Bab 13
Jari Erin mengetuk papan
kekunci komputer laju. Setakat menaip bilangan bab dan nama tajuk memanglah
laju. Tunggu bila hendak memikirkan isi cerita, pastinya lembab, kena pula
idea tidak muncul-muncul, memang double pening dibuatnya.
Mata sekejap rapat ke
skrin, kemudian di jaraknya. Yang ada hanya tajuk, tidak
berubah.
Entah yang keberapa kali
tajuk di renung, sudah naik tembus skrin komputer dibuatnya.
“Nak cerita apa lagi huh!” Erin berbicara sendiri.
Dia menarik nafas.
“Idea..idea, mana kau idea, jangan menyorok. Keluarlah..jangan malu-malu...” bisiknya lagi.
Sepuluh jari terhenti kaku di papan
kekunci, tidak tahu abjad mana yang hendak ditekan.
Apa yang terpapar di skrin di
bacanya berulang-ulang.
“Hemm.. baik aje aku tulis apa yang
berlaku sekarang”bisiknya lagi.
Gatal sahaja jari jemari,
menunggu untuk Erin mengetuknya.
Erin sedang memikirkan
apakah ayat yang sepatutnya dimulakan untuk halaman yang ini.
“Tap“Erin menghentak kuat
jari telunjuk di atas meja.
Kesah dia bermimpi sudah di
coretkan di halaman yang lalu, walaupun tidak terperinci. Walaupun hanya mampu
lelap selayang, namun tetap sempat melihat di ruang mata, wajah-wajah
tersayang, tokpa, wan jie dan mama Suzi melambai-lambar ke arahnya. Selepas itu
dia sudah tidak ingat.
Dia asyik terlena kerana
penangan ubat yang diberi oleh pelayan kapalterbang itu. Kalau tidak silap,
itulah puncanya dia asyik mengantuk sahaja. Erin memang memerlukan rehat yang
secukupnya bagi mengelakkan dirinya dari keletihan melampau. Tambahan pula,
tenaga amat diperlukan keesokkan harinya.
Andai kata, pasukan
penyelamat tidak juga kunjung tiba, kaptain telah mencadangkan agar mula
beredar perlahan-lahan untuk mendapatkan pertolongan. Manalah tahu ada perkampungan
atau petempatan manusia yang akan ditemui. Setidak-tidaknya oasis, untuk
bekalan air bersih. Jika tidak fit untuk meneruskan perjalanan, pasti akan
melambatkan pergerakan yang lain. Malah
akan membahayakan diri sendiri.
Tiba-tiba Erin mendapat
idea. Mentol lampu sudah menyala terang di atas kepalanya.
Idea sudah mari!!
Kini Erin bukan Erin lagi,
tetapi sudah bertukar kepada watak yang sedang dia reka. Watak pasangan
romantis Camelia (Lia) dan Rashlan
(Ash). Jeng..jeng..jeng!
“Tajuk: 30 Jam Yang Indah Bersamamu“
Bab 6
Tarikh: 23 Disember, jam 9 malam”
Sementara duduk diam tidak
buat apa, Lia mecoretkan apa yang berlaku secara ringkas di dalam telefonnya. Coretan yang paling ringkas, lagipun dia ingat, dia ada membawa 2 power
bank yang telah di caj penuh. Power bank yang boleh load 5 kali. Hendak
menulis, cahaya tidak cukup terang. Siang
hari boleh aje menulis, tetapi waktu malam baik sahaja guna telefon...hemm..
Jari terhenti lama, diam di
atas papan kekunci telefon yang kecil.
“Help!... help me.. please someone help me!“ nyaring terdengar suara
seorang perempuan meminta tolong.
Dia menjerit
berulang-ulang. Suara nyaringnya memang dapat didengar dengan jelas, di suasana
yang lapang begini.
Kenapa pula tu!
Lia yang baru hendak
terlena, masih dengan tidur ayam tersentak dengan jeritan itu. Kelihatan ramai yang berkejar ke arah suara.
“Lia jangan pergi
mana-mana“ lurus telunjuk Ash ke arah
Lia.
Memang amaran, amaran yang
tidak boleh tidak, perlu Lia patuhi.
Ishy.. sejak berada di
padang pasir ini Ash bagaikan diktator, menggunakan kuasa vitonya.
“Abang pergi tengok apa hal
kat sana..“ sambil berjalan Ash bersuara dan meninggalkan Lia dengan berjalan
pantas.
Lia hanya mampu memandang
dengan mulut sedikit ternganga.
Yang dia juga turut sebok untuk apa?
Hendak membantu atau hanya
jadi tukang sebok?
Sampai sanggup meninggalkan
isteri yang tidak berapa sihat keseorangan. Jika apa-apa yang terjadi kepada si
isteri bagaimana?
