Bab 12
Karl berhenti membaca sejenak kerana
memasukkan semua barangnya ke dalam beg sandangnya. Lalu beg tersebut di
letakkannya di atas sofa. Kemudian dia masuk semula ke dalam bilik study untuk
menyambung pembacaannya. Mata mencelung semula di hadapan skrin komputer,
tekun.
“Hanya dengan hamparan selimut
kapalterbang, Lia membaringkan dirinya yang keletihan. Kepala hanya beralaskan
dengan batal kecil kapalterbang juga. Nasib baik barang-barang tersebut dapat
diselamatkan sedikit daripada dibaham api sewaktu kebakaran tersebut. Karl
berbaring di sebelah, terlapang, bagaikan bercamping di tepi laut.
Beratapkan langit, berlantaikan pasir. Cuma tidak ada ombaknya. Hanya ada pasir
sahaja.
Bila badan penat, memang cepat
terlena. Letak sahaja kepala, terus hilang ke alam mimpi. Lupa yang diri
sebenarnya berada entah di mana?
Ramai juga yang masih berjaga,
walaupun jika dikirakan waktu di tanah air, pastinya sudah tengahmalam. Orang
di Malaysia tentunya sedang menganyam mimpi. Tetapi tidak kepada penumpang
EK086, mana mungkin boleh lena, sedangkan pasukan penyelamat yang dikatakan
tidak kunjung tiba. Kemana agaknya mereka sesat, tidak mucul-muncul..
“Abang.. tunggu Lia bang.. tunggu..”
terdengar
suara Lia yang teresak-esak.
Terkejut Ash mendengar suara si isteri yang tiba-tiba
bersuara dan menanggis teresak-esak. Ash yang tidur-tidur ayam tersintak, di saat-saat
begini dia tidak mampu hendak tidur. Dia hanya membiarkan Lia yang tidur
agar Lia dapat berehat secukupnya.
“Lia.. sayang.. abang ada kat sini..
kenapa Lia..” Tangan Ash menggerakkan isterinya.
Tangan Lia digenggam erat.
Lia membuka mata.
“Kenapa bang…” Lia bertanya kenapa pula
dia dikejut.
“Bang…Lia..Lia tertido ke?” tanya
Lia yang dia tidak sedar bila masa dia terlelap, siap mengingai lagi..
Kepenatan di siang hari membuatkan
dirinya terlelap sebaik sahaja kepala bertemu bantal yang kecil itu.
“Haah, Lia mimpi .. sebut nama abang
lagi… kan abang ada kan sini.. sama Lia, yang nak jumpa kat dalam mimpi tu buat
apa?” Ash masih lagi boleh bergurau dengan isterinya yang kini sudah duduk dan
tangan Ash sudah melengkar dibahu Lia pula. Lalu dirapatkannya badan Lia berdandar
ke bahunya.
Mereka duduk bersandar di beg
bagasi mereka yang disusun bertindih. Lia melintukkan kepalanya ke dada
lelaki itu. Terdengar degupan jantungnya yang berirama tenang. Setenang
orangnya… itulah suami Lia yang tersayang. Sentiasa ada di waktu suka dan duka.
Tangan Ash mengurut lembut lengan isterinya, semoga dengan tindakan itu dapat
sedikit sebanyak membantu emosi Lia yang kurang tenang, sehinggakan
terbawa-bawa ke dalam mimpi ngeri. Dia
tidak dapat membaca apa yang tersirat di fikiran isterinya. Yang mampu
difikirkannya semoga apa yang dilakukannya dapat membantu, itu sahaja.
“Lia mimpi apa tadi.. sebut
nama abang pulak tu, nasib baik tak kuat, kalau tidak, malulah abang didengar
orang..” kata Ash perlahan, sambil mata melilau
mencari-cari, manalah tahu ada yang terdengar perbualannya.
Dia nampak ramai lagi penumpang yang
masih berjaga, walaupun waktu mungkin sudah lewat malam. Di dalam keadaan yang
sunyi sepi, di tengah-tengah padang pasir yang lokasi tidak diketahui. Boleh
sahaja didengar apa sahaja yang berlaku dengan apa sahaja yang dibualkan.
"Dahlah, siang tadi abang dah jadi central of attraction, buat drama sekesah.. nasib baik cuma lebam
biji mata! kalau patah riuk, mahu abang kena dakwa. Abang sanggup buat apa
saja, untuk keselamatan Lia. itu tanda abang sayang Lia..." Ash
perasan yang dia sudah melakukan kesilapan, sayangkan isteri punya pasal.
