Friday 10 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 40



Bab 40

Sudah berzaman kut aku tidak berhubung dengan Dian. Apa khabar agaknya mak Datin tu di Sabah nun! Ada juga terlihat gambar-gambar glamour dirinya, sama ada di suratkhabar atau di majalah, melakukan aktiviti amal bersama mak-mak datin yang lain.
Hemm.. glamour gitu.. Orang sudah menjadi isteri businessman ni susah sikit hendak berjumpa, maklumlah sibuk sokmo.
Petang ni teringat pula aku tentang dia.

“Asssalamualaikum Datin..apa khabar?” tanya ku sebaik sahaja talian diangkat.
“Mualaikumsalam.. Lyna ke ni?” tanyanya.

Kerana nombor telefon peribadinya hanya orang tertentu sahaja yang mengetahui. Termasuk aku, yang dikategorikan orang-oang yang terpilih. Kembang hidung, perasan!
“Hey, doc apa khabar awak? Lama senyap, tiba-tiba muncul ni apa hal?” katanya sebaik sahaja menyedari memang aku yang memanggil.
“Aku sihat aje, cuma tambah umur aje.. makin muda..” kataku mengusiknya.
“Jeff dan anak-anak apa khabar?” sambungku lagi.
“Semua sihat. Kau, Lia dan anak-anak macammana? Oh ya aku lupa anak kau.. Del ada jumpa aku hemmm... bila ek? Tak silap beberapa bulan lalu..” katanya lagi.
“Ah ah, aku tahu dia ada beritahu aku.. dia jumpa kau kat sana..” jawab ku.
“Terkejut jugak aku mula-mula jumpa Delailah, ingatkan perempuan mana? Takut aje aku Jeff main kayu tiga, rupanya Jeff main kayu satu aje.. kena pulak yang datang jumpa aku tu, perempuan muda, cantik lagi tu.. yang paling aku seriau, perempuan tu mengandung... nasib baik anak kau..tak ada kena mengenakan dengan Jeff..  “ kata Dian, sambil tertawa kecil.
Dia mengimbas pertemuan pertama dirinya dengan anakku, Delailah.
“Susah jugak jadi VVIP ni ya? , tak mahu lah aku jadi macam kau?“ kataku.
“Ala.. Lyna.. apa nak ditakutkan, perkara perkara itu kalau nak jadi, jadi jugak.. ah.. lupakan lah cerita tu.. ah.. ni  apa hal? Tak ada ribut, tak ada hujan, tiba-tiba telefon ni..“ ulangnya.
“Lama aku tak dengar suara kau.. kau  mengilang kat planet Pluto ke?“ kata gurauan Dian lagi.
Aku di hujung talian, terkekek tertawa. Ingat lagi rupanya minah itu dengan lawak bodoh aku yang selalu ingin ke planet Pluto membawa diri... isey..
“Tu lah.. Del lama lagilah jawabnya dia kat sana, mahu bertahun, dia suka kat sana tu..dengar dia cerita macam best aje duduk negeri di bawah bayu tu.. Contoh macam kau, sampai dah tak ingat semenanjung dah bah..!” usik ku berbicara menggunakan perkataan “bah” yang selalu digunakan oleh orang-orang Sabah apabila berbicara.
“Ialah bah, aku sayang sama ini tempat..” kata Dian, mengusik aku.
“Yan, aku ada berita nak kongsi dengan kau ni..”aku sudah hendak mengoreng cerita dengan Dian, teman baik aku satu ketika dahulu.
“Hemm.. apa dia..”jawabnya pantas, tak sabar-sabar hendak tahu.
“Aku nak jemput kau..”
“Jemput apa? Kenduri? Bukanke semua anak-anak kau dah kahwinkan! Jadi kenduri apa pulak ni?” tanya Dian panjang lebar.
“Ahhh.. adalah?, kenapa tak boleh buat kenduri pulak ke?“
“Yalah.. cuba cerita kenduri apa?“ desak Dian.
“Kenduri aku..”
“Ah.. apa? Kau?”
“Hem..aku..” perlahan sahaja aku menyebut “aku”
“Syukur alhamdullillah.. bila? Siapa jejaka yang malang tu..” tanyanya lagi tidak sabar-sabar ingin tahu.
“Hemm…” aku teragak-agak hendak memberitahu Dian.
Aku tahu Dian pasti tidak suka mendengar nama itu.
“Hemm… minggu depan dengan.. hemm. dengan abang Rafiq” akhirnya aku kumpulkan semua kekuatan aku untuk menyebut nama abang Rafiq.
“Ah.. si Rafiq tu..Rafiq yang .. hemm.. jantan tak guna tu!.. Lyna don’t tell me that Rafiq? Kau dah giler ke apa?” tu dia, memang nada suara Dian terkejut campur marah.
Aku hanya memasang telinga mendengar apa sahaja yang keluar dari mulut Dian. Dian seorang kawan aku yang memahami aku dan tahu apa yang telah berlaku dalam hidup aku, luar dan dalam.
“Memang aku dah giler Yan!, tapi dia tak lah seteruk yang kita sangka .. kalau kau nak tahu, dia masih single sebab tunggu aku..”
“Kau dengarlah temberang dia tu.. dia hanya hendak mempermainkan perasaan kau aje, lebih-lebih lagi bila dia tahu kau dah single semula ni..Lyna wake up, dear.. fikir apa yang dah dia lakukan pada kau dulu..wake up!” memang marah betul Dian, apabila aku sebut nama abang Rafiq.
Dian sependapat dengan kak Shima, nampaknya.
“Yan, kau tak faham, aku yang marah sangat dengan dia dulupun dah tak sampai hati hendak marah dia, bila aku tengok keadaan dia sekarang ni.. dan bila aku tahu apa yang sebenarnya berlaku..” kataku masih ingin menyebelahi abang Rafiq.
Lelaki yang bakal menjadi suamiku dan juga lelaki yang pernah aku benci.
Aku dengar Dian menghela nafasnya panjang. Dia sudah malas agaknya hendak menasihati aku. Aku yang membuat pilihan, bukannya dia.
“Suka hati kau lah Lyna..cuma.. cuma.. aku tak mahu dengar cerita yang tak sedap hendak didengar nanti. ingat tu..” katanya seakan mengertak aku.
