BAB 7
Karl masih berada di hadapan
komputer isterinya. Duit syiling yang dilambungnya menunjukkan Bunga, tanda untuk dia boleh meneruskan
pembacaannya satu chapter lagi.
Ishy sampai begitu sekali,
Karl sampai sanggup main lambung duit syiling, sanggup memperjudikan nasibnya.
Betulkah penunjuk bunga itu memberitahu yang dia masih selamat dan boleh
meneruskan aktiviti mencuri baca itu diteruskan?
Apalah nak jadi. Mata masih
tetap melilau. Telinga juga perlu dipasangnya tajam. Pantang terdengar bunyi
kereta berhenti, takut isteri dan mamanya sudah pulang. Kalau terkantoi nanti,
sudah tentu dia tidak akan dapat tahu episode seterusnya. Dia tetap hendak tahu
apa lagi yang telah dicoretkan oleh si isteri.
Satu lagi yang dia tahu
pasal perempuan, kata aje pergi sekejap. Sudah lebih dua jam tak juga pulang.
Tetapi bagi Karl lagi lama mereka pergi, lagi bagus. Beruntung sebenarnya dia
ditegah dari mengikut, kerana dia ada peluang untuk mencuri baca. Inilah
dinamakan blessing in disguise!!
Tangan meleret skrin komputer,
mencari Bab 4 pula.
Terpapar bab 4, sedia menunggu untuk Karl membacanya.
“Tajuk: 30 Jam Yang Indah Bersamamu“
Bab 4
Tarikh: 23 Disember, jam 2 petang
“Lim datang ke arah Karl termengah-mengah. Sambil
terbongkok-bongkok dan mencungap-ngucap apabila hendak berbicara. Sampai tidak
cukup nafas, sudah kurangkah oxygen di padang pasir ini..
Hemm.. tidak! Si Lim aje yang tergesa-gesa, adalah
benda penting yang hendak diberitahu kepada teman se negara yang senasib
dengannya, Rashlan.
“Ash, you know
what? Kat sana, Mr. Ameer dari UAE tu kata hendak buat sembahyang
kesyukuran, lepas tu sembahyang, apa itu nama dia! solat doa selamat. Lepas sembahyang asar katanya. Saya tak faham
dan tak tahu bila time sembahyang ni Ash.
Saya tak faham dan tak tahu bila time sembahyang ni Ash. You tahu kan..You hendak join tak? Dia minta,
kalau boleh lagi ramai lagi baik.
Sungguh!
saya rasa melepas, kalau saya sudah Muslim, mahu aje saya join” katanya dan
terus membongkokkan badannya sekali lagi, kerana melepaskan lelahnya yang masih
termengah-mengah.
“Iya!..kat
mana tu?” tanya Ash pendek.
Beruntung dapat teman yang peka dengan hal-hal begini,
Lim memang bersungguh nampaknya dia. Lahir dari hati yang ikhlas. Jika niat ini
berterusan, insyallah, dia bakal menjadi seorang muslim yang taat. Kita
sepatutnya bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai muslim. Sudah awal-awal diberikan
nur iman. Cuma nur iman yang diberikan selalu tidak di endahkan. Selalu terleka,
akhirnya cahaya nur yang sepatutnya sentiasa bersinar, menjadi malap dan malap
dan terus malam. Akibatnya cahaya nur hilang terus.
Lain pula jadinya kepada saudara baru, mereka sentiasa
menambah cahaya nur yang datang dari hati mereka. Membuatkan iman mereka
sentiasa bercahaya.
Karl tersengeh, termalu sendiri, dialah salah seorang
yang selalu leka…
“Mr. Ash, you want to join them or not?”
tersentak Ash, apabila Lim bersuara. Tersedar dari lamunan yang konon hendak
menjadi ustaz se saat. Melayang kopiah jauh ke gaung..
“Kat
hujung cockpit sana tu sebab situ rata..” jawab Lim lagi.
“Asar.. kenapa tak Zohor?” Karl tertanya-tanya, kalau
di tanah air jam waktu begini baru masuk Zohor.
“Tak
tahu pulak saya, tapi tadi saya nampak mereka sudah sembahyang dah.. dalam
sejam yang lalu..” kata Lim lagi.
“Ooohh,
ialah kat sini winter, waktu masuk awal... jom, saya nak join dia orang” jawab Ash
kepada Lim yang sudah tidak membongkok lagi.
