Bab 18
“Noni, masuk sekejap..bawa buku registry
hari ini sekali” bunyi suara Dr. Johan melalui intercom kepada Noni, kerani di kaunter
hadapan.
Terkocoh-kocoh
sahaja gadis berkulit kuning langsat itu bangun dan terus menuju ke bilik
Johan. Boss handsome panggil, kena cepat. Pintu diketuk perlahan, tanpa perlu
mendapat kebenaran terus menolak daun pintu. Mata menala ke arah doktor muda
yang juga memandang ke arahnya berdiri tegak menunggu arahan.
“Ada berapa
ramai lagi patient untuk saya petang ni…?” tanya Johan. Dalam lembaut ada nada
tegas, dengan pekerja kena act profesional.
Noni terus
membuka buku register pesakit dan mengiranya perlahan, hanya didengar untuk
dirinya sendiri sahaja. Tersenyum manis doktor kacak memerhati si kerani yang
sudah tidak tentu arah. Mengirapun
berulang-ulang kali, seperti tidak betul sahaja bilangannya, walaupun sudah
dikira berkali-kali.. Noni gambra..
Noni suka
bekerja dengan Dr. Johan. Dia baik dengan semua pekerjanya.
Yang paling utama, boss doktornya ini boss yang baik, dahlah kacak, pandai
mengambil hati pekerja juga! Memang susah hendak dapat boss seperti Dr. Johan.
Untung Puan Didi mendapat suami seorang lelaki yang hampir sempurna ini.. Nasib
baik dia sudah menjadi suami orang, jika belum, boleh juga test market,
mengendeng doktor muda itu. Itu kata hati si kerani yang sedang mengelabah.
“Lagi 3 orang doctor, semua yang memang
dah buat appointment lama dah. Rawatan susulan aje..” jawab Noni.
Memang Noni sudah kenal pesakit-pesakit
yang ada di dalam buku registry. Pesakit yang hanya memerlukan rawatan susulan.
Selalunya tidak mengambil masa yang lama. Setakat pemeriksaan biasa dan
prescription untuk ubat, itu sahaja.
“Ok..lah. Jangan ambil patient untuk
saya lagi, kalau ada, mungkin doctor Murad boleh tolong. Nanti saya tanya dia.
Saya nak keluar beli something dan
terus balik. Hari ini wedding anniversary
saya. Saya nak cari bunga seperti biasa untuk Didi. Noni jangan ambil
patient untuk saya lagi ya?” ulang Johan lagi.
Bunga untuk si isteri memang tidak
pernah dilupa, sama ada hari jadi, atau ulangtahun perkahwinan. Dia tahu semua
perempuan sukakan bunga. Sayang dan
kasihnya kepada perempuan itu masih banyak, walaupun sudah perlahan-lahan surut.
“Baik doctor..” ulang Noni, mengerti
semua arahan yang diberikan oleh doktor kacak itu.
“Okey.. terima kasih. You can call the next patient another ten
minutes, saya nak ke bilik Murad kejap” Noni hanya angguk dan meninggalkan
Johan yang juga berjalan keluar menuju ke bilik sebelah.
Pintu bilik doctor Murad diketuknya
perlahan.
“Murad, do you have a minute.?”tanya Johan sebaik sahaja pintu dibuka.
Dr. Murad hanya memandang Johan. A minute ah!
“Ya,
sure, sure apa halnya Joe?”
soal Murad
“Can
you do me a favour?” tanya Johan lagi
“Hemmm..what kind of favour?” tanya doctor Murad.
“Ni ahh.. today is our wedding anniversary.. enam tahun bergelar suami..and hope for years to come, insyallah.. ”
kata Johan. Sengeh.
Sudah enam tahun rupanya dia sudah bersama
Didi, diam tak diam.
“I
see..congratulations Joe. Habis tu, nak celebratelah ni ya?” Johan hanya
angguk dengan soalan Murad.
“Go
ahead, I will hold the fort..” jawab Murad dengan senyuman juga.
“Thank
you Murad.. aku ada lagi 3 patient, then
I will leave..kau tolong rawat the
rest ya! see you tomorrow” Murad hanya tersengeh dan angguk. Hendak buat
macammana lagi, kawan dah hendak minta tolong, kenalah tolong. Mana memandang
si rakan yang nampak ceria.
Membiarkan rakan sejawatnya menutup
pintu, meninggalkan dia yang masih tersenyum. Tumpang gembira dengan kebahagiaan
temannya.
Johan ingin membuat kejutan kepada Didi.