Memang aku tahu, Dian kalau marah lagak seperti ketua samseng!
Tetapi bila sudah berumur ini kurang sedikt samsengnya sebab sudah jadi samseng tua.
“Next week ya, next week tu bila dan kat mana? Memangpun aku akan turun ke Semenanjung, graduation Amy.. anak aku yang ketiga kat UUM..insyallah aku akan sampai sana. Aku nak jumpa kau, bukan nak jumpa dia, okey..!” marah lagi rupanya Dian kepada abang Rafiq.
Dia terlalu simpati dengan keadaan aku waktu itu. Tanpa dia sedar, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
“Alhamdullillah, aku pun rindu dengan kau.. lama tak jumpa, yang kau tu pergi jauh-jauh siapa suruh.?.” kata ku berseloroh.
“Memang ..memang aku merajuk, sebab kau sejak ada abang Fahmi, mana ingat aku?” kata Dian membuang paku buah keras.
“Mana ada.. kau bukan tak tahu, bila dah ada keluarga, sibuk sesangat, tak cukup tangan. Kena ada tangan macam sotong tu, ada dua tak cukup, kena ada 8 baru cukup..” kataku bergurau.
Terdengar ketawa Dian di hujung talian. Aku lega, sudah surut kemarahannya.
“Oh puan doktor, tahulah kau tu doktor haiwan. Hendak buat andaianpun guna haiwan. Kalaulah kau ada 8 tangan macam sotong tu.. dah lama dah aku bukan kawan kau.. siapa hendak kawan dengan orang yang ada 8 tangan. Entah alien mana?” katanya sambil menyambung ketawanya.
Tertawa dengan gurauan bodoh aku. Akupun ketawa juga. Dian memang kelakar tak sudah. Sudah tua-tuapun masih pandai berseloroh.
“Dah cukup-cukuplah ..tu text aku tarikh, tempat dan jam berapa..I’ll be there, for you..insyallah..aku nak jumpa kau bukan dia ah!” ulangnya lagi.
Langsung tidak mahu menyebut nama abang Rafiq. Aku tahulah dia sibuk, semua kena buat appointment. Nasib baik dia tidak minta aku memberitahu setiausahanya untuk jemputan aku ini.
“Jemput kau sekeluarga ya, aku buat kecil-kecil aje. Kaum keluarga terdekat aje. Dah tua-tua ni malu pulak nak buat majlis nikah lagi ni. Tapi kau, aku kena beritahu, takut kau terkejut pulak..!”
“Memang, memang aku terkejut.. dalam banyak-banyak lelaki kat Semenanjung tu, kau pilih dia..” kata Dian lagi.
Aku diam.
“Dahlah tu.. jangan lupa ya, nanti aku text apa yang patut..”
“Anyway, congrats Lyna, aku tetap doakan kebahagian untuk kau tau… kebahagian dengan siapa aku tak perduli, janji kau bahagia”
“Terima kasih.. datang jangan tak datang.. nanti aku text kau ya! ” janji aku kepada Dian untuk memberi details yang dia perlukan.
Terus sahaja aku tekan telefon aku, menamatkan perbualan kami. Hati riang berbunga, kawan aku Dian. Tidak berubah-ubah, dari muda sampai dah bercucupun begitu juga perangai dia, suka berseloroh.
Aku letak telefon aku di atas meja solek, aku hendak membersihkan diri untuk Asar dan seterusnya menunggu maghrib, yang akan masuk tidak berapa lamapun lagi.
Baru sahaja aku menapak beberapa langkah, telefon aku berbunyi lagi. Dianlah tu, ada benda lagi yang dia lupa hendak tanya atau hendak beritahu.
“Ya, Yan.. apa dia?” terus sahaja aku menjawab tanpa melihat dari siapa pemanggil sebenarnya, confident betul!
“Ah! Yan.. ini Kelly, untie, Kelly..” suara perempuan tetapi bukan Dian, tetapi Kelly.
Aku cemas, jika Kelly, memang aku cemas, dia tidak akan menalefon aku jika tidak ada perkara yang patut aku tahu. Terutama mengenai keadaan abang Rafiq.
“Untie, datang segera ke hospital, Paksu terjatuh kerana dia cuba hendak berdiri sendiri dan sekarang ni tak sedar diri…”  cemas dan tergesa-gesa sahaja dia bersuara, seperti mahu menanggis.
“Ahh.. Paksu..? “ tergantung ayat yang tidak mampu aku habiskan.
“Ya..ya.. untie datang segera..” jawabku juga tergesa-gesa.
Niatku untuk asar, harus aku lunaskan dulu, walaupun hati aku sudah libang libu. Banyak doa yang aku panjatkan  kehadratnya. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Selesai solat, aku bersiap untuk ke hospital. Teringat aku abang Fadil, dia harus aku hubungi untuk memaklumkan keadaan kawannya ini.
“Assalamulaikum, bang..Lyna nak gi hospital ni, abang Rafiq tak sedar diri semula, dia jatuh” terus sahaja aku bersuara, aku tidak kesah, siapa yang menjawab.
Jika kak Shimahpun aku tak kesah, janji apa yang perlu aku sampaikan didengar dihujung talian. Nasib baik abang Fadil yang mengangkatnya.
“Apa? Rafiq tak sedar diri semula?”
“Ah..ah.. bang..” jawabku.
“Yalah.. terima kasih beritahu abang, Lyna hati-hati ya, jaga diri baik-baik. Ingat tu jangan runsing sangat.. jaga keselamatan dan kesihatan diri.. Lyna.. dengar tak apa abang cakap ni..” kata abang Fadil.
Abang aku, masih mengangap aku adiknya yang masih memerlukan bimbingan dan nasihat dari dia sebagai abang yang tua. Walaubagaimanpun memang aku appreciate kejujuran abang menjaga adiknya sehingga kini.
“Ya bang.. Lyna dengar, Lyna nak gerak ni..” terus sahaja aku matikan talian dan bergegas turun sambil mencapai beg sandangku. Beg  aku di mana, segala benda tersimpan di dalamnya, termasuk purse aku, beg itu ibarat pouch Doreamon aku.

