Coretan hari ini.. layan..
Bab 6
Bab 6
Gelap lagi Hanna dan Sarah sudah
tercogok di Train Station Zurich yang panggil Bahnhof. Tiket sudah ditempah, dua hari yang lalu. Tidak perlu
membawa beg yang besar, cukup sekadar beg galas belakang. Sehari semalan
sahaja, perlu bawa yang patut-patut sudah memadai. Seperti backpackers sahaja
lagaknya. Sudah memang packpackerspun. Pelajar manalah ada duit yang banyak.
Merantau berjalan-jalan hanya mengambil peluang sahaja. Jika hendak melancung
dari Malaysia sudah pasti mahal harganya, terutama tiket kapalterbang. Sudah
terlanjur berada di continent Eropah ini, redah sahajalah ketempat-tempat yang
paling hampir atau negara jiran. Tidak perlu membayar tiket kapalterbang
yang mahal, cukup sekadar menaiki
keretapi. Tidaklah murah mana, tetapi sekurang-kurangnya lebih murah dari
tambang kapalterbang. Yang paling utama, tidak perlu berada 2 jam lebih awal
untuk check-indi lapanganterbang. Cukup hanya perlu berada di depan plateform
15 atau 10 minit sebelum keretapi sampai. Keretapi disini memang datang dan
pergi tepat pada waktunya, tidak cepat atau awal walaupun seminit. Kecuali ada
gangguan cuaca, seperti ribut salji atau kerosakan teknikal yang tidak dapat
dielakkan. Swiss, pengurusan keretapi yang dipanggil SBB (Schweizerische Bundesbahnen) didalam bahasa German yang
bermaksud Swiss Federal Railways. Pengurusan yang dikatakan terbaik dirantau Eropah
dan terkenal di seluruh dunia dengan pentadbiran railwaynya yang bersih, cepat
dan tepat pada waktu sehingga menjadi ikutan beberapa buah negara.
Berdiri sambil mengesekkan kedua belah
tangan, dua pelajar perempuan melayu yang betudung di Platform C untuk
memanaskan badan mereka. Mereka menunggu keretapi menuju ke Milan dan
seterusnya ke Florence. Keretapi akan muncul bila-bila masa sahaja dan perlu
pantas kerana keretapi ini hanya berhenti tidak sampaipun sepuluh minit. Sebaik
sahaja keretapi sampai, mereka menunggu orang turun dan terus ke gerabak yang
telah mereka tempah. Gerabak no. 12 dan tempat duduk nombor 46 dan 47. Mereka
berlari anak kerana gerabak mereka berada dua gerabak kebelakang.
“Ahh..akhirnya“ Hanna melepaskan nafas
lega apabila sudah duduk di tempat duduk yang ditempah dengan Sarah
disebelahnya.
Beg galas diletak diatas pangku. Tidak
berani hendak meletakkannya di compartment diatas kepala. Mereka dengar
berbagai cerita mengenai pencuri beg. Didepan matapun boleh diambil orang. Manusia makin modern, cara
mencuripun cara modern. Dengarnya pencuri beg akan naik bersama-sama penumpang
lain. Tangan mereka akan menolak apa-apa beg yang mereka nampak tanpa disedari
oleh tuan beg sehingga ke hujung. Terus mengambil beg yang telah ditolak dan
turun semula di pintu lain. Sementara tuan punya beg sedar, begnya sudah lesap,
keretapi sudah bergerak. Hendak buat macammana lagi, terpaksalah berada didalam
keretapi sehingga sampai ke destinasi untuk membuat laporan polis. Itulah yang
malas untuk Sarah atau Hanna jika ianya
berlaku kepada mereka. Tambahan pula passport mereka ada didalam beg tersebut,
dokumen perjalanan yang paling penting. Banyak prosidur pula nanti untuk
mendapat passport baru. Terpaksa pula mereka ke Bern, ibu negara Switzerland
dimana ofis Kedutaan Malaysia berada. Hisy.. dari kena buat
itu dan ini, baik sahajalah berhati-hati. Jika hendak terjadi juga, itu sudah
suratan.
