BAB 44
Hari Isnin yang
sepi, Aqram hanya mengambil cuti seminggu, tidak mahu mengambil cuti lebih katanya, kerana cuti akan
digunakan untuk ke Cape Town bersama Hani pada penghujung bulan nanti. Pemergian ke Cape Town untuk menemani Hani
mengambil barangannya dan lain-lain urusan yang perlu dilakkukan untuk di bawa
pulang ke Malaysia. Sambil-sambil
tu boleh sahaja dikatakan sebagai cuti berbulan madu. Sambil menyelam meminum
air.
Rayyan sudah
mula bersekolah. Ain pula sudah pulang UiTM Melaka, tetapi dihantar oleh Megat,
pemandu Encik Mokhtar. Encik Mokhtar memandu sendiri kepejabat. Yang tinggal
hanya puan Fatihah, Hani, Aqram dan juga Mak Ara sudah pastinya.
Terdengar juga
sok sek sok sek, puan Fatihah hendak ke mesyuarat persatuan NGO dimana dia
menjadi ahli pada jam 3.00 petang, jadi atau tidak belum di ketahui. Kalau
jadi, kenalah Aqram menghantarnya atau menunggu sahaja Megat pulang dari
Melaka. Bagi Hani dia memang tidak mahu kemana-mana. Dua hari dengan jadual
yang ketat yang di laluinya membuatkan dia tersangat letih. Mahu betul-betul
istirehat di rumah sahaja katanya. Rancangan Aqram tidak pula ditanya. Biarkanlah sekiranya dia
hendak keluar ke mana-mana tidak mengapa, tetapi dia keluar sendirian. Minta
maaf, Hani tidak larat rasanya untuk menemani.
Hani tetap dengan niatnya hendak memanjakan diri didalam bilik sahaja.
Melayan novel atau menonton TV. Atau aktiviti yang lebih best.. tidur.
Selepas solat
zohor, Hani membaca novel yang baru dibelinya sambil menyiarap. Novel
sebenarnya ubat tidur bagi Hani, dia tahu dia akan rasa cepat mengantuk hanya
dengan membaca beberapa bab. Pintu terkuak dan muncul Aqram dengan 2 beg
kertas.
Hendak
sembahyang zohor agaknya. Hani bingkas bangun.
“Buat apa
sayang..” tegur Aqram menuju kearah Hani yang sudah bersandar di kepala katil.
Sambil tersenyum
menunjukkan novel barunya. “Tak jemu ke baca
novel cinta tu sayang, dari baca, baik buat novel…” lain sahaja
bunyinya.
“Hani tak
pandai menulis …” jawapan Hani jujur
“Abangpun tak
pandai, kita sama-sama cuba la..” Hani masih tidak mengerti dengan apa yang
Aqram maksudkan.
Keningnya di
kerut seperti memikir apa yang dimaksudkan.
Novel diambil Aqram, di tutup dan diletak di atas meja sisi dan dia
mengambil tempat di sebelah Hani.
“Abang dah
Zohor..” tanya Hani.
“Sudah, di surau tadi”
Patutlah Hani
tidak melihat kelibat Aqram selepas makan tengahari tadi, ke surau rupanya.
Aqram meraih badan Hani untuk dekat di sisinya. Tangan sudah melengkar di
belakang Hani. Ikatan ekor kuda rambut Hani dilepaskannya. Tangannya memegang
kepala Hani agar tepat mengadap wajahnya “Wahai isteriku..” sambil merapatkan
kepala Hani ke dadanya sambil mencium rambut Hani yang wangi berkali-kali.
“Beg apa
tu...”tanya Hani.
Aqram
mengeluarkan beberapa album dari beg kertas yang dibawanya tadi.
“Oh.. gambar
kita, cepatnya siap… “ kata Hani, apabila tidak ada jawapan dari Aqram, tetapi
perbuatannya mengeluarkan album tersebut sudah menjawab kepada soalan yang
ditanya.
“Digital
sayang..zaman moden sekarang ni, 1 jam dah boleh siap”akhirnya dia bersuara.
Gambar di selak
satu persatu sambil gelak tertawa melihat imej sendiri yang diabadikan dengan
berbagai gaya. Ada yang memang menarik seperti tidak percaya orang yang di
dalam gambar tersebut adalah mereka kerana sudah di solek. Ada juga yang lucu,
Hani tergelak sambil menutup mulut melihat
aksi lucu yang tidak
disengajakan. Nampak semuanya cantik. Ala.. kalau batang kayu disolekpun cantik
juga. Kena lighting
dan angle yang baik, tentu nampak cantikkan!
“Abang, Hani
berat tak..?” apabila melihat gambar Aqram mengendongnya
“Berat… Hani
makan batu ke apa? Nampak aje badan kecil tapi berat ya rabbi..!” sebenarnya
Aqram cuma bergurau.
“Ye ke bang,
Hani kena dietlah macam ni..” jawab Hani.
“Tak lah abang
gurau aje, Hani berat macammanapun abang akan usaha gendong, sebab abang sayang
Hani..” pengakuan yang cukup romantis.
Hani menolak
Aqram dengan siku..Aqram mengaduh..
Akhirnya petang
itu di habiskan di dalam bilik menyelak semua photo-photo yang di bawa Aqram
sebanyak 6 buah album.
Selesai asar
bersama, mereka turun, Mak Ara sudah menyediakan minuman petang. Puan Fatihah
masih di gazebo, nampaknya tidak jadi menghadiri mesyuarat yang dikatakan
kerana jam sudah melewati 4.00 petang. Hani menemankan puan Fatihah berbual,
rupanya mesyuarat di batalkan kerana kekurangan qorum.
Setiap hari Hani
pasti menalefon ibu dan abah di kampung. Hujung minggu Hani akan pulang ke
Melaka mengambil sedikit barangan untuk di bawa ke Kulaa Lumpur dan akan bertolak terus ke Cape Town dari
Kuala Lumpur.
1 comment:
dimaafin...
Post a Comment