BAB 8
Karl berdiri di depan pintu,
mata menala ke arah keretanya. Pagi tadi, bukan main lagi dia bersemangat
hendak mencuci keretanya sendiri, tetapi disebabkan masa yang ada sudah
digunakan..ehemm… you know what Sherlock Holmes mission is, baik sahaja
dihantar cuci di tempat mencuci kereta sahaja.
“Abang
nak pergi car wash jap..” kata
Karl, dia ingin menghantar keretanya ke tempat mencuci kereta.
“Kereta siapa?“ laung Erin
dari dalam rumah.
“Kereta abanglah“ jawab Karl,
Kereta siapa lagi?
“Kereta Rin?“ tanyanya.
Apa ke hal pula keretanya. Bukannya dia keluar
drivingpun. Paling jauh di deretan kedai depan rumah, ataupun Giant. Tak sampai
5 minit pemanduanpun ke tempat-tempat itu. Keretanya bukannya kotor, berhabuk
mungkin. Habuk jalan.
Bukan sama seperti kereta
Karl yang meredah macam-macam tempat untuk meraih berita.
“Kereta Rin bersih lagi
abang tengok, kereta abang aje yang comot.. tulah masa pergi Ladang Gutrie hari
tu.. hujan..jalan becak.. kereta dah sama dengan lori yang bawa kelapa sawit
tu“ kata Karl.
Dia ketawa kecil, apabila
terkenangkan lawatannya ke ladang kelapa sawit tersebut. Ada kes yang perlu
dibuat liputan. Selalunya dia pergi ke Info Harian dengan motosikal
Kawasakinya, tetapi kerana hari itu hari hujan, terpaksalah dia membawa kereta
Suzuki Swiftnya.
“Car wash mana abang nak
pergi ni? Nak ikut!..” Erin
sengeh.
Erin yang muncul dengan muka
bersahaja.
“Giant” jawab Karl pendek.
“Tak payahlah ikut..kan Rin
baru aje balik.. ni dah nak keluar balik.. duduk ajelah rehat kat rumah.., tak
penatke?” kata Karl lagi.
“Tak..!“ jawab Erin pantas,
dengan mengelip-ngelipkan matanya laju.
Dah rupa kucing termakan
cicak sahaja. Tetapi Karl sangat sayang kepada kucing termakan cicak tu.. dia
kucing parsi yang hanya bertuankan dirinya, tidak ada di dalam dunia.
Satu-satunya hak milik terpelihara!
“Bang..Rin
dah puas rehat la..Rin nak ikut jugak abang pergi kat car wash tu, Rin nak
masuk Giant. Abang tunggulah kereta abang..Rin ronda sorang..” Erin sudah
berlagak seperti budak-budak pula, hendak mengikut ke mana sahaja.
Jika
betul budak-budak, senanglah Karl uruskan, belikan ice cream atau coklat,
senyaplah dia. Tetapi budak yang bernama Erin ni lain macam, pantang berkenan,
pasti beli. Hal duit, Karl
tidak ambil kesah sangat, tetapi risaukan kesihatannya sahaja. Karl pandang semacam sahaja kepada Erin. Biar
betul, minah ni, tak puas meronda dengan mama ke tadi?
Baru sahaja balik dari
keluar entah ke mana sampai 3 jam dengan mama, masih tak puas-puas meronda ke?.
Nanti tak beri ikut merajuk
pulak..ishy.. susah betul. Perempuan suka sangat merajuk dan sentap.
“Yalah…yalah, nak ikut cepat
sikit..” kata Karl.
Akhirnya Karl mengalah.
Dia sudah bersedia, kunci
kereta Suzuki Swiftnya sudah di tangan, dipusing-pusing di hujung jari telunjuk,
menunggu Erin.
Erinpun memang sudah sedia,
hanya perlu menyandang beg di bahu. Beg tangan yang sudah
tersadai di sofa sejak balik tadi. Bergegas Erin keluar dan menutup pintu rumah
apabila dia sedar Karl sudah menunggunya di dalam kereta.
“Sayang..
abang bukan tak mahu Rin ikut abang.. Rin baru aje balik, tentu penat. Malam karang, bising.. sakit sini sakit
sana, lenguhlah.. abang jugak yang kena picit…” leter Karl.
Bukan dia menghalang, tapi
malas melayan tuan puteri yang malam nanti mengacaunya tidur. Lepas berjalan 3
jam dengan mama mestinya sakit sana sakit sini. Mangsanya Karl, kena urut sana, urut sini. Dia yang sakit Karl pula yang
kena berjaga.
