Saturday 17 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 30 and 31

Dah tak ada modal nak cerita.. macammanapun layan aje. Dah terlajak waktu tidur... mata tak mahu lelap.


Bab 30

 “Hani cuti berapa lama, bila balik semula ke Cape Town?”tanya Puan Fatihah. Pertanyaan kepada Hani yang sudah hilang mood berbual. Bila ada orang mengemukakan soalan, pastinya perlu dijawab.
”Dua bulan untie, sampai end of Disember. Ni pun satu minggu dah habis, pejam celik pejam celik, tahu-tahu tak sudah dah end of Disember nanti…” Hani melindungi persoalan yang bermain dikepalanya mengenai status Aqram, jangan Puan Fatihah perasan sudah.
“Ya lah.tu...” Puan Fatihah tersenyum. Hani sambut senyuman dengan senyuman tawar.
“Jom makan..Si Nora dah lambai-lambai beri isyarat tu..ah” Puan Fatihah mengajak Hani makan apabila pembantu rumah memberi isyarat makanan sudah tersedia.
.
“Duduk la Hani..ini aje rezeki kita hari ini..” nada Fatihah merendahkan diri, sedangkan di atas meja terhidang lebih dari 5 jenis lauk pauk, siap buah tembikai sebagai mencuci mulut.
“Banyak pilihan ni, untie. .”
“Yang ini kegemaran si Am..kesihan dia tadi tak nak sempat makan pulak, ingatkan dia boleh join kita lunch hari ini, dia yang beriya-iya mintak Nora masakkan lauk kegemarannya dia.tup-tup dia tak bersama, kasihan untie” sambil menunjukkan seperti ayam berempah,  tetapi berkuah, seperti masak kicap pun ada.
“ Oh ya ke? Apa lauknya tu.. untie?” sengaja Hani ingin tahu.
“Hem.. namanya ayam bul-bul.. betulkan nora Nora? nama lauk ni ayam bul-bul..Nora yang pandai buat, untie pun tak tahu macammana resepinya.. untie pandai makan aje.!.Kalua untie masakan bukan jadi ayam bul-bul, jadi bubur ayam mungkin..”  mereka ketawa berderai. Hani sudah boleh tertawa kerana jika pasal masak, diapun sama seperti Puan Fatihah, hanya pandai makan.
Hani tertawa sehingga menutup sedikit mulutnya untuk mengelakkan nasi yang baru sahaja disuapnya terkeluar dari mulutnya. Mak Nora yang sedang membasuh bekas-bekas yang telah digunakan untuk memasak juga turut tertawa.
“Nora..ayam bul bul kan..” Puan Fatihah mengulangi soalan kepada nama masakan kegemaran anak sulongnya itu, apabila soalannya tidak berjawab.
“Ya..puan, namanya ayam bul-bul.” jawab Nora tangan masih ligat mencuci, kelihatan tangan penuh bueh sabun pencuci.
“Ha.. kan untie dah kata ayam bul-bul.., senang aje namanya tapi selalu tak ingat sebab unik sangat bunyinya..kannnn, kalau ikut nama lauk, memang tak commercial langsung ” sekali lagi semua tertawa.
Puan Fatihah telah menyudukan seketul ayam bul-bul ke dalam pinggan Hani. Hani hanya menahan dengan tangan, tanpa suara kerana mulutnya yang masih penuh. Cepat-cepat ditelannya nasi yang berbaki di dalam mulut.
“Tak apa untie, nanti saya ambil sendiri..”
“Ya lah..untie tahu Hani boleh ambil sendiri, tapi yang ni untie yang tolong taruhkan. makan, jangan segan.. Ha.. yang ini lauk untie pulak..” sambil tangan menyudu lauk singgang ikan tenggiri.
“Lauk untuk orang sakit, terpaksalah berpantang sikit..dah tua-tua ni..”
“Untie sakit ke? Sakit apa?” tanya Hani ingin tahu, hai, namapun nurse. Sorry ex nurse, jika orang sakit ini memang topik yang interesting baginya.
