Bab 43
Sudah menjadi routine, Hani menggoyang-goyangkan kaki Aqram dalam usaha
mengejutnya setiap pagi. Tugas menjadi jam bergerak, tidak bergaji. Aqram
mengkalihkan badan kearah si isteri dengan mata masih tertutup. Tahu-tahu
sepasang tangan cuba menarik tubuh Hani yang kecil ke arah badannya yang sasa.
Asyik kena kejut untuk subuh setiap pagi. Ini perbuatan mengada-ngada atau
semasa bujangnya dia culas menunaikan yang wajib. Hisy Hani, jangan buruk sangka,
tak baik! Dia hanya hendak bermanja sebenarnya, bila bujang lain caranya, bila
sudah beristeri lain pula perangainya. Hani tersenyum, ialah tu..jangan buruk
sangka.
“Apa ni… sayang..” kekuatan seorang perempuan kecundang apabila Aqram.
Hani jatuh ke dalam pelukannya.
“Isyh.. abang ni.. bangun.. .”
“Ala.. seminit aje lagi.. bila masa lagi nak manja-manja dengan
Hani…”
“Ya…ya.. boleh manja-manja.. kemudian nanti, boleh tak!”
“Hem… ya lah..ya lah..”
“Dah pukul berapa sekarang ni sayang” suara mamai Aqram.
“Dah 7.00 bang” jawab Hani
“Ha! Astrafillahhilazim…” terus bulat matanya sambil mengucap
panjang, sungguh dia tak betah begini, rasa bersalah tidak menunaikan tuntutan
dan kewajipannya mengadap yang Maha Esa. Hampir tewas terleka oleh bisikan
syaitan. Nauzubillah! Bingkas bangun, terus mencapai tuala yang sudah sedia
tersangkut di dalam bilik air untuknya.
Mereka sudah terbangun lambat, terlajak tidur. Jam loceng di sisi meja
sudah menunjukkan 7.00 pagi. Malu pastinya nanti hendak keluar, wajah-wajah
nakal yang di temui akan bersangka buruk kerana terlewat bangun sehinggakan
hampir miss sembahyang subuh. Mana suara azan yang selalu mengejutkan tidur
mereka? Kenapa pula jam alarm tidak berfungsi? Terlalu nyenyak kerana kepenatan
sehingga kedua-duanya tidur mati. Alarm tidak di set sebenarnya, hendak
salahkan jam pula!.
Seperti yang di sangka Hani
beberapa mata nakal yang tersenyum sinis semasa keluar dari bilik tadi.
Bertembung dengan Mak Long
Midah,kakak mama. ”Baru bangun ke..” dengan muka yang sudah Hani sangka,
senyuman sinis diberi kepadanya sambil berjalan menuju ke dapur. Mama dan papa
sudah ada di meja makan.
“Hani mana Aqram, dah bangun ke dia!.. ni dah
pukul 7.00 lebih, pukul 10.00 mak andam hendak datang.., panggil Aqram sarapan
dan boleh siap cepat..” suara panik mama. Hani yang sebenarnya ingin menjamah
sarapan berpatah semula ke bilik dengan anggukan.
Aqram yang hanya memakai
tuala di pinggang keluar dan terkejut melihat Hani masih berada di hujung
katil. Ingatnya sudah keluar seperti yang dialami pada hari-hari sebelumnya.
Desiran penghawa dingin terdengar sayu menghembuskan angin dingin.
“Sayang tak keluar ke..atau
memang nak tunggu abang..?” tanyanya
sambil mengambil baju melayu yang Hani hulurkan kepadanya, acuh tak acuh.
“Hani dah keluar tadi, mama minta kita
cepat-cepat turun untuk sarapan, ni yang Hani tunggu abang, sarapan sama, pukul
10.00 mak andam nak datang..” kata Hani.
Tuala sudah berganti seluar, baju pula
disarung. Aqram mencapai tuala yang sudah terlurut dan mencampakkannya ke dalam
bakul di sisi pintu masuk bilik air. Tangan melurut rambutnya yang basah. Solat
ditunaikan di sejadah yang sudah sedia terbentang oleh Hani.
