Bab 13
“Assalamulaikummm…” Johan yang baru
pulang dan memberi salam sebaik sahaja menanggalkan kasut dan terus masuk
kedalam rumah. Sejak bergelar Papa, Johan selalu pulang awal. Jika klinik tutup jam 9.00 malam, 8.30 malam dia sudah hilang. Dr.
Bekcy dan Murad beri chance. Beruntung Mira Arissa dapat Papa sebaik Johan..
Rumah senyap sunyi. Kemana pula Didi?
Rissa? Johan tertanya-tanya, tidak nampak kelibat Didi mahupun Rissa.
“Takkan dia orang dah tidur, baru pukul
8, isyakpun belum masuk lagi…” Johan bermonolog sendiri.
Namun kaki tetap melangkah menaiki
tangga menuju ke bilik, kerana selalu memang disitulah port Didi sejak dua
menjak ini. Di bilik bersama baby Arissa.
Pintu ditolak perlahan. Dilihat Didi
yang elok sahaja berbaring mengereng, memerhati Rissa yang pulas tidur, comel.
“La…. sayang, apa pulak yang dihadap
budak tu..?. dia tidur, biarkan ajela..” tegur Johan.
Cepat-cepat jari telunjuk Didi singgah
dimulutnya, meminta Johan berhenti berbicara, dan isyarat memintanya bercakap
berlahan.
“Sayang.. tak payahlah nak hadap si
Rissa tu..” ulang Johan, tetapi kali ini dengan nada berbisik. Hanya untuk Didi
seorang yang mendengar. Johan duduk ditubir katil dan Didi dan Rissa di
hamparan.
Johan cuba membelai pipi comel anaknya,
tetapi ditepis perlahan oleh Didi.
“Abang jangan ganggu budak tu, kan dia
sedang tidur tu..” bisik Didi pula.
“Comel kan dia..” sambung Didi juga
dalam nada berbisik. Johan cebik muka.
“Anak siapa?. Mestilah comel.” Johan
menjawab dengan nada bangga.
“Kita dinner apa malam ni” tanya Johan
lagi.
“Hemm…” Didi tidak ada jawapan kepada
soalan Johan yang senang itu.
.”Didiiii, don’t tell me, another maggi
night!..” kata Johan, kerana sejak kehadiran Arissa, Didi malas hendak memasak.
Tugasnya hanya menelek anaknya, sebaik sahaja diambil dari pusat jagaan. Dia
selalu pulang awal, semata-mata hendak bersama dengan anaknya. Kerja rumah
culas.
Didi hanya memandang Johan yang
meleraikan tali lehernya dan disangkutnya di penyangkut baju.
Johan sudah faham, jika Didi sudah tidak
ada jawapan maknanya memanglah dia terpaksa menelan manggi malam ini. Makanan
yang sangat dia anti, pada satu ketika. Kini dia mempunyai stok
berbungkus-bungkus dan ada berbagai perasa.
“Didi tak masak ya? Kalau macam tu,
abang keluar pergi beli kat gerai Mak Limah ajelah..Didi nak apa?” tanya Johan,
mengerti Didi pasti akan minta Johan membungkus untuknya.
“Terima kasih bang, saya seperti biasa,
satu lauk dan 2 jenis sayur.. apa-apapun boleh..” tersenyum Didi kearah Johan
yang longlai berjalan keluar.
Satu lagi malam yang dia akan makan nasi
bungkus dan pastinya bersendirian didapur. Nasi bungkuspun nasi bungkuslah, dari telan
maggi.
Johan terfikir hendak menegur Didi,
tetapi dia mahu memberi masa kepada Didi. Mungkin kerana Didi teruja hendak menjadi
seorang ibu, yang membuatkan dia berperangai sedemikian. Memberi perhatian yang
terlebih kepada Arissa dan mengabaikan Johan. Seminggu dua ini Johan akan
bersabar, tetapi jika perkara ini berterusan, dia terpaksa menegur juga Didi
sebelum ia tersasar jauh.
Johan rindukan Didi yang dulu. Didi yang
manja, Didi yang sentiasa bermesra dengannya, Didi yang sentiasa melayan
kehendaknya, Didi yang sentiasa ada didepan pintu menyambutnya pulang, Didi
yang suka merajuk dan tanpa jemu akan dipujuknya. Didi yang cantik menawan yang
sentiasa membuat jantungnya bergetar, Didi yang memasak untuknya, Didi yang
menyediakan pakaiannya..waimahnya Didi segala-galanya.
Tetapi kini Didinya sudah hilang, tiada
Didi yang menunggunya pulang, tiada Didi yang menunggunya dengan minuman, tiada
Didi menyediakan makanannya, tiada Didi yang menyediakan pakaiannya..kemana agaknya
Didinya hilang.
Johan sudah ada jawapan, Didinya bukan
hilang, tetapi di culik oleh Arissa. Sibayi kecil yang baru beberapa minggu
melihat dunia. Sampai hati kau Arissa. Tapi! Sebab papa sayang kedua-dua
perempuan ini, penculik dan yang kena culik, papa rela beralah.
Seminggu ini, jika tidak makan mee
segera, ke gerai Mak Limah jawabnya yang menyediakan makanan untuknya.
Pakaiannya pula, terpaksa diseterikanya sendiri, kadangkala pakaian Didipun dia
juga yang tolong seterikakan. Didi hanya sebok menyediakan kelengkapan dan
peralatan Arissan untuk dibawa ke pusat jagaan. Sarapan tak usah cerita, no
more toast and no more morning coffee. Jika dahaga, terpaksa teguk air mineral
sementara membeli sarapan di gerai.
Baru beberapa minggu berlalu. Berapa lama
agaknya Johan akan bertahan dengan perubahan ini. Sebulan, dua bulan, enam
bulan, setahun..on.. and so on…Tidak tahu bila akan muncul noknahnya.
