Bab 11
Sudah 2 jam Erin tersengut-sengut di
sofa meneman Karl menghabiskan kerjanya di bilik study. Katanya sekejap, tetapi
dari apa yang dia lihat, banyak lagi yang belum selesai. Kejapnya apa? Write
up yang tunggang langgang, gambar yang belum diedit. Malah belum
dipilihpun lagi, banyak pilihan pulak tu. Majlis sambutan Hari Belia sedunia di
Stadium Bukit Jalil yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Kerana ingin bersama suami, Erin diam sahaja,
jangan banyak bunyi.
Karl berpaling apabila mendengar
Erin menguap kuat, walaupun dia sudah menutup mulutnya dengan sebelah
tangannya. Namun masih terdengar Erin menguap beberapa kali.
“Sooryyy, Erin ganggu abang ke, Dah
ngantuk ek“ katanya.
Sudah tahu lagi mahu tanya.
“Sayang.. cian abang tengok, dah tu
naik aje dulu atas.. tido.. kejap lagi abang susul. Dah nak siaplah ni.sikit
aje lagi..“ Mendatar sahaja suara Karl, mata berpaling semua ke skrin komputer.
Sikit yang dikatanya, sebenarnya banyak.
Mengantuk punya pasal, seperti
dipukau, Erin bangun dan longlai berjalan menuju ke tingkat atas tanpa
bersuara. Mengantuk sangatlah tu.
Karl hanya memerhati Erin
meninggalkannya tanpa sepatah katapun. Tersenyum dia melihat yang Erin sudah
naik badan. Pinggangpun sudah bertambah beberapa inci. Makin berisi makin
cantik.
Betullah kata orang tua-tua, wajah
perempuan hamil berseri-seri.
“Tidurlah sayang.. abang ada misi yang perlu abang laksanakan..“ bisik
hati kecil Karl.
Karl juga penat sebenarnya. Dia diberi
dua tugasan berat hari ini. Setengah hari di Stadium dan setengah hari ini di
Pejabat Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Sebelum pulang dia sudah menyiapkan
artikel wawancaranya dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, kerana isu
tersebut memerlukan update yang pantas.
Selang beberapa jam, tugas Karl
selesai. Karl mengerakkan badannya, melonggarkan ketegangan badan yang asyik
duduk menyiapkan kerjanya. Akhirnya, selesai juga dia menghabiskan
tugasannya dan sudahpun di hantar melalui e-mail kepada penyunting. Sms susulan
juga sudah dihantar untuk memaklumkan Encik Rasli mengenai penghantaran artikel
tersebut.
Jari sudah menekan untuk log off.
Tetapi gerak hati memikirkan yang lain. Badan yang penat tadi tiba-tiba menjadi
segar, seperti baru di caj dengan bateri yang mempunyai power duracell.
Terbayang iklan arnab merah jambu yang bergerak-gerak, manakala yang
menggunakan bateri biasa sudah kaput.
Icon search dicari, menekan tajuk
menuskrip dan.. apa lagi...sengeh.
“Tajuk: 30 Jam Yang Indah
Bersamamu“
Bab 5
Tarikh: 23 Disember, jam 5 petang
”
Allahu akbar Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar
Asy-hadu alla ilaha illallah, Asy-hadu alla ilaha illallah
Asy-hadu anna Muhammadar Rasululah , Asy-hadu anna Muhammadar Rasululah
Haiya 'alas-solah Haiya 'alas-solah,
Haiya 'alal-falah, Haiya 'alal-falah
Allahu akbar Allahu akbar
La-illaha illallah
Asy-hadu alla ilaha illallah, Asy-hadu alla ilaha illallah
Asy-hadu anna Muhammadar Rasululah , Asy-hadu anna Muhammadar Rasululah
Haiya 'alas-solah Haiya 'alas-solah,
Haiya 'alal-falah, Haiya 'alal-falah
Allahu akbar Allahu akbar
La-illaha illallah
Semua senyap, menghayati azan yang
berkumandang di tengah padang pasir. Sayu sungguh bunyinya. Dari riak
muka Lim. Ash boleh nampak yang dia sungguh sayu. Terbuka hati dan
mindanya untuk mendalami Islam dan nekat untuk menjadi seorang muslim yang
sebenar-benarnya muslim, bukan hanya muslim kerana dilahirkan oleh kedua ibu
bapa yang Islam.
“Dah maghriblah
Lim, saya pergi solat dulu, jom ikut, kalau Lim nak perhatikan pergerakan.
Senang sikit kat sini, kalau kat masjid susah la.. nanti orang hairan kerana
lelaki yang sorang ni tak solat, hanya sebagai pemerhati aje..apa hal?” kata
Ash, yang berbunyi gurauan sebenarnya. Tang mana yang dimaksudkan gurau tu,
hanya dia yang faham.
Lim hanya angguk, memang benar pun
apa yang dikatakan Ash.
Kedua-dua lelaki itu berjalan menuju
ke arah suara azan yang dilaungkan.
Suasana sudah hampir gelap rembang
senja sudah tinggal sedikit warna kemerahannya. Cahaya yang dapat dilihat
hanyalah dari beberapa lampu suluh kapalterbang. Namun cahaya bulan yang terang
sungguh membantu. Langit di bumi arab memang terang, tidak dilihatpun awan yang
menutup cahaya bulan yang setia bersinar, seakan-akan mengerti, ada insan yang
memerlukan cahaya itu. Nampak bintang timur yang bersinar tenang di sebelah
bulan.
Kedudukan bulan dan bintang,
kelihatan seperti kad hari raya pula. Rupanya, kedudukan bintang timur dan
bulan memang jelas boleh dilihat di tanah arab, nauzubillah!.
Lama juga Ash bersolat. Lia mengangak pastinya terus bersolat asar kerana
jarak waktunya tidaklah panjang.
Pastinya mereka mengambil peluang
ini untuk memanjatkan banyak doa agar pihak penyelamat dapat mencari lokasi
mereka segera.
Hanya doa kepadaNya yang dapat
dilakukannya buat masa ini.
Kerana Dia yang maha mengampun dan
maha mengasihani. Amin…
No comments:
Post a Comment