Selesai solat, Aqram
mengambil tempat di sisi Hani. “Relax sayang.. abangkan dah siap..” sambil
menepuk-nepuk tangan Hani dan menariknya bangun bersama. Mereka keluar
beriringan menuju keluar.
“Hah… dah siappun mari
cepat makan” mama memberi arahan apabila
muncul anak dan menantunya.
Tiada banyak perbualan yang
berlangsung. Hani banyak mendiamkan diri, begitu juga Aqram. Suara mama dan yang lain-lain yang banyak kedengaran.
Areana D’Belai Creation
memang class perkhidmatannya. Solekan Hani memang nampak neutral, wajah Hani
yang memang sedia cantik lagi nampak terserlah apabila disolek. Baju kebaya
bersulam warna Topaz dengan tudung yang
dipenuhi labuci dan manik menambah seri. Aqram berbaju Melayu warna sedondon
dengan ikatan samping kelabu pekat siap bertanjak bagaikan pahlawan melayu,
sepadan duduk di sebelah Hani. Sudah lebih satu jam di pelamin di ruang tamu.
Kali ini Ain sebagai pengapit Hani dan Edros masih lagi pengapit Aqram. Di luar
khemah para jemputan dan tetamu silih berganti. Kelibat mama dan papa ke
hulu dan kehilir sebuk benar nampaknya
mereka.
Pentas kecil yang
menempatkan kumpulan berzanji tidak jemu-jemu mengalunkan kata-kata puji pujian
kepada Ilahi, tanda kesyukuran.
Para jemputan juga dikira
ramai. Maklumlah mama memang berharap semua yang dijemput dapat hadir untuk
memperkenalkan menantu pertamanya. Jika dulu dia hanya melihat kawan-kawannya
sahaja yang menerima menantu, tetapi hari ini giliran dia pula setelah agak
lama juga menunggu kerana Aqram tidak pernah setuju dengan beberapa calon yang
cuba diperkenalkan kepadanya dulu.
Rupanya jodohnya jauh menunggu, di seberang lautan, patutlah tidak berjumpa di
bumi Malaysia.
Malam pula reception di
hotel pula. Letih sungguh rasanya badan, tetapi senyum tetap kena senyum nanti
gambar yang diabadikan tidak cantik pula. Jurugambar sekali lagi memainkan peranan mengarah mereka itu dan ini untuk pengantin beraksi. Jam 4.00
petang majlis berakhir. Mama meminta Hani dan Aqram berehat kerana resepsi
malam bermula jam 8.00 malam. Aqram dan Hani tidak mampu membantah. Ini
permintaan mama, suka atau tidak terpaksa di ikutkan demi untuk menjaga
hatinya.
Sebaik sahaja menukar
pakaian kepada pakaian biasa, Hani membaringkan diri di atas katil untuk
meluruskan pinggang katanya. Kasihan pula Aqram melihat si isteri yang
keletihan. Tangan kasarnya menyelak rambut Hani dan mengurut perlahan belakang
tengkuk. Pada mulanya Hani membiarkan urutan sambil terkejam-kejam matanya
menekmati urutan manja dari tangan kasar suaminya, sekurang-kurang hilang
sedikit lenguhnya. Terkejut dia apabila terasa Aqram memberikan ciuman bukan
lagi urutan tangan kasar nya.
“Abang gelilah…” dengan
suara manja, menoleh kebelakang, Aqram hanya menyerigai, mengetahui Hani kurang
selesa.
“Sorry sayang..” Aqram
meminta maaf. Hani tahu Aqram tidak
sengaja.
Di gapainya tangan yang
sudah mengurutnya tadi lalu dikucupnya tanda terima kasih dan minta maaf, sekali gus.
”No, its okey, Hani hak
abang..” kata Hani lembut.
“Sayang rehat la..” mengerti
isterinya keletihan, terus menapak ke sofa untuk dirinya juga berehat. Dia tidak mahu menggangu Hani lagi, dirinya juga perlu di manjakan. Ada
satu lagi acara yang perlu mereka hadiri malam ini.