Dia perlu cepat ke kedai bunga. Takut kehabisan pula bunga yang dia hendak di
beri kepada si isteri. Jika last occasion
Johan menghantar 9 kuntum bunga ros merah sebagai “tanda kasih selamanya”. Kali ini tambah lagi dua kuntum sahaja
sebagai tanda, “hanya kau di dalam
hidupku”. Romantik tak? Tak payahlah sampai 50 kuntum, susah pula hendak
diusung oleh Didi. Kali ini dia ingin membuat kelainan. Didi bukan setakat di beri
bunga, malah ada kejutan lain. Lagipun hadiah, kerana Didinya sudah perlahan
kembali ke Didinya yang asal. Asyik-asyik bunga ros merah, tak ada bunga lain
ke? Terfikir pula Johan hendak menukar jenis bunga. Tukar bunga Lily atau
dahlia..komputer riba di atas meja di tekan, Johan meminta pertolongan pakcik
google.
“Lily
of the valley means You've
Made My Life Complete. Bagus juga maknanya..
tapi mana pulak nak cari Lily of the valley. Ini Malaysia, bukannya negara
empat musim yang ada bunga tu. Ahhh.. stick to roseslah. Senang cerita, dah
sah-sah tahu maknanya love…” bicara seorang suami yang main hentam sahaja
mencari erti bunga.
“Candle
light dinner..this time boleh arrange ke?” berbisik sendiri doctor Johan
dengan muka yang berkerut.
Yelah, dahulu mereka hanya berdua, senang
hendak rancang, kini sudah bertiga. Kena buat perancangan yang ketiga-tiga
mereka boleh meraikannya. Tapi bukankah Rissa masih bayi? Tentu Rissa tidak selesa berada di tempat-tempat yang
penuh dengan orang. Macammna ek!
Jika hendak tinggalkan Rissa, siapa pula yang
boleh tolong? Masalah.. masalah.
Dah tahu hendak celebrate anniversary,
tetapi tidak rancang awal-awal. Siapalah yang sanggup hendak membantu jika khidmat
penjagaan anak diperlukan serta merta.
Sungguh! Johan tidak terfikir tentang
hal ini. Ialah, belum biasa sangat hidup bertiga. Rissapun baru tiga bulan
muncul dalam hidup mereka, itu yang buat dia terlepas pandang.
“Ahhhh.. susah-susah, dari pening-pening
kepala, heret aje budak comel tu..dia bukannya jadi masalahpun. Beri susu
diamlah dia” omel Johan sendirian.
Yang fikir sampai hendak pecah kepala,
buat apa! Semua masalah boleh diselesaikan jika think positif.
Johan bergegas keluar sebaik sahaja
pesakit yang terakhir meninggalkan biliknya
“Noni, I will leave shortly..” katanya tegas sewaktu melintasi kaunter di mana Noni berada.
“Baik
doctor..” jawab Noni akur.
Johan baru
hendak beredar ke biliknya. Hendak menukar pakaian dan terus menguruskan apa
yang perlu. Wajahnya dilihat ceria, senyuman di wajah membuat
wajah doctor muda ini lagi bertambah berseri-seri.
“Doktor ada tak?.. tolong saya! … ada
emergency!.. tolong” bunyi suara yang muncul dengan tiba-tiba.
Johan dan Noni terkejut dengan
kemunculan suara yang mereka dengar begitu cemas sekali.
“Ya..ya saya doctor..” kata Johan, bertanya ingin
mengetahui apa yang emergencynya.
Jika si lelaki itu pesakit, akan dia
minta masuk ke biliknya untuk memeriksaan lanjut. Tetapi dari cara fisikal, si
lelaki tambah sihat dan tidak ada sakitnya. Kecualilah sakit mental, memang itu
doctor Johan tidak dapat hendak mengetahuinya dari luaran atau fisikal. Yang itu
pun dia juga dia tidak dapat membantu, kerana dia bukan doctor sakit jiwa!
“Encik!… tolong saya..encik!.. kat depan
ada accident, ada orang kena langgar!” terketar-ketar suara si lelaki. Ahh..baru
Johan mengerti. Bukan dia yang sakit, tetapi orang lain yang sudah kena langgar.
Tanpa banyak bunyi, Johan bergegas keluar beriring dengan si lelaki
yang aci redah itu. Mana tidaknya, nampak sahaja lelaki yang memakai baju
puteh, pastinya seorang doctor., terus di rembatnya. Nasib baik betul..
“Sabar..cik..
sabar… apa sebenarnya..”sambal berjalan Johan cuba menenangkan si lelaki yang
sudah pucat, ketakutan.
“Kat
sana…tu “ Lain yang di soal, lain jawapan yang Johan dapat.
