Bab 9
Karl duduk di meja sambil
mata mendongak ke siling. Bukannya ada apa-apapun di siling. Yang di pandang
sampai hendak tembus, entah apa yang difikirkan olehnya.
Pejabat sudah sunyi,
teman-teman sudah keluar mengisi perut, sudah waktu rehat, waktu makan
tengahari. Cuma Karl yang tidak berapa lapar. Dia menghabiskan nasi biryani
yang dibekalkan oleh Erin semalam. Erin membeli dua bungkus untuknya. Perut
hanya ada satu, manakan boleh di telan dua bungkus sekali. Akhirnya terpaksa di
frozen dan di panaskan semula ke dalam rice cooker. Ulang tayang, bukan tak
biasa, sudah selalu. Ulang tayangpun ulang tayang la.. Nasi tetap terasa nasi,
belum lagi bertukar menjadi rasa bee-hoon atau kuewteow.
Tangan menyeluk beg sandang
yang tersadai di tepi meja. Telefon bimbit dikeluarkan dan terus mendail dan
melekapkan telefon ke telinganya.
“Can I speak to Mr. Halim please” Karl menalifon Halim.
Tetapi dia agak ragu juga,
takut nombor yang didail bukan nombor Halim kerana sudah lama mereka tidak
berhubung.
“Speaking..” jawab
suara seorang lelaki, serious sahaja bunyinya.
“Lim..its me..Karl..,
apa khabar awak, are you still in
Emirates?” tanya Karl.
Lupakah dia, dia mendail
nombor yang mempunyai country code negara UAE, tentulah tuan empunya nombor
masih berada di UAE.
Apalah Karl ni, tidak peka
langsung!.
“Hey.. brother, what a pleasant surprise, apa khabar orang Malaysia?
Saya sihat aje kat ni.. ha‘ah...masih lagi kat sini..“ Krusss semangat, nasib
baik Halim tidak perasan dengan soalan tidak berapa cerdik dari Karl.
Karl senyum apabila dia
menyedari kesilapannya sendiri.
“Tak balik Malaysia?“ tanya
Karl.
“Tak sure lagilah bro..you
tahulah family I, mereka masih tak boleh terima I as a Muslim..so mana I nak
pergi?“ jawab Halim kendur.
Mereka bukan tidak sayangkan
Halim, Cuma mungkin memerlukan sedikit masa untuk menerima perubahan anaknya
yang sudah tidak sama kepercayaan. Namun ikatan pertalian darah tidak akan
berputus. Lim masih anak mereka, walau apapun pegangannya.Begitu juga Halim,
mereka tetap kedua ibu bapanya. Pertalian darah tidak dapat di pisahkan
walaupun berlainan kepercayaan.
“Perlahan-lahan Lim,
lama-lama nanti mereka terimalah.. afterall
they are still you parents and you are still their son” pujuk Karl.
“Hemmm, I know”
jawab Halim pendek.
Masa, Ya! Hanya masa yang dapat merubahnya,
insyaallah. Kendur sahaja nada suaranya dengan jawapannya.
“Kalau tak ada tempat lepak, lepak aje rumah kami..”
Karl mempelawa Halim untuk tinggal sahaja di rumahnya jika pulang ke Malaysia.
“Taklah sampai macam tu..
Karl, I still have a home…walaupun not welcome“ terdengar ketawa kecil
Halim.
Sampai begitu sekali Karl
memujuknya untuk pulang ke tanah air.
“Hey.. since you call, I ada
terdengar captain Hendrik nak buat reunion tau.. reunion semua yang terlibat plane
crash tulah. Tak silap I, venue will be
in Muscat sebab kita kan crash kat Oman?” sambung Halim lagi.
“Hem… interesting..bila?” tanya Karl.
Bagus juga idea itu.
“Hujung tahun, kalau I tak
silap..” Halim memberi maklumat yang dia tahu.
“Hemm.. kalau hujung tahun, I don’t think I could make it lah bro.. ,
wife aku dah sarat masa tu..“ kata Karl girang.
“What? She is expecting? Congratulations bro..” terkejut tetapi
gembira dengan berita yang baru Halim dengar. Karl akan menambah ahli keluarga.
“Thanks..tapi kalau awal sikit bolehlah join..kalau hujung tahun
silap-silap I’m already a daddy la
Lim..” ketawa berderai kedua-dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.
“I tak ada tarikh yang
tepat.. nantilah kalau I ada, I will
inform you ya Karl?, I’m driving ni.. baru nak pegi kerja..nanti I
roger-roger ya. Kirim salam I pada Erin..”
“Thank bro..salamulaikum..”
Halim menamatkan perbualan.
Bagus jugak kalau ada
reunion tu, boleh juga Karl minta maaf secara personally kepada doktor handsome
tu. Doktor muda yang menerima penumbuk sulung Karl, semata-mata kerana salah
faham. Terlalu mengikut sifat barannya, nasib baik tidak berlaku apa-apa yang
serious.
Terbayang Karl wajah Halim,
bagaimana dia menjawab telefon di dalam kereta. Di negara arab tu boleh ke bercakap telefon dalam
kereta. Kalau di tanah air tentu sudah kena saman punya. Kalau tanya Erin
tahulah dia, kerana dia pernah tinggal di Qatar dulu. Terlupa pula Karl tentang
time difference. Halim baru hendak
pergi kerja, sedangkan Malaysia sudah waktu lunch kerana waktu 4 jam
berbezaan.Bumi Malaysia menerima matahari siang
4 jam awal dari bumi Emirates. Bagaimanapun sorry Lim, tak terfikir tadi hal-hal ini.
