Bab 1
Saje cuba-cuba menulis.. harap mendapat teguran dari pembaca.
“Excuse me, Excuse me….”Hani bersuara perlahan meminta laluan sambil dia berlari-lari anak. “Thank
you…” ucapannya lagi, antara dengar dengan tidak. Seperti tidak ikhlas
sahaja hendak menyebut, tapi apalah gunanya bersuara kuat kerana orang yang dia
ingin ucapkan terima kasihpun sudah lesap entah kemana. Bukan dia kenalpun
insan-insan itu.Hani masih meneruskan perjalanannya pantas dengan menjinjing 2
beg kertas berwarna brown.Berjalan di celah-celah orang ramai, menuju ke
Waterfront Cape Town, Mega Mall. Mall yang terletak bersebelahan dengan Hotel
Victoria and Alfred. Hoel yang begitu gah tersergam menghadap Victoria Wharf
yang terkenal di negara kelahiran Nelson Mandela ini. Hotel Viktoria and
Alfred, hotel bertaraf 5 bintang yang masih mengekalkan ciri-ciri kolonial.
Disinilah tempat pertemuan yang telah di aturnya bertemu Roseina.
Cuaca dingin musim luruh pagi itu memaksa Hani mengenakan
seluar panjang dengan kot labuh menutup punggung coklat. Sarong tangan dan
mufler corak berkotak-kotak campuran warna merah hati dan coklat cantik
tersarung di tangan dan lehernya yang jinjang. Warna-warna pastel itu memang
sesuai dengan kulitnya yang puteh. Hani nampak bergaya apabila warna mufler
berkotaknya berlawanan dengan warna tudung puteh dikepalanya. Berkasut but
menutup buku lali bertumit, menampakkan lagi kelangsingan badannya yang tinggi
lampai. Kot yang tidak dibutang, dibiarkannya terliang liuk di tiup angin
dingin apabila pergerakan Hani melangkah deras.
“Aduh sempat ke aku ni.., kenapalah aku pakai kasut ini”
bisik hati kecil Hani sendirian, memarahi pada kasut yang dipakainya. Kasut
pula yang disalahkan kerana membuatkan pergerakannya agak terbatas. Kasihan kau
kasut, tak pasal-pasal jadi bahan untuk dipersalahkan.
Janjinya bertemu Rosiena, 8.45 pagi, kini jam sudah
menunjukkan 8.50 pagi.Hisy…
“Masih jauh ni.. aduh!! Mahu ambil masa 5, silap-silap 6
minit lagi baru sampai, Seina kau tunggu, jangan tak tunggu!..” mengomel
sendirian dalam bahasa melayu pulak tu di bumi asing ini.
Dia tahu jika dia bercakap kuat manapun bukan ada sesiapa
yang faham, walaupun ramai penduduk Cape Malay di sini asalnya dari rumpun
melayu, tetapi mereka sudah tidak mengerti bahasa Melayu. Ungkapan Laksamana
Hang Tuan “Tak kan Melayu hilang didunia” tidak boleh dipakai di sini, kerana
sudah tidak boleh di panggil melayu lagi. Sudah hilang segala-galanya.
Hanya atas nama Melayu Cape, tetapi bahasa mahupun
tatasusila sudah hilang, hilang sama sekali. Hilang ditelan masa dan ditelan
keadaan sekeliling. Mereka sudah mempunyai bahasa dan cara tatacara hidup yang
berbeza sama sekali dengan asal usul mereka. Penjajahan di zaman Aparthied sudah
membuang jauh identity asal mereka.
Apa hal pulak hendak memikirkan masalah bahasa, bukannya
Hani pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka. Ni.. yang dah lambat nak berjumpa Seina
yang patut di risaukan..
Matanya kerap singgah melihat jam tangan di pergelangan tangan
kirinya. Walaupun dia baru sahaja melihatnya beberapa saat yang lalu. Dia tahu
berapa kalipun dia melihat jam tangannya, waktu yang di harapkan tidak akan
undur, walaupun sesaat, malah akan terus maju bergerak kehadapan.
Kerana kepantasan pergerakkannya, dia hampir membuat
seorang wanita separuh umur tersunggur, nasib baik hanya berlaga bahu.
“Sorry madam..” Hani memohon maaf kepada wanita itu sambil
membungkukkan sedikit badannya kearah wanita itu. Sudah rupa minah Jepun pulak.