Malam resepsi Hani
digayakan dengan pakaian gaun puteh gading, berhiasan mutiara. Sedikit jahitan
mutiara di dada dan sedikit di bahagian atas tudung juga dengan tiara kecil di
kepala. Nampak simple tetapi menarik. Aqram memakai sut hitam dengan bow
berwarna kelabu gelap. Aqram kelihatan
seperti seorang model lelaki yang
memperagakan sut, memang kacak. Seperti dijangka ramai kenalan papa
hadir. Memuji-muji kepenampilan pengantin. Kembang kuncup hati puan Fatihah
bila mendengar pujian dari kawan-kawannnya dan kawan-kawan perniagaan Encik
Mansor yang juga merupakan contact Aqram. Syarikat Perumahan Encik Mansor yang
sudah diberi hak sepenuhnya di bawah pengawasan Aqram.
Grand betul majlis resepsi
siap dengan live band sekali. Pelamin
juga berwarna puteh gading dihiasi dengan lampu yang berwarna orange lembut, di
serikan dengan hiasan bunga lily orange dan puteh. Bunga pilihan Hani juga..
Lily..dan Lily..
Sepatutnya majlis tamat
lebih kurang jam 11.00 malam, tetapi ada juga seorang dua tetamu papa yang liat
hendak meninggalkan dewan. Ada sahaja topik yang dibuka, akhirnya majlis
berakhir hampir jam 12.00 tengahmalam.
Selesai solat isyak, Hani
tak tertahan-tahan lagi untuk melelapkan matanya yang semakin mengecil, di orongkan
bantal dan terus hanyut ke alam mimpi. Kakinya juga sudah kebas-kebas, mana
tidaknya berdiri lebih dari satu jam semasa bersalaman dengan hadirin sebelum
mereka pulang.
Sekali lagi Aqram hampa,
tetapi dia perlu bersabar dan memahami iserinya yang keletihan. Kehendak lelakinya perlu bersabar. Sebenarnya
dirinya juga letih, tetapi setiap kali memandang Hani tidur, dia rasa
bertenaga, entah dari mana datangnya tenaga yang muncul tiba-tiba, hilang rasa
penatnya. Wajah Hani yang sedang lena ditatapnya lagi. Perlahan dia menyelak
rambut yang menutup sedikit wajah isterinya yang sudah terlena. Di ciumnya
rambut Hani yang wangi, Hani mengalehkan sedikit kedudukan menyedari ada
sesuatu mengganggu kemudian menyambung lenanya. Kini hanya kedengaran hembusan nafas
halus Hani dan hembusan penghawa dingin yang kencang menemaninya waktu ini.
“Hani kenapalah kau comel sangat, tak tertahan
rasa hati ini” Aqram berbisik menahan debar di hati yang semakin rancak.
Cuba dia melelapkan mata, tetapi pandangan
mata tidak boleh beralih kearah wajah Hani.
Teringat pula lirik lagu Aerosmith pula..si
rockers mulut besar, Seven Tyler..
“I
could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you is a moment I treasure
Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep”
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you is a moment I treasure
Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep”
Hemm..
sound so romantik isnt it..!!
Di luar sesekali terdengar
bunyi dentuman guruh, tanda hendak hujan. Tidak lama kemudian kedengaran hujan
menitis. Pada mulanya perlahan tidak beberapa saat kemudiannya lebat. Tanpa
disedari Hani telah berada didalam pelukan Aqram, kedinginan malam telah
memaksa Hani mencari haba, haba dari manusia bernama Mohamad Fawwaz Aqram.
Comfort zone!!
Tersenyum Aqram dan
membiarkan isterinya yang masih lena memeluknya tanpa sedar. Hani dipeluknya
erat, bukannya dia sedarpun. Hendak tahu, cuba tanya esoknya, pasti dia tidak mengaku, dia yang
memulakan dulu..mengodanya.
Terkejut mendengar launggan
azan subuh. Hani juga terkejut, apabila dia melihat dirinya memeluk suaminya.
