Thursday 22 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 42

La..la..la..layan..


BAB 42

Diam tak diam, sampai jua tarikh yang dinanti. Suasana rioh rendah, biasalah majlis kahwin orang Melaka. Hani rasa gementar, walaupun buat kali kedua pengalaman bernikah. Sama resah dirasakannya sewaktu bernikah dengan Khasif, 6 tahun yang silam, tiada lainnya. Tidak disangka rupanya dia terpaksa mengulangi rasa resah gelisah buat kali kedua. Sabar sahaja yang dia mampu, menunggu di kumpulan perempuan yang mengiringnya sementara Aqram sedang bertarung melafazkan akad nikah di ruang tengah masjid. Pastinya peluh jantannya menitik, mahu tidaknya gementar, maklumlah pengalaman pertama.  Sudah berapa kali Edros menyapu tissue ke dahi pengantin yang sedang duduk di hamparan di hadapan Tok Kadi.

Lafaz pertama tidak jelas, entah kenapa Aqram tidak dapat menyebut nama Hani Asmara dengan jelas. Lafaz kedua pula dia bagaikan tidak cukup nafas untuk mengucapkan sekali nafas sesak agaknya. Lafaz yang ketiga, akhirnya Aqram berjaya melafaskannya dengan baik dan terang. Alhamdullillah. Rasa gementar menguasai dirinya membuatkan dia tidak dapat melafaskan dengan lancar, sedangkan rasanya sudah berpuluh kali dia menghafalnya sebelum ini, okey sahaja sebutannya. Boleh pula dia melafaskan dengan baik sekali!! Bukan susah sangatpun hendak menyebut nama Hani Asmara Tajuddin. Bukannya nama gadis dari negara Russia atau nama gadis dari negara eropah timur yang nama mereka berbelit-belit!. Alhamdullillah, terlepas dari seksa rasanya Aqram apabila Tok Kadi bertanyakan saksi, dan jawapannya “Sah”. Tersengeh tak sudah, senyum meleret dari telinga kiri ke telinga kanan, lebar sungguh senyumannya. Edrospun setelah mengelap peluh Aqram, juga mengelap peluh di dahinya sendiri, yang dia pun rasa gelabah tu apa kes!
Aqram meminta kebenaran bagi dirinya menunaikan sembah sunat syukur dua rakaat, berhampiran dengan mimbar. Selesai bersolat syukur Aqram diiringi puan Fatihah berjalan perlahan untuk majlis membatalkan air sembahyang. Hani menunggu penuh debar di hadapan keluarga dan sanak saudara, juga sedang gementar walaupun pengalaman kedua. Shimah sebuk mengelap peluh di dahi dan hidung kakaknya yang berpeluh. Peluh gembira gamaknya, akhirnya sah menjadi milik Aqram. Aqram sudah menjadi abang iparnya kini. Lelaki yang berwajah sama dengan abang ipar yang sebelumnya cuma orang yang berbeza. Dulu versi import, sekarang versi tempatan..Hisy ada-ada sahaja Shima membuat andaian.
Tangan di hulur, Aqram membongkokkan badannya sedikit semasa menyarung cincin pilihan mereka tempuh hari. Cantik tersarung di jari manis Hani yang penuh dihias inai. Terserlah merah inai di jarinya yang puteh. Tangan Aqram diraih, dan Hani mengkucup tangan kasar sisuami, ciuman balas oleh Aqram ke dahi. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Hani you have made my life completed” sempat pula Aqram berbisik ke telinga Hani, sungguh sahdu sebutan itu.
Tetapi debaran dapat dirasakankan oleh kedua-duanya. Sentuhan pertama setelah bergelar suami isteri. Hadirin yang berada di ruang masjid sebuk menyakat dengan kata-kata sakatan untuk kedua mempelai, menambah gambra pengantin dibuatnya, namun alhamdulillah semua berjalan mengukut rancangan dengan baik.
Upacara berinai sebagai simbul mendapat berkat dari kedua belah keluarga juga berjalan lancar di rumah keluarga Hani. Ibu dan ayah sebuk di luar melayan tetamu di penanggah. Lewat petang keluarga Puan Fatihah pulang kerana terpaksa menguruskan majlis menyambut Hani, menantunya pada hari Ahad.  Ain dan Edros akan menemankan Aqram untuk bermalam di rumah Hani di Melaka.
Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 malam. Hani sudah menukar pakaian pengantinnya kepada pakaian biasa setelah selesai sembahyang maghrib. Kelibat Aqram yang kini bergelar suaminya tidak kelihatan. Sebentar tadi Hani ada perasan dia berbual di beranda bersama beberapa orang saudara mara yang baru dikenalinya.
Pintu bilik diketuk perlahan, pintu terkuak, muncul wajah yang ditunggu, nampak kepenatan dan masih dengan baju pengantinnya. Cuma tidak ada tanjak dan kain sampin sahaja. Tidak panas ke dia?
“Assalamulaikum sayang”  Hani menoleh dan salam disambutnya di dalam hati. 