Perjalanan
berjalan lancar seperti dijadual. Hanna menghulurkan biskut kering sebagai
kudap-kudap kepada Sarah. Sekadar mengalas perut. Diambil Sarah beberapa keping
dan dimakannya perlahan dengan berulamkan air mineral kecil ditangan. Cukuplah
sbeberapa keping biskut sebagai sarapan mereka pagi ini. Mereka bercadang untuk
mengambil branch sahaja apabila sampai di Florence nanti. Di Milan hanya
berhenti untuk menurun dan mengambil penumpang sahaja, penumpang yang menuju
kedistinasi lain tidak dibenarkan turun. Boleh turun jika mahu, tetapi
alamatnya akan ketinggalan keretapi yang sediaada, maka penumpang terpaksa
mengambil keretapi yang lain. Yang pasti nombor tempat duduk sudah secara
otomatik terbatal. Sekiranya tidak ada seat, jawabnya terpaksa berdirilah.
Perjalanan dari Milan ke Florence tidak lama, hanya satu jam lebih sedikit
sahaja, namun berdiri satu jam.. Uhhh.. tak mahulah, jangan gatal-gatal nak
turun. Duduk aje diam diam dalam train sampai ke destinasi.
Pengumuman
memberitahu akan sampai ke Firenze, distinasi mereka mengikut jadual. Jangan
pula tidak turun kerana mencari nama Florence, kerana Florence dipanggil
Firenze didalam bahasa Italy. Jangan tidak percaya kerana masih mahu mencari
station Florence. Jawabnya sampai keluar dari negara Italypun tidak akan berjumpa.
Mereka
sampai masih awal untuk mereka ke hotel murah yang sudah mereka tempah online. Berlegar-legar
sambil mengambil gambar di sekitar kota Florence. Opps.. Firenze. Cuaca tidak
sesejuk di Zurich, santai sahaja mereka menapak bersama-sama pengunjung,
seiring dengan rakyat tempatan dikota yang bersih dan cantik itu.
“Hey..
Sarah, aku laparlah, jom..” kata Hanna, apabila dia lalu didepan sebuah
restaurant pizza. Jawabnya sama ada pizza magareta, tuna atau sayur sahaja yang
boleh mereka makan.
“Hemm.. boleh jugak..” jawab Sarah.
Mereka
masuk di restaurant yang pertama mereka jumpa. Mereka duduk
dikerusi dihujung restaurant kecil itu.
“Satu ajelah, kita kongsi.. vegi“
“Hemm.. air?“
“Coffe black..“ kata Hanna.
“Nah ..“ menghulur beg galasnya,
menambah satu lagi beg diatas pangku Hanna.
Hanna mengerti, Sarah seorang sahaja
yang berurusan membeli makanan di depan kaunter.
Selepas branch, waktu sudah hampir 12.00
tengahari, masa yang sesuai untuk kebilik penginapan mereka yang telah mereka
redah sebelum branch tadi. Selesai mendaftar bilik penginapan, mereka
membersihkan diri dan bersolat. Berehat sebentar sebelum keluar semula untuk
menjelajah semula kota Florence ketempat-tempat dan lorong-lorong yang belum
mereka redah. Berlegar punya berlegar sehingga ke tebing sungai yang
memisahkan kota Florence baru dengan kota Florence lama. Jambatan konkrit yang
sudah tua, namun masih kukuh. Sempat Hanna dan Sarah bergambar sakan, termasuk
beberapa museum dan cathidral. Hari ini
meredah seluruh Firenze, esok ke distinasi Pisa pula, itulah rancangan mereka.
Mereka terpaksa keluar awal sebelum kembali kebilik penginapan, kerana mereka
terpaksa mengosongkan bilik sebelum jam 12.00 tengahari. Jika tidak pembayaran
ditambah untuk sehari lagi. Hendak buat apa, jika pembayaran untuk satu hari,
sedangkan hanya duduk beberapa jam.