“Ala.. sakit darah tinggi.. jadi tak boleh makan masin dan kurangkan benda berminyak, jadi makan lauk rebus-rebus la jawabnya..” jawab Puan Fatihah seperti meminta simpati sahaja.
“Tak pa untie.. healthy food tu...sebenarnya.. lebih baik makan macam tu dari makan makanan banyak lemak dan berminyak dan kurangkan masin, tu bagus, terlebih masin, memudaratkan kesihatan. Macam-macam penyakit berpunca dari lebih masin dan manis, sebenarnya apa saje yang terlebih, memang mendatangkan mudarat” Hani menyokong Puan Fatihah, kerana memangpun lauk begitu baik untuk semua orang, bukan khas untuk orang sakit sahaja. Kurang minyak dan kurang masin. Naluri sebagai perawat sudah sebati didalam jiwa Hani. Yang hairannya ayam bul-bul tu seperti banyak minyak sahaja nampaknya. Tentu kolestrol tinggi, terutama minyak mengoreng.
“Dah dapat darah tinggi baru nak kawal.. dulu tak ingat kannn..” ketawa lagi mereka berdua, tidak di sangka Puan Fatihah kelakar juga orangnya.
Sungguh! Hani benar-benar rasa selesa dengan wanita ini. Mudah mesra dan peramah.  Hilang sementara persoalana yang bermain dikepalanya. Perlahan suapan demi suapan dan telinga sekali-sekali mendengar cerita dari Puan Fatihah, kebanyakan bercerita tentang anak-anaknya. Mengapa perlu diceritakan, sedangkan Hani tidak perlu tahupun. Dah orang hendak bercerita, terpaksa juga menadah telinga. Lepas seorang ke seorang perihal anaknya diceritakan, namun tidak pula nama Jeslina!
“Asyik untie aje yang bercerita, ni.. Hani pulak cerita.. untie nak dengar boleh!..”
Mereka masih lagi di meja makan, kini Puan Fatihah menunggu perbualan mengenai diri Hani dan keluarganya pula. Sudah seperti sessi suai kenal pulak. Puan Fatihah memang serorang wanita yang pandai melayan tetamunya, sehinggakan membuat diri Hani tidak merasa janggal bersamanya seperti sudah lama kenal.
Perlahan Hani mencubit sedikit isi ayam bul-bul kegemaran Aqram.
“Hem.. boleh tahan sedap, rasa seperti masak kicap tetapi pedas dan ada daun kari pulak tu..” bisik hati Hani.
“Hai.. pemakan juga orangnya rupanya dia.. nasib baik aku tidak terjebak dengan kata manisnya. Aku ni masak cincai aje boleh lah.. masak unik-unik macam bul-bul ni tak terfikirpun..”
“Dari jadi bini nombor dua, baik aje aku lupakan” bisik hati Hani lagi.
“Ha.. sedap tak?” tiba-tiba suara Puan Fatihah mematikan lamuman Hani
“Hem.. sedap.. patutlah Aqram suka.., first time ni saya rasa dan dengar nama masakan ni.. apa?..ayam bul-bul?”mereka tertawa lagi, tertawakan nama resipi unik.
Memang ganjil betul nama resipi ini, siapalah agaknya memberi nama dan apalah yang tersurat dan tersirat dengan nama bul-bul tersebut. wallahhualam.
Mereka berbual lagi sehingga buah tembikai sebagai pencuci mulut sudah hampir luak setengah platter. Mata melerek ke jam tangan.
“Untie, saya ni dah time kena balik Melaka, sekarang ni dah pukul 2.00 petang ...”
“Eh.. ye ke nak balik? Ingatkan tidur sini.. Am tak beritahu ke, untie beritahu dia suruh Hani tidur sini aje, tidur bilik tetamu bawah tu si Nora dah kemaskan untuk Hani..bertuah betul si Am ni.. dia tak beritahu Hani ke?.. ishy..” Hani terkejut dengan penjelasan Puan Fatihah.