Buat pertama kalinya Aqram melihat Hani tanpa bertudung sedang menyisir rambutnya dihadapan cermin. Sungguh terpesona hatinya melihat pantulan wajah isterinya dari cermin dihadapan Hani.
“Abang hendak mandi dan boleh solat Maghrib, waktupun dah hujung-hujung ni..” tegur Hani.
Hanya anggukan yang di terima, masih terpegun dengan wajah isterinya.
Tanpa perlu diminta Hani telah memanggil Aqram dengan panggilan Abang. Memang sesuaipun dengan panggilan itu, kerana Aqram 6  tahun lebih tua darinya.
Hani memang cantik membuatkan jiwa lelakinya teruja. Hani berjalan ke almari pakaian dan mengeluarkan tuala dan dihulurnya kepada Aqram lalu disambut. Renungan tajam Aqram masih ke susuk tubuh Hani.
 “Hey.. abang .. maghrib.. “ sambil Hani menolak Aqram menuju ke bilik air, gurauan pengantin baru.
Hani sudah tiada didalam bilik apabila Aqram selesai mandi, dilihat baju melayu dan kain pelikat sudah pasti untuknya terlipat kemas dihujung katil.  Setelah maghrib disempurnakan, Aqram keluar dari bilik dan dilihat Hani dan Ain sedang menghidang makanan untuk makan malam. Makan malam bersama keluarga Hani dengan cerita ulang tayang apa yang berlaku pada siang  hari ini. Selesai makan  mereka berbual di sofa di beranda. Perlahan-lahan seorang demi seorang meminta diri untuk merehatkan diri. Tanpa disedari jam sudah menginjak ke 1 pagi. Akhirnya tinggal Aqram dan bapa mertuanya sahaja di sofa. Tajuk perbualanpun rasanya sudah kehabisan. Aqram mengatur langkah ke biliknya. Pintu dibuka perlahan, tidak mahu menggangu Hani yang pastinya sudah melayan mimpi dan sudah lena kerana kepenatan. Mereka perlu berehat, sehari lagi hari yang panjang kerana lusa majlis di rumah sebelah Aqram pula.
Selesai mengerjakan solat sunat dua rakaat, Aqram membaringkan dirinya perlahan, namun pergerakannya telah mengejutkan Hani dari lenanya.
“Sudah siang ke bang?” tanyanya dalam suara mamai.
“Belum sayang.. sorry..tidur aje la..abang tak niat nak ganggu sayang” jawab Aqram, entah dengar entahkan tidak oleh Hani kerana jelas Hani sudah terlena semula.
Diambilnya peluang untuk mengamati wajah isterinya yang kini mengadapnya. Hani yang cantik di hadapan matanya kini, sedang lena. Pipi yang puteh dan halus, kening yang nipis, hidung yang kecil kena pula dengan bibir yang merah walaupun tiada secalit pewarna bibir, mata tertutup rapat. Kini hanya terdengar helaan nafas halus Hani yang sedang di buai mimpi, pastinya mimpi yang indah. Aqram bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menganugerahkannya seorang perempuan yang sempurna bernama Hani Asmara buatnya. Malam ini buat pertama kalinya Hani tidur berteman setelah lebih dari  3 tahun bersendirian.
Aqram terkejut dari lenanya apabila terasa kakinya digerakkan dan juga panggilan manja memanggil namanya.
 “Bang, bangun untuk subuh..” suara Hani menggerakkan Aqram.
Aqram mengeliat dan menggapai tangan Hani. Hani yang tadi duduk, terjatuh di dada suaminya.  Hani dipeluknya kemas. Hani cuba meleraikan pelukan, akhirnya Hani duduk semula disisi suaminya yang hanya memandangnya.
“Cik abang bangun untuk subuh ..”
“Tak mahu temankan abang ke?”
“Ya.. nanti lepas abang subuh…”
Malas sungguh rasanya, tetapi dia harus melaksanakan kewajipannya sebagai yang dituntut. Aqram mencapai tuala yang kini sudah tersangkut di penyidai terus ke bilik air.
Sekali lagi, apabila dia keluar bilik air, Hani tiada di bilik. Aqram hanya tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia sudah tahu, pasti Hani tidak akan menunggunya mandi.
Dengan hanya bertuala yang mengikat pinggang, dia memakai baju melayu yang sudah disedia diatas katil untuknya.
Selesai solat subuh, Aqram keluar menuju ke arah bapa mertuanya yang nampak sedang membaca akhbar.Awalnya dia mendapat bekalan akhbar harian? Agaknya dia membeli sendiri dikedai runcit terdekat.
“Ha.. Aqram, nanti nak balik KL pukul berapa?”
“Lepas zohor agaknya abah”jawab Aqram
Muncul Adi memberitahu sarapan sudah sedia dan mereka menekmati sarapan yang sudah disediakan Hani dan ibu.
“Hemm.. hati-hati dalam perjalanan tu.. Shima ikut sekali. Abah dan ibu akan menyusul kemudian. Nak settlekan apa yang belum selesai kat sini dulu. Nanti kami sampai, insyallah..“ kata abah.

