BAB 45
Satu lagi episod happy.. masih lagi lovey dovey..
Satu lagi episod happy.. masih lagi lovey dovey..
Setelah 2 hari
pengantin baru berperap di rumah, Hani mengajak Aqram keluar membeli sedikit buah tangan untuk diberi
kepada keluarga di Cape Town.
Mega Mall
dipilih. Dari satu kedai ke satu kedai diredah. Setelah penat Hani mengajak
Aqram ke KFC. KFC di Afrika Selatan tidak halal. Hanya di restaurant yang
menempatkan ramai komuniti islam barulah
ada KFC halal, itupun diatas usaha penduduk tempatan memastikan ayam yang
dibekalkan adalah dari ayam halal. Kena berhati-hati kerana jika tidak peka,
terkena ayam kiok, sudah pasti tidak halal.
“Ya la sayang,
ke KFC kita..” tanpa banyak soal sambil berjalan berpimpin tangan.
Hani hanya
menunjukkan isyarat tangan yang dia hanya akan menunggu di meja yang kosong di
hujung restaurant. Aqram mengangguk laju, bersetuju. Dengan menjinjing beberapa
beg kertas, Hani ke meja yang di tunjukkan dan Aqram ke kaunter tempahan.
Hani memerhati
Aqram bercakap dengan seorang perempuan yang berpakaian ranggi tetapi sopan
semasa dia mengambil tempahan dari tempat duduk yang sudah di pilihnya.
Nampak mesra,
“ah.. sudah, siapa pulak perempuan tu..kawan dia agaknya” bisik Hani. Aqram dan
si perempuan menoleh-noleh kearah Hani. Hani hanya senyum dari jauh. Bolehkan dia senyum, bila melihat si suami berbual
mesra dengan perempuan mana entah! Kena berlakun, jangan tunjukkan yang
desperate atau cemburu, maintain cool.
Sambil memegang
dulang Aqram dan perempuan itu menuju kearah Hani.
“Tengok tu,
sampai boleh ajak join sekali!” bisik hati Hani yang geram.
“Baru beberapa
hari menjadi suami sudah tunjuk belang!” tambah kata hati Hani, yang cemburu
sebenarnya.
Dulang makanan
di letakkan di atas meja di hadapan Hani.
“Hani, this is my old friend Amelin Emelda..”
Aqram memperkenalkan Amelin sebagai oldfriend.
“Ooo.. ini
rupanya Emel, cantik!” Hani masih berkata-kata didalam hati.
Aqram tidak mengetahui
Ain sudah memberitahu Hani, nama perempuan yang pernah mengecewakan abangnya
bernama Emel.
Tangan yang
dihulur disambut. “Emel
“memperkenalkan diri
“Hani” jawab
Hani
“Nice to meet you Hani, we were close friend masa di UK dulu..” sambil menuding jari
menunjukkan dirinya dan Aqram
“Ohh” Hani
sambil menganggukkan kepala, buat-buat faham.
“Congratulations to both of you..We should
catch up over coffee, one fine day.., what do you think, I will ask Aliff if he
wants to join” kata Emel lagi.
“ aaa..aaa
insyallah..” sambil mengangkat keningnya seolah-olah bertanyakan Hani.
Hani membalas
dengan muka blur, manalah dia tahu! Kenapa perlu tanya dia, Aqram sepatutnya
membuat keputusan sendiri. Mungkin dia ingin mengelak dari bertemu bekas kawan baiknya. Atau memang
dia suka bertemu bekas kekasih lama!
“Insyallah..
boleh, you tanya Aliff dululah?”kata Aqram
“Hemm, I will let you know. See you soon..”
Emel memandang Hani dan Aqram dan terus menuju ke meja yang kelihatan dua
kanak-kanak perempuan sedang menunggu.
“Siapa dia
bang..” Hani pura-pura bertanya, ingin mengetahui sejauh mana kejujuran Aqram
kepadanya.
“aaa..aaa dia
kawan abang dulu, Hani jangan sangka lain pulak, its over between us okey, dia dah jadi isteri orang, but now dah
separated.” Menjelaskan walaupun agak rasa ragu, takut menyinggung perasaan
Hani.
“Oh.. I see, kawan ya?” dengan anggukan
perlahan. Jujur rupanya
dia. Sengaja hendak perangkap, manalah tahu mengena.
“Hani faham, she’s the girl from your past..is’nt it?”
tanya Hani perlahan.
Hanya anggukan
dari Aqram yang diterima.
“But now I have you and you only… trust me..”
sambil mengambil tangan Hani dan dibelainya. Memang romantik mamat ni. Tak kira
dimana, di KFC pun boleh romantik lagi. Macammanapun Hani suka dilayan begitu,
Sayang abang Aqram ku. Hani tiada berniat hendak bertanya lebih banyak lagi
mengenai kesah silam Aqram, biarlah menjadi rahsia hidupnya, begitu juga Hani
dengan rahsia kesah silamnya. Yang
penting, siapa yang sedang berjalan sambil mengepit lengan sasa lelaki
ini, jika bukan dirinya. Kenapa perlu dia cemburu, sedangkan lelaki ini sudah
menjadi suaminya. Buang semua buruk sangka. Kesah silam yang lama biarkan
sahaja menjadi sejarah. Kerana sejarah mengajar kita erti hidup.