Lia seperti cemburu pula,
suami melebihi hal lain, selain dari dirinya.
Wajarkah perasaan itu di
saat-saat begini?.
Hemm.. sepatutnya tidak.
Diwaktu begini semua patut bekerja sama. Demi untuk menyelamat nyawa, nyawa
bagi semua insan yang senasib dengan mereka.
Tuhan sudah memberi peluang
kedua, ingat tu.. jangan sia-siakan. Kaptain
telah berjaya mendarat dengan lancar sekali, dia manoeuver pendaratan dengan skill yang terbaik. Itupun hanya dengan
kehendakNYA. Apa jadi sekiranya si kaptain tidak dapat mengendalikan pendaratan
dengan selamat?
Yang mana boleh
nengakibatkan kapalterbang terbakar atau meletup di udara. Sudah tentunya Lia
dan Ash sudah tidak berada di atas padang pasir di saat ini. Tentunya sudah
berada di alam lain, nauzubillah.
Dari itu bersyukurlah.
Bersyukur kerana masih
dapat menghidu udara.
“Sayang..make sure kebas
dulu semua selimut ke apa yang diguna.. tadi tu suami perempuan mat salleh tu, kena
gigit kala jengking. Kat padang pasir memang banyak kala jengking.“kata Ash.
Terkejut Lia terus Lia berdiri dan mendakap Ash.
“Ahhh.. sini ada scorpian ke? Heee!“ Lia mengerakkan sedikit badannya seperti mengeletar takut.
Ash hanya angguk berkali-kali.
“Nasib baik ada doktor tu..
doktor apa ke namanya? Zbindin... hah.. doktor tu, cepat-cepat dia ikat dengan
skaf kat tempat yang kena gigitan.. dan lepas
tu buat apa tah! tapi orang tu masih cedera teruk. Dah lebam bibir dia. Harap-harap
bisa scorpion itu tak menjalar kat hati.. insyallah, ada harapan abang nampak
tadi..“ tangan Ash terus mengibas-ngibas selimut dan kemudian dibentangnya
semula.
Sunah nabipun akan mengebas
tilamnya dengan kain sebelum tidur.
“Dah... mari sini. Lia
boleh duduk semula. Insyallah, abang rasa tak ada binatang tu kat sini.“ kata
Ash dengan penuh yakin. Keselamatan isterinya
sangat penting bagi dirinya.
Lia masih teragak-agak
untuk duduk.
“Duduk... mari sini, duduk
sebelah abang..“ ulang Ash sambil tangan terus memeluk bahu Lia ketat sebaik
sahaja Lia duduk di sebelahnya.
“Jangan risau, selagi abang
ada, abang akan cuba lindung Lia. Lia tahukan, Lia top priority buat abang..“
bisik Ash.
Hendak lovey dovey pulak..
Lupa mereka berada di
padang pasir dan di dalam keadaan musibah kapalerbang terhempas. Kini mereka membayangkan berada berdua-duan di bawah sinar bulan, sedang
memadu kasih.. Aduss..romantik weh..
Lia tunduk, memang dia
tahu, suaminya memang benar-benar menyanyangi dirinya. Begitu juga Lia, tidak
sanggup rasanya dirinya berpisah, jika apa-apa terjadi ke atas salah seorang
dari mereka. Di waktu beginilah dapat diketahui sejauh mana kasih sayang dan
kesetiaan diuji. Bukan setakat sebutan di bibir.
Erin terhenti mengetuk
papan kekunci.
“Apa lagi jadi pada malam
tu ah!..Selamat ke tidak lelaki Briton tu? Rasanya, dia ada masa pasukan
penyelamat sampai, tapi dia tak boleh berjalan, sampai kena papah.
Kasihan dia. Nanti tanya
abanglah, apa jadi seterusnya?“ Erin
bermonolog sendirian.
Mata mencari jam di skrin
komputer.
Terus Erin menuju ke dapur.
Apa lagi jika tidak urusan penyediaan makan tengahari bagi dirinya dan juga
untuk makan malam. Untuk dirinya sempoi sahaja. Sekadar beberapa keping roti
bercicah sambal ikan bilis lebihan nasi lemak sarapan pagi sudah memadai. Nanti
boleh makan berat bersama Karl di sebelah malam.
Selesai menghabiskan roti,
Erin terus menyediakan bahan-bahan lauk untuk malam. Mudah apabila jika semua
bahan sudah tersedia. Hanya tinggal untuk memasakkannya sahaja.
Idea untuk menulis sedang
berkumpul di dalam kepala. Erin perlu keluarkan sebelum dia lupa. Berbekalkan
satu mug berisi teh panas, Erin mula menyambung kesah si Ash dan si Lia.
Bila idea sudah mari.. datang
mencurah-curah, bagaikan air sungai yang mengalir. Air sungai di Janda Baik
yang sejuk dan jernih, bukan seperti air Sungai Kelang, yang berkelodak dan
sudah berbau.
