BAB 2
Mata Karl bulat,
tersorot dekat ke skrin komputer.
Dilihatnya,
tajuk “Pengenalan”. Introduction lah
tuh!
Kedua-dua belah
tangannya di gesek. Cuaca tidak sejukpun, tetapi Karl merasa sejuk. Mana tidak
sejuknya, kerana dia tahu akalnya sudah meminta dia membuat sesuatu yang salah!
Menceroboh!!
Ahhh… pergi kau,
cuba di tepis rasa bersalahnya.
Karl terus
membaca beberapa barisan dengan laju. Pencuri memang begitulah rasanya,
sentiasa berada di dalam resah.
Resah takut tertangkap,
gelisah di sebabkan debaran dada yang dup dap, bola mata yang sudah
terguling-guling… isteri, komputer, isteri, komputer.
Dia harus
berhari-hati kerana dia tahu apa akibatnya sekiranya tertangkap, memang kes
berat!
Tajam mata
dengan terkulat-kulat Karl memulakan pembacaan…
Tajuk: 30 Jam
Yang Indah Bersamamu
Bab 1
Pengenalan
Tarikh: 22
Disember, jam 10.00 malam
“Rashlan (Ash)
dan Camelia (Lia) tenang duduk di kerusi panjang, mengadap ke skrin besar.
Skrin yang memaparkan nombor penerbangan, waktu berlepas, waktu check-in dan di
pintu gate berapa balai berlepas mereka. Selang beberapa minit, skrin bertukar
maklumat. Ash hanya memerhatikan penerbangan mereka sahaja iaitu EK086 KUL/DXB, tanpa menghiraukan
maklumat penerbangan lain yang turut terpapar.
Kini mereka hanya menunggu pengumuman untuk
boarding.
Sudah lama
perancangan untuk melawat mama Norly, ibu Lia, yakni ibu mertua Ash, akhirnya rancangan tercapai jua. Mereka menuju ke Geneva, melawat
mama Norly dan juga 2 minggu untuk bercuti berbulan madu. Bulan madu yang
tertangguh, menjadikan lawatan 2 in 1.
Sudah setahun bernikah baru kini dapat peluang bercuti.
Bulan madu yang sudah tidak semanis madu jawabnya. Nampak gayanya bulan yang
sudah gerhana dan madu yang sudah hilang manisnya..ha..ha.ha..
Camelia memandang ke arah
si suami, Rashlan yang sebok membelek boarding pas dan pasport mereka.
Rasanya sudah lebih dari sepuluh kali Ash membaca, nombor penerbangan dan
nombor gate berlepas.
Ishy.. tak ingat-ingat! Lia sudah register di dalam
kepalanya..
EK086 KUL/DXB pukul 2.00 pagi dan sampai di Dubai pukul 4.30
pagi.
Lepas tu dari Dubai EK087 DXB/GVA pukul 8.40 pagi dan sampai
di Geneva 1.50 petang, hari yang sama kerana Switzerland menolak waktu 7 jam ke
belakang.
Sekarang musim dingin, memang menolak waktu 7 jam. Bila
masuk musim bunga pula, bermula menolak jam 6 jam sahaja.
Nombor gate berlepas Gate no. 22.
Darah gemuruh hendak berjumpa emak mertuakah? Tidak mungkin,
kerana setahu Lia, bukankah Ash sudah lama kenal mama Norly. Sebelum bernikah
lagi sudah bukan main lagi dia rapat dengan mama,. Mana tidaknya, takut
dimarahi mama kerana sering menngajak Lia keluar. Hendak makan malampun perlu
Lia menemannya. Seperti tidak ada kawan lain di dalam dunia kecuali Lia.
Camelia senyum sahaja melihat telatah si suami.
Sebenarnya, mereka ke sana bukan setakat cuti berbulan madu,
tetapi ingin memberi bantuan kepada Mama Norly, kerana dia sudah tamat
perkhidmatannya di Geneva, Switzerland dan akan ditukarkan ke Beijing, China
pula. Maklumlah mama Norly seorang diplomat, berpindah randah setiap 4 tahun.
Jadi perkhidmatan mereka untuk membantu berkemaslah! Sambil-sambil itu ambil
peluang berjalan-jalan di sana. Itulah tujuan kunjungan itu yang sebenarnya.
