Bab 42
Rancangan untuk bernikah dibatalkan buat sementara
waktu dan mungkin juga akan dibatalkan terus. Namun Dian tetap datang melawat
aku seperti yang dijanjikannya.
Sejak dari awal Dian memberitahu dia hendak bertemu
dengan aku bukan dia. Tetapi aku tetap juga membawanya melawat abang Rafiq
di hospital. Harapkan pergerakan mata dan bisikan suara yang amat perlahan.
Melawat lelaki yang dulunya bukan main gagah dan kini hanya terlentang
di atas katil. Sudah tidak boleh berbuat apa-apa.
Dia terus jatuh kasihan apabila melihat keadaan abang Rafiq demikian.
Hilang marahnya kepada lelaki itu. Abang Fadil dan kak Shima, tak usah hendak
dikata, dia muncul sehari selepas aku memberitahu yang keadaan abang Rafiq
tidak sedarkan diri.
No comments:
Post a Comment