Di dalam kereta aku sudah mula sebak, sebak mengenangkan nasib abang Rafiq. Juga nasib diriku. Baru aku merancang hendak bersamanya, tetapi ini pula yang terjadi. Inilah agaknya takdir yang abang Rafiq coretkan di dalam nota terakhirnya dulu. Memang  takdir menemukan aku dan dia, tetapi takdir juga tidak menyatukan kami. Aku akan ditinggalkan sama seperti 25 tahun yang lalu. Ditinggalkan sendirian. Kali ini mungkin akan ditinggalkan buat selama-lamanya.
Air mata yang berjujai turun aku sika, tidak mahu pemandangan aku kabur sewaktu memandu. Ini membahayakan diriku dan juga pemandu lain di jalanraya. Aku sedih, sedih kerana tidak dapat menunaikan permintaannya untuk menjadi isterinya walaupun untuk sehari.
Segera aku memasuki pintu lift yang sedang ternganga menunggu aku. Baik betul hati orang yang sedang menekan butang agar aku sempat bersama di dalam lift tersebut. Mata dan hidung masih berona merah, tidak dapat aku lindung, tanda orang menangis.  Aku tekan tingkat 3, tetapi sudah menyala. Di dalam lift senyap sunyi, aku tidak berani memandang siapakah yang ada di dalam lift itu. Biarkanlah siapapun, janji aku sampai segera ke bilik abang Rafiq. Segera aku meloloskan diriku sebaik berdenting sahaja lampu lift untuk tingkat tiga. Aku tahu ramai yang turut turun apabila aku mendengar terap kasut di belakangku.