Nampaknya lawatan mereka bukan setakat 2 in 1, tetapi 4 in 1. Ialah, Tujuan
pertama melawat mama Norly, kedua, untuk berbulan madu yang tertangguh, ketiga,
melihat negara orang dan keempat membantu mama berkemas. Tujuan pertama, mudah,
yang kedua juga best, yang ketiga lagi best. Tetapi yang tujuan yang keempat
tu.. so..so..soal berkemas ni, liat sikit. Tapi, ada tetapinya, tidak sampai
hati pula membiarkan mama sorang-sorang berkemas. Mahu sakit belakang orang tua
tu. Sebenarnya ada agen pembungkusan yang akan diupah untuk membuat kerja-kerja
pembungkusan. Tetapi mereka hanya bungkus dan masuk ke dalam kotak untuk di
masukkan ke dalam kontena. Yang penting mengasingkan barang, agar senang untuk
disusun semula di destinasi yang dituju. Takut nanti kotak barangan dapur diletak
di bilik tidur. Barangan bilik tidur di letak di dalam dapur. Satu hal pulak
hendak memindahnya semula.
Panjang lebar pula Lia memikirkan hal kotak pembungkusan
mama Norly. Lia pandang Karl, dia senyum. Tanpa dia mengetahui sebenarnya si
isteri baru sahaja mengutuk si suami dalam diam. Nauzubillah.. berdosa tu.
“Sorry bang..” kata Lia. Sorry ada makna. Hanya dia sahaja
yang tahu. Si suami yang tidak tahu menahu masih senyum. Dari senyuman itu, Lia
tahu dia sudah dimaafkan.
Alhamdulillah.. kan bang..
Waktu masih awal, setelah dilihat dipapan kenyataan,
memaklumkan Gate 22 hanya akan dibuka pada pukul 11.30 malam. Oleh itu elok
mereka lepak santai sahaja sehingga jam 11.00, baru mereka akan berjalan
perlahan ke balai berlepas.
Tepat jam 11.30 malam, papan tanda menunjukkan bahawa pintu
Gate 22 sudah sedia menerima penumpang.
“Bang.. dah buka…” kata Erin.
“Ahh.. jom…,”angguk Karl terus berdiri dan menarik beg
kabinnya. Tangan di sebelah lagi sempat pula memimpin tangan si isteri… amboi
romantiknya.
Terus sahaja mereka berjalan ke bahagian Imigresen untuk
memeriksaan routine.
Berjalan laju menuju ke earotrain. Kemudian menapak
mencari-cari papan tanda yang menunjukkan Gate 22.
Kerana mereka agak lewat sampai, hampir semua kerusi menuggu
sudah dipenuhi penumpang yang menuju ke destinasi yang sama “Geneva”. Sampaikan
ada penumpang yang duduk di lantai. Nasib baik ada satu kerusi yang kosong,
Hanya Erin yang duduk, Karl terpaksa berdiri, tetapi berdiri tidak lama. Orang
ramai sudah beratur, mereka juga turut serta dan duduk di bilik menunggu.
Selalunya tidak lama di bilik menunggu, paling lamapun tidak sampai setengah
jam.
Terdengar announcement dibuat sebaik sahaja bunyi chime
lembut diperdengarkan.
“Good afternoon passengers. This is
the pre-boarding announcement for flight EK 086 to Dubai. We are now inviting
those passengers with small children, and any passengers requiring special
assistance, to begin boarding at this time. Please have your boarding pass and
identification ready. Regular boarding will begin in approximately ten minutes
time. Thank you”
Laung si peramugari bertugas.
Lunak suara perempuan yang memberi infomasi.
Pengumuman meminta penumpang untuk boarding ke dalam
kapalterbang.
Suara siapalah agaknya. Tentu perempuan yang bersuara itu
secantik suaranya!
Lia dan Ash dengan beg kabin mereka masing-masing hanya
berdiri, kerana memberi laluan kepada warga tua dan perempuan yang mempunyai
anak kecil untuk semakan terakhir oleh peramugari yang bertugas.
Kemudian perlahan-lahan mereka beratur di belakang yang lain
untuk tujuan yang sama. Berjalan seiring menuju ke perut pesawat. Sudah
menunggu peramugari untuk membantu menunjukkan tempat duduk. Tempat duduk
mereka di 12K dan 12L. Agak jauh juga mereka mengheret beg yang tidaklah berat
mana. Beg yang hanya berisi sepasang pakaian dan sedikit toiletries, peket
kecil sahaja, mengikut arahan yang diberi. Manalah tahu, akan digunakan semasa
transit selama 4 jam di Dubai nanti. Mereka dijangka sampai di Dubai pada jam 5
pagi waktu tempatan, just in time for
solat Subuh.