“Be careful my dear” jawab wanita itu lembut semasa
memalingkan sedikit badannya walaupun perjalanan mereka diteruskan ke destinasi
masing-masing.
Hani perlu berjumpa Rosiena untuk menyampaikan bungkusan
yang sedia ditangannya kini. Kedinginan pagi tidak dipedulikan, niatnya untuk
sampai segera bertemu Rosiena membuatkan dirinya tidak terasa kedingian
tersebut. Malah panas, seperti orang baru lepas lari marathon.
Rosiena akan berlepas dengan penerbangan MAS terus tanpa
henti dari Cape Town ke KLIA. Penerbangan yang sebelumnya telah mengambil
penumpang dari Buenos Aires. Satu-satunya Penerbangan terus dari negara ASEAN
ke Negara Amerika Latin, Buenos Aires, Brasil. Penerbangan yang sangat popular
dikalangan ahli perniagaan dan korporat, kerana mereka tidak perlu membuang
masa untuk transit. Tambahan pula bagi mereka time is money! Di
sebabkan transit beberapa jam, sudah pasti akan merugikan syarikat beribu-ribu
ringgit, malah mungkin mencapai angka juta.
Lapang hati Hani, apabila kelihatan dari jauh tubuh batang
Roseina berdiri. Roseina sedang menunggunya. Dilihatnya Seina meramas-ramas
tangannya sendiri dan mata melilau mencari sesuatu. Seina resah atau sejuk,
wallahualam.. tetapi berat kepada resah. Resah menunggu dirinya, agaknya.
Langkah di hayun lagi deras, agar dia cepat sampai ketempat Seina menunggu.
“Assalamualikum, Siena, how are you” ucapnya
sebaik sampai dengan nafas yang termengah-mengah.
Beg kertas brown diletakkan diatas bangku kayu bersebelahan
Roseina. Hani terus menghulur tangannya dan mencium kedua belah pipi Roseina,
lagak seperti dua gadis arab yang baru berjumpa. Adik iparnya yang memang
cantik, pagi ini nampak lebih berseri-seri.Darah kacukan Cape Malay yang
mengalir ditubuhnya membuat wajah Seina seperti gadis Pan Asia.
“Sorry, sorry, I’m late…no parking” ujar Hani.
Seketika tadi menyalahkan kasut, sekarang menyalahkan
ketiadaan tempat parker. Tangannya mencapai beg kertas brown yang diletaknya
diatas bangku kayu, terus dihulurnya kepada Roseina. Tetapi Seina tidak
menyambutnya, malah memberi isyarat agar beg kertas itu dibiarkan sahaja buat
sementara diatas bangku. Seina menjengok beg brown dan dilihatnya satu
bungkusan tersebut jelas telah dibungkus dengan rapi. Kelihatan bungkusan telah
tertulis nama, alamat nombor telefon orang yang seharusnya Seina dihubungi.
“It’s ok sis… is it heavy?” tanyanya ringkas sambil mata disorotkan kearah dua beg
kertas yang dibiarkan diatas bangku.
“No, not heavy, not at all. Ssomething for my mum.What
time is your flight?” rasa ingin tahu Hani.
“12.00 noon, I better take a move now.. We talk latter
ah!, Emb waiting for me there”sambil tangannya menunjukkan kereta
Volksvagen beetle hijau pucuk pisang kepunyaan Embrahim, tunangnya yang nampak
sedang menunggunya di tepi jalan.
Sebelum di saman polis, baiklah Seina bergerak segera kerana
di situ tidak di benarkan memakir kereta, walaupun ada pemandu atau orang
menunggu kerana perbuatan ini akan menghalang pergerakan kenderaan lain.
“Call me when you reach there ah! And have a safe journey,
darling…salamulaikum” tanpa mahu
melenggah-lengahkan lagi pemergian Roseina ke Lapangan Terbang. Jika terlepas
penerbangan, dia juga yang susah nanti.
Rosiena bersalam dan berpelukan, terus tanpa berlenggah
meninggalkan Hani. Beberapa langkah kemudian Siena memalingkan badannya
dicelah-celah manusia yang sentiasa ramai lalu lalang. Hani kerut mukanya,
kenapa pula Seina berpaling belakang, ada barang yang tertinggalkah? Bisik
hatinya.
