Go! Honey Go!...
BAB 40
Puan Fatihah menghampiri Aqram yang sejak pulang dari
Melaka hanya berdiam dan mengadap komputer ribanya yang sudah di hidupkan di
atas meja sofa.
“Apa khabar orang Melaka..mereka sihat?” tanya puan
Fatihah.
“Sihat.. dia orang kirim salam pada semua..” jawab
Aqram
“Hani?” tanya puan Fatihah lagi. Aqram sudah dapat
rasakan, mama bertanya, bukan sekadar bertanya, bertanya ada makna.
“Apa kata Hani tentang nikah gantung tu, Am..” aduhhhh,
kan dah kata.. sudah muncul soalan
cupumas yang disuarakan oleh Puan Fatihah.
“Dia belum beri jawapan lagi..” mata masih di skin
komputer ribanya, tangan lingat menekan papan kekunci.
Rasanya betullah jawapan yang telah diberi Aqram. Harap
mama tidak menyoalnya lagi. Jari masih menekan kekunci, entah abjad apa yang di
tekan, janji mata tidak memandang ke wajah Puan Fatihah, sudah tidak tahu apa
jawapan yang hendak diberi lagi.
“Nampak gaya macammna… dia setuju ke tidak..” aduhhh
nampaknya Puan Fatihah masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberi, masih
mengharap jawapan yang positif dari Hani.
“Entahlah Ma, Am tak dapat nak pasti, dia setuju ke
tidak…” yang dia perasan sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, Hani sudah
tidak marahkannya lagi, dan dia mahu kekalkan begitu. Meninggalkan orang yang
di sayanginya berwajah ceria, itu sudah cukup membuat dia merasa lega.
Berilah dia masa, nanti dapatlah dia jawapannya.
Apa-apa pun jawapan yang bakal diberi oleh Hani, dia akan terima. Setuju atau tidak, tidak menjadi masalah
besar baginya. Kalau ada jodoh, pasti Hani menjadi haknya cuma masa sahaja yang
tidak dapat dipastikan. Jodoh itu ialah rahsia ALLAH. Aqram dan Hani sepatutnya
redha dengan percaturan yang telah diatur olehNYA.
Kemudian Aqram tersenyum sendiri. Aqram rasa hendak
tergelakpun ada. Bila sahaja dibangkitkan soal nikah gantung, merah padam muka
Hani, tapi tetap kelihatan comel, melihat wajah Hani tatkala itu. Hani.. Hani..
apa akan jadi jika kau bukan milik ku..bisik Aqram. Dia tunduk.
“Dah sudah-sudahlah tu..” Puan Fatihah menegur Aqram
yang tersenyum-senyum sendiri sambil puan Fatihah mengeleng-gelengkan kepala. Lalu
dia bangun meninggalkan anaknya menuju ke tingkat atas. Sedikit kecewa kerana
tidak mendapat jawapan pasti dari Hani. Namun dia
mengerti anaknya yang sedang dilamun cinta sekarang ini, yang dia hendak
sebuk kenapa? Biarkanlah hal orang muda, pandailah nanti mereka mengaturnya.
Dia mengerti, dia juga pernah muda, satu ketika dahulu dan tahu bagaimana
perasaan orang yang tengah khayal bercinta. Mengenai soal nikah gantung, hanya perlu bersabar, lambat atau cepat, Hani
tetap akan menjadi menantunya, insyallah dengan izinya jua.
“Welcome to our family Hani, insyallah“ bisik Puan
Fatihah.
Lain pula kesah Aqram di tingkat bawah yang senyum tak
sudah. Tersenyum seribu makna, kalaulah Hani setuju!
***
Hani berdiri di depan tingkap
biliknya, menolak perlahan dedaun tingkap. Tingkap dibuka kerana malam ini
cuaca agak panas. Sehinggakan kipas yang berputar ligat di syiling tidak dapat
melawan kehangatan malam. Adakah benar cuaca yang panas atau diri sendiri yang
panas. Panas oleh permintaan Aqram disiang harinya.
Anak-anak rambut Hani yang sedikit terlerai dari ikatan ikat kuda
rambutnya sesekali beralun, dialun dek hebusan angin yang hanya sesekali sahaja
berhembus. Lega di rasakan setiap kali angin sepoi menjamah wajahnya yang puteh
bersih.