“Untie..” suara perempuan memanggil aku, aku toleh. Nelly rupanya. Dialah agaknya yang menahan lift untuk aku turun sama di dalamnya tadi.
“Sabar ya untie, Elly harap Paksu tak serios mana..” terus sahaja dia memeluk aku.
Aku apa lagi, terus menangis, kami sama-sama menangis. Tanpa mempedulikan orang sekeliling yang memerhati, drama sebabak yang tidak ada skrip. Drama yang sudah selalu ditonton sekiranya berada di hospital. Kemudian kami beriringan laju masuk ke bilik abang Rafiq.

Kelly pula menerpa ke arah aku, sekali lagi aku sebak. Kenapa aku menjadi tumpuan mereka. Penting sangatkah diriku yang tidak ada apa-apa hubunganpun dengan abang Rafiq? Sedih aku melihat abang Rafiq yang bertarung nyawa, bergantung dengan mesin penafasan sekali lagi. Sama seperti yang aku lihat sebelum dia sedar.
“Macammana boleh Paksu jatuh, Kelly..” tanyaku ingin mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.
“Entahlah untie, Paksu dah tak sabar-sabar nak berdiri. Dia cuba berdiri. Papah-papah kat katil, dia jatuh masa tak ada orang..Kelly pergi solat asar masa tu..tak sabar betul dia nak sihat.. ” kata Kelly, menyesali yang dia meninggalkan Paksunya hanya sebentar, tetapi ini pula yang berlaku.
Aku sika air mataku dengan tangan. Aku pegang tangan tua abang Rafiq, aku genggam kemas dengan kedua-dua belah tanganku. Aku sudah lupa halal haram. Tubuh abang Rafiq yang terkujur kaku di atas katil membuat hatiku bertambah sayu.

