Diringi dengan bunyi hujan yang sungguh indah.. hujan tanpa guruh dan petir. Sungguh indah!!
Layan,,,
Bab 64
“Hem… bau
sedap, akak masak apa hari ni..” tanya
Murni sebelum Kak Romlah pulang. Murni menyungkitkan mulut dan hidungnya dengan
aroma masak lemak tempoyak ikan patin. Jika Kak Romlah masak enak setiap hari,
nampaknya akan bertambah beberapa inci di pinggang. Nampaknya, tak
lama lagi kena tukar semua isi closet dengan pakaian yang baru, sebab
baju dah tidak muat.
“Masak lemak
tempoyak ikan patin” jawab Kak Romlah.
“Eh! Akak
balik dulu lah..” tambah kak Romlah lagi.
Terus
sahaja perempuan separuh umur itu melangkah meninggalkan Murni dan Zamri yang
baru pulang dari pejabat. Mila sedang menonton. Menonton sambil meniarap,
dengan dua tangan menungkat dagunya. Murni tidak tahu filem apa yang ditonton,
tetapi sungguh ralit sehinggakan kepulangan merekapun tidak dihiraukan. Sekali imbas seperti movie puss in boots. Murni dapat mengecam suara Antonio Bandaras
sebagai si kucing comel yang bernama “Puss”.
Mila sudah
bercuti panjang. Cuti sekolah hujung tahun. Apa lagi, dia menghabiskan masanya di rumah dengan
berkubang di depan TV.
“Mila
tengok cerita apa tu..?” tegur Zamri.
“Puss in boots, ayah Zam.. best.. kelakar gilerr.” Jawab Mila.
Matanya
tidak beralih dari kata TV.
“Hemm.. kejap
lagi mengaji Quran ya?” tanya Zamri lagi dia duduk disofa panjang.
“Hem....”
hanya sepatah dari mulut Mila
Murni
membuka tudung dan diletakkannya di belakang kerusi lalu duduk di sebelah
Zamri. Zamri merapati Murni dan mencium rambut Murni. Murni hairan dengan
kelakuan Zamri yang sejak akhir-akhir ini suka sangat mencium rambutnya. Namun
dibiarkannya sahaja, tak luakpun, malah tambah mesra.
“Sayang..
jom naik..” Zamri bangkit dan menghulurkan tangannya untuk meminta Murni
mengikutnya untuk naik ke bilik.
“Ahhh..
Mila..ayah nak mandi dan solat, lepas itu kita makan ya..” kata Zamri
“Hemm..
okey..” jawab Mila yang masih khusuk dengan dengan Puss in Bootsnya. Baru
beberapa langkah di hajun, Zamri bersuara lagi.
“Lepas
makan, kita mengaji Quran?” ulang Zamri.
Hanya
anggukan yang diterima dari Mila.
Tidak
sampaipun setengah cerita Puss in Boot
the three diablos di tonton Mila, kedua-duanya Zamri dan Mila sudah turun.
Murni
dengan kaftan batik bunga berbagai warna. Zamri pula dengan baju melayu teluk
belanga dan berkain pelikat coklat, berkotak hijau. Zamri asyik memegang butang
baju melayu yang sebiji dilehernya. Sudah berkahwin dengan orang Johor,
terpaksalah jadi orang Johor juga. Zam hanya mengaku dia orang Pahang hanya
apabila dia balik ke Jengka.
Zamri duduk
di sofa yang ditinggalkannya tadi. Murni pula ke dapur untuk menyediakan
makanan yang sudah dimasak oleh Kak Romlah siang tadi. Ketang ketung bunyi di dapur, Murni menyusun
pinggan mangkuk dan menyediakan lauk dan nasi.
“Abang..
Mila.. marilah dah siap ni..” panggil Murni.
Tanpa
banyak bicara, kedua-dua nama yang disebut oleh Murni berjalan menuju kemeja
makan.
“Bau apa ni
Muni…” Zamri dengan muka yang mencebek.
“Masak
lemak tempoyak ikan patin..” jawab Murni gembira.
Dia suka masakan itu, dia juga tahu Zamripun sama
menyukai masakan tersebut.
“Masak
lemak tempoyak ikan patin?..” Zamri menyuehkan mulutnya, seperti tidak suka
“Lauk tu
boleh letak jauh sikit dari abang boleh tak? Kalau Muni sama Mila nak makan, kau orang makanlah..
tapi tolong letak jauh sikit dari abang” pintanya.
Murni buat
muka, berkerut, kenapa pula Zamri ni.. sejak bila pulak tidak suka masak
tempoyak..bukankah ini salah satu lauk kegemarannya. Murni hairan, tetapi sudah
diminta untuk dijauhkan dari Zamri, Murni menurut dan diletakkannya di hujung
meja. Hanya dia dan Mila yang menekmatinya. Ada-ada saja Encik Abang sayang
sorang ni. Tak mahu makan, bagus juga, boleh Murni makan lebih.
