Bab 1
“Hari ini kita nak sarapan apa ya?”
tanya Rayhannah yang masih berpyjama biru polkadot puteh, bersandar di pintu
masuk dapur. Bertanya kepada Maisarah yang baharu
sahaja keluar dari bilik air hanya dengan berkemban tuala warna burgundy dengan
rambutnya yang dililit ala turban dengan tuala warna yang sama.
Sarah angkat bahu?
Manalah dia tahu? Dari dari dalam bilik air.
Dalam bilik air adakah benda-benda untuk persediaan sarapan?
Wahai cik Hanna, kut iapun hendak bertanya, tunggulah dia berpakaian dahulu.
Sarah angkat bahu?
“Apa yang kita ada?” akhirnya berjawab
juga soalan Hannah, Sarah menjawab sambil berjalan pantas masuk ke bilik mereka. Bilik yang
dikongsi bersama sudah lebih dari 2 tahun.
Kawan punya pasal, terpaksa juga dijawabnya.
Kawan punya pasal, terpaksa juga dijawabnya.
Ahh.. malas Hannah hendak menunggu kawannya yang seorang itu. Hannah membuka peti sejuk. Satu pertiga
badannya yang kecil sudah hampir masuk ke dalam peti sejuk tersebut, membongkok
melihat semua shelf dari atas terus ke bawah. Hannah terpaksa membongkok
kerana memang tidak semua barang yang berada di dalam peti sejuk tersebut dapat
dilihat sepenuhnya, jika hanya dengan berdiri di depan pintu. Bukannya banyakpun
barang yang disimpan di dalamnya. Semua yang adapun adalah keperluan yang penting-penting
sahaja. Maklumlah pelajar, manalah ada banyak duit hendak stock barang makanan.