Dah.jadi habit, bila cerita dah nak ending, saya tak sabar-sabar hendak tamatkannya..Penyakit tu!!! Penyakit tidak sabar...
Bab 66
Di Kuala Lumpur
Ammar meletakkan kertas puteh yang tadi begitu tekun dia baca, tiba-tiba fikirannya beralih kesah semalan. Cuba dia tepis, tetapi masih juga dia terkenangkan apa yang diperbualkan berrsama mummy di dalam kereta.Walaupun hanya perbualan ringkas, tetapi besar maksudnya. Begitu bermakna kepada dirinya, malah begitu berkesan kepada Mummy. Masih nyaring dan terang suara Mummy singgah di gegendang telinganya.
“Dah besar rupanya anak Am ya?Apa namanya, Mila? Hemm.. Mila, sedap nama tu..“Mummy mula berbual di dalam kereta sebaik sahaja masuk.
Terkejut juga dia, pada mulanya apabila mengetahui, ibu kepada cucunya adalah Murni. Tetapi dia menahan kejutan itu. Terutama apabila melihat Murni tidak bertindak kasar, sebaliknya menghulurkan tangan untuk bersalaman.Lagipun Mummy Tina sudah terikat dengan aku janjinya bersama Ammar.
Salah satu clause, “Tidak boleh menyakitkan hati ibu mahupun anaknya”.
Mummy tidak mengetahui, itu semua adalah pesanan Zamri. Zamri meminta agar Murni bersikap lembut dalam apa jua keadaan yang melibatkan Mila. Baginya kekerasan tidak membawa apa-apa kebaikan dan tentunya tidak akan membawa apa-apa faedah!. Tersentuh juga hati tua mummy Tina, apabila melihat perempuan yang pernah dia halau, dia herdik dan dia benci dan dia kutuk, kini berada di depan mata sedang menghulurkan tangan. Dia sungguh terharu. Ingatkan perempuan itu pendendam. Jika Murni seorang pendendam, rasanya kasutnay sudah naik ke muka Mummy. Tetapi perkara itu tidak berlakku, sebaliknya dia mempamirkan riaksi bersahaja. Seperti tidak pernah perkara buruk itu berlaku. Sungguh murni hati seorang yang bernama Murni.Semurni namanya. Bagaimana dia boleh terlepas pandang, kebaikan Murni selama ini?
Mana tidaknya terlepas pandang, kebencian yang datang dari hasutan Edwina yang telah membutakan matanya di waktu itu. Bukan setakat buka mata, malah buta hati!
BAgi Murni nasihat Zamri selalu di pegangnya. Jangan berebut atau menggunakan kekerasan apabila mengendalikan masalah Mila. Berebut dan kekerasan tidak mungkin menyelesaikan masalah. Menimbulkan masalah lagi ada! Itu kata abang Zamri, setiap kali dia melenting dengan tindakan si bekas suami.
“Am! Bila mummy pandang Mila, sebijik iras Am masih kecil..“ kata Mummy Tina lagi. Ammar tersenyum-senyum mendengar kata-kata si ibu. Dah kata dah, Mila memang anak bapak!
“Am tak fikir ke nak ambil Mila? Atau sekurang-kurangnya pinjam sekali sakala bila cuti sekolah.. tak lama lagi cuti sekolah mula kan?“ kata Mummy bersuara.
“Mummyyyy...“ bersuara Ammar dengan satu oktaf, agar mummy diam sahaja, dia tidak mahu mendengar mummy mengeluarkan cadangan yang luar alamnya.
Juga salah satu clause di dalam aku janji “Tidak dibenarkan masuk campur dalam apa sahaja urusan berhubung dengan anaknya“. Jangan hendak pandai-pandai membakar batu api kepadanya. Ammar tidak perlukan sesiapa menjadi batu api.
“Takkk.. mummy beri cadangan aje.Terserah pada Am..” mummy masih tidak mahu beralah.
“Mummy bukan apa..” belum sempat Mummy Tina menghabiskan kata-katanya.