“Malam ni abang tak payah
picit Rin, .abang tidurlah puas-puas. Rin janji..” Erin siap mengangkat tangannya seperti orang berikrar rukun
negara.
Amboi sampai begitu sekali
berjanji.
Karl cebik muka, Ialah tu!
Boleh percaya ke ni?
Karl yang memandu di sebelah
senyum. Tengoklah malam nanti, kalau merengek minta picit, nasiblah kau, tak
kuasa Karl hendak melayan.
Perjalanan ke car wash
bukannya jauh. Jalan kakipun boleh sampai, tetapi kerana manja punya pasal
hendak ikut dengan kereta jugak.
Karl
mengurus untuk meminta keretanya dicuci. Erin menonong berjalan sendirian
hendak masuk ke Giant Supermarket sendirian.
“Rin..!” tinggi suara Karl.
“Tunggu abang..” katanya meminta
Erin yang sudah separuh jalan, terhenti.
Kena tunggu cik abanglah
pulak. Ingatkan boleh ronda-ronda sendirian.
Karl berlari-lari anak
mendapatkan Erin yang tegak berdiri menunggunya. Kemudian jalan
bersaing memasuki Giant Supermarket.
Mereka
terhenti di satu kiost.
“Kaya ball satu set” kata
Erin.
Karl hanya menunggu. Kaya
ball sudah di dalam pembungkus kertas perang, siap pencucuk. Erin makan sambil berjalan,
perlahan.
“Sayaanng tak ada manners makan sambil berjalan ni..“kata
Karl.
“Tak sabar..hemm..“ jawab
Erin dengan mulut yang penuh dengan kaya ball.
Karl sudah malas hendak
menegur. Orang mengidam, susah hendak dinasihatkan, tidak makan saman.
Buatlah apa saje yang kau
suka Rin..Janji Kau Bahagia.
Baru menolak troli sudah
habis sebungkus kaya ball. Sebelum balik Erin masih memesan sebungkus lagi. Kayalah si pembuat
kaya ball. Jika setiap hari dua bungkus dibeli oleh Erin. Memang kena dengan
panggilan penjual kayaball yang kaya.
Pulang dari Giant juga
berlenggang. Tidak ada yang di beli kecuali kaya ball. Pertama kali dalam
sejarah, Erin dapat mengawal nafsu berbelanja. Hanya Karl menjinjit beg plastik
berisi beberapa kotak juice dan sebungkus anggur. Jika tidak, barang yang
sepatutnya hanya 5 di dalam senarai, beranak menjadi 15 barang. Entah apa-apa,
barang yang tidak perlukan dibeli juga.
Yang penat menyorong troli,
Karl.
Yang tukang punggah ke dalam
bonet, Karl.
Yang kena angkut masuk ke
rumah, Karl.
Yang terpaksa menyimpan dan
menyusun ke dalam almari juga Karl.
Semuanya.. Karl..Karl..Karl,
jadi apa peranan Erin?
***
Erin duduk di meja solek,
menyikat rambutnya. Karl baru sahaja
sampai dari tingkat bawah mengambil air mineral yang Erin hendak. Mengada-ngada
betul, sewaktu hendak naik, tidak pula dia terasa dahaga. Bila sudah naik ke
bilik, tekak Erin terasa dahaga pula.
Sayang punya pasal Karl
turutkan juga.
“Nah..“ dihulurnya air
mineral botol kecil dengan 1 mug melamin.
Erin sambut dan
diletakkannya di atas meja solek bersama dengan banyak botol-botol cream muka
kecil berwarna puteh dan hitam. Yang Karl tahu, ada cream muka yang hanya boleh
disapu waktu siang, ada pula disapu pada untuk malam. Ada untuk mencerahkan
kulit muka, ada yang untuk kurangkan kedutan, dan cream apa lagi Karl tak tahu.
Erin sahaja yang tahu. Erin masih muda, perlukah dia memakai cream untuk
menghilangkan kedutan? Kenapalah semua perempuan di dunia ini takut tua ya?
Takut suami cari lain, atau
cari yang lebih muda?
Cuba fikirkan dan renungkan,
jika si isteri sudah meningkat usia, si suamipun sama juga meningkat usianya.
Bukannya bila si isteri meningkat usia, si suami masih umur yang sama?
