Bab 29
Hani
berdiri di depan cermin, memastikan tudung terletak cantik. Kemudian
berpusing-pusing untuk memastikan auratnya tertutup rapi. Jangan pula kepala
bukan main berbungkus, tetapi pakaian sendat macam sarung nangka nampak lekuk
sana sini atau kain yang jarang, see through sampai nampak yang tidak
sepatutnya. Hani sangat prihatin hal-hal begitu. Bila sudah puas hati dengan
kepenampilannya dia mencari ibu untuk memberitahu yang dia hendak bergerak ke
station bus. Yang menghantar, siapa lagi kalau tidak Shima dengan kereta
kancilnya. Terlanjur hendak ke pejabat, dia akan singgah menghantar kakaknya ke
station. Sempoi sahaja Hani, berjalan hanya dengan beg tangan tersangkut dibahunya sahaja. Bukan perlu
membawa apa-apa beg besar, kerana hanya day trip. Pergi pagi dan akan balik
disebelah petangnya. Bukan jauh manapun, tidak sampai empat jam perjalananpun.
“Bila
akak dah dekat nak sampai station, akak call Shima ya? Nanti Shima jemput
akak..ni ah, Shima kena geraklah, nanti lambat pulak sampai..” kata Shima sebaik
sahaja nampak bas yang sepatutnya Hani naiki sudah berada menunggun penumpang.
“Akak,
jaga diri baik-baik kat sana? Kirim sama Shima kat si Ain. Kat abang Aqram tak
payahlah, akak aje yang boleh kirim salam kat dia..” Shima mengusik kakaknya.
“Ada
aje kau ni Shima. Insyallah, kalau akak jumpa. Akak nak pergi Putrajaya
sebenarnya. Jumpa keluarga Aqram tu sampingan aje. Dah dia yang jadi tour guide
for a day akak, terpaksalah akak ikut rancangan dia..” kata Hani.
“Yalah
kak, apa-apalah..ah.. jaga diri tu..” ulang Shima. Hani hanya sengeh. Kakaknya
di luar negara bertahun-tahun tidak pula dia risau dan berpesan tiap dua saat
agar berjaga-jaga. Hendak pergi Kuala Lumpur sehari pula, bukan main pesatnnya.
“Kuala
Lumpur… Kuala Lumpur..” laung si konduktor bus memanggil penumpang.
“Ha..
dah panggilpun. Akak naik dulu..bye Shima..” Hani bergegas menaiki bus. Dia
orang pertama yang berada didalam bas. Seat tepi, nombor tiga dibelakang
pemandu. Hati perhatikan, bagus sekarang bas persiaran. Bersih dan selesa. Jika
begini, perjalanan enam jam pun, penumpang tidak terasa lama.
Kerana
perjalanan hari bekerja, penumpang tidak ramai, tidak sampai sepuluh orang.
“The bus is
leaving” Hani menghantar pesanan
ringkas yang di janjinya sebaik sahaja bas memulakan perjalanannya.
Sambil melihat jam tangannya, “bergerak jam 7.00 pagi
sampai agak dalam 11.00 pagi la kut..
insyaallah” Hani mencongak
perjalanannya.
“Ok..” jawapan pesanan ringkas dari Aqram. Hani lega, sudah ada jawapan. Baru bangun
tidur ke apa? Ringkas sahaja jawapannya.
Konduktor memohon untuk melihat tiket Hani untuk
memastikan bas dan tempat duduk yang Hani duduki sekarang adalah yang betul
sebaik sahaja Hani menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.
Hani mengambil dompet dan mengeluarkan tiket yang telah
di tempah oleh Adi petang kelmarin. Tiket berpindah tangan.
Sambil membelek-belek tiket tersebut, lelaki terus
menghulurkan kembali tiket kepada Hani dengan senyuman dan ucapan terima kasih.
Tanpa banyak bicara, menyimpannya semula di dalam dompet. Tergoyang-goyang oleh
hayunan didalam bas membuat Hani terasa mengantuk, dan akhirnya membuat
keputusan untuk melelapkan mata.
Seperti tahu sahaja Hani akan sampai ke destinasi
kira-kira 15 minit lagi, Hani tersedar.
Dikeluarkannya bedak muka dan melihat mukanya di cermin yang muat muat
arca mukanya. Dicalitnya gincu merah jambu dan disapunya sedikit bedak di muka
yang puteh mulus, seakan rupa artis korea.. perasan!!. Tudungnya juga di
perbetulkan yang tadi kelihatan singet sedikit. Seronok naik bas sebenarnya.
Tidak perlu fikir, hanya perlu duduk diam-diam kerana ada pemandu yang sudah
uruskan untuk ke destinasi. Ingat orang kaya sahaja ada driver sendiri. Hanipun
ada, kenderaan besar lagi, boleh muat lebih dari tiga puluh orang.
