BAB 10
Erin yang duduk menonton TV, menoleh ke arah suara
Karl yang mengomel. Adalah benda yang dia tidak puas hati. Erinpun tidak
mengetahui. Yang dia tahu, pastinya masalah di pejabat. Kerana dia baru sahaja
pulang dari Info Harian, pejabatnya. Yang dia nampak Karl baru sahaja menjengok
beg sandangnya. Rasanya sudah berpuluh kali dia menjenguk beg tersebut, Erin
sudah tidak terhitung. Karl mengkelebek beg sandangnya setiap beberapa saat.
“Kenapa bang?“ tegur Erin pendek, manalah tahu dia
boleh membantu.
“Ni ah.. abang terlupa nak bawa balik ipad abang
agaknya.. dah tinggal kat ofis la tu. Gambar sama write up ni kena hantar esok..
saja abang balik awal, konon nak buat kat rumah..siap boleh terus hantar emel
kat penyunting. Ingatkan boleh selesai, ni ah.dah tertinggal pulak..!.” getusnya.
Geram, marah tetapi salah sendiri, tidak memastikan semuanya sudah ada di dalam
beg sebelum pulang.
Erin diam. Pasal ipad tertinggal di Info Harian rupanya.
Nampaknya dia tidak dapat menolong jika hal-hal pejabat.
Hendak buat macammana? Setakat tolong pandang
bolehlah.
“Sorry bang… hal ipad rupanya, kalau hal lain, mungkin
Rin boleh tolong mana yang boleh” bisik hati Erin sambil mata menala semula ke
skrin TV.
Dibiarkan sahaja suaminya membebel sendirian.
Masih dia terdengar Karl seperti mengeluh kesah. Tertala
semula pandangan ke arah suami yang masih berwajah ketat. Tidak sampai pula
hati Erin membiarkan suaminya begitu. Dia bangun dan merapati si suami. Tangan
meraba perutnya yang sudah sedikit membukit. Dia pula cuba menjengok ke dalam
beg sandang Karl.
Sudah tahu benda yang dicari sudah tertinggal. Jengok
seratus kalipun tidak akan berjumpa. Erin tahu itu, kerana dia juga akan mendapat
jawapan yang sama.
Jawapannya “Tidak Ada“.
Tetapi buat sahaja sebok-sebok, nanti dikatakan tidak
mengambil tahu pula..
“Mustahak sangat ke bang.?.“ tanya Erin dengan nada
sempati.
“Hmm“ jawab Karl pendek.
Muka masam mencuka.
“Kalau mustahak sangat, guna ajelah komputer Rin..“
kata Erin cuba membantu.
Karl menoleh ke rah Erin.
Betulke yang dia dengar, Erin membenarkan untuk
dirinya menggunakan komputer itu? Seperti tidak percaya sahaja apabila ayat itu
terkeluar dari mulut Erin.
“Betul!..“ tanya Karl seperti terperanjat.
“Betullll ni..abang boleh guna komputer Rin?“ diulangnya.
Karl tidak percaya, tetapi yakin 100% dengan apa yang
dia dengar apabila melihat wajah si isteri.
Rin masih mengaggukkan kepalanya, tanda setuju.
Serta merta Karl sudah nampak riang dan lega.
“Thanks, sayang. Malam nanti abang selesaikan..“ kata Karl.
Terus merangkul isterinya, dia gembira masalah
diselesaikan oleh isterinya.
“Pulak..dah!. tadi kata urgent..?“ Erin hairan, tetapi
jika dia hendak guna malampun tidak mengapa. Janji dia dapat membantu, membantu suaminya
menyelesaikan tugas yang terbengkalai.
Mata Erin kembali tersorot ke kaca TV.
“Memanglah urgent kalau tak siap. Tapi malam nanti
abang boleh guna komputer sayang, kira settlelah..janji sebelum esok abang dah
shot kat ofis..“ kata Karl lagi.
“Cerita apa?“ Karl yang sudah mengambil tempat di sebelah
Erin.
Erin mengalihkan kedudukan untuk memberi sedikit ruang
kepada suaminya agar lebih selesa. Hati Karl sudah boleh berdendang lega, dia
boleh membuat dua aktiviti dalam satu masa. Aktiviti pertama, menyelesaikan
tugas yang tertangguh.
Aktiviti kedua, skodeng menuskrip si isteri.
“National Geographic..“ kata Erin.
Mata tidak beralih melihat kesah kelajuan yang
melibatkan ahli sains membina roket untuk menjejaki dwaft planet Pluto. Roket
yang mengambil masa 9 tahun untuk sampai ke sana. Ditambah pula Pluto sudah
tidak diiktiraf sebagai planet sejak tahun 2006 kerana saiznya tidak mencukupi
untuk diiktiraf sebagai planet.
Tekun betul Erin menontonnya, kalah pakar sains.
Karl pula meraba perut isterinya.
“Baby nakal tak hari ni.. banyak bergerak ya?
Ganggu ibu ya!, kasihan ibu“. Gurau Karl.