Aqram tidak memberitahunya hal bermalam di rumah keluarganya. Hisy mana mungkin, dia tidak ada apa-apa hubungan dengan mana-mana ahli keluarga ini, selain dari saudara seislam. Jika di beritahu keluarga Hanipun, seratus peratus Hani sudah ada jawapannya, pasti ibu dan abah tidak benarkan. Mana mungkin Hani bermalam di rumah orang yang hanya beberapa bulan sahaja dikenalinya. Hani sedar siapa dirinya, tak kan begitu mudah menerima pelawaan lelaki yang tidak ada kena mengena dengan dirinnya. Tambahan pula untuk bermalam.. ishy...Kepala otak ligat berfikir, mencari alasan. Ini tidak boleh jadi!
“Terima kasih untie, lain kali aje la.. saya memang tak bawa baju tukar pun..” nampaknya itu sahaja alasan yang dapat difikirkan dari otaknya yang kecil dan tidak berapa dapat berfikir dengan waras sekarang ini.
Diluar terdengar seperti kereta berhenti. Pintu depan terkuak
 “Eh.. Kak Hani”, terdengar suara Ain yang muncul di depan pintu dengan lengang lengok, beg sandang di belakang.
“Dah lama ke Kak Hani sampai.., sorry lah.. Ain pergi jumpa kawan-kawan tadi, ingatkan Kak Hani sampai lambat sebab Ain tahu .. abang sedang sebok sekarang ni..”si adik yang terang-terang cuma memancing Hani untuk abangnya.
“Akak sampai tengahari tadi, ni pun dah beritahu Mama, akak kena balik dah, nanti sampai lewat malam pulak kat Melaka ..”jelas Hani.
“Laaa.. Ma kata jemput Kak Hani tidur sini..Ain dah happy dah. ala Kak.. tidur sini la.. esokkan hari  Sabtu..abang cuti, Kak Hani pun memang sedang cuti kan..apa salahnya”Ain cuba memujuk Hani sambil tangan Hani di kepitnya.
Manja betul gadis ini, anak perempuan seorang Puan Fatihah dan Encik Mansor.
Terdengar pula sebuah kereta berhenti di depan rumah, semua mata memandang ke arah bunyi kereta dan kelihatan seorang perempuan terbungkuk-bungkuk sedang membuka pintu pagar.
Rupanya Jeslina pulang  dengan teksi sambil membimbit pampers anaknya tangan kirinya dan tangan kanan mengepit beg tangan, terus masuk ke rumah.
“Tika jaga tak Ma?”tanyanya kata kurang dari satu jam, tetapi sudah mencapai 2 jam.
“Tak… Tika masih tidur lagi..” jawab Puan Fatihah lembut.
“Kak Jes, dah kenal Kak Hani ke...?.” tegur Ain
“Dah, akak dah kenal..akak naik dulu ya.. Akak nak tengok Tika, .. dah jaga ke atau masih tido.” Jeslina terus melangkah anak tangga meninggalkan mereka
“Ain dah makan ke, minta Mak Ara siapkan lunch, tanya Kak Jes sekali, sebelum si Nora tu kemas”
“Dah, Ain dah makan sama kawan-kawan tadi.. lagipun ni dah pukul 2.00 lebih dah ni..,  orang dah mula cari pisang goreng untuk minum petang ..bukan carik nasi untuk makan tengahari lagi..” Ain tersenyum memerli mamanya.
“Ialah, banyak soal pulak dia, ma tanya kalau nak makan.. kalau tak mahu, ada aje alasan.. sebenarnya dah kenyangkan? Cuba kalau tengah lapar, tak payah ma tanya… meluru aje ke dapur, selongkar periuk..” itulah Ain kan dah keluar kuliah tengahari dari Puan Fatihah.
Mendengar celoteh ibunya, Ain maju kearah mamanya yang sedang duduk di sofa bersetentang Hani lalu memeluk erat leher mamanya dari belakang. Puan Fatihah menoleh dan Ain mencium pipi Puan FAtihah. Puan Fatihah memang mesra dengan semua anak-anaknya. Jika tidak, masakan anak lelaki sudah berkeluargapun masih duduk sebumbung dengannya.
