BAB 64
“Saaayanggg..” Karl memanggil lembut isterinya
dengan nada meleret.
Malam kedua selepas majlis mereka. Mereka ingin merehatkan diri setelah penat di
siang hari. Penat kerana masih melayan tetamu yang datang kerana ada tetamu
yang tidak sempat hadir di majlis mereka kelmarin, tetapi mereka tetap datang
berkunjung. Penat disakat keluarga juga menokok tambah kepenatan. Penat aktiviti
malam, tak usah di sebut!
Berdua-duaan di balcony rumah banglow sambil
membuat kerja tidak bergaji, mengira bintang di langit dan memerhati kerlipan
kapal-kapal yang berlalu di Selat Melaka. Kedua-duanya berdiri dengan tangan
memegang besi gerigi.
1 comment:
SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang singgah di blog saya..Maaf Zahir Batin
Post a Comment