Pesawat berlepas mengikut jadual. Di Dubai nanti Lia
memasang angan-angan hendak makan roti zattar sebanyak mungkin. Rindu juga pada
roti zattar yang sudah lama tidak dirasanya. Roti ini bukan ada dijualpun di
Malaysia. Hanya boleh didapati di negara arab. Terliur Erin hanya dengan
membayangkan lembutnya roti arab yang baru keluar dari periok tanah dengan
zattar dan bijan penuh di atas roti tersebut. Cukup dengan aromanya sahaja
sudah memecahkan air liur Lia yang tidak
dapat digambarkan.
Zatar oh zatar, Erin cuba mengembalikan nostalgia memakan
zatar sewaktu mengikut mama Norly bertugas di Qatar 6 tahun lalu.
“Bang.. Lia nak lelap kejap… kalau dia orang serve meal, Lia skip aje la..malas nak
makan.. tido lagi baik“. Lia meminta Ash untuk tidak menerima meal yang akan
dihidang sebentar lagi.
Sudah jam 4 pagi, hendak makan apa? Seperti makan sahur
sahaja. Tahulah penerbangan mereka tadi berlepas jam 2.00 pagi.
“Hemmm tapi abang nak ambik…Lia nanti lapar pulak,
macammana?“ soal Rashlan.
“Tak apa bang.. nanti sampai Dubai,
Lia makan zattar banyak-banyak sampai kenyang...” ulas Camelia terus mengereng
membelakangkan Ash dan menarik selimut.
Rashlan tarik nafas, membiarkan
sahaja keputusan si isteri. Lama juga suasana aman dirasakan. Walaupun kadang
kala terdengar suara bayi merengek. Suara bayi yang datang dari seat di hadapan
mereka. Apa hendak kata, pekakkan aje telinga, hendak lari ke mana? Jika hendak
wassalam bolehlah lari terjun tingkap!
“Ladies and gentlemen, the Captain has turned on the fasten seat belt sign. We are now crossing a zone of turbulence.
Please return to your seats and keep your seat belts fastened. Thank you.”
Terdengar
pengumuman keselamatan mengenai angin yang bergolak kuat. Angin jenis ini biasa
sahaja berlaku di setiap penerbangan. Angin lintang kut…
Tetapi lain macam pula rasa goyangan angin kali ini, hinggakan Lia
tersedar dari lenanya. Ini bukan angin lintang, mahu bapak angin!
“Bang.. kenapa?“ soal Camelia.
“Turbulance.“ Jawab Rashlan pendek.
Baru sebentar tadi, Ash perhatikan diskrin di hadapannya,
mereka sudah berada di Lautan Hindi dan nampak peta negara-negara Teluk. Ash
hanya membuka skrin yang menunjukkan peta pergerakan perjalanan mereka. Malas
hendak menonton atau melihat lain-lain rancangan yang di sediakan di dalam
pesawat. Bukan ada cerita menarikpun.
“Tak ada apa-apa, biasalah ni ..“ Ash menyakinkan Lia.
Dengan spontan Lia menarik semula selimut, lega dengan
kata-kata Ash. Tempat duduk mereka masih bergoyang kuat, Camelia membatalkan
niatnya untuk menyambung semula mimpinya. Ini tidak boleh jadi, sudah terasa
seperti didalam buaian pula.
Dia duduk tegak dan merapatkan dirinya dengan Ash, lengan
Ash diraih walaupun selimut masih menutup badannya.
Gegaran masih terasa, malah semakin kuat. Dilihat peramugari
berjalan pantas ke arah cockpit juruterbang. Kapalterbang diposisi yang sedikit
menjunam.
“Kelepuk!!!”
Terkejut Ash dan Lia apabila tiba-tiba topeng oxygen
keselamatan berwarna kuning terjuntai di hadapan mereka. Dengan mata bulat, Ash
dan Lia berpandangan sesama sendiri. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup
mereka melihat topeng oxygen keselamatan yang sebenar bukan dari skrin untuk
panduan keselamatan yang diberi pada setiap kali mereka menaiki pesawat.