“Abang tak balik lagi ke ma?” lagi satu persoalan dari Ain.
Banyak mulut betul budak ni. Tangan masih memeluk erat leher mamanya.
“Belum,..” jawapan Fatihah yang ringkas
“Tak patut betul abang tu.., Kak Hani dah ada, dia pulak entah pergi mana,”  getus Ain lagi dan meleraikan pelukan.
“Tak apa Ain, Akak nak jumpa Ain dan untie sebenarnya bukan nak jumpa Aqram, lagipun dia sebok biarkanlah, agak pukul 5.00 bolehlah panggilkan akak teksi, boleh akak terus boleh balik Melaka, boleh tak Ain?” Hani masih kurang setuju dengan permintaan Puan Fatihah untuk dia bermalam.
“Hani jangan macam tu, untie nak Hani dan Am ada sekali, untie nak bincang sesuatu, bermalam aje lah disini..” Puan Fatihah seakan merayu Hani dan tidak putus asa memujuk Hani.
Hani diam membisu, membantah tidak, setujupun tidak. 



Bab 31
Hani gelisah memandang jam di tangannya sudah menunjukkan 4.30 petang. Muka sudah berkerut, runsing. Ain masih berbual dengannya di sofa diruang tamu,  tetapi fikiran Hani melayang, tidak bersama perbualan Ain, jauh melayang entah ke mana.
“Kak Hani, novel Kak Hani tu Ain sudah habis baca, nanti Ain pulangkan ya..”
Hani hanya tersenyum dan menangguk perlahan kepalanya.
“Kak Hani nak tahu, sejak balik dari Cape Town, abang asyik bercakap pasal Kak Hani aje tau.. asyik minta Ain jadi posman dia, Ain pulak masa tu mana ada masa tengah sebok nak enroll universiti. Dia betul-betul dah terjatuh cinta pada Kak Hani kut…? Entah ialah agaknya, sebab Ain belum pernah nampak abang anggau macam tu” sambil tersenyum ke arah Hani, seperti cuba mengusik abangnya, tetapi kenen Hani, dengan harapan Hani menjadi kakak iparnya. Ini sorang lagi, Jeslina tu bukan kakak iparnya ke?
“Ye ke.. macam tak percaya aje, takkan abang Ain yang handsome tu tak ada girlfriend, isteri ke? Akak tengok abang Ain tu rupa ada, kerjapun bagus dan bergaya lagi..?” tangan masih membelek-belek Majalah Wanita yang memang sedang di selak Hani sejak tadi.
Selak aje, sedangkan apa yang ditulis di dalam majalah tersebut, bukan dia fokus. Hani sengaja bertanya, berharap agar ada jawapan yang dapat menjelaskan apa yang tersirat didalam kepala otaknya.
“Kali ni memang abang memang lain sikit, tak macam masa abang dengan Kak Emel dulu?” Ahh.. sorang lagi perempuan dalam hidupnya. Boleh tahan juga rupanya si Aqram ni? Habis! Aku ni perempuan yang berapa dalam hidup dia? Hani bermonolog sendiri.
“Siapa kak Emel tu…” perasaan ingin tahu, ada sejarah silam rupanya mamat ni.Satu lagi soalan perangkap.
"Dia tak tahu lagi aku pun ada sejarah silam:" bisik hati kecil Hati. Sejarah silamnya, biarkan sahaja tersimpan kemas dilubuk hati, sehingga satu detik, saat atau ketika diluahkan. Lamuman terganggu oleh jawapan Ain.
“Kalau Kak Hani nak tahu, Kak Emel tu, girlfriend abang yang pertama, bercinta masa dia belajar di UK dulu, tapi sekarang dah jadi isteri orang, yang tak sedapnya isteri kawan baik abang sendiri tu..yang kebas” bukan main sedap mulut Ain bercerita. Dia fahamkah apa yang dia ceritakan.