Kedengaran ketukan kecil di pintu bilik, terjegah wajah ibu tanpa perlu
mendapat kebenaran si ampunya bilik.
“Tak tidur
lagi ke Hani..?” tanya Kasmah. Hani
menoleh kearah ibunya.
”Belum
bu, panas pulak malam ini..” secara spontan wajah di tala kearah suara ibu
dengan senyuman.
“Ha ah..
ibupun rasa panas juga … jangan lupa kunci tingkap tu bila hendak tidur nanti”
bersetuju dengan kenyataan Hani.
Hanya
anggukan tanda akur. Pintu bilik tertutup, pergi bersama wajah ibu.
Janjinya
untuk menjawab permintaan Aqram bermain di kepala.
Hani
mengaku memang sayangkan Aqram kini. Jika dahulu hanya separuh hati, tetapi
kini sudah hampir sepenuhnya. Memang rasanya Hani juga tak mampu berpisah
dengan Aqram cuma, Cuma untuk menjadi isterinya sekarang mungkin agak
tergesa-gesa. Namun apabila mengenangkan betapa gembiranya wajah ibu dan abah
apabila permintaan itu diajukan, Hani rasa sayu… perlukah dia berkorban dan
menerima permintaan itu demi kegembiraan abah dan ibu. Bukannya minta
berkhidmat di medan perang pun!! Yang kena bawa senjata bagai.. Permintaan
suruh kahwin, apa yang susah sangat tu? Berat sangat ke permintaan Aqram?
Sepatutnya Hani seharusnya gembira, ada lelaki yang gentleman seperti Aqram
mengusulkan untuk nikah segera? Apa lagi masalahnya. Hanya satu cara sahaja
yang tinggal.. istikharah.. ya istikharah, hanya DIA yang dapat membantu
memberi petunjuk. Insyallah akan ditunaikannya, insyallah semoga mendapat
petunjuk dariNYA. Aminn..
Mungkin juga ini takdir? Takdir yang telah
disuratkan untuknya. Takdir yang telah disusun begitu cantik oleh DIA untuk
semua hambaNYA. Ya ALLAH ya tuhanku..hanya kau yang maha besar lagi Maha
mengetahui. Jika ini yang tersurat untuk ku, aku redha. Banyak betul persoalan
yang tidak berjawab di fikiran Hani.
Tingkap
Hani tutup perlahan. Hani membaringkan diri dengan memeluk bantal golek
memandang ke syiling yang hanya kelihatan kipas angin berputar ligat. Lamunan
terhenti, di kejutkan oleh deringan telefon bimbit. Hani memang sudah
mengetahui siapa pemanggilnya kerana sudah menjadi kebiasaan menerima panggilan
diwaktu waktu begini kecuali 2 hari
kebelakangan ini. Talian dijawab lembut dengan salam. Perbualan sepasang kekasih bermula.
Hani sesekejap memeluk bantal, sesekejap menggulingkan badan, di atas katil
dengan telefon bimbit melekap di telinga. Sekejap di telinga kanan, sekejap di
telinga kiri. Panjang bualannya. Nada suara yang lembut dan sesekali terdengar
gelak ketawa halus. Entah apa yang mencuit hati, hanya mereka berdua yang tahu.
Malam ini isu nikah gantung tidak dibangkitkan langsung. Memang Hani
mengelak daripada isu ini di jadikan topik. Nampaknya Aqram juga bertindak
sedemikian. Biarkanlah .. tidak mahu merosakkan suasana yang indah malam ini.
Kehangatan malam sudah tidak dirasa,
hilang serta merta di gantikan dengan kedinginan yang muncul tiba-tiba. Yang pasti Hani akan memberi jawapan
sekiranya dia sudah bersedia, setelah mendapat petunjuk dariNYA .
Bab 41
Seminggu lagi Hani akan pulang ke Cape Town. Tetapi hatinya sangat berat hendak meninggalkan tanah air. Seperti ada sesuatu yang akan ditinggalkan sekiranya dia pergi, sesuatu yang amat berharga buat dirinya. Gerak hati yang di rasakan semenjak istiqarah 3 malam berturut-turut.
Telefon bimbit dicapai. Jari lembut menekan kekunci dengan laju.