Ahhh.. sudah! Apa sudah jadi ni?
Pantas tangan Ash memasangkan topeng oxygen kepada dirinya,
kemudian baru dipasangkannya kepada Lia yang sudah bingong. Camelia panik,
sudah lemah semua anggota badannya dan rasa sudah tidak bermaya. Apa sebenarnya
yang sudah berlaku. Mereka masih tertanya-tanya. Adakah ini mimpi atau betul-betul!. Camelia seperti
tidak percaya. Gegaran makin kuat, ditambah pula dengan rioh penumpang yang
sudah dapat merasakan ada yang tidak kena dengan pesawat yang mereka naiki.
Suara bayi menanggis menambahkan lagi irama keriuhan. Peramugari cuba
menenangkan penumpang yang sudah panik. Keadaan rioh menambahkan lagi rasa
takut Lia.
Rashlan juga sebenarnya takut, tetapi berlagak seperti tidak
ada apa-apa berlaku, bertahan dengan sedikit semangat yang berbaki.
Lia masih memegang erat tangan Ash. Membulatkan matanya,
hilang semangatnya yang tadinya mengantuk giler. Sudah tidak ada kata-kata yang
perlu diucapkan. Genggaman tangannya yang erat menggegam tangan Ash sudah
menyatakan bahawa dirinya sangat takut sekarang ini. Lebih takut dari
pengalamannya diculik dahulu. Debaran terasa, tambahan lagi bila dapat
merasakan pesawat sedang diposisi menjunam. Yang mampu kini adalah zikir dan
mengingatkan yang maha Esa. YA ALLAH, selamatkan hambamu ini. Gegaran bertambah
kuat sehingga tergoyang-goyang mereka ditempat duduk. Jeritan terdengar di sana
sini. Kapalterbang menjunam dengan lajunya. Lia dan Ash masih berkumat kamit,
membaca apa sahaja ayat Al-Quran yang mereka ingat. Genggaman tangan Ash
dipegang lebih erat, bagaikan tidak akan terlepas. Silap-silap berbekas. Jika
ada glue cap gajah, mahu aje digunakannya, agar dirinya tidak terpisah dari
suaminya. Wajah-wajah insan yang disayangi terbayang di depan mata, satu
persatu. Wajah mama Norly tersenyum, Tok Pa dan Wan Jie tersengeh, wajah
mertuanya, papa Rashid dan Mama Mysara juga muncul, tidak ketinggalan wajah
sepupu-sepupunya. Mereka seakan-akan melambai-lambai ke arah Lia. Yang paling
lama, wajah arwah papa Razali yang hanya tersenyum memandang tepat ke arah Lia
dan kemudian hilang dari pandangan. Mahu rasanya Lia menjerit, tetapi
kerongkongnya bagai tidak mempunyai peti suara lagi.. Kenapa ek!
Apakah itu lambaian terakhir buatnya. Astagfillahhilazimmm... bukan!..itu bukan
lambaian terakhir buatku..bisik hati Lia yang sudah tidak tentu arah.
Ya.. itu bukan lambaian
terakhir buat ku. Berkali-kali Lia berulang-ulang cuba menafikan.
Penumpang lain juga melakukan perkara yang sama berdoa
mengikut pegangan masing-masing.
“Krrrr….awww…”
Overhead locker terbuka dengan sendirinya,
mengeluarkan segala isi perutnya, semua barang berterabur. Bergelimpangan di
lantai bagasi-bagasi yang sudah tidak kenal tuan, kerana tuannya sudah tidak
memperdulikan soal bagasi. Soal nyawa mereka lagi penting dari bagasi. Jeritan
semakin jelas didengar. Rioh rendah, suasana yang tidak dapat digambarkan.
Kecut perut apabila merasa pesawat menjunam, seperti menaiki roller coaster.
Mungkin seperti menaiki roller coaster kerana, sebenarnya Lia tidak pernah
menaiki roller coaster, mahupun Ash. Agaknya beginilah rasanya menaiki roller
coaster. kecut perut teramat sangat, sehingga terasa mual hendak muntah rasa
ingin menjerit sekuat-kuat hati.