“Sis…Don’t forget to look after the office and Umm,i
while I’m away eh!, only 2 weeks ya!” jeritnya dan tenggelam di celah-celah
pengunjung yang sentiasa ramai. Hendak menyampaikan pesan rupanya.
Seina..Seina..
Ada juga beberapa orang pengunjung yang memaling kearah
perempuan yang meninggikan suara. Pasti difikirkannya mabuk atau kurang siuman.
Menjerit tidak tentu pasal. Nasib baik ada pendengarnya, jika tidak sah sudah
kurgan skrew dikepala.
“I will, I will.. safe journey sis” jerit Hani membalas permintaan adiknya, dengan harapan
Seina mendengarnya. Entah didengar atau tidak kerana Seina sudah meneruskan
perjalanannya ke kereta tanpa menoleh. Lantak.. pastinya mereka memikirkan ada
dua orang yang mabuk atau hilang ingatan, terjerit-jerit di tempat orang lalu
lalang.
Dari jauh kelihatan Roseina melambaikan tangannya di sisi
Ebrahim. Hani masih tercegat sambil membalas lambaian dan memerhatikan sahaja
kereta Volkwagen beetle hijau pucuk pisang Ebrahim mula bergerak perlahan dan
kemudian meluncur laju meninggalkannya. Hani masih tercegat memerhatikan kereta
Ebrahim sehingga bayang kereta hilang dari pandangannya, kemudian dia terus
bergegas berjalan ke pakir terbuka di mana keretanya dipakirkan tadi.
“Nasib baik sempat” tersenyum puas.
“Kalau aku bergerak dari ofis tadi, tentu nak sempat sampai
airport, nasib baik jumpa kat sini..” bisik hati kecilnya lagi.
Bersetuju dengan cadangan Siena tempoh hari untuk bertemu
di Waterfront sahaja dan tidak di pejabat memandangkan Waterfront sudah hampir
dengan Lapanganterbang Cape Town. Jika dari pejabat memerlukan 30 minit
pemanduan, sudah pasti akan melewatkan lagi perjalanannya.
Sesampai Hani di keretanya, tiba-tiba hatinya sebak,
gembira bercampur sedih, Satu perasaan yang susah hendak diuraikan. Memang
tidak dapat di pastikannya. Gembira atau sedih bercampur-campur. Gembira kerana
Rosiena dapat juga akhirnya ke Malaysia seperti yang selalu di impikannya.
Ditaja oleh Kerajaan Malaysia mengikuti Program Famalization Trip. Kali ini
syarikat pelancongan See The World Travelterpilih, Roseina salah
seorang daripada 7 orang peserta dari kategori Syarikat Pelancongan. Sekarang
puaslah hatinya boleh melihat sendiri keindahan Malaysia, bukan hanya sekadar
cerita dari mulut Hani atau dari mulut Khasif, abangnya.
Perasaan sedih pula, Hani memikirkan kenapa dia masih di
sini, bukan di Malaysia, tempat yang sepatutnya dia berada sekarang ini!!.
Perasaan Rindu kepada keluarga di tanah air tercinta
tiba-tiba mula menyelubungi hatinya. Namun di nafikannya kerinduan yang sedang
membuak-buak, terus memandu ke pejabat. Perasaan rindu kepada tanah air perlu
ditepisnya.Jika sudah empat tahun dia boleh bertahan, kenapa tidak hari
ini.Biarkanlah masa berlalu bersama perasaan rindunya. Nafas dihela panjang,
kemudian dilepaskannya perlahan.
“Malaysia kau memang dekat dihati, walaupun dimana aku
berada” bisik hati Hani. Tetapi diri ini masih belum bersedia untuk menjejak
tanah tumpah darah itu. Berilah Hani masa, mungkin hanya masa yang dapat
merubah kedegilan hatinya tatkala ini. Bukannya dia merajuk, tetapi ada sesuatu
yang menghalang, dirinya sendiripun tidak dapat memastikan, apakah halangan
itu.
“Wahai hati, sampai bilalah agaknya akan terbuka untuk
kembali kesana…”Hani cuba memujuk hatinya sendiri.
Mata sudah bergenang dengan air mata yang tidak sempat
keluar. Cepat-cepat disapunya dengan belakang tangan kerana sudah sampai
dihadapan pejabat. Nanti ada sessi bersoal jawab pula, jika pekerjanya perasan,
matanya sudah memerah. Suh! Pergi kau air mata. Sekarang bukan waktunya hendak
menjadi drama queen, si ratu air mata. Hani cepat-cepat berlakun, seperti tidak
ada apa-apa yang berlaku. Konon, namun didalam hati sedih bagai nak giler.
