Wednesday 21 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 40 dan 41

On your mark, get set... GO!!!
Go! Honey Go!...


BAB 40


Puan Fatihah menghampiri Aqram yang sejak pulang dari Melaka hanya berdiam dan mengadap komputer ribanya yang sudah di hidupkan di atas meja sofa.

“Apa khabar orang Melaka..mereka sihat?” tanya puan Fatihah.

“Sihat.. dia orang kirim salam pada semua..” jawab Aqram

“Hani?” tanya puan Fatihah lagi. Aqram sudah dapat rasakan, mama bertanya, bukan sekadar bertanya, bertanya ada makna.

“Apa kata Hani tentang nikah gantung tu, Am..” aduhhhh, kan dah kata.. sudah muncul soalan cupumas yang disuarakan oleh Puan Fatihah.
“Dia belum beri jawapan lagi..” mata masih di skin komputer ribanya, tangan lingat menekan papan kekunci. 

Rasanya betullah jawapan yang telah diberi Aqram. Harap mama tidak menyoalnya lagi. Jari masih menekan kekunci, entah abjad apa yang di tekan, janji mata tidak memandang ke wajah Puan Fatihah, sudah tidak tahu apa jawapan yang hendak diberi lagi.
“Nampak gaya macammna… dia setuju ke tidak..” aduhhh nampaknya Puan Fatihah masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberi, masih mengharap jawapan yang positif dari Hani.
“Entahlah Ma, Am tak dapat nak pasti, dia setuju ke tidak…” yang dia perasan sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, Hani sudah tidak marahkannya lagi, dan dia mahu kekalkan begitu. Meninggalkan orang yang di sayanginya berwajah ceria, itu sudah cukup membuat dia merasa lega.
Berilah dia masa, nanti dapatlah dia jawapannya. Apa-apa pun jawapan yang bakal diberi oleh Hani, dia akan terima.  Setuju atau tidak, tidak menjadi masalah besar baginya. Kalau ada jodoh, pasti Hani menjadi haknya cuma masa sahaja yang tidak dapat dipastikan. Jodoh itu ialah rahsia ALLAH. Aqram dan Hani sepatutnya redha dengan percaturan yang telah diatur olehNYA.
Kemudian Aqram tersenyum sendiri. Aqram rasa hendak tergelakpun ada. Bila sahaja dibangkitkan soal nikah gantung, merah padam muka Hani, tapi tetap kelihatan comel, melihat wajah Hani tatkala itu. Hani.. Hani.. apa akan jadi jika kau bukan milik ku..bisik Aqram. Dia tunduk.
“Dah sudah-sudahlah tu..” Puan Fatihah menegur Aqram yang tersenyum-senyum sendiri sambil puan Fatihah mengeleng-gelengkan kepala. Lalu dia bangun meninggalkan anaknya menuju ke tingkat atas. Sedikit kecewa kerana tidak mendapat jawapan pasti dari Hani. Namun dia  mengerti anaknya yang sedang dilamun cinta sekarang ini, yang dia hendak sebuk kenapa? Biarkanlah hal orang muda, pandailah nanti mereka mengaturnya. Dia mengerti, dia juga pernah muda, satu ketika dahulu dan tahu bagaimana perasaan orang yang tengah khayal bercinta. Mengenai soal nikah gantung,  hanya perlu bersabar, lambat atau cepat, Hani tetap akan menjadi menantunya, insyallah dengan izinya jua.
“Welcome to our family Hani, insyallah“ bisik Puan Fatihah.
Lain pula kesah Aqram di tingkat bawah yang senyum tak sudah. Tersenyum seribu makna, kalaulah Hani setuju!

