Saya publish coretan ini pula..cuba baca dan perasan tak? Does it ring any bells? Pendek aje coretan ini, boleh category novelet lah kut! Atau mungkin juga mini novel...
BAB
1
.
“Assalamulaikuuuum…”panjang
pula salam yang diberi, terutama di penghujung
“kum”, sebaik sebaik sahaja Karl menolak daun pintu yang baru dibukanya.
Entah berapa harkat!!
Dia membongkok,
mengambil kasut yang sudah dibuka dan dijinjingnya, lalu terus diletakkan di
rak kasut yang berada di sisi pintu masuk. Kemudian tangan pantas menanggalkan
stokin satu persatu di kedua-dua belah kakinya sambil berjalan
terjingkit-jingkit. Mana tidaknya, dia menariknya keluar sambil berjalan.
Cubalah bertenang abang Mikhail oi!! Cuma berhenti untuk membuka stoking tu!
Stokin yang sudah di tangan dicampakkan ke arah kasut. Tersangkut cantik sahaja
kedua-dua helai stokin di atas kasut kanvas. Sebab sudah terbiasa main
campak-campak aje, namun pandai pula stokin jatuh tepat di atas kasut itu. Dia
pasti Erin akan mengutip stokin itu untuk dibasuh nanti. Dia tidak pernah putus
dengan stokin yang bersih setiap hari. Erin tahu suaminya tidak pernah
menggunakan stokin yang sama setiap hari. Tahu-tahu sahajalah bagaimana bau
stokin yang sudah diguna, sanggupkah hendak menggunakan buat kali kedua?…
phewww..! Mata dijulingkan ke atas, mulut mencebik apabila teringatkan si
isteri yang kini pakar perunding pakaiannya.
Kunci rumah dan
kunci kereta dicampakkanya ke dalam raga ternganga di atas kabinet kayu,
menerima apa sahaja yang dihumban oleh tuannya. Mata Karl masih melilau,
mencari-cari bayang seseorang, bayang siapa lagi jika tidak Erin, perempuan
yang tinggal serumah, sebilik dan sebantal dengannya.
“Sayang..ohhh
sayaaang abang dah balikkk...” laung Karl lagi, dengan harapan mendapat
jawapan, namun masih kecewa. Karl kerut muka.
“Mana pulak Erin
ni...?” Karl tertanya-tanya dan masih mencari-cari si isteri.
Dia mendongak ke
siling, kipas di ruang tamu berpusing perlahan. Putaran yang paling minima.
Part membazir memang tepat beri kepada Erin. Orang tiada, tetapi kipas
berpusing. Karl tanya dirinya sendiri, kipas itu berkhidmat untuk siapa?
Opps!… buat apa
tanya dirinya sendiri, kena tanya Erin, batulah betul.
Karl memasang
telinga, manalah tahu ada bunyi-bunyi yang dia tahu, tetapi rumahnya tetap
senyap sepi. Mata memandang keluar, dia hendak pastikan, rasanya dia nampak
kereta Myvy merah jambu Erin terpakir di halaman sebelum dia masuk ke dalam
rumah tadi.
Leher dipanjangkan,
menjengok ke luar dengan tangan kanan menyelak langsir pintu gelunsur.
“Ya, sah, memang
kereta Erin ada terpakir didepan. Keretanya ada, tapi tuannya mana?” omel Karl
perlahan. Tangan kiri secara otomatik mengaru kepala yang tidak gatal. Muka
berkerut seribu, memikirkan yang tidak sepatutnya difikirkan.
Jika kereta
masih ada, sudah pasti dia juga ada di dalam rumah. Karl mengerutkan lagi
mukanya, takkan pula dia pergi ke Giant Supermarket berjalan kaki malam-malam
begini?. omelnya lagi.
“Manalah tahu,
Erinnn.. kadangtu memang unsangkarable...benda yang kita tak terfikir, itu yang
dia buat“ Karl bercakap sendirian.
Mata masih
mencari-cari.
Memang
boleh, jika hendak berjalan kaki, tetapi
tidak pernah-pernah dibuat orang. Lagi
pun tidak ada orang yang berjalan kaki sekarang ini, tambah-tambah di waktu
malam begini. Merbahaya, walaupun lampu jalan terang benderang, memang menyala
di sepanjang jalan.
Lagipun semua
sudah manja, pergi keluar sejengkalpun menggunakan kereta. Jika boleh
setapakpun malas hendak berjalan. Punyalah manjanya manusia sekarang ini.
Kemudian Karl menjuehkan bibirnya, termasuk dirinya, maknanya menngata diri
sendiri.
Karl pandang
sekeliling, malah lampu terang menderang, kerana semua lampu terpasang. Karl
melorotkan beg kamera dan beg sandangnya, diletakkannya di meja kopi.