Mana
hendak dapat jawapannya, bukannya dia yang terlibat! Dia hanya salah seorang
yang secara tidak sengaja berada di tempat kejadian…
Di lihat dari jauh, orang
masih mengerumi kereta dan si mangsa. Seorang perempuan yang duduk menyangkung
hanya memerhati di mangsa. Bukan mereka
boleh buat apa. Silap-silap ada yang menjadi pemerhati, mencari peluang apa
yang boleh di songlap. Atau tidak, mengambil nombor untuk judi nombor ekor. Itu
sudah perkara biasa. Mengambil peluang kepada orang yang didalam kesempitan.
“Patutlah.Lady‘s driver!“ bisik hati Johan.
Di lihat si mangsa masih
tergelimpang. Darah dilihat di tempat kejadian. Pengsan atau
sudah.. ah…teruk aje nampaknya!
Orang
ramai yang ada, masih ragu-ragu untuk membantu. Dengarnya, ada yang sudah memanggil
ambulan. Nasib baik, di dalam ramai-ramai itu ada yang cerdik.
Johan terus menghampiri si
mangsa. Tersentak Johan, mata membulat, sebaik sahaja melihat wajah si mangsa.
Dia kenal perempuan itu. Kenal sangat..macammana boleh jadi begini?
Di rasanya nadi, masih kuat dapat dirasakannya. Johan lega. Si mangsa masih hidup…
Di rasanya nadi, masih kuat dapat dirasakannya. Johan lega. Si mangsa masih hidup…
“Ada
sesiapa yang sudah panggil ambulance…? Kalau belum tolong call segera..!” pinta
doctor Johan. Meraih kepastian.
Perempuan
yang menyangkung itu rupanya si pemandu, dah agak dah!.
Dengan
muka yang pucat terketar-ketar bertanya Johan.
“Tuan..
dia hidup lagi kan? Saya memang tak nampak, dia tiba-tiba melintas. Tiba-tiba
dia terduduk di tengah jalan. Saya tak sempat break. Betul tuan, saya tak dapat
elak. Dia leka bercakap dalam telefon..dan mungkin kasut dia patah kut!” kata
si pemandu perempuan yang sudah pucar lesi. Cuba meraih simpati dan membuat
andaian kepada Johan. Johan boleh buat apa? Dia bukannya polis. Sepatutnya dia menerangkannya kepada polis di balai
polis, bukan dengannya. Bagi Johan tugasnya sekarang ialah membantu untuk
menyelamatkan perempuan itu. Di kutipnya beg tangan dan telefon bimbit mangsa
yang sudah berterabur. Johan lihat memang ada kasut tinggi yang masih tersarung
di kaki kiri yang sudah tidak ada heel. Mungkin benar dengan andaian si pemandu
wanita itu! Tetapi sekarang bukan masanya hendak menjadi Sherlock Holmes. Biarkan
sahaja perkara itu di selesaikan oleh pihak Polis.
“Itu cik cerita aje di
Balai..Po...“belum sempat Johan menghabiskan perkataannya, sudah terdengar
deruman bunyi ambulan yang datang.
“Tolong
ke tepi.. encik.. tolong ke tepi..beri laluan..tolong..” terus Johan membantu
para paramedic yang ada.
Johan
yang masih dengan pakaian putehnya turut melompat ke dalam ambulan menuju ke
hospital.
Para paramadik juga membenarkan Dr.
Johan ke dalam ambulan. Doktor Johan membantu mana yang dia termampu. Dia akan
bertindak sedemikian, kepada sesiapa sahaja.
Tetapi
mangsa yang satu ini, istimewa kerana dia kenal, sangat kenal. Johan amati
wajah si mangsa yang sudah dibersihkan oleh paramadik. Wajah yang masih
tertutup matanya, dia masih pengsan.
“Macammana
boleh jadi macam ni...i?” Johan geleng kepala, bertanyakan soalan kepada orang
yang masih pengsan.
“Insyallah..,
.. Insyallah, you akan selamat..” tangan kasar Johan mengenggam tangan si
mangsa.
Dia sangat
simpati.
Sekatat
ini, apa yang boleh dia lakukan, hanyalah berdoa agar mangsa yang satu ini akan
selamat.
“Dengar
sini, you jangan pergi lagi, banyak perkara yang hendak I nak dengar dari
you..” bisik Johan ke telinga si mangsa. Tetapi yang kasihannya, si mangsa
masih kaku!
2 comments:
Great story. Looking forward forcthe next chapter
Thank you. I will try to write the story to be more interesting..But I'm just new in this field. Now I know, it is not easy to complete one story..
Post a Comment