***

Hani  berdiri di depan tingkap biliknya, menolak perlahan dedaun tingkap. Tingkap dibuka kerana malam ini cuaca agak panas. Sehinggakan kipas yang berputar ligat di syiling tidak dapat melawan kehangatan malam. Adakah benar cuaca yang panas atau diri sendiri yang panas. Panas oleh permintaan Aqram disiang harinya.
Anak-anak rambut Hani yang sedikit terlerai dari ikatan ikat kuda rambutnya sesekali beralun, dialun dek hebusan angin yang hanya sesekali sahaja berhembus. Lega di rasakan setiap kali angin sepoi menjamah wajahnya yang puteh bersih.
Kedengaran ketukan kecil di pintu bilik, terjegah wajah ibu tanpa perlu mendapat kebenaran si ampunya bilik.  
“Tak tidur lagi ke Hani..?” tanya Kasmah.   Hani menoleh kearah ibunya.
”Belum bu, panas pulak malam ini..” secara spontan wajah di tala kearah suara ibu dengan senyuman.
“Ha ah.. ibupun rasa panas juga … jangan lupa kunci tingkap tu bila hendak tidur nanti” bersetuju dengan kenyataan Hani.  
Hanya anggukan tanda akur. Pintu bilik tertutup, pergi bersama wajah ibu.
Janjinya untuk menjawab permintaan Aqram bermain di kepala.
Hani mengaku memang sayangkan Aqram kini. Jika dahulu hanya separuh hati, tetapi kini sudah hampir sepenuhnya. Memang rasanya Hani juga tak mampu berpisah dengan Aqram cuma, Cuma untuk menjadi isterinya sekarang mungkin agak tergesa-gesa. Namun apabila mengenangkan betapa gembiranya wajah ibu dan abah apabila permintaan itu diajukan, Hani rasa sayu… perlukah dia berkorban dan menerima permintaan itu demi kegembiraan abah dan ibu. Bukannya minta berkhidmat di medan perang pun!! Yang kena bawa senjata bagai.. Permintaan suruh kahwin, apa yang susah sangat tu? Berat sangat ke permintaan Aqram? Sepatutnya Hani seharusnya gembira, ada lelaki yang gentleman seperti Aqram mengusulkan untuk nikah segera? Apa lagi masalahnya. Hanya satu cara sahaja yang tinggal.. istikharah.. ya istikharah, hanya DIA yang dapat membantu memberi petunjuk. Insyallah akan ditunaikannya, insyallah semoga mendapat petunjuk dariNYA. Aminn..
 Mungkin juga ini takdir? Takdir yang telah disuratkan untuknya. Takdir yang telah disusun begitu cantik oleh DIA untuk semua hambaNYA. Ya ALLAH ya tuhanku..hanya kau yang maha besar lagi Maha mengetahui. Jika ini yang tersurat untuk ku, aku redha. Banyak betul persoalan yang tidak berjawab di fikiran Hani.
Tingkap Hani tutup perlahan. Hani membaringkan diri dengan memeluk bantal golek memandang ke syiling yang hanya kelihatan kipas angin berputar ligat. Lamunan terhenti, di kejutkan oleh deringan telefon bimbit. Hani memang sudah mengetahui siapa pemanggilnya kerana sudah menjadi kebiasaan menerima panggilan diwaktu  waktu begini kecuali 2 hari kebelakangan ini. Talian dijawab lembut dengan salam. Perbualan sepasang kekasih bermula. Hani sesekejap memeluk bantal, sesekejap menggulingkan badan, di atas katil dengan telefon bimbit melekap di telinga. Sekejap di telinga kanan, sekejap di telinga kiri. Panjang bualannya. Nada suara yang lembut dan sesekali terdengar gelak ketawa halus. Entah apa yang mencuit hati, hanya mereka berdua yang tahu.
Malam ini isu nikah gantung tidak dibangkitkan langsung. Memang Hani mengelak daripada isu ini di jadikan topik. Nampaknya Aqram juga bertindak sedemikian. Biarkanlah .. tidak mahu merosakkan suasana yang indah malam ini. Kehangatan malam sudah  tidak dirasa, hilang serta merta di gantikan dengan kedinginan yang muncul tiba-tiba.  Yang pasti Hani akan memberi jawapan sekiranya dia sudah bersedia, setelah mendapat petunjuk dariNYA .