“Sayang
tunggu ya, abang pergi sembahyang kat sana. Elok juga kita bersyukur dan minta
DIA permudahkan segala masalah kita ni..” pujuk Ash melengkarkan tangannya di
bahu Lia, memintanya jangan ke mana-mana sepanjang pemergiannya menunaikan
solat.
“Ya bang.. saya rehat aje kat sini, janganlah abang
risau..” jawab Lia.
Pantas Lim dan Ash ke tempat yang dikatakan. Memang
sesuai tempat yang dipilih kerana rata tidak berbukit pasir. Ash melihat
beberapa orang sudah menunggu. Tak sangka, ramai juga orang Muslim rupanya
lebih dari 50 orang. Ada yang sudah bersedia, ada yang sedang bertayamum.
Kerana ketiadaan air, mereka menggunakan pasir sebagai ganti air. Ash juga
mengikut membuat tayamum dan berkumpul bersama-sama dengan penumpang Islam yang
ada. Sekadar berkenalan dengan memperkenalkan nama. Melihat wajah-wajah
mereka yang masing-masing mengharap. Mengharap agar pertolongan datang segera.
Mana tidaknya. Bagi yang sudah berkeluarga pasti ada isteri
dan anak-anak sedang menunggu kepulangan mereka.
Bagi yang belum berkeluarga pasti ada ibu bapa yang
menunggu kepulangan mereka.
Mr. Ameer sebagai imam. Mr. Ameer menerangkan,
memandangkan waktu asar sudah masuk, elok disempurnakan solat asar dahulu dan
kemudian baru solat solat sunat yang lain.
Sungguh merdu apabila terdengar suara seorang lelaki
melaungkan azan sebelum solat asar dilaksanakan. Bergema di padang pasir yang entah di mana, barren land, middle of no where.
Selesai
laungan azan, semua yang berkumpul merapatkan saf. Bermulalah solat asar dengan
sempurna, kemudian ikuti dengan solat sunat syukur dan kemudiannya solat
meminta dipermudahkan segala urusan, agar mendapat pertolongan dariNya jua.
Lim hanya menjadi pemerhati dari jauh. Memang
lelaki ini berminat sungguh dengan Islam. Selesai segala solat, Ash berjalan
menuju ke arah Lim yang sedia menunggu.
“Terima kasih Lim, maklumkan saya perkara ni..kalau
Lim tak beritahu, mungkin saya terlepas, macam saya terlepas solat zohor
berjemaah tadi” Jika tidak kerana lelaki cina itu sudah tentu Ash tidak
mengetahui ada solat-solat yang mereka laksanakan.
Walaupun berbagai bangsa, tetapi diwaktu solat hanya
menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa arab. Yang pasti mereka mempunyai satu
pegangan. Kerana semuanya adalah umat mu Ya Muhammad s.a.w.
“Tak mengapa, Ash, saya suka.. memang saya suka.. Bila
Ash senang untuk bantu saya! Bantu
saya dalami Islam, saya dah tak sabar dah ni. I think this time is the right time untuk saya mulakan. Harap Ash
tidak keberatan. Sebab saya rasa selesa belajar dengan orang Melayu, nanti di
Dubai saya kena cari class. Buat masa di sini Ash bantu saya ya? While waiting for the rescue” kata Lim
bersungguh-sungguh dan berulang-ulang.
“Boleh..
apa salahnya. Jom kita ke tempat isteri saya, kesihan dia tinggal sorang-sorang
kat sama. Kita start di sanalah nanti. Tapi Lim kena ingat, saya ni bukannya
ustaz, apa yang saya ajar terbatas. Saya akan beritahu apa yang saya tahu aje
la ya?” kata Ash sambil berjalan beriringan dengan Lim menuju ke tempat di mana
Lia sedang menunggu.
Di situ
bermulalah pengajian secara tidak rasmi yang dapat Ash berikan kepada Lim.
Syukur Alhamdulillah, bertambah seorang lagi umatmu Ya Muhammad”.
Karl
terhenti membaca. Bayangan wajah setiap orang yang dia hanya kenal seketika
sewaktu solat tersebut, cuba diimbasnya kembali. Hanya dua tiga wajah sahaja
yang lekat dan dia nampak dengan jelas. Yang lain tidak dapat diingatnya.