“Mummy, boleh tukar cerita lain tak?..”tegur Ammar lagi.
“I’m sorry mum..I love you and I love them too..“ kata Ammar kendur.
Tersintak Ammar dari lamunan apabila, pen yang di pegangnya terjatuh di atas kertas puteh yang berada di hadapannya.
Itu kesah semalam.
“Eh! Tak boleh.. tak boleh..“ tiba-tiba Ammar mengeleng-gelengkan kepalanya laju.
“Zamri baik, Murni pun.. ahhhh..biarkanlah. Satu hari nanti Mila akan datang dengan sendirinya..kerana dia dah siapa bapa dia sebenarnya! “ kata hati kecil Ammar.
Itu hati kecil Ammar yang bersuara lembut, membisikkan. Tetapi ada satu suara kasar pula yang menyampuk.
“Kenapa hendak beralah! 8 tahun Murni dah bersama Mila, takkan seminggu tak boleh?“ Ammar termakan kata-kata itu.
“Kalau nak cuba apa salahnya.. nantilah tanya Zamri, manalah tahu dia setuju pinjamkan Mila untuk cuti sekolah ni…Kalau tanya Murni.. confirm kena reject!”Ammar juga sudah terpengaruh dengan cadangan mummy jarum.
Ammar menghela nafasnya panjang, ada benarnya juga apa yang mummy Tina cuba sampaikan. Apa salahnya Mila tinggal dengannya untuk beberapa minggu cuti sekolah ini.Bukannya dia akan tinggal dengan orang luar, diakan bapa kandungnya!
Tetapi apabila difikir balik, kasihan pula Murni. Murni tidak pernah berpisah dengan anaknya. Dapat kebenaran berjumpa dengan si anak setiap hujung minggupun sudah cukup bagus.
“Tap..tap..tap..tap..” Ammar mencapai semula pen yang tergolek di atas kertas dan menghantukkan hujung pen di atas kertas puteh itu.
Kini fikirannya penuh dengan cara yang paling baik untuk menjayakan hasratnya agar Murni membenarkan Mila dapat bersamanya di cuti sekolah yang panjang ini.
Hilang focusnya kepada kes bunuh yang sepatutnya di beri tumpuan padu. Kes bunuh! Hendak di fikirkan, orang yang sudah terbunuh, sudah tentunya sudah menjadi arwah. Si pembunuh pulq, tentu sudah rasa bersalah di dalam hati. Apa lagi yang hendak di fikirkan? Yang dia kena fikirkan ialah membantu si pembunuh agar di beri hukuman yang setimpal. Kerana dia sudahpun menerima hokum alam, iaitu salah bersalah selagi dia bernafas, selaku itu rasa bersalah melekat di hatinya. Orang bersalah memang selalu berada di dalam ketakutan. Diri bagaikan di kejar bayangan, sedangkan bayangan itu adalah bayangan diri sendiri! Ahhh.. lupakan sebentar kesah orang.
Yang perlu Ammar tumpukan sekarang ialah kesah dirinya sendiri. Tentang diirinya sendiri yang sudah lama dia abaikan. Terlalu terikat dengan tugasnya sehinggakan dia lupa hidup berkeluarga. Kini dia di beri peluang kedua, Ammar seharusnya rebut peluang ini.
Persoalannya, sanggupkah Ammar bersuara untuk menyampaikan hasratnya kepada Zamri? Lelaki yang Ammar labelkan sebagai serorang lelaki yang baik. Bila memikirkan sifat lelaki yang baik ini, buat Ammar tidak sampai hati pula.
“Tap..tap..tap.. tap..” irama hantukan perlahan pen ke atas kertas bagaikan memberikan inspirasi kepada Ammar.
“Mila… tunggu papa datang..” tiba-tiba Ammar bersuara sendirian.
2 comments:
wahhhh...kerna terpaksa aku relakan tuuu....
Terpengaruh dengan drama..
Post a Comment