Perasaan masih bercampur baur, masih mencari-cari, adakah apa yang dilakukannya
adalah tindakan yang betul! Di keraskannya hati dengan jawapan “Betul!”.
***
Hani masih duduk diseat keretanya. Jam digital didashboard
dijeling, baru menunjukkan 9.25 pagi, terlalu awal untuk dia membuka
pejabat.Jari menekan punat radio kereta, mematikan siaran radio “Jacaranda”
yang tadinya menemaninya dengan berbagai alunan music dari lagu traditional
Afrika Selatan ke lagu lembut dan rancak. Hani bukan peduli apa dendanganpun,
janji ianya berbunyi, tidaklah dia terasa sunyi sangat bersendirian. Jari
menari diatas strering kereta, teragak-agak sama ada hendak terus membuka
pejabat atau ke café sebelah pejabatnya untuk mengambil sarapan yang tertangguh.
“Hem.. masih ada 35 minit lagi untuk mula beroperasi,
sempat untuknya bersarapan.ni..” bisik Hani. Pandai-pandai sahaja mata
mendongak kearah cermin. Biasalah, perempuan, namapun perempuan. Hendak
pastikan tudung cantik terletak dan muka tidak nampak comot. Manalah tahu ada
kesan air mata.
Keputusan juga dibuat, elok bersarapan di ofis sahaja.
Tangan menyeluk beg tangan yang disandangnya ke bahu, meraba-raba mencari
kunci. Pintu di tolak perlahan sebaik sahaja berjaya dibuka dan menekan nombor
alat penggera. Kalau tidak dimatikan alat penggera, mahu datang security.
Sekali datang tentu kena bayar, bukannya percuma. Biliknya dituju, sekali lagi
tangan diselok ke dalam beg yang sudah berada di atas mejanya. Telefon bimbit
di keluarkan dan di letakkan di atas meja, beg terus di masukkan ke dalam laci
kedua mejanya. Membetulkan kedudukkannya di kerusi dan menghidupkan computer.
Zaman terlalu moden, tidak boleh hidup tanpa alat ini.
Komputer ditinggalkan sementara hendak menyalakan start
up.Hani berjalan lesu menuju ke Pantry. Cerek eletrik di ambilnya dan air
mineral di dalam botol dituangkan ke dalam cerek terus menekan punat dan
membiarkan cerek menjalankan tugasnya.Cerek masih baiklah tu, kerana ada
terdengar bunyi buakan air perlahan.
Tangannya terus membuka kabinet mencari-cari serbok kopi.
Mug dengan logo tulisan “Visit Malaysia Year 2007“ yang diperolehinya percuma
semasa pelancaran program itu lebih dari 5 tahun lalu di gapainya. Dituangnya
air panas ke dalam mug dan mengambil beberapa keping biskut berjenama Tennis,
biskut kegemarannya yang sentiasa ada bekalan di pantry.Biskut Tennis ini ada
perasa kelapa, itulah sebabnya menjadi kegemaran Hani. Masih lagi lidah melayu,
Hani masih memerlukan something oriental taste.
Walaupun kebiasaan sarapan paginya hanya bersama kopi tanpa
gula dan 2 keping roti bakar atau dengan koeksisters, kueh traditional orang
Cape Malay, tetapi tidak pagi ini kerana janji untuk bertemu Seina telah
memaksa dia keluar lebih awal dari waktu biasa.
Hani kembali menuju perlahan ke bilik, bilik yang dikongsi
bersama Seina. Matanya memandang ke meja Seina yang kosong sambil tersenyum.
Mulai hari ini dan selama dua minggu, nampaknya tempat duduk itu akan kosong
kerana penghuninya sudah bertolak ke Malaysia. Hani berjalan perlahan bersama
mug kopi yang masih panas di tangan. Dilihat asap nipis keluar dari dalam mug
yang diangkatnya tinggi, berjalan berhati-hati, takut nanti ada yang melepuh
terkena air kopi panas. Ada pulak yang injured nanti. Sudahlah subuh subuh
shafie bersendirian didalam ofis. Jangan cari pasal.