Lia hanya tunduk, mendengar pengakuan sang suami. Bersyukur,
si suami sedar akan kesilapannya.
"Ehh..
Lia mimpi apa tadi?" sambung Ash lagi.
“Lia..hemm.. Lia mimpi abang tinggalkan Lia.. lambai-lambai
Lia, sama macam Tok Wan, Wan Jie dan mama dan yang lain-lain tu.. “ kata Lia
dalam sayu, apabila menyebut semua insan yang dia saying.
“Mereka bukan lambai selamat tinggal.. sayang.. mereka
lambai minta kita pulang..” kata Ash menenangkan isteri.
Lia mendongak memandang ke wajah Ash. Ada betulnya juga.
Mungkin bukan lambaian selamat tinggal, tetapi lambaian memberitahu kehadiran
mereka.
“Dahlah tu..abang kan dah ada depan
mata ni.. tido lah balik.. esok kita tak tahu lagi, apa akan jadi.. harap-harap
something good will happen.furthermore we need all the energy we have
...to survive” kata Ash dan
melurutkan kepala Lia semula ke bantal kecil yang sedia menunggu.
Lia hanya menurut. Hari esok mungkin
lebih panjang dari hari ini.
Yang tinggal kini hanya
harapan, jika pasukan penyelamat tidak dapat mengesan mereka esok, harapan
masih ada agar mereka dapat dijejaki, lusa, jika tidak lusa, tulat atau hari-hari
berikutnya. Yang pasti mereka tetap akan diselamatkan”
Karl berhenti
membaca. Memang dia teringat, Erin memang ada mengigau dengan menyebut-nyebut
namanya. Nasib baik suara Erin tidak kura, tidak kuat. Bila tidur tidak basuh
kaki itulah jadinya!
“Erin..Erin..” Karl menyebut nama
isterinya berulang-ulang sambil tersenyum. Mengetahui isterinya meluahkan
perasaan sayangnya melalui tulisan. Di dalam hati, dia berkata, hanya ada satu
Erin di dalam hidupnya.
Isterinya, Renee Jasmeen Razali yang
bakal menjadi ibu kepada anaknya dan adik-adik kepada anaknya kelak.
Ameennn..
Mata melilau melihat jam yang
terpapar di hujung skrin komputer.
Sudah hampir 1 pagi.
Jari menekan punat abjad, cukuplah
untuk hari ini. Skrin komputer yang tadinya terang, menjadi gelap.
Karl perlahan berjalan menuju ke
tingkat atas sambil tangan mengurut perlahan belakang lehernya. Penat asyik
melihat skrin komputer. Pintu bilik dibuka perlahan.
Hanya terdengar deruan alat
pendingin dan Erin yang lena memeluk sebiji bantal. Sudah terlanjur berjaga,
Karl mengambil uduk dan mengerjakan solat sunat dua rakaan. Usai solat dia
memanjat perlahan katil yang dikongsikannya bersama Erin. Dia tidak mahu
mengganggu lena Erin. Namun, walau perlahan manapun pergerakannya, masih tetap
dapat dirasakan oleh Erin.
“Hemmm.. dah selesai ke bang..”
tanya Erin didalam keadaan separa sedar.
Masih mamai.
“Hemm..” jawab Karl pendek.
Kerja yang dibuat memang sudah lama
selesai. Menceroboh menuskrip isteri yang lama. Banyak bab lagi yang perlu dia
baca. Bilalah agaknya dia ada peluang lagi untuk membacanya. Karl yakin, pasti
akan ada peluang itu. Buat masa ini elok sahaja dia merehatkan diri di samping
si isteri.
Erin memalingkan badannya berhadapan
Karl, walaupun mata masih tertutup. Secara otomatik kepala di atas lengan Karl.
Karl menarik Erin terus berada rapat disisinya.
“Tidurlah permaisuri ku…”
2 comments:
Extra rajin hari ini. Load 3 chapter sekali, terutama apabila membaca satu komen dari Penulisan2U yang datangnya dari seorang yang bernama Sufea. Jemput baca sambungannya di sini ya..terima kasih kerana mengikuti coretan ini.
Cerita dlm cerita
Sy suka! - Faizah
Post a Comment