Dijengahnya ruang dapur, tiada juga bayang orang yang dicari. Yang dia nampak
dapur semua sudah bersih dan kemas. Yang terhidu hanyalah aroma masakan yang
masih tertinggal.
“Ini tentu baru
selesai masak..sebab bau masih ada tertinggal” bisik hati Karl
Karl menjungkit
hidungnya, menghidu bau masakan yang memang enak. Dia berjalan perlahan, tudung
periuk diangkat, Karl melihat lauk pauk yang sudah dimasak, kemudian menutup
semula tudung periuk itu.
“Hemmm..masak lemak
daging salai“ Karl senyum.
“Kalau sudah
orang nogori, masak lemak tidak tinggal.” Bisik hatinya, namun dia senyum
kerana itu lauk kegemarannya.
Hendak katakan
apa, sudah berkahwin dengan orang negeri sembilan, kenalah makan masakan yang
banyak guna cili padi.
Periuk dirasanya
dengan tangan, melekap sahaja beberapa saat di badan periuk.
Tidak sejuk
sangat. Confirm dia baru selesai memasak. Paling lamapun mungkin satu jam yang
lalu.
Di atas meja
sudah tersusun beberapa pinggan, sudu dan gelas. Persediaan untuk makan malam.
Karl yakin, Erin
pasti ada di dalam rumah, dia tidak ke mana-mana. 110% yakin.
Karl membuat
andaian, manalah tahu, mungkin Erin sedang solat di bilik mereka, atau sudah
tidur, salah satu!.
Bergegas dia
menaiki tangga, bunyi bagaikan berlari. “Tap..tap..tap…tap,,”
“Ishy Erin ni,
baru jam 9.00 malam takkan dah lelap pulak?.” Karl menolak pintu bilik
tidurnya, pintu terkuak, namun dia masih tidak nampak kelibat Erin.
Lagi berkerut
muka Karl, andaiannya tetap meleset. Ke mana ajelah isteri tersayangnya ini.
Bilik kedua juga
dijengok, juga hampa. Muka sudah naik pucat.
Ditolaknya pintu
bilik sembahyang, nyata bilik sembahyang juga gelap. Sudah pasti Erin tidak ada
di dalamnya.
Perempuan
penakut itu, hendak duduk sendirian di dalam gelap! Karl sangkal.
Minta ampun!
Sedangkan jika tinggal sendirian, waktu tidurpun dia akan memasang semua lampu
satu rumah, terang benderang seperti malam raya.
Karl bergegas
turun semula ke tingkat bawah. Hanya satu lagi bilik yang belum dia jengah.
Bilik membaca, di tingkat bawah yang sedikit tersorok, bersebelahan bilik
tetamu.
Laju Karl mengatur
langkahnya menuju ke bilik itu. Hati sudah mula berdetak dengan nada risau,
Jika Erin tidak juga ada di bilik itu, ke mana pula agaknya dia pergi tanpa
memberitahu dirinya. Tidak pernah-pernah dibuatnya, kerana ke mana sahaja dia
hendak pergi, pasti dia akan memaklumkannya, sama ada dia menghubunginya
melalui telefon atau setidak-tidaknya menghantar pesanan ringkas. Itupun
susahkah?
Haylah sayang
oi! Hendak main sorok-sorok pulak agaknya!
Sayang... ini
bukan masanya. Boleh tak esok-esok aje, main sorok-sorok ni! Abang dah penat
dan risaupun ada jugak!
Leter Karl di
dalam hatinya yang hampa.
Karl nampak
biasan cahaya dari luar pintu bilik membaca yang renggang. Kini, dapatlah dia
menarik nafas lega. Dengan senyum Karl mengetuk perlahan daun pintu. Di tunggu
beberapa saat, tidak ada pula terdengar suara memberi kebenaran untuk dia
masuk. Ahhh…
Perlahan Karl
menolak pintu, walaupun tiada jawapan. Dia sudah beri warning dengan mengetuk
pint, bukannya dia main terjah!. Karl tidak mahu terus masuk, manalah tahu
penghuni di dalam bilik tersebut sedang didalam.keadaan yang tidak sesuai untuk
dilihat oleh sesiapa. Tambahan pula adalah tidak sopan berbuat demikian. Karl
hormat privacy orang, walaupun insan yang di panggil “orang“ itu adalah
isterinya sendiri. Semua orang perlukan sedikit ruang untuk bersendirian. Yeke?
Bola matanya berguling-guling sambil memandang ke siling. Seperti tidak percaya
apa yang sedang difikirkannya.
Terkuak sahaja
pintu, Karl cukup lega. Mulut tersenyum
senget. Patulah ketukannya tidak berjawab! Perempuan yang dicari sudah ada
didepan mata,terlentok di atas meja, lena,,,.