***
“Assalamulaikum..Sayaangg..
abang dah balik ni..” bunyi Karl seperti biasa apabila sudah sampai di rumah.
“Rin.. ada kat sini..”
terdengar suara Erin yang datang dari di bilik membaca.
Apa lagi kalau tidak
menyambung menulis novelnya. Novel yang sudah diceroboh oleh sang suami.. Nampaknya Karl tidak ada peluang untuk mengintai
cerita selanjutnya hari ini.
Cepat sahaja terjegul Erin,
berdiri di depan pintu.
Erin menolak dada Karl,
menghalangnya dari terus masuk ke dalam
bilik membaca.
“Abang nak air, nanti Erin
ambikkan..” kata Erin, sengaja tidak mahu si suami masuk ke bilik membaca.
Karl berundur kerana di tolak
Erin. Adalah tu yang sedang ditulisnya, yang tidak sempat disimpannya
kerana dia tidak mahu Karl membacanya. Itu
sudah pasti!.
Kaki Erin terus mengkait
daun pintu.
“Dumm..” bunyi pintu
berdentum.
Pintu bilik membaca
tertutup.
Erin terus membuka peti
sejuk dan menuangkan juice epal ke dalam gelas. Juice yang dibeli Karl tempoh
hari. Gelas diangkat perlahan dan disuakan kepada Karl. Mahu tidak mahu, Karl
mengambilnya.
Kemudian Erin berjalan
pantas masuk semula ke dalam bilik membaca. Tidak sampai seminit keluar semula
dengan tersengeh menunjukkan giginya.
Karl relax sahaja menekmati
juice apple yang ada di depannya.
“Ada-ada saja Erin ni..”
Karl geleng kepala.
“Dah terlambat cik adik
manis hendak menghalang, sudah kena cerobohpun..“ bisik hati Karl yang nakal.
Erin tidak mengetahui, yang
sebenarnya suaminya ini adalah penceroboh nombor satu. Penceroboh yang tidak menceroboh rumah atau harta benda orang lain, tetapi hanya
menceroboh membaca menuskrip novel isterinya sendiri. Penceroboh yang tidak
memerlukan kekerasan kerana semuanya terhidang di depan mata.
Kategori penceroboh baiklah
ni!
Jangan lupa, perbuatan
menceroboh tetap salah. Tidak kira apa
tafsiran si pelaku.
Sedar tak tu Karl?.
“Tak apa sayang, jika tidak
dapat membacanya hari ini, mungkin ada peluang hari esok, jika tidak esok, lusa
dan hari-hari seterusnya. Peluang itu tentu akan tiba jua..” kata Karl lagi,
tetapi hanya di dalam hati.
“Sayang, you know what? I called Halim today, dia
masih kat UAE atau!” kata Karl memulakan bicara.
Erin senyum. Apa relevannya
jika di Halim masih di Emirates. Memang sejak dari awal, mereka sudah tahu dia
bekerja di sana, namun Erin tetap melayan bicara si suami.
“Ya! apa khabar dia? Bila
dia nak balik sini..?” tanya Erin yang sudah duduk di sebelahnya sambil
menyandarkan badannya ke bahu si suami, manja.
“Entah.. tak tahu lagi. Dia
kata dia terdengar nak ada reunion plane
crash tu .. kat Muscat. Tapi kan, hujung tahun ni.. mana sempat, sayang dah
beratlah masa tu..” panjang lebar Karl bercerita. Baik aje dia luahkan apa yang
dia tahu, dari Erin tertanya-tanya.
Bila sudah di luahkan, dan
Erin faham, tentu tidak ada soal jawabnya.
“Hemm… kalau hujung tahun,
memang tak boleh dah..Rin dah tak boleh fly pun. Mana ada airlines yang nak terima perempuan yang dah sarat untuk boarding. Takut terberanak dalam kapalterbang. Dah
tentu baby kita dapat naik kapalterbang percuma seumur hidupnya…kan bang..kan?”
jawab Erin.
Karl senyum...
“Bukan hal free
plane ride tu sayang, lebih kepada keselamatan. Kalaulah terberanak dan si
ibu atau si bayi ada komplikasi, kan susah? Mana ada operation theatre dalam
kapalterbang? Nasiblah kalau normal delivery, ada pulak penumpang doktor, kalau
tak ada? Main hentam saja siapa yang sanggup jadi bidan.!.” kata Karl sambil tersenyum. Mengetahui dia bukan salah
seorang yang sukarela ingin menjadi bidan terjun, sekiranya perkara itu berlaku.
Cuba bayangkan, orang yang tidak ada pengalaman
menyambut kelahiran bayi, tentu havoc.
“Ya, jugak ya bang..” kata
Erin dengan anggukan, mengiyakan apa yang telah diterangkan oleh Karl.
Itulah manusia ingatkan yang
Tambang Percuma sahaja kepada bayi yang lahir di dalam pesawat. Kenapa tidak
fikirkan keselamatan, nyawa dua insan, ibu dan anak..Itu la!!
Tangan Karl pula melingkar ke
bahu Erin, dipeluknya Erin ketat.
Bagi Karl, dia tidak sanggup
memperjudikan nyawa isteri dan anaknya.
Tiket percuma seumur hidup
tidak berjaya mengaburkan matanya.
Oh tidak, tidak sama sekali.
Apa-apapun biar berlaku di
depan mata dan di bumi, bukan dia awan biru…
No comments:
Post a Comment