Bab 35
Aku bangun awal pagi, terus ke dapur sebaik sahaja
usai subuh. Rupanya kak Shima sudah berada di ruang dapur, menghiris bawang.
Untuk apa, aku pun tidak tahu. Tidak lena tidurkah dia? Mungkin kerana beralih
tempat, akupun kadang kala jika berkunjung ke tempat lain, aku juga mengalami
masalah yang sama, tidak boleh tidur lena di tempat baru, kerana tidak biasa.
Hendakkan bantal busuk agaknya...
“Akak nak buat apa dengan bawang tu?” tanya ku.
“Lyna ada apa? akak sengaja siapkan. Bawang untuk
goreng apapun semua guna bawang kan? Lyna
ada apa?.” kak Shima menyoal.
“Nak goreng
beehoon ke spaghetti?” tanyaku.
Aku main hentam
sahaja. Entah ada lagi atau tidak spaghetti, aku kurang pasti. Yang aku pasti, beehonn memang masih ada sebungkus.
No comments:
Post a Comment