Selesai
makan, Zamri mengajar si anak mengaji Al-Quran.
Murni
berkemas apa yang patut. Terdengar kaca berlaga, kerana Murni sebok mencuci
semua yang sudah digunakan.
Zamri pula
berbicara perlahan, membetulkan apa sebutan yang tidak jelas. Zamri memang
pandai melayan Mila. Setiap teguran pasti didengar oleh Mila. Dia percaya
seratus peratus kepada ayah Zamnya.
Tidak lama
kemudian terdengar semula suara Antonio Bandaras lagi. Nampaknya mereka
menyambung menonton cerita animasi tersebut yang belum selesai ditonton
Mila, kerana Zamri mahu memyemak kerja
sekolahnya.
“Nak kopi?”
terdengar laungan Murni dari dapur.
Yang
menjawab Zamri “Boleh jugak..” matanya tidak beralih dari kata TV, sama naik
dengan Mila. Seperti tahu pertanyaan ditujukan kepada dirinya.
“Mila?”
Murni bertanya jika Mila juga perlukan kopi
“Tak” jawab
Mila pendek.
Murni
menghulurkan kopi yang masih berasap kepada Zamri. Mata Zamri masih tersorot ke
kaca TV, dia menyambut mug yang berisi kopi dan terus menghirupnya.
Murni hanya
memandang, biar betul abang Zamri.. kopi tu masih panas, tengah berasap tu!..
Pantas
Zamri menghulurkan semula mug kopi kepada Murni dan menjelirkan lidahnya. Kan
dah terbakar lidah! .
“Gelojoh
juga suami aku rupanya” bisik hari Murni.
Murni
menghirup kopinya, manakala kopi Zamri diletakkannya di meja sisi. Nanti pandailah dia ambil sendiri.
Murni turut
menonton, tetapi kerana hanya menonton sudah separuh jalan, dia tidak tahu apa
jalan ceritanya. Yang dia nampak seekor kucing dewasa dengan 3 ekor anak kucing
yang semuanya comel-comel tetapi nakal. Kucing yang berpakaian dan pandai
bercakap. Namapun animasi, tengok ajelah.. Tak payah hendak fikir logik tak
logik…Layannnn.
Habis
meminum, Murni ke dapur menghantar mugnya.
Dari
belakang sofa, Murni memegang bahu Zamri dengan kedua belah tangannya.
“Bang Muni
naik atas dulu, nak lipat kain..”kata Murni.
“Hemm..”
jawapan dari Zamri, sama ada dia sedar atau tidak apa yang Murni cakapkan
wallahulam.
Dia sama
naik dengan Mila, terkekek ketawa. Apa yang melucukan, hanya dua beranak itu
sahaja yang mengetahui.
Murni
menghayun langkah naik ke bilik untuk melipat pakaian yang sudah diangkatnya
dari jemuran siang tadi. Lebih baik dia menyelesaikan tugasnya dari sama-sama
terjebak dengan tayangan animasi itu. Terdengar suara dua beranak tidak henti
henti ketawa terbahak-bahak. Murni di dalam bilikpun turut tersenyum, tanpa
mengetahui apa yang disenyumkan.
Yang
ketara, Zamri sudah bukan lelaki yang sudah dewasa, disaat ini, mungkin dia
merasa umurnya lebih kurang sebaya dengan Mila.
Sambil
melipat pakaian, Murni terbayang wajah si Puss dengan matanya yang bulat, telinganya
yang kelepet, terkelip-kelip lalu menutup dadanya yang berbulu dengan topi
untuk meminta simpati. Bukan dada berbulu Antonio Bandaras, kerana dada
berbulunya hanya boleh dilihat oleh isterinya, Melanie Griffith. Dada berbulu si Puss la.. kucing kuning yang
memakai boots, comel sangat…
8 comments:
Dah chapter 64. Tak lama lagi, tamatlah cerita ini..
Lepas ini cerita apa pula ek!
ala.........dh nk abis kerrr....ish cm puas lg nk bc citer ni
Eh typo la, cam x puas lg nk baca
Malam nanti saya load satu lagi episode ya!
Nape dgn Zamri ni. Murni preknen ke? heheh....
Tak tahu...sebab doktor kata Zamri mengalami kecederaan di bahagian pinggang semasa accident dulu, ingat tak?
Ingat. Tp kemungkinan sementara. heheh... @ watak zamri nk dimatikan untuk beri laluan pada Ammar.
Why not? Everyone deserve a second chance..just teasing. Nanti tahu, soon..dalam next episode
Post a Comment