“Abang.. macammana boleh jadi macamni.. abang suruh Lyna jangan tingalkan abang, jadi abang kena percaya Lyna sebab Lyna akan tetap tunggu abang..” bisikku di telinganya.
Tiba-tiba graft di mesin carta bergerak laju, garisan bertanda turun dan naik. Doktor bergegas datang, aku tahu ada reaksi dari abang Rafiq. Reaksi baik atau tidak, tidak pula aku ketahui.
“Encik dan puan boleh keluar sebentar” kata jururawat yang datang bersama beberapa orang doktor. Semua menurut, semua keluar dari bilik bertujuan memberi ruang untuk doktor menjalankan tugasnya.

Semua mundar mandir di depan pintu bilik. Semua gelisah dan senyap tanpa kata-kata, gelisah menunggu keputusan doktor.
Dari satu jam membawa kedua jam, kemudian ketiga jam. Namun semua yang ada sabar menunggu.
Pintu bilik terkuak, muncul doktor Ridwan. Doktor pakar yang mengawal pesakit bernama Mohd Rafiq Mohd Taib. Semua berkerumun ke arahnya. Aku perhatikan juga semua doktor sudah beredar dari bilik itu.
“Siapa pewaris pesakit?” tanyanya.
Senyum sahaja dia. Jantungku sudah bergendang kuat. Aku sangsi, kerana doktor masih boleh tersenyum, sedangkan ahli keluarga semuanya sedang runsing. Pucat tidak bermaya, menunggu berita dari doktor yang seakan berteka teki.  Berita apakah berita yang bakal disampaikannya? Berita Sedih atau berita Gembira!
“Siapa waris pesakit?” sekali lagi dilaungnya, bertanya.
“Saya” kata Kelly dan Nelly serentak.
“Puan?” tanya doktor muda itu lagi, mengajukan kepada aku.
Aku geleng kepala.
“Nama Puan bukankah Ilyna?” tanyanya lagi.
Bagaimana pula dia tahu nama aku.
Aku angguk.
“Okey.. puan masuk dulu..” katanya.
Sama-sama aku diiringi doktor muda itu masuk semula ke bilik abang Rafiq. Walaupun aku tertoleh-toleh kepada keluarga yang ada, terutama Kelly dan Nelly. Mereka tercengang. Sah Pak Su mereka sudah gila, gilakan isteri tidak jadinya. Ini boleh tak di kategorikan gila talak?

Doktor berdiri di hujung katil, aku duduk dikerusi yang sudah sedia. Aku lihat wajah abang Rafiq tenang sahaja seperti dalam lena. Tanpa bantuan alat penafasan. Abang Rafiq selamat atau tidak? Doktor muda ini mahu persendakan aku atau apa ni? Aku pandang doktor Ridwan, dan aku pandang abang Rafiq silih berganti. Abang Rafiq, doktor Ridwan, Abang Rafiq, doktor Ridwan.

“Puan.. cuba puan berbual dengan Encik Rafiq..” katanya. Aku urut dada, lega, abang Rafiq selamat.
Jika tidak masakan doktor menyuruh aku berbual dengannya.
Aku capai tangannya, sama seperti sebelumnya.
“Abang.. Lyna ni, abang dengarkan Lyna cakap ni..kalau abang dengar gerak tangan yang Lyna genggam ni..” kataku ingin mengetahui yang abang Rafiq mendengar apa yang aku bualkan. Aku dapat rasakan ada gerakan didalam genggamanku, walaupun perlahan.
Aku gembira, pandangan aku talakan ke arah doktor yang masih tersenyum. Kemudian dia memberikan isyarat agar aku meneruskan perbualan aku dan dia dia berlalu pergi, meninggalkan aku dan abang Rafiq sendirian.

