BAB
39
Tiba-tiba
Kelly menerpa ke arah aku.
“Thank
you untie, Kelly tahu untie sorang sahaja yang boleh membahagiakan Paksu”
bertalu-talu ciuman singgah di pipi kanan dan kiriku.
Aku
terpegun dengan tindakan Kelly, abang Rafiq senyum tidak sudah.
“Kelly,
please save that some for Paksu please..”
sudah mengusik Kelly agar memberhentikan mencium aku berterusan. Sempat pula
dia bergurau.
“Yes sir!” jawab Kelly juga mengusik.
“Ada
celebration apa ni..on what occasion?” tiba-tiba muncul doktor Ridwan dan
pembantunya.
Memang
sudah tahu, di waktu-waktu begini dia akan membuat pemeriksaan.
No comments:
Post a Comment