Hari ini Hani memakai pakaian yang sangat kasual,
dengan kemeja T berlengan panjang merah jambu lembut, berseluar jeans dan
bertudung ariani berwarna beige. Jeket denim hanya dipegangnya. Ini bukan Cape
Town, sekarang di Malaysia, nak pakai jeket, alamatnya berpeluh ketiak di buatnya.
Itulah pasal, jeket denim hanya sebagai fashion sahaja. Sudah terbiasa bergaya
di Cape Town, terbawa-bawa pula di tanah air sendiri.
Sesampai Hani di Perhentian Putra, mata Hani meliar
mencari kelibat Aqram. Hani memang tidak
pernah ke Perhentian Putra, inilah pertama kalinya dia menjejak kaki di sini.
Kalau dulunya dia hanya biasa berlegar di kawasan Putrajaya, kalau jauh ke Kuala
Lumpur pun, Hani guna ERL, mudah dan cepat tidak perlu memikirkan tempat untuk memakir
kereta.
Hani mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di
platform tersebut, tidak mahu kemana-mana risau kalau Aqram sedang mencarinya.
Hani menunggu hampir 15 minit, tetapi bayang Aqram masih tidak kelihatan. Bila
sudah 15 minit berlalu, hati Hani sudah mulai cuak. Hai, kena “stood up” nampaknya.
Orang yang ditunggu membiarkan dirinya menanti. Itulah percaya sangat dengan
orang yang baru dikenali beberapa hari. Mata Hani masih meliar, jika lagi
sepuluh minit dia tidak muncul, Hani akan mengambil langkah sendiri. Ambil
teksi atau LRT ke Putrajaya sahaja. Bukannya susah.
“Dah lama sampai” dengar suara dari arah kanannya,
suara Aqram.
“Tak.. baru aje..” jawab Hani, walaupun sudah hampir
mencicah 20 minit penantiannya, dia kata baru sampai. Ini bohong sunat atau
bohong tidak bertempat!
Tergamam kerana Aqram nampak kacak hari ini. Dia
nampak formal dengan pakaian pejabatnya. Memakai kemeja puteh berjalur halus
orange yang disertakan tali leher biru lembut bercorak belang kuning sambil
memegang kot di lengan, termengah-mengah. Lelah mengejar masa atau mengejar
Hani?
“Jum.. panas ni.. sorry
I just finish my meeting” jawab Aqram sambil tangannya melonggarkan ikatan
tali leher dan menariknya keluar, lalu disimpan di dalam poket seluarnya. Lengan bajunya juga disinsing ke paras siku. Setelah lengan disingsing,
nampak bekas terbakar dengan jelas. Sengaja atau dia sudah terbiasa.
Mereka berjalan pantas meninggalkan flatform yang
sentiasa berjerubu dengan asap kenderaan. Hani seakan-akan berlari anak
mengikut langkah Aqram yang panjang dan laju.
“I hantar rumah kat dulu ya? Hani jumpa mama then I will be seeing you in the afternoon
after solat Jumaat” seperti arahan dari Aqram dan nampak dia tergesa-gesa.
Kasihan pula rasa hati Hani. Hani sudah menyusahkan dia.
Hani hanya mengangguk tanda setuju yang masih
terbelakang sedikit dari Aqram. Setuju atau tidak setuju terpaksa terima, Hani tiada
pilihan?
Aqram menghulurkan tangan kanannya memandangkan Hani
tidak dapat bersaing dengan langkahnya yang panjang. Bagaikan dipukau Hani
menyambut tangan Aqram dan berjalan bersaing dengannya. menuju ke tempat
pembayaran meter parkir. Hani lupa
sesaat, itu bukan Khasif, itu Aqram.
Setelah melunaskan pembayaran pakir, mereka berjalan
menuju ke tempat kereta Aqram, Honda City biru gelap. Pintu di buka untuk
memberi laluan Hani dan kemudian Aqram terus ke tempat pemandu. Kereta dipandu
keluar meninggalkan Hentian Putra menuju ke Lebuhraya Persekutuan.
“Sorry Am kalau Hani dah menyusahkan Am aje” Hani
cukup rasa bersalah.
Aqram menoleh, yang kini telah mengenakan kaca mata
hitam untuk mengelakkan silau mata hari yang agak terik.