“Kenapa jadi macammtu..” Hani ingin mengetahui sejarah kesah Aqram melalui adiknya. Tidak kesahlah sama ada dia faham atau tidak apa yang dia luahkan.
Terdengar suara Puan Fatihah dari dapur “Ain, panggil Hani ke sini, mari minum..”
Hani dan Ain menoleh ke arah suara, serentak. Soalan Hani tidak terjawab, tergantung,  kerana Ain dan Hani bangun perlahan dan menghayun langkah ke meja makan.
Pintu depan pula terkuak.
“Ha, .. Am dah balikpun, mari sini minum ..” Puan Fatehah mengajak Aqram yang sememangnya sedang menuju kearah meja makan, tidak perlu dipelawa. Lagak pegawai dari pejabat agama sahaja dia, apabila membimbit beg hitam dengan berpakaian baju melayu.
Aqram meletakkan beg bimbit di atas sofa. Setelah mencuci tangan Aqram mengambil tempat di meja makan bersebelahan Hani yang baru sahaja duduk. Terhidang cucur udang dan teh o panas.
“Hani masih kenyang lagi ni untie, tapi cucur udang tu nampak sedap..gemuk Hani kalau macam ni, nasik lunch tadipun belum habis hadam..” ulas Hani
“Ala.. apalah nak dikirakan takut gemuk, bukan makan selalu.. untie rasa kalau di Cape Town tu, Hani selalu makan roti ajelah ke?.”
“Macam tulah..gayanya.. nak makan nasi selalupun boleh jugak untie, tapi malasnya yang lebih..makan roti senang, apa aje yang boleh disapu, boleh aje jalan...”
“Dah kahwin nanti tak bolehnak malas masak, orang sebelah tu makan boleh tahan memilih..” Puan Fatihah mencebekkan mukanya ke arah Aqram
Hani mengerutkan mukanya, siapa yang hendak kahwin dengan suami orang? Hisy.. selisih malaikat 44.
“Ma ni apalah cerita kahwin pulak.. kalau orang sebelah ini jadi isteri Am, makan roti hari-haripun Am sangup ma..”dah pulak, jawapan Aqram.
“Dengar tu.. Hani.. bertuah punya budak, Mama dah pesan suruh beritahu Hani bawa sehelai dua persalinan sebab nak ajak bermalam kat sini.. dia tak di beritahupun..”Puan Fatihah membangkitkan persoalan perancangannya yang terbantut.
Aqram menepuk dahinya..”Aduh.. lupa lah ma..sorry tak ingat, bila dengar aje suara Hani hari tu, Am lupa pesan mama.. aduh..”
“Lagipun ma, banyak benda dalam kepala Am ni sekarang, tambah-tambah bila pa tak ada ni..”
“Sorry Hani ..Am lupa beritahu mama ajak Hani bermalam kat sini. Sekarang Am tanya Hani, macammana .. boleh..” sambil berpaling ke arah Hani yang masih terdiam mendengar perbicaraan Puan Fatihah dan anak lelakinya yang sebok semedang.
“Dan jugak I nak minta maaf sebab ingatkan boleh balik lepas sembahyang tadi, tapi rupanya tak dapat, kena selesaikan juga projek perumahan Sepang yang terbengkalai tu.. buyers dah setuju dengan terms and condition yang syarikat kita tawarkan..”
Hani mendekatkan cawan yang sudah berisi teh dan piring yang berisi beberapa keping cucur udang di hadapan Aqram.
“Hani.. lepas Maghriblah kita keluar ya..?” mengalehkan kedudukannya ke arah Hani.
“Aqram, tapi saya kena balik Melaka..kalau lewat pukul berapa pulak saya nak sampai?” Hani bersuara seakan mahu menangis.
“Aduh… ingatkan Hani dah setuju nak bermalam kat sini.. I’m sooorry sangat-sangat, memang I betul-berul lupa nak beritahu Hani, Ma jemput bermalam di sini..”
