Bab 70
Bunyi suara
seperti orang bertengkar boleh terdengar oleh Mila yang leka membuat kerja
sekolah. Perlahan-lahan dia naik dan mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia tidak tahu apa yang
telah membuat mereka bertengkar. Yang dia dengar ada menyebut namanya.
Adakah kerana dirinya, mereka bertengkar? Semenjak akan mendapat adik, dirinya
rasa kerdil. Dia tahu lambat laun dia akan diketepikan. Kini dia nekat, jika
dialah penyebabnya dia akan terus tinggal bersama papa Am, yang kini dia sudah
tahu identiti lelaki itu kepadanya. Dia
adalah bapa kandungnya. Hanya perlukan
kepastian sahaja dari mulut ayah Zam dan mama. Tetapi bukan jawapan yang dia
dapat, sebaliknya mereka bertengkar. Mila menangis. Di tepisnya wajah Ammar
beberapa kali setiap kali terlintas di kepalanya untuk di hubungi. Tetapi wajah
itu tetap muncul, semakin lama semakin jelas. Mila akhirnya pasrah, memang
hanya papa Am yang akan menjadi penyelamatnya. Dia tidak mahu dirinya sentiasa
menjadi penyebab, kedua-dua orang yang di sayanginya bertengkar.
Zamri dan
Murni turut semula ke tingkat bawah.
“Mila tak
ada kat bawah.. dalam bilik
dia kut..” kata Zamri.
Murni masih
dengan sikap berdiam diri. Zamri mengheret tangan Murni semula naik ke atas. Pintu
bilik Mila diketuk dan terus masuk kerana tidak berkunci.
Mila sedang
menyembamkan muka dengan bantal. Dia menangis. Dia cukup rasa bersalah dengan
dirinya. Persoalan yang diraih dari ayah Zam menjadi penyebab mereka bergaduh,
Mila menyesal.
Murni mengurut
belakangnya. “Mila.. pandang
mama Mila, kenapa sayang?” tanya Murni.
Namun tiada
terjawab, malah esakan makin kuat. Murni memandang kepada Zamri yang berdiri.
Giliran
Zamri pula memujuk “Mila, duduk, Papa nak cakap sikit.. boleh?”pujukan Zamri
juga tidak berjaya.
“Mila
sayang ayah Zam tak? Mila sayang Mama tak? Kalau sayang, Mila kena duduk, sebab
ayah Zam nak cerita sikit ni..” kata Zamri lagi.
Zamri
memberanikan diri dan mengangkat tubuh kecil itu dengan posisi duduk dibirai
katil bersama dirinya dan Murni. Zamri menyika air mata Mila. Inilah waktu yang
terbaik untuk dia menjelaskan sejelas-jelasnya apa sebenarnya hubungan papa Am
kepada Mila.
“Dah tu.. ayah
Zam sama mama sayang Mila.. walaupun Mila ada papa satu lagi. Papa Am memang
papa Mila yang sebenar..” lancar sahaja keterangan Zamri kepada Mila.
Agaknya
cukuplah penjelasan setakat dia tahu yang Papa Am adalah bapanya, patutlah nama
papa Am, ada di hujung namanya, Ammar Aidid.
“Tapi..
tapi mama kata papa Mil dah mati.?.” tanyanya dalam sedu.
“Ma cakap
macam tu sebab papa Am memang dah tinggalkan mama, tak sangka pulak dia cari
kita rupanya .. sayang..” jelas Murni.
Tidak mahu
menambah conflicated masalah yang
ada. Bukan Mila fahampun jika diceritakan kesah yang berlaku.
“Jadi.. nanti
mama sama ayah Zam dah nak ada baby baru.. Mila macammana?” tanyanya lagi.
“Kenapa
pulak dengan baby.. baby tu kan adik Mila, Mila akan jadi kakak..Mila tak happy
ke nak ada adik? Mila tak happy nak jadi kakak?” tanya Zamri.
“Mila tak
hendak jadi kakak.. Mila pun tak mahu ada adik? Nanti ayah Zam sama mama tak
sayang Mila lagi, semua sayang baby..” ujar Mila lagi.
“La.. itu
rupanya yang protest selama ni.. rasa tergugat” bisik hati Zamri.
“Mila
jangan cakap macam tu.. Mila anak ayah Zam, dan babypun anak ayah Zam jugak..” kata Zamri
“Mila lagi
untung, sebab Mila ada adik dan Mila ada dua ayah..” sambung Mila lagi.
Lalu Zamri
memeluk Mila erat-erat “anak ayah Zam jangan menangis lagi, tu tengok mamapun
nangis sama bila Mila menangis”tegur Zamri.
Sedangkan
mata Murni merah dan sembab sebab menangis adalah angkara dirinya. Cemburu buta,
langsung tidak kena mengenakan dengan soalan Mila. Pandai Zamri bermain
politik.
Mila
memeluk ayah Zamnya kejap. “Mila tak mahu orang lain sebagai ayah Mila, Mila
mahu ayah Zam sorang..” katanya antara dengar dengan tidak. Hilang terus wajah
Ammar dari kotak fikirannya, yang tadi nampak jelas. Mila mahu ayah Zam, bukan
Papa Am. Walaupun papa Am ayah kandungnya.
“Ya, ayah
Zam untuk Mila sorang..” jawab Zamri.
Ketahuilah
anakku, hanya ada satu sahaja anak yang bernama Mila di dalam hidup Zamri. Bukan maknanya, anak yang bakal lahir, tidak mendapat
tempat di hatinya. Tetapi lain anak lain keistimewaannya. Zamri akan berlaku
adil, semua anak-anaknya akan mendapat kasih sayang yang sama rata, itu janji
seorang ayah yang bernama “Mohd Zamrizal”.
No comments:
Post a Comment