“Kat sini
rupanya dia..“
Nasib baik dia
ada, jika Karl tidak berjumpanya di dalam rumah malam ini, kenalah Karl menghubungi sesiapa yang dia
agak isterinya pergi, mungkin Erin terlupa untuk memberitahunya. Tetapi
sekarang sudah tidak perlu memanggil sesiapapun kerana isterinya sudah ada ditermui.
Nasib baik jumpa, jika awal-awal telefon sana sini, tentu mereka hairan,
seorang isteri pun tidak terjaga sampai merajuk entah ke mana?
Karl masih
tersenyum senget melihat Erin sedang dialun mimpi.
Penat sangatkah
dia, sampai tertidur awal?
Penat berkemas,
penat memasak atau penat terlebih tidur?
Salah satu, atau
ketiga-tiganya sekali!
Tetapi takkan
penat sampai begitu sekali, sampai terlena sedemikian! Bom meletuppun dia tidak
sedar?
Buat spring
cleaning satu rumahkah?
Spring cleaning?
Mana ada? Setakat sapu sikit-sikit adalah kut..
Karl geleng
kepala sambil tersenyum.
Karl perhatikan,
Erin terlena dengan kepala yang beralaskan lengannya, tetapi lengannya masih di
atas keyboard komputer riba. Komputer riba juga masih menyala. Cermin matanya
sudah senget, bukan lagi terletak di depan mata, sudah jatuh di hujung hidung.
Kenapalah terlena
sebegitu rupa, dengan posisi membongkok begitu.
Nanti sakit
belakang, siapa yang susah?.
Karl jugak yang
terpaksa mengurutnya, bila dia lenguh, namun Karl tidak mahu menganggu tidurnya
yang nampak memang lena.
“Erin... Erin..
kalau iapun penat sangat, kenapa tidak baring aje kat sofa kan lebih selesa?”
bisik hati Karl sambil menggeleng kepala.
Matanya
memandang ke arah isteri tersayang.
Hendak dikejut,
kasihan pula. Berhenti sejenak… bola mata berguling-guling di soket mata,
meminta bantuan otak sama ada hendak dikejut atau dibiarkan sahaja.
Cekap otak
memberi jawapannya.
Biarkan sahaja..
jangan diganggu!
Perlahan dia
mendekati Erin dan menanggalkan cermin mata isterinya yang sudah hampir
terjatuh. Dilipat, lalu diletakkan ke tepi.
Erin sedikit bergerak
apabila terasa lenanya terganggu.
Erin menelan air
liur, sedangkan dia masih lena, lena tahap pengsan.
Perlahan juga
Karl mengalehkan komputer riba dari tangan Erin. Karl menarik perlahan komputer
riba dan dia hendak menyimpan apa sahaja catitan yang telah Erin catitkan di dalamnya.
Itulah sejak
menjadi novelist ni, pantang aje ada idea, ada sahaja coretan yang hendak
diluahkannya untuk dijadikan cerita.
Komputer riba
menyala, sebaik sahaja dialih oleh Karl. Terpampang semua catitan dalam bentuk
Micorsoft Words, spacing 1.5 dengan font times new roman 12. Karl rasa tertarik
pula hendak tahu. Tetapi risau pula dihatinya, jika Erin tahu dia sudah
menceroboh hak peribadinya. Manalah tahu Erin sedang mencatit diarynya, kerana
Karl nampak banyak nombor dan tarikh. Perasaan ingin tahu dengan apa yang
sedang Erin coretkan sehingga membuat Karl tidak sabar-sabar ingin tahu. Di
hati sudah berfikir nakal, dia ada niat hendak mengetahui apa yang telah
dicoret oleh isterinya. Jika Erin marah, pandailah dia memujuknya nanti.
Erin pasti tidak
akan marah lama dengannya. Erin seorang isteri yang baik, mendengar kata suami.
Betul ke tu? Atau sebaliknya!.
Bukankah Karl
yang terlebih sayangkan Erin, yang sentiasa cair dengan perempuan ini!
Apa-apa aje la..
yang penting Karl ingin tahu apa yang dicoretkannya di dalam komputer riba
tersebut. Karl harap apa yang ditulisnya bukan catitan diari, tetapi menuskrip
novelnya. Jika catitan diari, Karl tidak akan terus membacanya. Dia hormat
dengan ruang yang ada sedikit untuk isterinya. Tetapi jika menuskrip dia akan
terus membacanya.
Karl mengangkat
keningnya laju.
Wajah nakalnya
muncul, kepala sudah ada benjolan tandok.
Karl sengeh.
Bukan senang
mendapat peluang begini. Erin selalunya tidak membenarkan Karl membaca menuskripnya
sehinggalah dia selesai menulis. Kecuali jika dia perlukan bantuan, touch-up
bahasa yang digunakan, di sana sini.