Sekiranya berlaga bahupun pasti tidak akan diingatnya. Tetapi wajah Mr. Ameer,
lelaki Emirates yang menjadi imam itu memang terang dapat dibayangkannya. Dia
memang seorang yang alim. Bersih wajahnya, dan peribadi juga menarik. Namun
wajah yang kerap terlintas ialah wajah Halim. Sudah berulang kali Karl
memberitahu dirinya untuk menghubungi lelaki ini untuk bertanya khabar.. jangan
dia tangguh lagi, takut dia lupa nanti.
Tapi
yang menjadi tandatanya difikirannya, bagaimana pula Erin tahu setiap
pergerakan Karl semasa bersama dengan Jemaah-jemaah itu ek?
Bukankah dia hanya duduk diam ditempatnya.
Kecuali...
Karl pegang dagunya..terasa janggut yang bersepah,
baru hendak tumbuh..
Dia memikirkan...kecuali Erin mengintai mereka dari
jauh.
Mungkin?
Terpadam
semua wajah-wajah yang cuba dia ingat dan bagaimana Erin boleh mengetahui apa
yang dilakukannya kerana dia terdengar suara perempuan sedang berbual sambil
ketawa kecil, gembira sahaja bunyinya. Suara itu seperti
sudah berada di depan pintu.
“Alamak.. dia orang dah balik ke? Mamacammana pula dia
boleh tak dengar bunyi pintu pagar dibuka? La.. kenapa tidak terfikir, yang
keluar itu isteri dan mamanya. Mestilah mereka boleh masuk dengan senang kerana
Erin ada kunci rumah..” Karl menepuk dahinya.
Sebelum terkantoi, cepat-cepat dia menutup komputer
Erin dan berlari duduk di meja makan dengan memegang mug kosong.
Amboi bukan main pandai berlakon, sama seperti
karekternya di dalam novel Erin itu.
“Bang buat apa tu..” tegur Erin sebaik sahaja pintu
terkuak dan melihat Karl seperti menekmati minuman yang ada di dalam mug
kosongnya.
Karl toleh ke arah suara isterinya dengan mug masih di
tangan.
Erin yang masuk dengan menjinjing polesterin puteh
meletakkan beg plastik itu di depan Karl. Semerbak bau makanan seperti bau nasi
biryani.
Karl pandang ke arah mama Mysha yang berjalan ke sofa.
Dia juga tidak menjinjing apa-apa. Biar betul! 3 jam keluar, tetapi
tidak membeli apa-apa. Mereka ini keluar window shopping aje ke? Entah-entah
barang penuh di dalam bonet, biasalah, tunggu Karl yang kena keluarkan.
Mama Mysha sudah duduk di sofa, dan memalingkan
badannya ke arah Karl yang tidak memberikan jawapan kepada soalan isterinya.
Karl hanya mengangkat mug yang kosong.
Erin meninggalkan Karl dan duduk bersama mama Mysha di
sofa.
“Mama nak air?” akhirnya Karl menjawab soalan
isterinya.
“Boleh jugak, Karl minum apa? Buatkan untuk mama satu?” pinta mama Mysha.
“Saya
nak jugak bang.. “ bersuara Erin., walaupun Karl tidak menyebut namanya.
Karl
hanya bertanya mamanya sahaja. Memangpun jika Erin tidak meminta dia pasti akan
membuatkan minuman untuk isterinya juga. Dia tahu bila baru balik berjalan,
pasti dahaga. Diapun dahaga juga sebenarnya, kerana mug yang dipegang bukan ada
air pun. Eksen sahaja lebih. Tetapi yang paling dia prihatin tentang isterinya
ialah kerana di dalam perut isterinya kini sudah ada sebahagian dari darahnya
yang sedang membesar.
Karl
menghulur dua mug, kali ini mug yang berisi jus. Satu untuk mama dan satu untuk
Erin. Kemudian
dia mengambil mugnya yang tadi kosong, kini sudah berisi. Berisi air yang sama,
air jus Ribenna.
“Mama bawak
Rin pergi mana tadi ma..” tanya Karl kepada mama.
“Alah.. hal orang perempuan sayang.. jangan risau, untuk kebaikan Erin.. kan Rin kan?” mama
Msyha membalas soalan Karl dan menghirup air yang sudah dihulur kepadanya.
Rahsia
sangatkah tempat yang mereka pergi? Ini membuat perasaan
ingin tahu Karl bertambah.