***
Hari yang ditunggu Hanna, mengunjungi menara
condong Pisa. Tiket keretapi terpaksa dibeli berasingan kerana tempahan tiket
hanya setakat Florence. Keretapi ke Pisa bukan keretapi antara region, tetapi
keretapi tempatan, maksudnya keretapi yang bergerak diantara bandar-bandar
kecil diseluruh Italy. Keretapi yang beroperasi hanya didalam Italy. Mereka dipesan
untuk mengetip tiket kecil sebelum menaiki keretapi. Aduh!! Puas Hanna dan Sarah meleret tiket kecil itu namun
tidak berjaya mengetipkan. Keretapi sudah mahu bergerak, hendak tak hendak
mereka naik sahaja, gamble. Berharap tidak ada apa-apa yang diingini berlaku.
Keretapi
berhenti disetiap station. Sebenarnya Bandar Pisa tidak jauh, tetapi kerana
asyik berhenti, masa diambil hampir setengah jam. Sampai tempat yang dituju, mereka
turun mengikut beberapa pelancong lain yang ingin sama melihat bangunan condong
itu seperti mereka.
Bergegas Hanna dan Sarah turun
bersama-sama yang lain. Tetapi sedari tadi tidak kelihatanpun menara yang
dikatakan. Pelancung yang lain juga terpinga-pinga, betulkah ini tempat station
yang dimaksudkan? Nama tempat
sudah betul, kerana tertulis PISA di station berhenti tadi. Hanna memberanikan
diri untuk bertanya.
“Excuse me,
I would like to go to Pisa Tower..” Hanna bertanya kepada seorang lelaki yang nampak
seperti bangsa Asia.
“Ohh.. Pisa
Tower.. Malaysia or Indonesia?” tanyanya.
Hanna yang
bertanya, tetapi dia mendapat soalan, bukan jawapan.
“Malaysia”
jawab Hanna
“I’m
Filipino..” jawabnya, bangga dengan dirinya yang berbangsa Filipino.
Memang
bangsa Filipino berada dimerata-rata dipelusuk dunia ini. Merantau mencari
rezeki. Silelaki menceritakan yang dia bekerja di sebuah restaurant Asian
disitu. Bangunan Pisa yang ditanya, sejarah hidupnya pula yang diceritakan.
Kemudian si
lelaki Filipino tadi masih tidak menjawab soalan yang Hanna berikan.
“Ohh..
sorry, Pisa Tower, you have to take that bus, pay 2 euro. Ticket in the bus. You stop at Piazza dei Miracoli (the Square of Miracles).” Sedap sekali Hanna dan
Sarah mendengar lelaki Filipino itu menyebut nama tempat yang sepatutnya mereka
berhenti nanti.
“What stop again?” Tanya Hanna. Cukup-cukuplah tu Hanna, namun masih
dijawab oleh silelaki itu.
“Piazza dei Miracoli” jawabnya, tidak menyedari Hanna sengaja hendak
mendengar ulangan nama tempat yang disebut.
“Ingat tu Sarah” kata
Hanna.
“Ialah, kita sama-sama
ingat..“ kata Sarah.
“Thank you ahh.. mister..“ terus kedua-dua gadis itu menaiki bus yang dikatakan.
Orang sudah ramai, kedua-duanya terpaksa berdiri. Tidak lama, dalam lima
minit macam tu.
Turun ditempat yang
dikatakan tadi.. “apa namanya tempat ni?” tanya Sarah kepada Hanna,
mengusik.
Hannya menjawab “Piazza dei Miracoli“. Dihentamnya mereka ketawa apabila
Hanna menyebut nama tempat itu seperti orang siam bercakap melayu sahaja.
Mereka memandang sekeliling tetapi menara condong yang dikatakan tidak juga
kelihatan.
“Hanna, betul ke kita turun ni.. tak nampak apa-apa bangunanpun.. tembok
batu aje ada..” mereka tertawa lagi. Sudah tersalah stoplah ni..
“Mari kita tanya kat orang jual barang tu..” mereka berdua menapak
kearah penjual kiosk menjual cenderahari yang ada ditepi tembok batu.
“Excuse me Sir. where is Pisa Tower?” Tanya Hanna kepada penjual yang
juga Nampak berbangsa Asia, sama ada India, Bangladesh atau Pakistan.