“Nak susahkan apa? Kan kita dah janji.. jadi kenalah
kotakan, untuk Hani apa-apapun tak apa..” jawabnya sambil
tersenyum
Di
corong radio keretanya terdengar alunan yang sayup-sayup. Hani kurang mengetahui siaran apa yang berkumandang
kerana terlalu perlahan. Dari pendengaran Hani, terlalu perlahan sehinggakan
semutpun tidak dapat mendengarnya. Entah apa tujuan Aqram membuka radio terlalu
perlahan, Hani kurang pasti, mungkin janji ada suara yang menemannya. Sama ada
dengar atau tidak itu soalan kedua!
Hani perhatikan kereta Aqram membelok menuju ke
Damansara. Perjalanan lebih sedikit daripada setengah jam akhirnya sampai ke
destinasi. Rumah banglo dua tingkat yang
paling hujung. Pintu pagar eletrik terbuka dengan sendirinya, Aqram terus
memakirkan keretanya di sebelah kereta Mercedez kelabu dan beberapa buah kereta
lagi yang tidak dapat Hani ketahui sekali imbas. Yang dia tahu semua kereta
yang terpakir bukan calang-calang kereta. Siapa dan apakah perniagaan Aqram dan
keluarga sebenarnya. Satu tanda tanya, one
big question mark?
Aqram membuka pintu Hani untuk mempersilakan Hani
keluar.
“Jemput Hani, mama dah tunggu..” tegur Aqram.
Hani hanya diam dan mengikut Aqram dari belakang.
“Ha! Dah sampaipun.., apa khabar Hani” Puan Fatihah
memulakan bicara sebaik sahaja dia muncul didepan pintu.
Hani menghulurkan tangan dan disambut oleh Puan
Fatihah. Kelihatan seorang perempuan muda, sedang menenangkan seorang bayi yang
merengek dipangkuannya. Cantik dan bergaya.
“Aggun wanita ni, macam gaya seorang model sahaja. Ibu
muda tetapi masih cantik” bisik hati Hani.
“Ini Jeslina..” Puan Fatihah memperkenalkan nama
wanita cantik itu kepada Hani sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Tangan
Hani disambut
“Hani”..Hani memperkenalkan diri.
“Jeslina, boleh panggil Jes aje “ menyambut tangan Hani
dengan sebelah tangan kerana bayi masih merengek.
Aqram masih berdiri dengan wajah gembira kerana buah
hati sudah berada didepan mata.
“Ma, Jes naik susukan Tika kejap di bilik atas..” memohon kebenaran Puan Fatihah.
“Pergilah, Tika nak tidur tu yang meragam tu..” Puan
Fatihah memberikan persetujuan.
Jeslina mengendong bayi yang pasti anaknya dan
berjalan menuju tangga untuk ke tingkat atas.
“Hani duduk berbual dengan mama ya?” kata Aqram
“Am nak ambil uduk nak pergi sembahyang Jumaat ni.. ”
Aqram juga menyusul mengikuti Jeslina ke tingkat atas.
Mereka nampak mesra, mata Puan Fatihah dan Hani hanya
memandang Aqram mengagah bayi tersebut dari terus merengek, mereka sungguh
mesranya. Membuat hati Hani berkata-kata. Itu isteri Aqramkah? Yang bayi itu mungkin
anak mereka. Jadinya jika sudah berkeluarga, apa hal pula dia cuma memikat
dirinya dengan luahan kata-kata yang membuat Hani menaruh harapan. Lelaki,
memang tidak puas, sudah ada isteri masih mahu menambah quota. Tidak patut
betul! Hati Hani marah, bagaikan dirinya tertipu. Nasib baik dia bersetuju
mengikut rancangannya ke rumah puan Fatihah, jika tidak tentu dia tidak tahu
hal yang sebenar.
“Hani, pukul berapa dari Melaka, sorry Aunti tak dapat
datang last week. Aqram tu sebok benar, kena pulak uncle ada meeting kat
Korea.” tersentak Hani dari berbicara didalam hati apabila terdengar suara
memanggil namanya. Puan Fatihah menjelaskan ketidakhadirannya ke majlis
kesyukuran Hani minggu lalu.
“Tak apalah untie, kenduri kesyukuran aje.., maybe
next time boleh datang lagi, tak semestinya bila ada kenduri aje.., hem.. Ain mana sama Rayyan” tanya Hani apabila tiada kelibat
Ain mahupun Rayyan.
“Ain dah keluar dengan kawan-kawan dia, Rayyan di
sekolah..kejap lagi balik lah tu, balik makan.”jawab puan Fatihah.
Puan Fatihah hanya berbual bual bertanyakan khabar
keluarga Hani di kampung dan cerita-cerita di Afrika Selatan sambil menghirup
jus yang baru sahaja dihantar oleh seorang perempuan separuh umur. Puan Fatihah
memperkenalkan perempuan itu sebagai Mak Nora, sipembantu rumah.