***
Selesai solat
Isyak, Hani yang sudah sedia dengan pyjama satinnya seperti biasa menyikat
rambut sebelum tidur. Jika rambut seharian terkurung didalama kerudung, bila malam eloklah
dibelai dengan urutan sikat. Aqram pastinya masih tingkat bawah bersama
keluarganya, mungkin dengan papa kerana memaklumkan maklumat terkini mengenai
urusan pejabat, sudah 3 hari Aqram bercuti. Banyak kerja yang sudah
diselesaikan oleh papa. Sekurang-kurangnya Aqram masih mengenai apa yang
berlaku dipejabat.
Biarkanlah Hani
tidak mahu masuk campur urusan pejabat. Atau mungkin man’s talk, manalah Hani
tahu. Mama sudah lama beristirehat di bilik, sudah tidur agaknya dia. Hani menoleh melihat jam, jam menunjukkan 11.25
malam. Malam masih muda.
Baru
berkira-kira hendak bangun dari kerusi kecil meja solek, pintu terkuak. Siapa
lagi kalau bukan si suami yang masuk. Masuk dengan senyuman menyimpan seribu
rahsia. Hani duduk semula dan meneruskan menyikat rambutnya, walaupun pada
awalnya dia sudah bersedia untuk bangun.
“Dah selesai
berbincang dengan papa?“ tanya Hani, sengaja hendak memulakn perbualan.
“Dah“ jawab
Aqram sepatah.
Aqram mengambil
sikat yang dipegang Hani dan diletakkanya di atas almari solek. Hani hanya
berdiam untuk menunggu apa tindakan seterusnya. Hani sebenarnya tahu, Aqram
sudah meminta haknya yang tertangguh di laksanakan.
Degupan jantung
Hani bertambah debar, rambut paras bahu Hani yang terlerai di alihnya di sisi
bahu. Kucupan mesra diberikan di belakang leher Hani. Sungguh mengasyikkan
dengan hembusan nafas Aqram yang sedikit laju, selaju degupan jantung Hani.
“Assalamulaikum
sayang..” katanya perlahan di corong telinga Hani sambil memimpin tangan Hani,
terus menutup lampu. Hanya membiarkan bias lampu dari luar yang suram menyumbang suasana yang
terasa romantik.
“Mualaikumsalam
sayang..” balas Hani lembut. Hani membiarkan tangannya yang dipimpin tanpa
apa-apa bicara, mereka mengerti, mereka bukan anak-anak remaja. Mereka sudah
cukup dewasa untuk melaksanakan apa yang sepatutnya. Malam ini tidak
terkecuali.
Seminggu berlalu begitu
cepat, hari ini Aqram akan bertugas semula. Sebagai memulakan hari, setiap pagi
dimulakan dengan subuh berjemaah. Hani
sudah menyediakan pakaiannya yang telah siap diseterika bergantung di pintu
almari pakaian. Hani memperkemaskan
kepenampilan Aqram supaya nampak lebih kemas. Dengan tubuh Aqram yang sasa,
mengenakan apa sahaja pakaian tidak menjadi masalah, kerana semuanya segak
apabila dipakai.
“Hani, tolong abang …” sambil
mengoyang-goyangkan talileher, ingin bermanja dengan si isteri. Talileher
digapai, dililitkan di leher si suami dan membetulkan ikatan. Bukan Aqram tidak
biasa mengikat talileher, sebenarnya itulah yang di buatnya setiap pagi sebelum
ke pejabat selama lebih dari 10 tahun, tetapi memandang sekarang sudah
beristeri, dia mahu isterinya pula memasangkannya kerana dia senang melihat
wajah isterinya berada depan matanya. Terlalu rapat sehingga boleh di dengar
hembusan nafas Hani yang turun naik. Tiap hari diperhatikan wajah Hani seperti
tidak jemu-jemu. Orang sedang kemaruk cinta, macam itu rasanya.
Bagi Hani ini tidak menjadi masalah, setakat
menggosok sehelai baju setiap pagi, memasang tali leher, apalah sangat, lepas
ni tak ada kerja. bosan pulak nanti dirinya. Hendak mengemas rumah? Semua akan diuruskan oleh pembantu rumah. Hendak
memasak, semua akan dibereskan oleh Mak Ara. Setakat tolong motong memotong
sebelum masak tu, boleh aje.
Selesai memperkemaskan
talileher. tangan Hani menolak perlahan dada suaminya menunjukkan sudah
selesai, tetapi Aqram memeluk isterinya dan satu ciuman singgah di pipi Hani.
Hadiah dengan ciuman dipipi.. berbaloi juga.
Turun bersarapan bersama,
selalunya mama dan papa sudah ada bersedia di meja makan.
Kemudian Hani menghantar
Aqram ke pintu dengan menjinjing brief case si suami. Brief case di hulur dan
tangan Aqram disalam dan dicium. Hani
memerhatikan kereta suaminya bergerak sehingga hilang dari pandangan. Mama dan
papa senang melihat kebahagian anak dan menantu. Berulang kali mama menyatakan Hani memang
pilihan yang tepat buat anaknya. Semoga berkekalan, itulah doa yang selalu
dipanjatkannya kepada Ilahi. Insyallah..
1 comment:
ksian juga dng amjad,tpi susah juga dng prangai aqram, jngan pertemuan itu menjadi duri dalam rumah tangga mereka.
Post a Comment