Selepas zohor, mereka bertolak ke Kuala Lumpur. Kereta dipandu Edros bukan Aqram. Hari ini Aqram hanya co-driver, duduk diam-diam di sebelah pemandu. Manakala Hani dan Ain ditempat duduk belakang.
Sampai di halaman rumah, kelihatan khemah dan kerusi yang siap dihiasi reben sudah cantik tersusun. Pekerja-pekerja masih sebuk menghias pelamin dan meja tengah dengan hiasan bunga lily puteh, bunga pilihan Hani. Di dalam rumah juga sudah dihias cantik. Sehinggakan tangga menuju ke bilik Aqram juga sudah penuh  dihiasi bunga di tempat pemegang. Sungguh wangi dengan haruman bunga Lily tersebut. Edros mengheret beg pakaian Hani dan menyerahkannya kepada Ain untuk Ain membawanya ke tingkat atas, bilik yang dulu bilik abangnya yang sekarang sudah mempunyai roommate baru, Kak Hani, kakak iparnya.
Hani cuba membantu apa yang perlu, tetapi ditegah oleh puan Fatihah.
 “Sudah tu Hani, tak payah buat apa-apa, layan Aqram saja cukup” pinta puan Fatihah.
Hendak di layan apa, Aqram bukan tidak biasa, inikan rumahnya! Tetapi Hani cuba membantu yang mana boleh, janji tidak berkepit sepanjang waktu dengan Aqram, malu eh!
“Nah, pergi beri ni pada Aqram” puan Fatihah menghulur mug yang berisi, milo panas untuk di hantar kepada Aqram.
Aduh…mama ni, malas betul Hani hendak mencari-cari Aqram kerana sejak tiba tadi dia tidak ketahui dimanakah suaminya berada. Mata melilau di ruang tamu, tiada bayang… tangan masih memegang mug berisi milo panas. Terus mencari di kelompok pekerja yang sebuk menghias khemah, juga tiada. Kemudian pandangannya terhenti disatu sudut. Aqram sedang merokok. Langkah diatur, minuman dihulur. Apalah agaknya nekmat menyedut asap tu ya? Asap untuk menghalau nyamuk, hari siang lagi. Menghilangkan tress, tress apa lagi? Mencari idea, dia bukan penulis kerana selalunya penulis yang menghisap rokok berkepul-kepul. ahh..apa ajelah! Malas Hani hendak memikirkan. Yang nyata, ianya tidak baik untuk kesihatan. 
"I want to grow old with you, sayang" bisik hati kecil Hani.
 “Nah, mama beri.” Mug milo bertukar tangan, lalu Aqram meletakkannya disisi.
 ”Mama yang beri? Ingatkan Hani, Hani teman abang kejap..” sambil tangannya menepuk perlahan bangku yang memang boleh di huni seorang lagi
.”Eh.. abangni.. nanti apa orang kata, hendak berkepit 24 jam. tak mahu lah.!.”
“Alah… sekejap aje.., lepas abang habis minum ni, Hani masuklah balik..” pintanya. Mahu tak mahu Hani akur dan duduk disebelah Aqram yang sedang menghirup minuman, rokok yang baru setengah sudah lama di buang. Mug yang separuh berisi di letakkan semula di sisi.
 “Hani, Hani sayang abang tak?”tanyanya, soalan budak-budak. Kalau dah sampai dah sanggup terima jadi isteri, apa maknanya kalau tak sayang. Budak darjah satupun boleh jawab.
“Apa soalan merapu-rapu abang ni..” Hani bangun dan Aqram meraih tangan Hani dan meminta Hani duduk semula.
Pinggang Hani di peluknya dan menggenggam tangan Hani. Diteleknya seperti hendak membaca telapak tangan pula lagaknya. Siang-siang haripun hendak bercekerama, tidak malu betul! Tanpa mereka sedari, adengan mereka di perhatikan oleh beberapa pekerja yang sebuk menghias khemah dengan senyuman penuh makna.
“Ishy.. abangnya tengok tu orang pandang.” Hani mengingatkan Aqram.