Skin komputer sudah menyala kerana telah di hidupkan
sebelum Hani ke pantry tadi, terus jari menekan-nekan papan kekunci. Walaupun
hanya menggunakan 2 jari tapi laju juga taipan jari Hani di papan kekunci.
Tangan kanan masih memegang tangkai mug, dan meniup
perlahan kopi yang masih panas, mata tertumpu ke skin komputer. Air kopi
dihirup sedikit sedikit, kerana masih panas. Raut mukanya seperti gembira,
mungkin ada pesanan yang diterimanya hari ini membuatnya begitu. Tangan kanan
deras mencatit sesuatu di buku tebal seakan buku harian. Oh… catatan ke dalam
organiser. Sekejap tumpuan ke skin komputer, sekejap pula tumpuan ke arah
organiser, berselang seli.
Sebenarnya dia tidak perlu bersusah payah menulis semua
tempahan, dia boleh sahaja memasukkan semua data ke dalam telefon
blackberrynya, tetapi dia tidak mahu. Dia merasa tidak puas hendak membaca
didalam skrin kecil telefon seperti yang telah diajukan oleh Seina sewaktu Hani
baru-baru membeli telefon pintar itu, setahun yang lalu. Bagi Hani, fungsi
telefon hanya untuk membuat panggilan, menerima panggilan dan sekali sekali
menghantar sms atau menerima sms, itu sahaja. Fungsi yang lain malas hendak
dipelajarinya selain dari fungsi tambahan sebagai jam dan alarm.Nama sahaja
mempunyai telefon pintar yang canggih, tetapi tidak menggunakan application
yang ada sepenuhnya. Sungguh dia tidak peka.
Sedang Hani leka membaca emel yang diterima, kedengaran
pintu hadapan di buka.Hani hanya memandang sekilas dan terus menyambung tumpuannya
ke skin komputer. Dia sudah mengetahui Zariash dan Sulayman, pekerjanya yang
masuk kerana terdengar suara mereka berbual, entah apa cerita pagi-pagi ini
didalam bahasa African. Seperti menarik sahaja isu yang dibualkan.
Zariash mengetuk pintu Hani perlahan dan membuka sedikit
pintu bilik Hani untuk memberi salam.
“Assalamualaikum Madam” tegur Zariash dan Sulayman
serentak.
“Has Mdm Roseina left for Malaysia?” Zariash membuka
bicara.
Hendak mengetahui hal bossnya, sama ada sudah berangkat
atau belum. Manalah tahu penerbangan tertangguh ke apa?
“Ya, She is at the airport at the moment” jawab Hani,
walaupun matanya masih tertumpu diskin.
Zarish menganggukkan kepala tanda mengerti.
Sekali lagi pintu depan terkuak. Dari ekor mata, kelihatan
Malan pula masuk dengan menjinjing bungkusan yang berisi sarapannya terus
menuju ke pantry.
“Good moring everybody” itulah kebiasaan ungkapannya
hari-hari, sampai semua sudah hafal.
Sulayman dan Malan adalah pemandu kepada 2 combi 8 seaters
kepunyaan See the World Travel, manakala Zarish pula kerani akaun. Van
besar di panggil combi di sini. Ada combi 8 seaters, ada combi 12 seaters,
tetapi kalau lebih besar dari combi dipanggil mini bas. Sama seperti mini bas
di Malaysia satu ketika dahulu. Tidak silap pada sekitar tahun 70an, tetapi
kini sudah ditamatkan perkhidmatannya sekitar tahun 80an. Betulkah information
ini, Hanipun kurang pasti. Tetapi kalau hendak mengingatkan nostalgia menaiki
bas mini boleh aje di Afrika Selatan bersama-sama dengan orang-orang kulit hitam
disini.Hanya mereka yang menggunakan penangkutan awam. Orang kulit puteh pasti
mempunyai kenderaan sendiri. Manakala pelancong, sama sekali tidak dibenarkan
menggunakan pengangkutan awam. Bukannya apa, takut akan menjadi mangsa penyeluk
saku. Tak pasal-pasal nanti akan kehilangan pasport.