Didi oh Didi, segera kembali…jangan
lama-lama menghilang Johan tidak sanggup berterusan begini.
****
“Macammana life kau sekarang ni sejak
jadi bapa bro?…” tanya Ilham sewaktu duduk dibangku selepas bermain tenis. Johan
sekarang sering ke padang tenis, jika ada masa terluang. Selalunya atas
arrangement Ilham, kini atas permintaan dirinya. Lain dari Johan yang dahulu, jika
dulu banyak masa dihabiskan bersama Didi. Tetapi kini, masa Didi sudah beralih
melayan Arissa, bukan melayan Johan.
“Macam biasa..sama macam kau, bila dah
jadi bapa, sebok dengan sikecil la..”
Johan berbohong kepada kawan karibnya. Bohong sunat, kesah kepincangan rumahtangganya
harus ditutup rapat, itu rahsia dia suami isteri.
“Betul ke?, yang kau tiap hujung minggu ajak aku ke padang
tenis ni apa kes? Nak mahu bermain dengan anak kau ke?” Ilham bertanya sekali
gus memerli Johan.
“Dah hari-hari bermain dengan Arissa,
hujung minggu biarlah Didi yang handle..sekurang-kurangnya Didi tak kacau aku,
aku boleh buat apa aku suka. Kalau tak tu, hujung minggu dia nak berkepit
dengan aku aje. Shoping, shoping, shoping.. sampai tak tahu apa yang hendak
dibeli lagi.. aku rasa semua dah ada, bukan kau tak tahu? Perempuan!” jawab
Johan sambil tersengeh. Ilham juga turut gembira mendengar jawapan kawannya.
Pasal soal shopping, isterinya pun sama. Agaknya spesis yang dipanggil
perempuan, memang mempunyai satu hobby yang unik.. hobby suka menipiskan wallet
spesis yang dipanggil lelaki.
“Baguslah bro, kalau macam tu..” jawab Ilham.
Johan lega dapat mengelak dari memberi
gambaran sebenar apa yang dia sedang alami. Dia rasa sunyi sebenarnya. Walaupun
kehadiran seorang lagi insan didalam hidupnya sepatutnya menambah kegembiraan
kepada dirinya, tetapi dia silap rupanya. Itulah…”one is lonely two is company and
three is a crowd”.
“Okeylah Joe.. aku kena balik ni..
kasihan Suzie dan Lia. Suzie pun tengah tunggu hari aje tu..” tersenyum Ilham
kerana menunggu kelahiran anak keduanya.
Johan bangun perlahan. Apa lagi yang
hendak dilakukannya. Siang masih panjang, hendak pulang, Didi asyik sebok
dengan Rissa. Jika dia hendak bermain dengan Rissa, Didi selalu mengawal.
Bagaikan Rissa hanya anak dia seorang, bukan anak mereka berdua. Ishy..susah.
“Seronok tadi Didi tengok, Rissa dah
pandai senyum bang..” kata Didi didalam kereta, Didi meminta Johan
menghantarnya kepejabat kerana kerana Didi masih dibengkel untuk diservis.
“Hemm.. abangpun tengok jugak.. comel
anak kita..” kata Johan, tidak sudah-sudah memuji kecomelan anaknya.
“Ahah.. memang comel, hari-hari Didi
rasa tak sabar nak balik, nak tengok dia, nak bersama dengan dia..” kata Didi
dengan nada gembira.
“Sayang.. tak kesahlah kalau Didi nak
bersama dengan Rissa 24 jam, tapi tanggungjawab pada abang, jangan pulak Didi
abaikan..” gesa Johan, bercakap tanpa melihat wajah Didi.Pandangan dilontarkan
kehadapan. Kenalah dia berhati-hati dan focus, kerana sedang memandu. Tetapi
sebenarnya, tidak mahu melihat reaksi si isteri. Sama ada dia boleh menerima
teguran itu atau tidak.
“Mana ada? Sama aje Didi jaga abang
macam dulu!” jawab Didi.
“Mana adanya apa? Didi dah berubah..
banyak berubah. Kalau dulu Didi masak for dinner, sekarang dapur dah tak
berasap. Dulu Didi prepare pakaian abang.. sekarang abang yang kena buat sendiri” Johan hanya menyebut dua
perkara.
Rasanya cukuplah dahulu, perkara major
dibangkitkan. Jika diikutkan senarai yang terbuku didadanya, mahu mereka tidak
sampai kepejabat.
“Ala.. bang, Didi mana ada masa nak buat
itu semua.. dulu Didi tak ada budak nak jaga. Sekarang ni siapa nak jaga
Rissa?” jawab Didi.
Johan hanya diam. Nampaknya Didi memang
tidak perasan yang dia sudah jauh tersasar. Dia sudah lupa tanggungjawabnya.
Bagaimanalah agaknya cara yang terbaik untuk menegur si isteri tersayang. Johan
sayang kepada kedua-dua perempuan yang hadir didalam hidupnya. Tidak sedetikpun
Johan ada menyimpan rasa ralat mengambil Didi sebagai isterinya. Tidak sedetik
juga Johan rasa ralat Arissa muncul didalam hidupnya. Itu kata Johan di saat
dan detik ini. Di saat dan detik akan mendatang?
Wallahualam!
2 comments:
emm......mula-mula memang teruja jadi ibu, tapi bila anak dah berderat, budak tu menangis pun buat tak dengar aje.....
Saya cuma berpengalaman beranak satu, jadi saya tidak dapat bayangkan ibu yang beranak ramai. Mungkin ada benarnya pendapat Puan Maziah. Bila badan dah penat, memang tidak kuasa melayan budak menangis.
Post a Comment