Ash membuka beg sandangnya. Tangan
menyelok mencari sesuatu. Ditariknya keluar, Ahhh..Kamera.
Hisy.. kalau sudah photographer tu,
photographer jugak, tak boleh tinggal.
Namun Lia hanya membiarkan apa
sahaja yang boleh mengisi masa yang ada, dari duduk tidak buat apa-apa. Pasti
merasakan masa beredar terlalu lambat. Jika menyebokkan diri, masa dirasakan
beredar begitu pantas.Tambahan pula mengambil shot memang kegemaran suaminya.
Ash menekan itu dan ini, kemudian
memusingkan lense. Kemudian hanya
anggukan yang diberikan. Okeylah
tu, pastinya bateri masih banyak dan kamera masih berfungsi. Kerana tersengeh
sahaja dia yang Lia nampak.
“Lia, abang
nak ambil gambar kejap.. ingat.. jangan pergi mana-mana? Tunggu kat sini..” dengan
nada yang agak tinggi.
Macam
warning aje. Tidak habis-habis dengan nasihat agar Lia tidak kemana-mana!
Ash berdiri
dan ingin meninggalkan isterinya sebentar. Kemudian dia menoleh lagi. Jari
telunjuk lurus ke arah Lia. Tanda amaran.. amboi, sudah pandai main
gertak-gertak!
“Ingat tu..
tunggu, jangan pergi mana-mana abang pergi kejap aje..” ulang Ash lagi.
Takut sangat Lia
pergi ke tempat lain.
Cik abang
oii..ke mana pulak Lia hendak pergi. Sudahlah berada di tengah-tengah padang pasir. Lainlah kalau sudah
berada di Geneva, mahu rasanya Lia meronda shopping sendiri dari menunggu Ash
dengan kameranya. Namun Lia tetap mengangguk tanda akur. Apa lagi yang boleh
dibuat, bukan boleh buat apapun.
Lama juga Lia
menunggu, Ash tidak muncul-muncul, katanya hanya pergi sebentar. Sebentarnya
apa?
Itulah penantian
itu satu penyeksaan. Kena pula di tempat yang entah di mana, memang waktu
berjalan terlalu perlahan. Entah-entah waktu tidak bergerak langsung. Rasanya
sudah lebih dari satu jam dia menghilang, tetapi satu jam bagaikan 10 jam
menanti. Dalam Lia mengomel sendiri, Lia nampak susuk tubuh suaminya yang jalan
laju menuju ke arahnya. Lia rasa lega, sudahlah dia memberi amaran agar Lia
tidak ke mana-mana. Lepas tu,
hilang berjam-jam.. sabar ajelah. Haripun sudah beransur gelap.
“Sayang okey ke tak tu..” soalan
pertama dari mulut suaminya.
“Sayang..” bunyi suara Ash lagi,
kali ini dengan nada yang sedikit tinggi, apabila tiada jawapan yang diterima
dari si isteri.
Merajukkah? Di sini bukan tempatnya
untuk merajuk atau untuk memujuk. Kerana keadaan memaksa untuk memikirkan apa
yang akan berlaku seminit akan datang, kerana setiap minit hanya mengharap agar
dapat diselamatkan.
“Hemm. Saya okey.” jawab Lia,
hendak kata apa lagi.
Akhirnya Lia bersuara. Senyum
sahaja muka si suami. Lega agaknya, apabila mendengar suara Lia yang tidak merajuk. Yang Ash tidak tahu, memang
ada sedikit tercuit di hati Lia dengan tindakan sang suami.
Sudahlah dirinya ditinggalkan
sendirian berjam-jam. Boleh tanya okey ke tidak?. Habis nak jawab tak okey!
Bukan dia boleh buat apa pun jika jawapan tidak okey yang diberikan. Dari itu
jawapan di tengah-tengah inverted coma, okey tetapi sebenarnya tidak okey.
“Ni.. tengok, abang ambil gambar
plane tu, semua angle.” Ash menunjukkan gambar-gambar yang telah dirakamnya
didalam kamera canggihnya.
Banyak juga, bukan setakat gambar
kapalterbang yang sudah patah sayapnya, malah banyak juga suasana sekeliling.
Kapalterbang ada dilihat sedikit terbakar di bahagian cockpit depan. Termasuk
gambar di mana barang-barang disimpan dan juga gambar beberapa penumpang yang
cedera. Gambar Dr. Martin yang paling banyak, kerana dia menjadi orang penting
tatkala ini, selain dari gambar kaptain dan pramugari. Tidak terkecuali gambar
penumpang-penumpang yang lain. Gambar Lia banyak juga, tapi gambar dirinya,
tidak ada?
Ash tersenyum, memandang
gambar-gambar tersebut. Dr. Martin masih lebam biji matanya kerana penangan
tumbukan sulong Ash yang paling priceless. Boleh disimpan sebagai kenangan
untuk seumur hidupnya.
“Sorry doc, I’m really sorry, I didn’t know that you are trying to help.
Why am I so impatience? Tak
pasal-pasal aje wajah handsome doktor muda itu sudah jadi seperti wajah anak
panda, lebam sebelah. Tidak patut betul!
***
Karl melihat jam dinding, sudah
lebih dua jam dia ditinggalkan sendirian. Cepat-cepat Karl memberhentikan
pembacaannya. Dia berjalan ke pintu depan. Takut-takut isteri dan mamanya sudah
kembali. Orang sedang mencuri ni, memang sentiasa rasa bersalah. Namun dia
angkat keningnya laju. Kepala otak nakalnya bersuara, baca lagi satu chapterlah
dulu, lepas tu boleh berhenti. Karl kembali ke bilik study. Kuat betul naluri
ingin tahunya kepada menuskrip isterinya.
Okeylah satu chapter lagi…sempat
ni, satu chapter aje lagi.. sempat ke satu chapter lagi ni? Ishy..Karl rasa
berbelah bagi, hendak baca atau tidak.
Hendak baca atau tidak..Soalan
muncul bertalu-talu.
Kalau baca
sempat ke habis! Dia menjulingkan matanya ke siling.
Tangan
menyeluk sakunya. Duit sepuluhsen digenggamnya.
Karl angkat
keningnya laju sekali lagi.
“Ting…” duit syiling sepuluhsen
yang dilambongnya berpusing.. kemudian
di tekupnya di atas meja. Jika bunga dia akan terus baca, jika kepala dia akan
tutup sahaja komptuter isterinya. Dia akan baca jika ada peluang lagi.
Perlahan
Karl menjengok dibawah tapak tangannya, kepala atau bunga..
He..he..he..
dia sengeh..kerana BUNGA, lakaran sekuntum bunga raya yang terhidang di depan
matanya!
No comments:
Post a Comment