“Tajuk: 30 Jam Yang Indah Bersamamu“
Bab 7
Tarikh: 24 Disember, jam 1 pagi
“Kbooomm…!!” terdengar seperti bom
meletup dan diikuti dengan suara riuh rendah.
“Ya Allah, bunyi apa pulak tu..?” kata
Ash.
Serta merta tiba-tiba suasana muram menjadi
terang oleh biasan cahaya api.
Bagaikan seperti sedang menyaksikan
pesta bunga api di Putrajaya sahaja. Terang
benderang di sekeliling. Api dengan rakus menjamah badan kapalterbang yang di bahagian
hadapan. Kenapa baru kini ianya meletup? Kenapa tidak disiang hari? Namun semuanya
bersyukur, ianya meletup selepas semua penumpang keluar dan berada jauh dari
bangkai kapalerbang.
Terdengar sok sek sok sek penumpang
yang membuat spekulasi. Semua ingin menunjuk pandai. Semua
ingin memberi andaian mereka sendiri. Ada mengatakan bangkai pesawat itu
meletup kerana ada wiring faulty.
Ada pula menyatakan yang mungkin kerana ada minyak yang
tertumpah. Macamlah mereka roket scientist, yang tahu serba serbi. Entah-entah
apa fuel yang digunakan oleh semua pesawatpun mereka tidak tahu. Memanglah
gasoline, tetapi gasoline yang khas untuk pesawat.
Yang sebenarnya Lia bukannya tahu hal pasal kapalterbang. Yang dia tahu, naik kapalterbang sahaja. Apa jenis bahan
api yang digunakan, atau bagaimana konsep kapalterbang bergerak, bukan menjadi
perkara utama yang perlu difikirkan. Tetapi hari ini, tiba-tiba rasa ralat pula
tidak mengetahui lebih detail mengenai kapalterbang. Tahulah, tidak perlu jadi
roket saintist yang tahu serba serbi mengenai sains. Cukup sekadar mengetahui
asaspun sudah memadai. Kerana tidak tahu
apa punca sebenar kebakaran itu berlaku, baik diam sahaja. Perkara begini bukan
boleh main goreng sahaja. Banyak teknikal terms yang perlu dijelaskan. Namun
perasaan ingin tahu mengatasi segalanya. Tidak kesahlah sama ada spekulasi atau
kebenaran.
“Kenapa terbakar pulak, ya
bang..“ tanya Lia. Manalah tahu cek abang ada jawapannya.
“Entah! Abangpun tak tahu.
Nasib baik terbakar sekarang.
Kalau tadi, masa landing
terbakar, lagi susah jadinya. Entah-entah kita tak ada seperti sekarang ni..“
jawab Ash.
Betul juga jawapan Ash.
“Biar abang tanya..“ kata
Ash, terus bangun dan menuju ke arah sekumpulan lelaki. Mungkin mereka ada
jawapannya.
“Bang tak payahlah!“
terhenti Ash apabila mendengar Lia tidak berapa setuju dengan cadangan si
suami.
Apa pula hendak di korek
punca kepada terbakar diwaktu tengah malam. Waimanya, apa yang berlaku pasti
ada hikmahnya.
Hikmah yang nyata,
kebakaran yang berlaku telah berjaya menerangkan sekeliling. Tidak hanya
bergantung dengan cahaya bulan. Hikmah yang lain pasti muncul. Hanya manusia
yang lupa apa hikmahnya.
“Kboomm...“ bunyi letupan
sekali lagi.
Kali ini lagi kuat.
Kedua-duanya menarik nafas
lega. Nasib baik Ash tidak meneruskan perjalannnya.
Terdengar suara nyaring
kaptain meminta semua penumpang berada jauh dari kebakaran. Jangan cari nahas.
Yang hairannya, masih ada penumpang yang hendak jadi hero. Konon hendak mencari
punca kebakaran. Hendak buat apa, jika membahayakan diri. Bukan boleh janji,
entah-entah akan meletup lagi. Kotak hitam sudah lama diselamatkan oleh
kaptain. Kotak yang sebesar kotak kasut itu yang penting untuk dibawa pulang
sebagai analisa pihak berwajib. Dari situ, akan tahu apa puncanya menyebabkan kapalterbang
itu mengalami masalah.
Adakah disebabkan cuaca,
disebabkan sesuatu benda yang menghalang engin, atau salah penyeliaan engin,
atau lain-lain. Semua akan terjawab di dalam kotak tersebut. Kotak hitam yang
berwarna kuning orange, tetapi dinamakan kotak hitam.
Macam-macam manusia ini,
sungguh confusing.
1 comment:
Satu lagi episod kepada yang mengikuti. Harap berpuas hati.
Post a Comment