Bab 41

Seminggu lagi Hani akan pulang ke Cape Town. Tetapi hatinya sangat berat hendak meninggalkan tanah air.  Seperti ada sesuatu yang akan ditinggalkan sekiranya dia pergi, sesuatu yang amat berharga buat dirinya. Gerak hati yang di rasakan semenjak istiqarah 3 malam berturut-turut.
Telefon bimbit dicapai. Jari lembut menekan kekunci dengan laju.
 “Seina, I have changed my schedule. Will not coming home next week,  staying until end of February for another more 2 months. Seina, I have good news to tell. I’m getting married!” pesanan ringkas kepada Seina, tidak perlu lama menunggu, beberapa minit jawapan balas diterima.
“What!! Seriously sister.. I’m happy for you… at last you found a man in your life..I’m really really happy for you, I will inform ummi about this. Who is that lucky guy! You just stay there and inform me when you are ready to come home.. We will be waiting for you and your other half here. Congrats sis” Hani tersenyum membaca balasan dari Seina.
Orang yang sangat sangat sangat gembira mendengar keputusan Hani untuk bersetuju bernikah selain dari ibu dan ayah sudah pastinya Aqram. Memang sungguh dia menarik nafas panjang dan lega malam semalam dan hampir terjatuh dari katilnya semasa Hani memberikan kejutan menerima cadangan untuk mereka nikah. Bukan nikah gantung, kenapa perlu gantung gantung. Dalam Islam mana ada istilah nikah gantung ni.. tetapi nikah… N.I.K.A.H
Tarikh yang Hani tetapkan ialah 14 Februari, iaitu tarikh Valentine, hari kekasih orang Kristian, tetapi Hani memilih tarikh tersebut bukan kerana Hari Kekasih tersebut, tetapi kerana tarikh tersebut jatuhnya pada hari Jumaat. Ingin mendapat berkat Penghulu segala hari, hari Jumaat. Senang hendak ingat tarikh anniversary katanya. Aqram bersetuju apa sahaja tarikh yang Hani pilih asalkan Hani menerimanya sebagai suami. Hari apapun dia setuju, tarikh dan hari yang dipilih tidak penting baginya, yang penting majlis nikah dilaksanakan…Amin..
Keesokkan harinya Puan Fatihah terus menelefon Ariena D’Belai Bridal Creation, kepunyaan anak kawannya. Puan Fatihah betul-betul gembira, gembira Hani bakal menjadi menantunya, dan akan menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya. Hendak buat majlis betul-betul meriah sebab hendak menyambut menantu sulung katanya. Yang paling teruja ialah Ain, akhirnya Hani akan menjadi kakak iparnya.
Bagi pihak keluarga Puan Kasmah, majlis dibuat sama seperti perkahwinan Hani bersama Khasif dahulu, konsep yang sederhana, ini adalah diatas permintaan Hani yang tidak mahu majlis besar-besaran diadakan. Jika mengadakan majlis nikah di masjid sahajapun dia rela. Masa hanya tinggal sebulan setengah sahaja untuk menyiapkan semua persiapan daripada tempahan kad jemputan, tempahan baju bersanding, baju nikah, majlis resepsi, dan lain-lain. Tidak menang tangan juga kedua-dua belah keluarga membuat persediaan. Sekejap Puan Kasmah menalefon Puan Fatihah, sekejap Puan Fatihah pula mencari Puan Kasmah.  Masing-masing mahu majlis anak-anak mereka menjadi ingatan indah buat mereka semua. Bagi Hani, atur sahajalah apa saje agar mengembirakan mereka, dia sedar statusnya. Dia juga sangat terharu, Aqram sanggup menerima dirinya seadanya.
Penghujung bulan Januari Puan Fatihah meminta Hani ke rumahnya sekali lagi untuk dibawa bagi mencuba pakaian pengantin yang telah ditempahnya khas untuk Hani dan Aqram juga bagi sesi berphoto. Warna tema yang dipilih ialah warna topaz biru dan kelabu. Satu kombinasi yang cantik dan menarik. Itu pilihan Puan Fatihah. Beriya-iya benar dia dengan persiapan ini. Mahu tidaknya, dia terpaksa menunggu satu jangka masa yang cukup panjang, 33 tahun. Jika dulu dia hanya membantu teman-temannya membuat persiapan perkahwinan anak mereka, kini giliran dia pula.
“Hani dah siap ke? Jangan lupa bawa sikit pakaian, mama dah pesan, nanti Am kena leter, Am dah tak sanggup!” Aqram mengingatkan Hani semasa menjemput Hani di Melaka. Kali ini tidak lupa memesan soal pakaian.