Jadi apa yang hendak ditakutkan..sama-sama
dimakan usia. Hanya seorang lelaki sahaja yang tak tua-tua..lelaki itu bernama Benjamin
Button. Iitupun kalau dia tu ujud didunia ni, itulah cerita yang direka oleh
orang Amerika, hanya rekaan semata-mata sebagai hiburan.
Oh ya! Berbalik kepada
cerita cream muka. Karl cepat menghafal, jika zaman bujangnya dia tidak tahu
menahu langsung tentang cream kecantikan orang perempuan. Yang dia perasan, di
Mall yang besar-besar, memang banyak produk-produk kecantikan ini dijual, dan
pasti dikerumuni oleh wanita-wanita. Rupanya semua perempuan takut tua, baru
dia tahu. Dan yang paling best, dia sudah mengenali cream-cream yang diperlukan
dan apa fungsinya, dah boleh jadi beautician nampak gayanya.
Karl menupangkan tangannya
sambil memerhatikan Erin yang leka menyikat rambutnya, selepas itu mengambil
salah satu cream dan diletakkan bertumpuk-tumpuk. Karl tahu, itu cream khas
untuk malam, disapu sebelum tidur.
Satu di dahi, satu di dagu,
satu di atas hidung dan satu di kiri kanan pipinya. Bila dilihat sudah rupa
orang aborigine Australia sahaja. Nasib baik selepas ditumpuk, cream itu
disapunya rata. Jika tidak, sekiranya terjaga di waktu malam, mahu pengsan
siapa yang terpandang.Siapa yang pengsan, Karllah kerana dia roommate
Erin.
Karl lagi!
Karl terseyum kemudian menarik
nafas panjang.. susah juga rupanya jadi perempuan ni ya!
Air mineral yang di bawanya
naik tadi tidak berusik. Tadi katanya dahaga benar!.
Namun dia diam, mungkin Erin
akan meminumnya kemudian.
Dia yang hanya berkain
pelikat dan berkemeja T, melentangkan dirinya dan mendepakan tangannya di atas
katil, bagaikan katil itu untuk dirinya seorang. Tiba-tiba dia teringat, soalannya pagi
tadi,soalannya yang tidak ada jawapan lagi.
Soalannya, “Mama bawa Erin pergi
mana?“.
“Best ke, sayang keluar
dengan mama tadi..“ tanya Karl.
“Best.!.” jawab Erin secara spontan.
“Oppss..” kemudiannya
menutup mulutnya.
Dia baru tersedar, soalan
Karl adalah soalan perangkap.
Ini membuat rasa ingin tahu
Karl lagi menebal. Apakah tempat misteri yang isteri dan mamanya rahsiakan
sangat.
Selesai mengurut mukanya
Erin menarik selimut dan meloloskan dirinya di sebelah Karl.
Karl juga cepat meloloskan
dirinya ke dalam selimut yang sama.
Jika secara lisan tidak
berjaya, mungkin boleh digunakan dengan cara halus. Karl fikir nakal.
Karl merapatkan dirinya
betul-betul ke telinga Erin. Erin terdengar helaan nafas Karl.
“Ehem..“ Erin berdehem.
“Whattt?“ Karl
bertanya.
“Sayang, I know what you up to?” kata Erin.
Terus Karl memalingkan
badannya dari Erin. Hebat Erin boleh membaca fikirannya.
Namun Erin memeluk badan
Karl erat dari belakang.
“Rin sayang abang.. tak
payahlah susah-susah nak tahu mana kita orang pergi pagi tadi. Yang abang perlu
tahu, tempatnya memang best! Pergipun bukan dengan sesiapa, dengan mama abang
jugak.. mama kita” jawab Erin.
Malas Karl hendak menjadi
polis pencen. Baik ajelah dia lelap, dari memikirkan yang bukan-bukan. Betul
juga kata-kata isterinya, dia keluar dengan mamanya, bukan dengan orang lain.
Apa yang perlu dirisaukan. Yang pasti mereka gembira, itu sudah memadai.
Karl juga perasan, malam ini
Erin tidak merungut sakit kaki mahupun penat, walaupun sudah keluar hampir 3
jam. Lelappun cepat, tidak sempat Karl hendak berbual panjang, Erin sudah
hilang di alam mimpi. Malah dia tidur nyenyak sehinggakan tidak bergerak
langsung sehingga ke pagi.
Ini membuatkan Karl tambah
ingin tahu, ke manakah agaknya dua orang perempuan yang dia sayang telah pergi?
Masing-masing tetap tidak
mahu memberitahu Karl.
Kenapa?
Misteri betul!
No comments:
Post a Comment