“Abang, kenapa abang degil sangat, tak sabar-sabar jangan mahu hendak sihat cepat. Lyna akan tunggu abang, atau Abang dah jemu tunggu Lyna ke?” kataku lagi.
Aku lihat bola matanya bergerak-gerak, sekali lagi aku dapat rasakan ada pergerakan di dalam genggamanku. Air mata turun merembes. Aku jadi ratu air mata sejak dua menjak ini. Tanpa aku perasan Kelly dan yang lain-lain sudah berada di sekeliling katil. Kelly memeluk bahuku. Aku dongak memandangnya.
“Untie, doktor Ridwan beritahu tadi, Paksu okey, sekarang ni dia sudah diberi ubat pelali. Untuk dia berehat. Beberapa jam lagi dia akan sedar, sedar sepenuhnya. Kelly harap untie akan bersama kami untuk menunggu dia sedar” kata Kelly lagi.  Aku angguk.
Banyak janji yang telah aku buat untuk abang Rafiq agar dia sihat. Mana mungkin aku boleh memungkiri janji itu. Perlahan-lahan sudah timbul perasaan kasih, bukan lagi kasihan kepadanya. Cepat sungguh aku beralih angin. Perasaan kasih yang mengisi ruang hati kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam keadaan aku. Kasih kepada orang yang pernah mengisi ruang hati satu ketika dahulu. Aku hanya perlu buang yang keruh dan kutip yang jernih.
“Bang, Lyna sanggup nikah dengan abang esok, jika abang sihat esok” bisikku perlahan ditelinganya. Janji yang paling bodoh yang pernah aku ucapkan!
Ada air jerneh mengalir perlahan dipipinya. Air mataku juga menitik dipipinya. Segera aku sika air mata itu.
“Ya Allah, makbulkan doa aku dan abang Rafiq yang memohon aku menjadi isterinya, walaupun sehari” bisik hati kecilku.


7 comments:

blu4sky said...

Cerita ni klu tgk kat movie confirm banjir..

Rose Ezadora said...

Tak sedih la.. gembira. he.he..
Mana pandai hendak memainkan perasaan.. nak kena baerguru dengan orang yang pandai memainkan kata-kata. Siapa pandai boleh tolong ajar tak?

Rose Ezadora said...

Macammana nak jadi isteri si Rafiq rtu walaupun sehari, sesaatpun tak sempat sayang oi..

blu4sky said...

Marry or not to be married and that is the question..
I dah terbayang plot cerita ni dlm movie..too bad i'm not a movie director nor i know any movie directors...
sometimes kekuatan cerita boleh dilihat thru acting but not thru writing..
td br dengar lagu secret garden by Bruce springsteen and terus terbayang cerita ni..

Rose Ezadora said...

Hendak buat kelainan konon. Tak mahu tulis cerita yang kesah kawin paksa atau seangkatan dengannya. Sayangnya pembaca masih pilih kesah kawin paksa...hendak buat macammana?
Dah tinggal beberapa episode aje lagi. Lepas ni kita layan "30 jam" pula...pendek aje, novelet (mini novel)Selamat berhujung minggu, semua!

blu4sky said...

Good for you rose..i takle nak digest lah dgn tema kawin paksa..tangkap basah memanjang..i wrote abt this issue in my blog once..seriously rasa tak berkembang minda kalau asyik disogok dgn cerita kawin paksa ni..

Rose Ezadora said...

Hendak buat macammana, dah itu yang menjadi pilihan. Saya cuba membuat cerita se real-real yang boleh. Cerita saya semuanya kahwin suka sama suka.. tak ada yang terpaksanya.