Friday 10 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 38



Bab 38

“Bang, kita balik bilik ya?” kataku, apabila aku perasan, aku sudah terleka.
Masa berginjak jauh dari sepatutnya. Aku menyorong semula abang Rafiq untuk naik semula ke biliknya. Sudah lebih satu jam rupanya aku diluar. Tujuan untuk membawa abang Rafiq mengambil angin segar, tetapi aku pula yang mengimbas nostalgia hidupku. Hisy.. tak sudah-sudah. Sejak bersara ini kerap pula imbasan masa lalu bermain di kepala.

Aku pandang ke arah abang Rafiq, tenang sahaja dia di atas kerusi roda.
“Abang okey ke?” tanyaku.
Takut pula aku jika terjadi apa-apa, pasti aku panik dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Walaupun aku mempunyai gelaran doktor, tetapi aku hanyalah seorang doktor haiwan.




2 comments:

blu4sky said...

Bkn lyna jer terkejut..i pun tersurprise..haha..

Rose Ezadora said...

Terkejut seab terhappy..Jangan terlalu awal happy ah! belum tentunya lagi Lyna ada jodoh dengan si Rafiq tu..TUNGGU.. next episode..