Bab 38
Masa berginjak jauh dari sepatutnya. Aku menyorong semula abang Rafiq untuk naik semula ke biliknya.
Sudah lebih satu jam rupanya aku diluar. Tujuan untuk membawa abang Rafiq
mengambil angin segar, tetapi aku pula yang mengimbas nostalgia hidupku. Hisy..
tak sudah-sudah. Sejak bersara ini kerap pula imbasan masa lalu bermain di kepala.
Aku pandang ke arah abang Rafiq, tenang sahaja dia di atas
kerusi roda.
“Abang okey ke?” tanyaku.
Takut pula aku jika terjadi apa-apa, pasti aku panik dan tidak
tahu hendak berbuat apa-apa. Walaupun aku mempunyai gelaran doktor, tetapi aku
hanyalah seorang doktor haiwan.
2 comments:
Bkn lyna jer terkejut..i pun tersurprise..haha..
Terkejut seab terhappy..Jangan terlalu awal happy ah! belum tentunya lagi Lyna ada jodoh dengan si Rafiq tu..TUNGGU.. next episode..
Post a Comment