“Indonesia or Malaysian” sekali lagi soalan yang sama. Aduh! Penat betul
hendak menjawab. Asyik soalan yang sama sahaja. Tidak kesahlah sama ada kami ni
orang Indonesia atau Malaysia, jawab sahaja la. Perlukah mereka tahu negara
origin kami untuk menjawab soalan yang mudah. Hanna sudah bengang dengan soalan
yang sama setiap kali dia bertanya.
“Malaysia..” jawab Sarah.
“Ohh.. Malaysia, saya kerja Malaysia 5 tahun, Kuantan jugak..” katanya.
Mungkin dia hendak mempraktikkan semula bahasa yang dia tahu, atau ingin
menunjukkan yang dia boleh berbahasa Melayu. Tak kesahla!
“Aha..Kuantan ya..okeyyy..itu Pisa Tower mana?” Tanya Sarah, tidak
sabar-sabar.
Malas hendak mendengar satu lagi kesah sejarah mereka, seperti si lelaki
Filipino tadi.
“Ini belakang..” sambil tangannya dibelakang tembok.
Kedua-duanya ternganga, biar betul, menara condong itu berada dibelakang
tembok itu.
“Itu masuk sana, free..” katanya lagi.
Hanna dan Sarah masih melopong, betul rupanya perhentian mereka.
Ingatkan tadi sudah tersalah station.
“Terima kasih ah..
terima kasih..“ jawab Hanna.
Sudah dia yang mulakan
dengan berbahasa Melayu, baik sahaja teruskan dengan bahasa Melayu.
Menapak kedua-dua
pelajar itu ke pintu masuk yang dikatakan.
“La..rendah aje?
Ingatkan tinggi?“ Sekali lagi mereka tergelak apabila melihat bangunan yang
disangkakan tinggi, rupanya tidaklah setinggi mana. Patutlah tidak kelihatan
dari luar. Bangunan yang bersebelahan dengan cathidral puteh.
“Macam menara Teluk
Intan aje?“ kata Sarah.
“Shuuu.. diamlah
kau..Menara Teluk Intan pulak kau kata“ tegur Hanna
“Kita susah payah,
turun train naik train semata-mata nak tengok menara ini, kau kata macam menara
Teluk Intan pulak..” kata Hanna sambil membulatkan matanya ke arah Sarah yang
sudah menutup mulutnya dengan kedua belah tangan, menahan gelak.
“Yalah Cik Hanna..
tengok puas-puas menara yang kau nak tengok sangat tu..“ jawab Sarah mengejek.
Pengunjung memang
ramai, mengabadikan gambar dengan berbagai gaya. Termasuk dua anak gadis itu.
Sudah itu tujuan mereka, habisnya ambillah sebanyak gambar yang mereka mampu
sebelum menara itu runtuh. Itu sahaja yang mereka boleh lakukan, bukan boleh
masuk atau naikpun menara tersebut. Hendak mampus, menara sudah menunggu rebah,
jika ramai yang masuk atau naik, jawabnya goodbye. Jika jangka hayat boleh
bertahan lagi 10 tahun, boleh tinggal beberapa tahun sahaja untuk berdiri
disitu. Hu..huu..
Mengambil gambarpun
cukuplah. Janji
sudah ada bukti yang mereka sudah sampai dan melihat sendiri menara condong
itu. Selepas ini dia hendak tumbang, tumbanglah, Hanna sudah puas hati. Tambahan
pula mereka mengejar masa untuk perlu berada semula ke hotel penginapan sebelum
jam 12.00 tengahari.
Jam 11 mereka sudah berada di stesen keretapi untuk pulang semula ke
Florence. Cubaan untuk mengetip kad masih tidak berjaya. Mereka berdoa agar,
mereka bernasib baik ,tidak ada pemeriksa tiket, seperti waktu mereka datang
tadi.
Perjalanan berjalan lancar.
“Tiket please signora” pucat sudah muka Hanna dan Sarah.