Zariash berbangsa Cape Malay sama seperti Rosiena, Sulayman
pula adalah kulit hitam black Africa berbangsa Xhosa yang telah memeluk Islam
sejak lebih dari 10 tahun yang lalu, manakala Malan kulit puteh dan beragama
Kristian.Zariash di katakan coloured, Sulayman pula di katakan black sewaktu
zaman apartheid dulu. Manakala Malan tentunya dipanggil white. Hani mempunyai
seorang lagi pekerja bernama Aishah, yang sedang cuti bersalin, dia pula
berbangsa Indian Muslim. Majmuk sungguh rakyat Afrika Selatan ini. Belum lagi
bahasa, jika dikira ada 11 bahasa kebangsaan mereka disini.Mak ai! 11 bahasa.
Namun satupun tidak Hani ketahui, kerana dia hanya menggunakan bahawa Inggeris.
Bahasa-bahasa mudah adalah, seperti “dunke“ terima kasih atau greeting seperti
Geotdag, yang boleh diguna disetiap masa. Itupun cukuplah untuk dirinya
mengetahui. Susah pula nanti jika sudah tahu lebih-lebih. Tambahan, rata-rata
rakyat disini boleh berbahasa Inggeris walaupun bahasa mereka lebih kepada infulence
Belanda. Maklumkan bekas jajahan colonial British.
Jika 20 tahun yang lalu mana mungkin Zariath, Malan dan
Sulayman duduk bekerja sebumbung seperti sekarang ini, tetapi semenjak 1993
selepas President Nelson Mandela menjadi President kulit hitam yang pertama di
Afrika Selatan, semua ini telah di hapuskan. Tidak lagi ada apartheid. Tidak
ada lagi pengasingan bangsa atau warna. Sekarang mereka dibawah satu bendera
yang dipanggil bangsa South African. Apatheid sudah menjadi sejarah, sejarah
ngeri bangsa Afrika Selatan yang menjadi hamba dinegara sendiri. Peninggalan
sejarah ini kini telah diabadikan di Museum Apartheid di Cape Town. Sejak dua
menjak ni Hani sudah menjadi ahli sejarahlah pulak, ahli sejarah negara orang..
hem.. cuba tanya sejarah negara sendiri, sejarah Hang Tuah ke, sejarah Mat
Kilau ke, adakah Hani hafal seperti sekarang, hafal sejarah Nelson Mandela dan
segala info mengenai Afrika Selatan hanya berada dihujung jarinya sahaja.
Apa hendak dikatakan, hendak mencari rezeki, tambahan pula
itulah tugasnya sebagai pemandu pelancong di sini, memberi maklumat dengan
tepat, tak kiralah maklumat kesah sejarah, mahupun kesah lain-lain perkara yang
perlu disampaikan kepada setiap pelanggannya agar mereka berpuas hati.
Apa pulak kesnya jika membawa pelancong di tanah Afrika
Selatan, dan bercerita kesah Hang Tuah.. memang tak masuk akal jawabnya..
Pintu bilik Hani di ketuk lagi.
“Mem…” Hani tersentak dari leka dengan teguran Sulayman,
manakala Malan mengekorinya di belakang.
“Any job for us today?”
katanya dengan slang africannya.
“Oh yes, I forgot to tell you Sulayman, there is a
group of four from Singapore would like to visit package no. 2” Hani
memandang tepat kearah Sulayman.
Lelaki kulit hitam yang tinggi langsing, rambut kerinting
halus, namun air mukanya nampak manis. Boleh dikategorikan si hitam manis
pandang tak jemu. Yeke?
“Pick them up at hotel Protea around 11.00 am” kata Hani lagi.
Malan memandang Sulayman. Dia hendak kepastian sama Hani
memberi tugas kepada Sulayman atau dirinya. Tetapi dari pandangan mata Hani,
tertumpu kearah Sulayman.
“I want Sulayman to drive them” akhirnya terjawab persoalan mereka.
Hani memberi arahan kepada Sulayman. Malan rasa lega dan
sedikit kendur pergerakannya yang tadi nampak seperti tertanya-tanya.
“Malan!, you will stay in the office ya, since you have
done 2 trip yesterday” lancar sahaja Hani mengatur dua pemandunya untuk
menjalankan tugasan pertama mereka.
“Okey” jawab Malan,
mengetahui hari ini tiada tugas untuknya dan dia meninggalkan bilik Hani menuju
semula ke tempat duduknya. Legalah tu, boleh rehat sampai petang. Hanya perlu
membuat routine kecil sahaja, seperti membayar bill atau apa-apa yang
diarahkan.