Lebih kurang 15 minit kemudian, Aqram turun hanya
dengan berbaju melayu hijau lembut di ikuti Jeslina di belakangnya, memang
mereka nampak mesra sekali.
“Tika dah tido Jes?” tanya Puan Fatihah kepada Jeslina
“Dah ma, dia kalau tido lama tu.., ni time tido dia “
jawab Jesllina
“Am kena pergi sekarang, pergi solat dan lepas tu
terus ke ofis balik, ada benda belum selesai lagi, Am kena selesaikan hari ini
jugak” Aqram meminta kebenaran untuk
beredar.
“Tak tunggu makan ke
Am.., ni kan dah hampir lunch time?” tegur Puan Fatihah
“Tak lapar lagi, tadi Am makan heavy breakfast”
jawabnya ringkas.
“Hani aje tolong makan untuk Am…ya Hani?” sambil mata
menala kearah Hani, yang rasa kurang selesa dengan renungan tajam lelaki yang
baru dikenalinya. Baru hendak mesra, tembelang sudah pecah. Hani mengelabah kerana melindungkan perasaannya yang serba
salah. Sekurang-kurangnya dia dapat melindung perasaannya
yang sudah menjadi carca marba. Tidak kerahuan. Banyak persoalan yang minta
penjelasan. Jika dia ingin menjadikan Hani hanya untuk menambah quota empatnya,
sorry Encik Aqram, lupakanlah. Hani bukan desperate housewife..Nasib baik juga
Hani meminta masa untuk kenal mengenali antara satu sama lain. Rupanya ada
kebenaran yang hendak ditunjukkan.
“Hani belum makan lagi kan.. nanti makan sini “ pinta
Puan Fatihah
Hanya anggukan perlahan dari Hani tanda setuju.
“Bang, Tika dah tido, Abang hantar Jes kat Jusco kejap
boleh tak? Drop aje nak beli pampers, pampers Tika dah tinggal sikit... on the
way to masjid kan…. balik sini Jes naik teksi aje” pinta Jes.
“Ma tolong tengok-tengokkan Tika ya, Jes pergi kejap
aje, less than an hour hopefully..” pintanya lagi.
“Okeylah jum cepat, Abang kena cepat ni…waktu
sembahyang dah hampir” arahan Aqram berjalan pantas ke keretanya, Jes mengikuti
dari belakang.
Hani perasan Aqram memahasakan dirinya sebagai abang
kepada Jeslina. “Abang”..banyak makna perkataan “bang” tu. Tanda hormat seorang
suami, gelaran kepada lelaki yang lebih tua atau gelaran lelaki yang ada maa
kaitan darah, bersaudara. Hani bertanya-tanya,
panggilan “abang” kepada Aqram kategori yang mana. Hani ditinggalkan di
dalam seribu satu pertanyaan, apakah hubungan mereka berdua. Hani juga perasan,
Jes memanggil puan Fatihah dengang panggilan “ma”. Anak, atau anak menantu!
Apa sebenarnya hubungan kau dengan Aqram, wahai
Jeslina!
Apa yang Hani hendak sebokkan dengan status
perhubungan mereka. Bukannya Hani ada apa-apa hubungan dengan si Aqram tu.
Hubungan yang ada hanya sebagai saudara seislam yang pernah sama-sama berada
diperantauan. Dikuatkan perasaannya. Dia tidak sama sekali rela menjadi orang
ketiga. Hatinya yang baru sedikit terkuak untuk lelaki itu akan terpaksa ditutup
semula. Kan sudah dikatakannya berkali-kali, dia tidak akan sanggup menerima
mana-mana lelaki dalam hidupnya, walaupun seribu wajah yang serupa dengan
Khasif. Kerana hanya ada satu Khasif sahaja di dalam hidupnya.
6 comments:
agaknya siapalah jes tu ye, rasanya adik beradik am..jnganlah patahkan harapan hani.prasaan hani prasaan semua wanita. dari bertiga baik seorang.
Kadang tu, memang apa yang kita tak sangka yang muncul dalam hidup kitKegembiranaan Hani terpaksa ditangguh.Dia sudah keringkan hatinya. Merajuk kerana sudah rasa tertipu.
alaaaa ... sedihnyaaa ... baru nak rasa bahagia balik ... sapa si jeslina tuhhh .... adeeehhhh .... cik roseeee ... tambah entry lagi ... hehehe ...
Kenalah ada conflict sikit, barulah best! Nanti mendatar aje cerita dia!he..he..he..
Takpe..takpe, bahagia pasti menyusul. Tak tahu Hani bahagia dengan siapa. Tidak semestinya Aqram kerana Amjad masih menunggunya di Cape Town
alaaaaaa amjad ke? ..... sian hani. .. hehehehe. .. btw. . its your story. . have it ur way
Post a Comment