Ada pemeriksaan tiket pula kali ini. Aduh, bagaimana ni. Mereka
mempunyai tiket. Cuma tidak diketip sahaja.
Kedua-dua tiket dihulur. Pemeriksa memandang ke muka kedua-dua gadis,
kemudian ke tiket yang dia pegangnya, berselang seli. Berbagai doa dibaca oleh
kedua anak gadis itu.
“Miss.. you did not validate the ticket..” tanyanya.
“We are sorry. We try, but doesn’t work” kata Hanna.
Malas agaknya
sipemeriksa hendak bertegang leher dengan kedua-dua gadis. Perkara begini memang biasa
dia temui. Memang selalu, terutama dari
pengunjung-pengunjung dari luar Italy. Mereka tidak mengetahui, jika tidak mengetip
tiket, mereka akan didenda. Bukannya sedikit, bayaran boleh mencicah 40 Euro!
“Okey.. in that case you have to pay 10 Euro..instead of 40” katanya,
terus dia mengeluarkan resit dan menunggu pembayaran dibuat.
Mahu tidak mahu Hanna mengeluarkan 20 euro bagi pembayaran untuk dirinya
dan Sarah. Syukur Alhamdulillah, hanya 10 euro, tidak 40 euro. Jika 40 euro, dia
terpaksa berjimat untuk bulan ini. Kena pusa, Pisa Tower punya pasal.
Menyalahkan Pisa Tower, bangunan yang di hendak sangat melihat.
Urusan check out berjalan lancar, siap bergambar kenangan bersama
perempuan tua yang menguruskan dan tuanpunya hotel tersebut.
Mereka ada 3 jam lagi,
kerana keretapi pulang ke Zurich pada jam 3.00 petang. Mereka berlegar-legar
semula di kota Florence sebelum mengambil makan tengahari di kedai India muslim
yang menyajikan nasi biryani. Sedap dan murah, dapat makan nasi di Florence.,
siapa sangka. Nasi biryani lagi.
***
Tersedar Hanna dari
lena kerana kepenatan oleh pengumuman yang kedengaran. Perjalanan tidak jauh,
masih berada didalam Italy, tetapi kerana kepenatan, Hanna terlena. Pengeumuman
memberitahu, keretapi yang mereka naiki akan sampai lewat kerana rebut salji
dan salji yang turun lebat di sempadan Swiss. Salji tebal sudah menutup track
dan membahayakan perjalanan keretapi. Akibatnya mereka terpaksa berhenti lama di
Milan, sekurang-kruangnya sehingga rebut salji reda. Tidak tahulah satu jam,
dua jam, silap-silap lebih dari 4 jam.
“Habislah aku Sarah,
projek aku tak siap lagi.. ingatkan esok nak habiskan..ni esok kita kat Italy
lagi ni.. macammana?“ runsing hati Hanna kerana perancangannya tergendala.
Tergendala oleh cuaca.
“Aku okey aje, aku tak
ada projek. Relaxlah Hanna, insyallah, esok kau terus aje focus dengan projek
kau tu..“ kata Sarah
“Macammana nak focus?
Input pun tak ada?“ kata Hanna dengan muka sedih.
TING!! Tiba-tiba seperti ada menthol lampu menyala di atas kepalanya.
“Adi..baik aku minta Adi tolong carikan bahan projek aku..” bisik
hati kecil Hanna. Wajah lelaki Indonesia itu terpampang jelas difikirannya.Hanna
senyum nakal.
Sarah menjeling sahaja,
kenapa pulak minah ni. Tadi risau bagai nak rak! Sekarang ni senyum kambing
pula.. Hanna.. oh.. Hanna.
1 comment:
Cerita benar, disaman kerana tidak mengetip tiket keretapi semasa berkunjung ke Pisa. Pengalaman indah, kena bayar 20 Euro sebenarnya.. sudah buat kesalahan, mengaku ajelah..Penginapanpun sebenarnya tidak ditempah. Main redah sahaja, nasib baik dapat selepas hotel yang ketiga. Hari sudah gelap masa tu, bertawakal, nasib baik tidak kena tidur bawah jambatan..ha..ha..ha..
Post a Comment