Itu kesah
menuskrip, tetapi Karl masih tidak dapat memastikan apalah sebenarnya di skrin
komputer riba itu sebenarnya.
Catitan diari
atau menuskrip.
Karl masih
memandang ke arah isterinya yang sedang membongkok duduk lena di atas kerusi
dengan muka tersembam di atas meja membaca. Dia menapak beberapa tapak ke
belakang perlahan dengan komputer riba Erin sudah di tangannya. Kemudian dia
duduk bersila di atas hamparan lalu bersandar di salah satu rak buku yang penuh
sarat dengan novel, buku ilmiah dan juga beberapa naskah novel pertama Erin
bertajuk “13 hari 12 malam”. Novel pertama yang menjadi novel best seller hasil
dari garapan sebenar dia dan Erin di culik guerilla Abu Sayap semasa bertugas
membuat liputan mesyuarat ASEAN di Philippines dua tahun yang lalu. Karl
sebagai journalist photographer dan Erin pula seorang journalist. Waktu itu
tidak adapun cintan cintun.
Karl masih ingat,
perasaan sayang datang tiba-tiba apabila terdesak. Maklumlah apabila mereka di
culik dan tinggal bersama dalam satu bilik, bersama-sama dengan tebusan yang
lain. Kasih sayang mula timbul apabila masing-masing mengetahui mereka bagaikan
aur dengan tebing, memerlukan antara satu sama lain. Itulah pengalaman pahit
yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman pahit yang mempunyai kemanisan di
penghujungnya. Kemanisannya, mereka berjanji akan bernikah jika mereka terselamat
dari menjadi tebusan.
Doa mereka dimakbulkan,
mereka dibebaskan, dan mereka tunaikan janji mereka dengan mengikat hubungan
yang suci, sebagai suami isteri.
Erin menjadi
novelistpun bidan terjun sahaja. Dari suka-suka mencoret pengalaman yang
ditempuhi dijadikan cerita. Itulah lahirnya novel sulongya “13 hari 12 malam“.
Hasil nukilan dari seorang journalist
kepada seorang novelist.
Komputer riba
Erin masih di tangannya.
Ditekannya
kekunci.
Skrin menyala.
Perlahan Karl
memulakan pembacaannya. Kali ini Karl dapat mempastikan ianya bukan diari,
tetapi memang menuskrip novel keduanya. Tetapi kenapa banyak tarikh dan nombor?
Erin ni hendak
tulis diari hidupnya untuk tatapan pembaca ke?
Jangan Erin…
nanti semua orang tahu rahsia awak?
Biar betul!
Pandangan Karl
ke dinding kosong yang berwarna puteh gading. Karl masih tidak percaya. Takut
tersilap, membaca coretan peribadi Erin. Mahu dirinya kena hempuk. Silap-silap,
Erin merajuk, dan tentunya Erin tidak akan mempercayainya lagi.
Parahlah jika
itu terjadi.
Tidak mengapa
perasaan ingin tahu Karl mengatasi segalanya, meluap-luap., bagaikan gunung
berapi yang sudah tidak dapat menahan untuk menghembuskan lavanya.
Karl lihat,
garisan paling atas tertulis “Bab 20”.
Phew..confirm
menuskrip..sudah banyak coretan yang telah ditulisnya. Sudah sampai bab 20…rupanya!
Karl ingin tahu
jalan cerita dari mula. Takkan hendak membaca novel terus di penghujungnya atau di tengah-tengah cerita. Manalah dia
faham nanti karekter-karekter yang Erin mainkan. Sama ada karekter yang sebenar
atau karekter samaran. Baik ajelah Karl mula membaca segera sebelum sleeping beauty yang sedang lena itu
terjaga. Nanti terkantoi pula, mencuri baca menuskripnya.. parah!
Bukan mencuri
tetapi melihat…
Karl tidak mahu
dituduh sebagai pencuri. Mencuri itu berdosa.. melihat tidak berdosa..Karl
sengeh nakal sekali lagi.
Sebaik sahaja
Karl menekan control home, terpapar Bab 1, Tajuk “30jam yang indah bersamamu”.
Karl memandang ke arah Erin yang masih lena tidak berkotek. Hanya terdengar dia
menarik nafas halus sahaja yang seirama. Karl angguk kepalanya. Nampaknya tajuk
novelnya kali ini, lain macam sahaja ayatnya, namun sudah cukup untuk
membuatkan dirinya teruja.
La..la..la..la..Dengan
muka tak bersalah, pura-pura buat tidak mengetahui dengan apa yang dilakukannya
adalah satu perbuatan tidak sepatut dilakukannya..
No comments:
Post a Comment