“ALLAH HU AKBAR..“ jeritan terakhir dari Rashlan yang
terdengar, kemudian senyap, tidak mendengar apa-apa lagi.“
Karl mengangkat kepalanya untuk berhenti sejenak membaca
pengenalan menuskrip Erin. Mata menala sekali lagi ke arah isteri, kemudian ke dinding
sambil mengetap bibirnya.
Lena lagi isteriku.. bisik Karl. Tidurlah sayang!!
Hemm, kesah mereka hendak bercuti bulan madu di Switzerland
enam bulan lalu rupanya. Dia kenal dengan watak-watak yang dimainkan. Dia tahu
Rashlan adalah dirinya dan Camelia adalah Erin.
Hemm...interesting!!
Nasib baik Erin menggunakan nama samaran, jika nama betul,
malulah dirinya kerana ada beberapa insiden yang Karl bertindak diluar
jangkaannya. Karl pasti akan mencuri-curi membaca, sama ada Erin akan
memasukkan juga insiden yang Karl maksudkan itu ke dalam ceritanya nanti, tak
tahulah!.
Mata Karl masih memandang ke arah Erin yang bergerak
mengalihkan posisi mukanya, tadinya di sebelah kanan, kini beralih ke sebelah
kiri pula.
Karl perasan seperti Erin sudah mengeliat, segera ditutupnya
menuskrip novel yang sedang dibacanya dan cepat-cepat meletakkan semula
komputer riba Erin ke atas meja membaca, bersebelahan kaca mata yang sudah
terlipat. Karl berdiri di sebelah Erin dan mengucup kepala Erin.
Pandai ya berlakun? Buat muka tak bersalah aje lagaknya.
Boleh dapat anugerah pelakun tambahan
terbaik ni!
“Hemm.. bang.. dah lama balik?“ nada suara Erin, masih
mamai, orang baru bangun tidur.
“Haah.. abang baru balik.. kenapa Rin tidur kat sini, kenapa
tak tidur aje kat sofa tu, kan lebih selesa..“ Karl berbohong dengan menyatakan
yang dia baru sampai, sedangkan sudah selamat satu chapter dibacanya .
“Tertidur pulak.... entah, letih sangat rasanya badan
Rin..ni..“ Erin bersuara dengan suara yang meleret.
Tangan Karl secara spontan merasa dahi Erin. Mata
dijulingkannya ke siling. Dahi tidak panas, jadinya dia tidak demam.
“Esok nak gi clinik.. nanti abang beritahu Encik Lokman,
abang masuk ofis lambat sikit sebab nak bawa sayang kat clinik..“
“Tak payahla..Rin bukan sakitpun.. cuma letih..“ jawab Erin.
“Kalau macam tu, esok
Rin rehat ajelah.. tak payah masak, abang beli lauk kat luar aje..hemm?“
Erin hanya mengangguk.
“Ni.. dah makan ke belum? Sah belum makan ni, sebab abang
tengok lauk tak luakpun dalam periuk kat dapur tu..?“ jelas Karl, yang dia tadi
ada menjengok di dapur.
“Ialah sebab Rin tunggu abang..nak makan sama “ jawab Erin.
“Hemm.. abang dah agak belum makan lah ni.. dah! bangun“
Karl yang sedari tadi berdiri, menghulurkan tangannya untuk membantu Erin bangun.
“Jom kita makan, perut tengah lapar ni, lepas isyak Sayang
boleh sambung tidur semula..“ sambung Karl.
Erin hanya menurut, tangan Karl disambut dan dia berjalan ke
bilik air.
Karl nampak Erin letih semacam, seperti tidak bertenaga
sahaja dia. Apa pulak penyakitnya, penyakit malas agaknya. Karl senyum sendiri,
membuat andaian yang Erin malas, jika dia tahu Karl mengangapnya begitu, pasti
malam ini, Karl kena tidur di sofalah jawabnya.
Karl terus ke dapur memanaskan lauk dan mengisi makanan,
manakala Erin masih di bilik air. Apa lagi, mencuci muka yang dah sembab sebab
terlena, sehinggakan nampak garis-garis bekas meja di pipinya. Nasib baik tidak
keluar air liur basi..Karl senyum.
Erin..Erin..jangan sampai dia tahu yang Karl sudah
menceroboh membaca menuskripnya sudah! Biar pecah di perut jangan pecah di
mulut!
Itu nekat seorang penceroboh di rumah sendiri.
Sekali lagi Karl sengeh nakal.
No comments:
Post a Comment