“Saya tak bawak pakaian spare pun..”
“Pinjam aje baju untie.. atau Ain..” jawab Puan Fatehah
“Kalau baju untie nampaknya memang macam baju pinjamlah kalau Hani pakai, sebab Hani kurus.” sambung Puan Fatehah lagi. semua ketawa
“Baju Ain aje la.. nanti Ain cari baju yang sesuai untuk akak..”  Ain rela meminjamkan pakaiannya kepada Hani seandainya Hani setuju bermalam.
“Saya kena beritahu ibu dan abah, nanti dia risau pulak..” akhirnya Hani setuju.
“Elok la tu..” jawapan lega dari Puan Fatihah.
Aqram lagi lega dan hilang sesak nafasnya yang baru hendak bermula kerana lupa meminta Hani membawa sedikit persalinan semasa perbualan mereka 2 malam lalu.
Selesai minuman petang, semua menuju ke sofa di ruang tamu.
“Am naik Asar dulu ya? Nanti Am turun semula..” Aqram meminta diri dan menuju ke tingkat atas.
“Nanti, Am, duduk dulu. Ma rasa since both of you dah ada ni, ma nak tanya..” pohon Puan Fatihah
“Ha.. Am macammana, boleh kita bincang sekarang…” Puan Fatehah memulakan mukaddimahnya apabila Aqram mengambil semula tempat  duduknya bersebelahan Hani.
“Macam ni. Hani, untie nak sampaikan hajat anak lelaki untie ni nak meminang Hani, jadi untie nak dengar sendiri dari mulut Hani sebelum untie pergi merisik dan terus bertunang..” Puan Fatehah berterus terang, tanpa berselindung.
Tergamam Hani dengan perkataan yang keluar dari mulut Puan Fatihah, tidak di sangka begitu straight forward wanita ini bertanyakannya hal ini, tak perlu berkias.
Tunduk memikir apa yang perlu di beritahu agar Puan Fatihah tidak menganggap dia kurang sopan. Akhirnya bersuara lembut.
“Untie, Aqram belum kenal siapa Hani sebenarnya. Kita hanya berjumpa beberapa kali aje. Hani pun belum begitu kenal siapa Aqram. Tak berani Hani nak beri keputusan lagi.. rasa Hani, Aqram dan Hani kena di beri sikit masa lagi untuk mengenal hati budi.., tak mahu menyesal kemudian hari..” Hani menjelaskan panjang lebar. Suasana sepi, tanda mengerti apa yang Hani hendak sampaikan.
Sebenarnya hatinya memang berharap perkara ini akan terjadi, tetapi di benak hati juga tersimpul berbagai soalan yang perlu di rungkai sebelum keputusan di buat.
“Ya.. untie faham, Hani dan Am perlukan masa, tapi janganlah ambil masa tu terlalu lama. Bagi pihak Am, dia dah bersedia menerima Hani sejak jumpa Hani di Cape Town, dah tahap angau.. tapi masih malu, tu yang minta Ain beri nombor telefon dia pada Hani. Dia sendiri nak beri takut Hani tak call dia balik. Dah lama sejak balik Cape Town auntie suruh dia contact Hani, tapi dia degil, dia takut Hani tak terima dia. Dia takut Hani dah ada orang lain di sana. Bila Hani setuju datang sini, seronok betul dia!!” Puan Fatehah menjelaskan panjang lebar. 
Aqram hanya tersenyum malu mendengar penjelasan ibunya.
Hani hanya tunduk, Ain memandang ke semua wajah-wajah di hadapannya. Seperti tidak percaya begitu sekali Aqram suka kepadanya.  Bohong, jika Hani katakan dia tidak sukakn Aqram. Dia juga suka, tetapi perancangan Puan Fatihah agak tersasar jauh. Ini soal kebahagiannya, bukan boleh main-main, atau main terjah setuju sahaja. Hani belum lagi terdesak untuk menerima sahaja yang ada didepan mata. Hani kena fikir dan lihat dari semua sudut, kiri kanan depan dan belakang sebelum membuat keputusan.