“Sudah, saya sudah bawa baju sikit” Pandangan Aqram kepada tunangnya yang sedang mengheret beg leret kabin keluar dari biliknya.  Hani menghabiskan hujung minggu ini buat kali kedua di rumah keluarga Aqram. Jika kali pertama kerana terpaksa dan tanpa apa-apa ikatan, tetapi kini sebagai tunangan Aqram. Title Puan Fatihah bertukar menjadi untie Fatihah, dan sedikit masa nanti akan bertukar kepada mama Fatihah pula.
Hei! What’s wrong…is something wrong with me?” tegur Hani apabila perasan Aqram memandangnya tidak berkelip semasa dia keluar dari bilik, berseluar jeans denim dengan kemeja T berwarna cream menutup leher. Tidak bertudung bawal seperti selalu, hari ini tetapi memakai skaf ikatan ala Hana Tajima.  Tetap menutup leher dan dada. Tersentak dari terpegun Aqram meletakkan surat khabar yang sedang dibacanya dan bangun berjalan perlahan menuju kearah Hani dan berbisik ke telinga. Terlalu dekat sehingga Hani boleh terasa nafas yang di helanya.  
“Hani, you really look beautiful, my heart beat faster every time I see you, really!  nasib baik Hani setuju terima Am. Kalau tidak mati kempunan tak dapat Hani sebagai isteri selamba sahaja lelaki ini meluahkan pandangannya, merah padam muka Hani mendengar kata-kata Aqram.
“Sudah mabuk ke apa Am ni..” kata Hani perlahan. Tetapi hatinya gembira mendapat pujian dari orang tersayang.
 “Jangan buat macam tu, buat saya rasa seram sejuk, ingatkan apa tadi” kata Hani
”Ye ke?, it’s the truth Hani, I really mean what I said..” jawab Aqram.
Gurauan mereka diperhati oleh Puan Normah, tersenyum dia dengan perlakuan anak perempuan dan bakal menantunya.
“Ibu, saya pergi.. Ahad nanti balik insyallah…” termalu Hani dan terus tangan dihulur dan disambut lalu dicium, begitu juga tangan abah.
Aqram berbuat perkara yang sama. Insiden sebentar tadi mungkin disaksikan ibu kerana ibu muncul tiba-tiba sambil tersenyum. Aqram juga termalu dan terus mengheret beg leret karbin Hani, terus memasukkan ke bonet kereta. Hani apatah lagi! Segan dengan kedua orang tuanya.
“Bawa kereta tu hati-hati, awak berdua tu darah manis..” nasihat dari ibu.
Hani dan Aqram hanya tersenyum dan masuk ke dalam kereta. Ayah dan ibu memerhati Honda City Aqram beredar perlahan meninggalkan halaman.
Sesampainya dirumah, sudah hampir 10.00 malam, tetapi mama dan papa masih berada di bangku di taman mini  mungkin menunggu mereka.
“Kenapa lewat sampai, mama call Melaka tapi kata ibu, dah keluar lepas asar..risau mama ini, Am tu bawa anak orang. Tanggungjawab besar tu..” tegur Puan Fatihah  bertanya ingin tahu, sebaik sahaja kedua-duanya keluar dari perut kereta.
“Kami singgah minum petang di R&R Alor Gajah lepas tu singgah dinner di R&R Nilai” jawab Aqram sambil melabuhkan punggungnya di bangku batu bersebelahan mama.
“Ooohh.. patutlah lambat, 2 kali singgah.. dah makanlah ni.., kalau belum makan, makanan masih ada, minta Mak Ara panaskan lauk aje la”
“Tak apa untie, Hani dah kenyang, Am Hani tak tahulah?” jawab Hani
“Mama..mana pulak untie, kena belajar panggil mama, tinggal berapa minggu aje lagi nak jadi ahli keluarga kami…” tegur Puan Fatihah meminta Hani terus sahaja memanggil dirinya mama.
“Ya lah mama..Hani belum jadi ahli kelaurga yang sah lagi mama ”kata Hani
“Ya, mama tahu, cuma tunggu masa aje..“ kata Puan Fatihah lagi. 
"Am pun dah kenyang ke?" tanya Puan Fatihah
 "Am pun dah kenyang, kenyang pandang Hani.." kata Aqram.
“Dah tu, mari masuk, bertuah punya budak!” kata Encik Mansor.
Aqram mengheret beg leret karbin Hani masuk ke dalam dan terus ke bilik tetamu, sudah mengetahui itulah bilik Hani buat masa ini.
Tanpa membuang masa, mama, papa, Hani dan Aqram duduk di sofa di ruang tamu membincangkan perancangan esok ke Arena D’Belai Wedding Creation yang terletak di Bangsar. Memandangkan esok juga sessi berphoto sudah tentu mengambil masa sehari suntuk. Mereka perlu mendapat rehat yang cukup, supaya tidak kelihatan letih semasa sessi berphoto nanti. Nanti gambar yang akan diabadikan seperti pengantin kena paksa kahwin pula. Setelah habis berbincang masing-masing terus masuk ke bilik untuk merehatkan badan secukupnya. Namun routine Aqram menalifon Hani sebelum tidur  tetap di teruskan. Baru beberapa minit berpisah,  tetapi rasa rindu tetap dirasakan.