Mama melihat jam di lengannya. Matanya
sedikit bulat
“Betul ke sudah pukul 12.30 petang
ni...” kemudian mama Mysha memandang pula ke jam dinding yang tersangkut di ruang
tamu.
Memang confirm sudah jam 12.30 petang.
“Hiss.. lama jugak kita pergi ya Rin.. lebih dari 3 jam. Ingatkan sekejap. Mama kena balik
la, nanti papa risau kalau mama tak balik-balik, takut nanti dia suruh mama tidur
sini aje sebab dah lupa nak balik..” gurau mama Mysha.
“Ala.. mama, tak da maknanya papa nak bising,
bukan mama pergi mana? Mama pergi rumah anak menantu aje. Kalau dia suruh ma
tidur sini, Rin tak ada masalah, ada dua bilik kosong kat atas tu.. kan bang,
mama pilih aje bilik mana yang mama suka?” kata Erin.
Karl hanya
mengangguk laju.
“Heeeh tak
bolehlah Rin, mama kena pergi sekarang. Mama harap Erin suka
tempat tu, next time teman mama lagi ya sayang..mama kena pergi ni. Papa tu
kalau mama tak ada tak boleh hidup dia!” mama bingkas bangun dan menghulurkan
mug yang sdah kosong kepada Karl.
Yang
sebenarnya siapa risau siapa? Papa risaukan mama atau mama yang risaukan papa,
takut papa keluar entah ke mana. Entah-entah papa sedang relax di rumah,
ataupun sedang menghayun kayu golf bersama teman. Mama
aje yang perasan, papa akan risaukan dirinya jika lambat pulang….sedangkan?..
Karl yang
tercegang dengan mamanya yang lebih rapat dengan Erin, menantunya dari dirinya
sendiri. Dia sudah tidak lagi menguasai 100 peratus perhatian
dari mama Mysha. Kini dia
hanya ada 50% dan 50% lagi sudah dirampas oleh Erin.
Habislah
dia! Kini
dia sudah ada pesaing. Pesaingnya ialah isterinya sendiri, dan tidak lama lagi
bertambah seorang lagi pesaingnya, anak yang bakal lahir. Nampaknya mama Mysha
terpaksa membahagikan perhatian kepada 3 bahagian, anak, anak menantu dan cucu.
Melihat
mama Msyha hendak beredar, Erin mencium tangan mertuanya, begitu juga Karl.
“Jaga Erin
baik-baik Karl” pesan mama sebelum meninggalkan mereka.
Erin hanya
senyum.
“Abang itu
bukan setakat pesanan, tetapi juga amanat..” bisik Erin kepada Karl.
Karl angkat
bahu, dia tertanya-tanya. Apakah yang kurangnya selama ini dia menjaga Erin.
Dia lihat Erin sihat aje sepanjang menjadi isterinya? Kecuali sejak dua menjak
ini, itupun disebabkan pembawakan budak. Yang suruh jaga baik-baik tu apa hal?.
“Mama, trust me.. this woman is in the safe hand. Your son love her very much, with all
of his heart.. tak percaya tanya tuan punya badan.. tidak sekalipun kena
marah, jentik lagi tidak .”bisik hati Karl. Sambil senyum senget.
Terkejut Karl apabila Erin memberi
ciuman di pipi suaminya. Tanda berterima kasih kerana membenarkan dia keluar
bersama mertuanya.
Kesah
barang di bonet kereta tidak pula berbangkit. Confirm mereka tidak membeli apa-apa.
Karl lega, selamat duit di dalam dompetnya.
Kini Karl
dan Erin berdua-duan tercegat di depan pintu, melihat mama
yang sudah di dalam keretanya.
Secara spontan sebelah tangannya
membalas lambaian mama yang sudah di dalam kereta, hanya menunggu untuk
bergerak sahaja. Erin menyandarkan kepalanya ke bahu Karl. Karl cium rambut
Erin yang sudah terlalu rapat dengannya. Dia cukup gemar dengan haruman rambut
Erin. Sebelah tangan lagi dililit di pinggang Erin, pesaing nombor satunya rapat.
Karl senyum, pandangan ke arah Erin yang juga memeluk pinggangnya ketat.
“Bye..
mama, kerap-keraplah bawa Erin keluar next time..” bisik hati Karl.
Berharap
agar ada aktiviti yang sama di masa terdekat, agar dia juga boleh menjalankan
aktiviti gelapnya..
No comments:
Post a Comment