“Malam ni you all bincang la baik-baik, cepat dapat jawapan cepat majlis boleh diadakan..” Puan Fatehah bersuara seperti mengharap. Hani hanya hanya memandang lemah kepada Puan Fatihah. Dia bagaikan begitu yakin yang Hani akan bermalam di rumahnya.
"I masuk bilik dulu, I'm exhausted. Hani rehat dulu. Nanti kita cerita.." kata Aqram lembut dan meninggalkan Hani bersama mama dan adiknya. Dia memang nampak lelah oleh kerja yang bertimbun di pejabat.
“Ain, tunjukkkan Kak Hani bilik dia, bilik tetamu kat bawah, biar dia berehat dulu, mama pun nak asar ni.." tanpa banyak soal Ain mengajak Hani menghala ke bilik tetamu yang tidak jauh dari ruang tamu tersebut. Eh.. Hani, kenapa main ikut sahaja. Hani kena pukaukah?
“Kak Hani berehat, nanti kita sambung cerita lagi ek?" sambil tangan memulas tombol pintu bilik bagi Hani meloloskan dirinya. Memang sah, Hani sudah kena pukau. Ikut kata difikiran dia tidak sudi, tetapi kata hati pula rela.
“Oh.. ya.. nanti Ain beri Kak Hani persalinan Ain, Kak Hani rehat dulu.." Ain meninggalkan Hani dan menutup semula pintu bilik perlahan.
Hani melangkah lesu ke bilik yang dihias cantik, kemas dengan katil queen saiz yang beralaskan cadar biru berbunga puteh, dua biji bantal yang juga berwarna sama tetapi comforter warna berlawanan, berwarna merah hati. 
Beg tangan yang sedari tadi dijinjit diletakkan di atas katil. Hani duduk dibirai katil memikirkan betul ke tindakannya bersetuju untuk bermalam. Tidak disangka, dalam fikirannya berkecamuk, Hani masih lagi bersetuju untuk bermalam dirumah itu. Apakah ayat yang hendak digunakan untuk memberitahu ibu nanti. Apa kata, jika ibu tidak bersetuju dengan cadangannya, bagaimana pula abah, mungkin dia juga tidak bersetuju. Bingong Hani memikirkan. 
Walaubagaimanapun dia kena beritahu mereka segera, takut nanti mereka risau mengapa Hani tidak pulang. Tak kiralah apa yang akan terkeluar dari mulut ibu, pastinya ayat-ayat “Mentang-mentang sudah bertahun-tahun tinggal diluar negeri, sudah lupa adap orang timur. Dengan mudah menerima pelawaan bermalam di rumah keluarga lelaki yang baru sahaja di kenali”, apa  ibu nak beritahu jika ada orang bertanya, di mana Hani. Adakah ibu akan memberitahu Hani di rumah kawan lelaki dia..dan bla..bla..bla.. "Itu yang Hani sedang fikirkan yang bakal dia dengar apabila menalifon ibu nanti. Itu yang dia tidak sanggup.! Sanggup atau tidak sanggup telinga Hani terpaksa mengadah apa sahaja yang bakal dia dengar.
Tangan menarik tali beg yang tadinya di tengah katil, terus membuka zip beg dan menyeluk mencari telefon bimbit. Nombor terus ditekan , talian rumah Melaka.
 “Assalamulakum ibu, Hani ni..” Hani memulakan bicara bersama ibunya di Melaka.
“Ya..bu..ya…ni yang hendak beritahu ni..” entah apa yang telah diberitahu oleh ibunya di hujung talian. Risau kerana sudah hampir gelap, si anak masih belum sampai.
“Puan Fatihah ajak Hani bermalam di rumah dia, boleh tak bu..” Hani mendiamkan diri, bersedia mendengar apa sahaja jawapan dari ibunya.
“Ye lah bu.. jadi Hani tak balik Melaka malam ni, mungkin esok…ya bu..ya.. nanti bertolak aje Hani inform ya.” memaklumkan ibunya supaya memberitahu abah, takut abah risau nanti.