Cepat-cepat pelukan dileraikan dan bingkas bangun. Terasa pergelangan tangannya
diraih Aqram. “Hani tunggu abang”
“Tunggu” dengan suara kehairanan.
“Tunggu ? habis tu
solat..?”dua soalan yang Hani tanya, dia serba salah.
“Ya tunggu abang, kita solat berjemaah”
“ohh… ingatkan tunggu
apa..”hanya anggukan perlahan,mengerti apa yang Aqram maksudkan dan terus pergi
membersihkan diri.
Sementara menanti Aqram
selesai di bilik air, Hani sudah bersedia menunggu di atas sejadah.
Selesai berjemaah, Aqram
memanjatkan doa, sungguh shahdu kata-kata yang keluar dari mulut Aqram,
sehinggakan berkaca mata Hani mendengarnya menahan air mata dari mengalir. Bait-bait doa buat pertama kalinya berjemaah
sebagai suami isteri.
“Ya ALLAH,
syukur alhamdullillah dengan apa yang telah kau kurniakan kepada ku sebagai penyenang hatiku,
jadikanlah kami sebagai pemimpin yang
bertaqwa.
Ya Allah, ampunkan dosa kami yang telah kami telah lakukan,
Ya Allah
kurniakanlah kedamaian hidup dan kebahagiaan kepada kami Ya Allah,
di dunia dan di akhirat, berkatilah dan
rahmatilah kami Ya Allah .... Amin Ya Rabbal Alamin
Tangan Aqram
digapai dan dikucup mesra. Aqram membalas dengan mengucup di atas dahi Hani.
Mereka masih bersimpuh. Tangan Hani menyika air mata yang tidak sempat
mengalir. Bersyukur dia kehadrat Ilahi, tersentuh dengan doa-doa yang
dipanjatkan oleh si suami.
“Are you allright sayang” tegur Aqram. Seraya tangannya singgah di bahu
Hani.
“Hey… kenapa ni.. tak mahulah sedih-sedih..!”
Hanya anggukan perlahan yang dibalas Hani.
Tangannya
menyika air mata yang hampir mengalir. Sungguh Hani terharu. Telekong dan sejadah dilipat.
“Sedihhh..bila
abang ucap doa-doa tu.. Hani terharu” kata Hani meleret.
“Nak sedihkan
apa?Nak terharukan apa?” tanya Aqram. Hani terdiam, betul juga, hendak sedihkan apa?
Aqram menyulam
jarinya ke jari Hani, “Sudah tu. kita keluar, mesti ma dan pa dah tunggu kita”
Hani mengikut sahaja langkah perlahan Aqram.
Aqram memang
matang dalam serba serbi, bersyukur Hani di dalam hati menerima Aqram sebagai
suami yang cukup sempurna baginya.
Ma dan pa
sungguh gembira hari ini. Semua yang di atur untuk majlis menyambut menantu
berjalan seperti yang diharapkannya.
Sudah menambah
seorang lagi menjadi ahli keluarganya, semoga akan bertambah lagi bilangan ahli
keluarga Mokhtar Rashid di tahun-tahun mendatang. Biar ramai, agar riuh sedikit
bungalow yang selama ini sepi, kata mama. Faham-faham sudahlah mama menginginkan
kehadiran cucu. Hani dan Aqram buat tidak faham sahaja. Itu semua rezeki ALLAH,
insyallah jika di kurniakan alhamdulillah, jika tidak juga syukur
alhamdulillah. Redha dengan apa sahaja ketentuannya. Terlalu awal untuk
memikirkan perkara tu! Perjalanan rumahtanga mereka masih jauh. Persoalan yang
harus difikirkan, adakah ikatan yang baru dimeterai ini akan bertahan sehingga
ke akhir hayat seperti yang dilafazkan
di dalam doanya tadi. Wallahualam!
2 comments:
Trima kasih n3 ni, nak tnggu part yg nak menyapu siair mata.
Insyallah selepas bab 46...rangka dah siap.
Post a Comment