 Hani bingkas bangun dan mencapai mug yang masih belum Aqram habiskan menuju ke dalam rumah. Sebelum berlaku adengan yang luar alam, baik dia belah. Aqram tersenyum melihat isterinya  berlalu pergi kerana malu.
Siang bagaikan berlari mengejar malam. Rasa terlalu pendek waktu siang, alih-alih malam menjelma. Pekerja semua sudah pulang, rasanya khemah memang sudah tip-top terhias, juga hiasan di dalam rumah. Kini yang tinggal hanya keluarga terdekat mama dan papa yang sudah beberapa hari berkampung dirumah Encik Mansor untuk membantu persiapan.
Hani terkuap-kuap menahan rasa mengantuk. Entah berapa kali tangannya singgah di mulutnya, menutup kuap yang berulang-ulang. Jika dia berada di rumahnya di Melaka, sudah lama dia masuk bilik, silap-silap dah berbelas mimpi yang dia sudah lalui, tetapi sekarang dia di rumah mertuanya, malu pula rasa di hati hendak meninggalkan mereka yang masih rancak berbual. Jika di ikutkan memang tidak akan ada kesudahan, ada sahaja topic baru yang muncul.
Mama mengurut perlahan belakang Hani “pergi masuk biliklah Hani, mama nampak Hani dah ngantuk tu..”
“Okey lagi ni..” jawabnya menipu, sedangkan kalau mama hulur bantal di kepalanya pasti dan dan tu dia boleh lelap.
“Aqram pergi bawa isteri kamu ni ke atas..dah berat sangat mata dia tu mama tengok.” arahan mama, Aqram hanya tersenyum melihat mata kuyu isterinya.
“Jom naik…” Aqram berdiri, tangan di hulur, tetapi tidak di sambut Hani.
Malu diperlakukan sedemikian di hadapan kaum keluarga. Aqram tidak terasa hati, dia tahu Hani masih kurang senang untuk menunjukkan kemesraan mereka dikhalayak ramai. Langkah dihayun perlahan menuju ke bilik atas. Sambil berjalan Hani mengurut perlahan belakang lehernya. Aqram berjalan dibelakangnya, manalah tahu isterinya pengsan sebelum sempat ke bilik. Amboi.. amboi, prihatinnya. Jangan prihatan sekarang ni sahaja abang oi.. selepas dua tiga tahun, Hani entah ke mana?Aqram entah ke mana?
Sesampai di bilik Hani tidak sempat menukar pajamanya, terlalu penat dan mengantuk. Tudung kepala dibuka dan dicampakkan ke dalam bakul di sisi pintu bilik air dan membaringkan badannya di katil dengan pakaian kemeja T berkolar bulan dan seluar track, tidak lama kemudian, pengsan dengan helaan nafas yang nipis… lena.
Aqram berbaring di sebelah isterinya yang entah berada di alam mana sekarang ni. Satu malam lagi dia hanya boleh mengetap bibir menekmati keindahan makluk yang tidur sekatil dengannya. Hanya mampu mengusap lembut rambut si isteri, menolak rambut yang sudah menutup separuh muka. Hani mungkin sedang bermimpi mengumpul desert rose di Gurun Kalahari.



PS: Desert Rose bukan bunga tapi tapi kristal.. hanya terdapat di pasir gurun. Dah mula merapu, sejak bila pula jadi cikgu georgraphy? Di harap pembaca bersabar dengan emosi tidak menentu saya ni.. PMSlah tu.. he..he..he..


2 comments:

sufi_jamal said...

dah selamt nikah hani dan arqam, semoga bahagia mereka hingga ke jannah.amin

Rose Ezadora said...

Insyallah. Tetapi jangan lupa mengikut chapter seterusnya apabila true colour akan nampak perlahan-lahan. Harap dapat sediakan sapu tangan..saya akan cuba menjiwainya, harap menjadi.. Jika tidak, harap mendapat bantuan pembaca ya?