Seperti yang di bincangkan malam tadi, selepas bersarapan jam 7.30 pagi mama, Aqram dan Hani ke Areana D’Belai Creation. Papa tidak mengikut mereka kerana sudah berjanji hendak bermain golf dengan teman-teman perniagaannya. Golf lagi penting, inilah masa berkumpul bersama teman, berbincang hal-hal perniagaan. Urusan orang muda, biarkan sahaja diuruskan oleh orang muda. Puan Fatihah juga ada, sudah cukup.
Memandangkan hari cuti, tiada kesesakan jalanraya berlaku, mereka sampai seperti yang dijadualkan. Areana, anak Datin Mishah sudah menunggu mereka.
Memang penat, lepas satu pakaian ke satu pakaian dicuba dan yang mana sesuai terus ke sessi berphoto. Dengan solekan sederhana, Hani dan Aqram memang pasangan yang sama cantik dan sama lawa. Berbagai gaya dilakukan. Sekejap mereka diminta berpimpin tangan, sekejap Aqram diminta memeluk pinggang Hani, sekejap mereka di minta mengadap sambil mata bertentang mata, sekejap Aqram diminta memegang bahu Hani. Gaya-gaya begini betul-betul menduga perasaan mereka yang sedang bergelora dengan api cinta. Tidak dapat dikatakan dengan perkataan, terutama apabila mereka bersentuhan, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa lajunya degupan jantung mereka mengepam darah ke kepala. Berapa kali rasa nak pengsan Hani dibuatnya. Mana tidaknya, jurugambar meminta Aqram memeluk erat pinggang Hani dari belakang dan melabuhkan dagu di bahu Hani sehingga boleh terasa dengupan jantung Aqram yang juga berirama sama kencangnya. Jika Khasif yang memeluknya tatkala ini pasti pelukan akan menerima balasan, tetapi lelaki yang memeluknya sekarang bukan Khasif, pelukan dari Aqram, lelaki yang belum  lagi menjadi suaminya yang sah. Ishy… jurugambar ni, bilalah agaknya nak selesai. Itu belum lagi pose di mana Aqram mengendung Hani sambil Hani memegang bunga bouquet.
“Hisy.. kerana terpaksa aku relakan“ bisik hati kecil Hani.
Mama sungguh gembira melihat Hani dan Aqram dengan persalinan-persalinan yang telah dipilih. Tambah-tambah lagi dilihat Hani dan Aqram nampak gembira jelas kelihatan dari sinar mata kedua-duanya yang bersinar. Juruphoto memberikan komen yang mereka pasangan yang romantis dan pasangan yang cantik. Walaupun  tidak pernah memperagakan sebarang  pose sebelum ini, tetapi mereka mampu memberi pose yang sangat cantik, macam profesional, hanya dengan sedikit panduan. Tersenyum lebar mama dengan pujian yang diterima. Tersenyum kerana yakin Hani memang pilihan yang tepat buat anak bujangnya.
Kad jemputan telah diedar sebulan yang lalu. Mama mengatakan hanya resepsi menyambut menantu, tetapi dengarnya hampir 2000 kad jemputan dilayangkan. Puhh.. muat ke dengan 7 khemah yang di tempah? Jamuan sebelah siang hanya untuk jiran dan kaum keluarga disebelah papa dan mama yang berlangsung di rumah. Di sebelah malam pula resepsi untuk rakan-rakan perniagaan dan jemputan istimewa akan diadakan di hotel Singgahsana. Banyak belanja dijangka keluar dari poket, entah siapa.. poket Encik Mansor atau Aqram?
Areana D’Belai Creation juga telah diamanahkan untuk menyediakan segala kelengkapan dari urusan pelamin sehingga ke urusan makanan mengikut menu yang sudah dipilih mama dan papa.  Shimah sebagai pengapit perempuan. Endros teman baik  Aqram sebagai pengapit lelaki. Mereka akan memakai pakaian sedondon. Tiada flower girl nampaknya, kerana tiada anak buah perempuan mahupun anak buah lelaki dikedua-dua belah pihak yang berusia kurang dari 8 tahun, yang ada hanya beberapa bayi yang masih bertatih untuk berjalan, anak sepupu Aqram. Anak Jeslina, anak siapa lagi?
Perlukah semua itu? Itulah.. semua rancangan dan kehendak puan Fatihah. Jika itu mengembirakannya, apa salahnya. 


5 comments:

Anonymous said...

alololololo .... sweetnya aqraammmm ..... best la cik rose .... nak lagi ..hehehhehe

Rose Ezadora said...

Esoklah..malam ni saya buat rangkanya. okie dokie..

Rose Ezadora said...

Saya tambah satu episod, kepada pembaca awal, tentu terkejut, tiba-tiba ada dua episod. Kerana hendak jadikan flow cerita logik sikit.. ia ke? he..he..he.. perasan

Anonymous said...

ok la tu .. bst!

sufi_jamal said...

dah ptg baru dapat jengah tpi berbaloi dpat bca 2 bab dan happy story trima ksih