“Ya.. bu, Hani jaga diri.. janganlah ibu risau..nanti Hani call ibu lagi..assalamulaikum” mengakhiri perbualan.
Phew… rupanya tiada ayat-ayat dari ibu yang merunsingkan. Ibu seorang yang memahami, dia percaya Hani seratus peratus, syukur Alhamdulillah. Jika dia yakin Hani pandai menjaga dirinya di negara orang, masakan tidak di negara sendiri. Kepercayaan yang diberikan tidak akan Hani sia-siakan. Percayalah, Hani tetap anak ibu yang tahu batas-batas seorang wanita, walaupun sudah berstatus begini. 
Telefon dimatikan dan dimasukkan semula ke dalam beg tangan. Hani menarik nafas lega, ibu mengizinkan dan ibu akan memberitahu abah mengenai perkara ini.
Longlai dia menuju ke bilik air untuk mengambil uduk, dan terus bersolat jamak qasar akhir kerana dia sudah berniat bermusafir semasa menaiki bas pagi tadi.
Lengkap semua persiapan untuk bersolat bagi lelaki dan perempuan. Hani rasa selesa di bilik ini kerana dapat juga dia membuka hijab yang setadi pagi rambutnya di selubung kerudung.
Sedang Hani leka, tiba-tiba terdengar pintu biliknya diketuk, cepat-cepat dia mencapai tuala muka kecil yang digunanya tadi untuk mengelap mukanya. Tuala kecil tu diguna untuk menutup rambutnya sementara waktu untuk membuka siapakah gerangan di luar pintu.
“Ha… Ain, kenapa Ain..” sambil membuka pintu luas untuk membenarkan Ain masuk, menjinjing sesuatu. Ain melangkah masuk tetapi matanya tidak beralih dari memandang Hani. Hani menyangkut semula tuala kecil ke tempat asalnya.
“Cantik Kak Hani tak pakai tudung, tapi pakai tudungpun cantik jugak..” tersenyum Ain memandang Hani tak berkelip.
“Ada ada aje Ain ni..”
“Serious Kak, Ain cakap jujur ni, untunglah Abang Am, dapat bini cantik macam Kak Hani..”
“Jangan cakap macam tu Ain, akak belum jadi isteri sesiapa pun lagi..”
“Soon, Kak Hani very-very soon.., ha..Ain ni jadi messenger Abang, dia suruh akak siap dia nak ajak keluar, lepas maghrib tak silap Ain, nak dinner kat luar..”
“Ha.. nak dinner? Akak mana ada baju dik nak pakai,akak sehelai sepinggang aje ni.
“Itu yang Ain yang berikan ni..” beg yang dijinjing beralih tangan.
“Kak Hani pilih, ada 3 pasang ni yang mana sesuai, baju tu semua baju Ain, tapi tudung mama punya la. Ain tinggalkan untuk Kak Hani ya. Ain keluar dulu” langkah diatur untuk keluar meninggalkan Hani, tidak dapat berkata apa-apa, tergamam. Nampaknya mereka memang ikhlas untuk Hani bermalam. Yang hairannya, Jeslina tidak muncul-muncul. Dia sentiasa dibilik atas. Bolehkan dia mendiamkan diri apabila Aqram mengatur rancangan untuk keluar bersamanya. Ini kes Hairan bin Ajaib...Agaknya, ini perkara biasa bagi permainan orang kaya. Bagus juga keluar dengannya, sekurang-kurangnya Hani dapat bertanya antara empat mata. Beranikah Hani?


2 comments:

sufi_jamal said...

jnguk mlm tadi pkul 11 malam tak ada lgi. pgi ni cuba nasib Alahamdullilah 2 bab trhidang. tak sbar nak thu siapa Jeslina apa pun trima ksih dng n3 ni.

Rose Ezadora said...

Malam nanti saya reveale siapa Jeslina. Merapu aje saya ni..