Sulayman masih tercegat menunggu arahan selanjutnya dari
Hani.
“Sulayman, since only 4 persons can you be their guide as
well, half day trip..hemm..not so difficult, Hout Bay, Chapman’s Peak, Cape
Point and last the Boulders Beach for the jackass penguin..payment has been
settled via internet”.jelas Hani lagi.
“It is clear Sulayman?”
Tanya Hani, bagi memastikan pekerjanya faham apa yang telah diarahkan.
Sulayman menangguk-angguk mengerti dengan apa yang diarah
Hani kepadanya hari ini.
Hani menghulurkan brochure yang perlu kepada Sulayman
sebagai rujukannya.Maklumat lain telah Hani catitkan bagi kemudahan Sulayman.
Sulayman mengambil brochure dan membelek-belek package no. 2. Walaupun Sulayman
sudah hafal dengan destinasi-destinasi yang perlu di kunjungi, tetapi telah
menjadi kebiasaannya memastikan, ianya betul. Tidak rugipun untuk membuat
double check.
“Depart the hotel and enjoy the scenic views of the
Atlantic Ocean en route to Hout Bay. Once a fishing community, now a popular
residential area, the harbour still has a charm of days gone by. The tour
continues over the famous Chapman’s Peak drive – if open, with a 200 meter drop
on one side of the coach and a 200 meter rise on the other, as we make our way
south, following the Atlantic Ocean until we reach Cape Point (Funicular for
own account). Said to be the romantic meeting place of the two mighty oceans,
the Atlantic and the Indian, Sir Francis Drake the Explorer once called it
"the fairest Cape that we saw in the whole circumference of the
Globe". And rightly so, it must be the highlight of any visit to the
Mother City, if not South Africa. We pass the naval base of Simonstown as we
continue along the Indian Ocean, en route to see the Jackass penguin colony
which has become well established at Boulders Beach (for own account) before
ending the tour back at your hotel.
“Yes mem, I will go now”
jawabnya pendek tetapi jelas.
Jangan salah sangka dengan panggilan “mem”. Disini semua
perempuan akan dipanggil “mem“, sama ada muda atau tua, semuanya “mem“, sebagai
tanda hormat.Tersenyum Hani, jika di tanah air, perempuan yang dipanggil “mem”
pastinya wanita inggeris yang sudah tua.
Sulayman meninggalkan bilik Hani menuju ke tempatnya semula
untuk bersedia ke hotel yang dimaksudkan. Memandangkan sudah hampir jam 10.30
pagi, memang waktu yang baik untuk dia bergerak segera.
Sepanjang 2 minggu ini Hani akan menguruskan Syarikat
pelancongannya bersendirian tanpa Rosiena disisi seperti selalu. Banyak urusan
telah diselesaikan oleh Zariash, seorang pembantu yang cekap. Hari bagaikan
begitu pendek bagi Hani. Tanpa disedari telah menjelang jam 5.00 petang,
menunjukan berakhir tugasannya hari itu. Hani juga memerhatikan Zariash telah
bekemas-kemas untuk pulang, begitu juga Malan. Hanya Sulayman yang sedang di
tunggunya sekarang.Sulayman sepatutnya sudah pulang semula ke pejabat untuk
memakirkan kereta di parking bay, tetapi tidak juga muncul-muncul. Kemana pula
si lelaki hitam manis ini?
“See you on Monday and have a good week-end madam Hani”
tegur Malan
“See you on Monday madam Hani, Assalamualikum”
begitu juga dengan Zarish.
Kedua-duanya meninggalkan pejabat. Lima minit berlalu..
tiada juga kelibat Sulayman, sepuluh minit juga berlalu pergi, orang yang
dinanti tidak juga muncul.
“Isyh… kemana ajelah si Sulayman ni..” risau Hani menunggu
Sulayman bersendirian di pejabat. Hari sudah beransur gelap. Bukan dia tidak
biasa pulang lewat, tetapi selalunya bersaing dengan Seina. Tetapi hari tinggal
bersendirian..
“Cepatlah kau muncul Sulayman oi!” jerit hati Hani.
1 comment:
Ini sebenarnya coretan yang pertama saya tulis. Mulanya bertajuk "Bukan Dia" kemudian ditukar kepada "Mengharap di Tanjung Harapan" kerana setahu saya Cape of Good Hope ialah Tanjung Harapan
Post a Comment