“Sayang masak apa hari ni..tiba-tiba abang rasa lapar
pulak!“ memandangkan Erin sudah lepas dari masalah alahannya, tugas memasak
kembali menjadi tugasnya.
“ye bang..apa dia“ kerana terleka Erin tidak dapat
mendengar pertanyaan Karl.
“Dinner apa kita malam ni..“ ulang Karl
“Hemm.. ketam masak lemak sama sayur kailan kicap,
abang dah nak makan ke?“tanyanya
“Boleh jugak lepas maghrib kejap lagi..“kata Karl manja.
Erin masih tidak berganjak menonton, tetapi dia
mendengar.
Dia sudah menunaikan solatnya. Karl naik ke tingkat
atas, meninggalkan Erin yang masih tidak berganjak.
Selesai maghrib, dia turun. Dilihatnya Erin sudah siap
menunggu di meja makan. Karl sudah berkira-kira, sekiranya Erin masih di depan
TV, dia sendiri akan menutup TV itu. Nasib baik, perkara itu tidak berlaku.
Karl bukan tidak suka melihat Erin yang suka sangat
menonton National Geographic sejak dua menjak ini, tetapi sesekali tu tengoklah
TV Al Hijrah atau TV9. Pendidikan rohani perlu juga untuk si kecil yang di dalam
perutnya tu. Jika tidak mahu melihat Semanis Kurma tidak mengapa, tetapi
totonlah Tanyalah Ustaz atau Tanyalah Ustazah. Sekurang-kurangnya dapat juga
ilmu akhirat sikit-sikit jadilah, lama-lama jadi bukit.
“Apa topic Tanyalah Ustaz hari ini, ya Yang?“ soalan
cupumas Karl kepada Erin, sengaja bertanya solan perangkap samar kepada Erin.
Erin bulat mata.
Apa punya soalan pula suami aku hari ini.
“Rin tak tengok
pulak rancangan tu sebab Rin tengok Jejak Rasul..yang TV3 tu.. mereka pergi
Baitulmuqdis, ke masjid Al-Aqsa tu..“ terhenti tangannya yang sedang mengisi
nasi untuk suaminya.
Kemudian pinggan yang sudah berisi nasi dihulurkan
kepada Karl.
Karl hanya angguk perlahan sambil menyambut pinggan
yang dihulur.
Alhamdullillah.. Jejak Rasulpun bagus juga sebagai
ilmu sejarah Islam.
“Terima kasih, sebab Sayang beri abang guna
komputer..lepas Isyak nanti abang nak start, cepat selesai, cepat boleh
rehat..“ jawab Karl, mengetepikan soalan cupumasnya, apabila
puas hati degan jawapan si isteri.
“Tugas abang, tugas Rin jugak.. apa yang Rin boleh
bantu.. Rin cuba..“ Erin berkata sambil tunduk.
Bukan dia tidak ikhlas untuk meminjamkan komputernya,
cuba takut disalahgunakan sahaja. Namun dia percaya, Karl suami yang jujur.
Betulkah itu!
“Tak usahlah cerita pasal kerja, cerita pasal lain pulak..
Sayang buat apa hari ini.., mama pesan Rin jangan banyak sangat tidur,
nanti baby lemah..“ Karl tersenyum, bukannya mama Mysha melarang untuk
Erin berehat, sengaja Karl menyakat Erin agar jangan terlebih tidur.
“Ye ke mama yang cakap, sebab pagi tadi Rin berbual
dengannya tak pulak dia sebut hal tu..?“
“Rin call mama ke?“
“Tak. Mama yang call, tanya minggu ni nak pergi tak
tempat dulu.. dah dua bulan dah tak kesana?“
Karl hanya memandang Erin. Sehingga kini, Karl masih
tidak mengetahui kepada sebenarnya mereka pergi.
“Abang.. abang benarkan tak Rin pergi dengan mama
minggu ni..“
Karl diam sejenak.
Mulutnya senget sebelah, dengan mata
menala ke rezeki yang ada di depan mata.
“Hemm.. pegilah, tapi jaga diri baik-baik, especially
baby tu. Jangan sampai exhausted.. nanti
takut jadi lain pulak!.“ mendatar sahaja amanat Karl kepada Erin.
Erin senyum.
“Terima kasih, sayang..Rin sayang abang..“
“Sayang.. sayanglah jugak, ingat pesan abang tu..“ Karl sedikit
meninggikan suaranya.
Erin tunjuk gigi, sengeh. Nasib baik sedang makan
malam, jika tidak, mahu diciumnya pipi suaminya.
Karl tidak sampai hati hendak melarang Erin untuk
bersama dengan mamanya. Eloklah juga jika mereka keluar bersama,
sekurang-kurangnya menambah erat lagi hubungan mama dengan menantunya.
Selesai makan, Karl membantu Erin mengemas apa yang
perlu. Dia sudah memasak, apalah sangat membantu mana yang
boleh. Sudah ada makanan untuk malam ini pun sudah seribu rahmat, syukur.
Bersyukur kepada Allah mengkurniakan perempuan di hadapannya sebagai teman
hidupnya..
Erin adalah tulang rusuknya yang hilang rupanya..
No comments:
Post a Comment