“Seina, I have changed my
schedule. Will not coming home next week, staying until end of February for another more 2
months. Seina, I have good news to tell. I’m getting married!” pesanan ringkas kepada Seina, tidak perlu lama
menunggu, beberapa minit jawapan balas diterima.
“What!! Seriously sister.. I’m happy for you… at
last you found a man in your life..I’m really really happy for you, I will inform ummi about
this. Who is that lucky guy! You just stay there and inform me when
you are ready to come home.. We will be waiting for you and your other half
here. Congrats sis” Hani tersenyum membaca balasan dari Seina.
Orang
yang sangat sangat sangat gembira mendengar keputusan Hani untuk bersetuju
bernikah selain dari ibu dan ayah sudah pastinya Aqram. Memang sungguh dia
menarik nafas panjang dan lega malam semalam dan hampir terjatuh dari katilnya
semasa Hani memberikan kejutan menerima cadangan untuk mereka nikah. Bukan nikah gantung, kenapa
perlu gantung gantung. Dalam Islam mana ada istilah nikah gantung ni.. tetapi nikah… N.I.K.A.H
Tarikh yang Hani tetapkan ialah 14 Februari, iaitu tarikh Valentine, hari
kekasih orang Kristian, tetapi Hani memilih tarikh tersebut bukan kerana Hari
Kekasih tersebut, tetapi kerana tarikh tersebut jatuhnya pada hari Jumaat.
Ingin mendapat berkat Penghulu segala hari, hari Jumaat. Senang hendak ingat tarikh anniversary katanya.
Aqram bersetuju apa sahaja tarikh yang Hani pilih asalkan Hani menerimanya
sebagai suami. Hari
apapun dia setuju, tarikh dan hari yang dipilih tidak penting baginya, yang penting majlis nikah
dilaksanakan…Amin..
Keesokkan
harinya Puan Fatihah terus menelefon Ariena D’Belai Bridal Creation, kepunyaan
anak kawannya. Puan Fatihah betul-betul gembira, gembira Hani bakal menjadi
menantunya, dan akan menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya. Hendak buat
majlis betul-betul meriah sebab hendak menyambut menantu sulung katanya. Yang
paling teruja ialah Ain, akhirnya Hani akan menjadi kakak iparnya.
Bagi
pihak keluarga Puan Kasmah, majlis dibuat sama seperti perkahwinan Hani bersama
Khasif dahulu, konsep yang sederhana, ini adalah diatas permintaan Hani yang
tidak mahu majlis besar-besaran diadakan. Jika mengadakan majlis nikah di
masjid sahajapun dia rela. Masa hanya tinggal sebulan setengah sahaja untuk
menyiapkan semua persiapan daripada tempahan kad jemputan, tempahan baju
bersanding, baju nikah, majlis resepsi, dan lain-lain. Tidak menang tangan juga
kedua-dua belah keluarga membuat persediaan. Sekejap Puan Kasmah menalefon Puan
Fatihah, sekejap Puan Fatihah pula mencari Puan Kasmah. Masing-masing mahu majlis anak-anak mereka
menjadi ingatan indah buat mereka semua. Bagi Hani, atur sahajalah apa saje
agar mengembirakan mereka, dia sedar statusnya. Dia juga sangat terharu, Aqram
sanggup menerima dirinya seadanya.
Penghujung
bulan Januari Puan Fatihah meminta Hani ke rumahnya sekali lagi untuk dibawa
bagi mencuba pakaian pengantin yang telah ditempahnya khas untuk Hani dan Aqram juga
bagi sesi berphoto. Warna tema yang dipilih ialah warna topaz biru dan kelabu.
Satu kombinasi yang cantik dan menarik. Itu pilihan Puan Fatihah.
Beriya-iya benar dia dengan persiapan ini. Mahu tidaknya, dia terpaksa menunggu
satu jangka masa yang cukup panjang, 33 tahun. Jika dulu dia hanya membantu
teman-temannya membuat persiapan perkahwinan anak mereka, kini giliran dia
pula.
“Hani dah siap ke? Jangan lupa bawa sikit pakaian, mama dah pesan, nanti Am kena leter, Am dah tak sanggup!” Aqram
mengingatkan Hani semasa menjemput Hani di Melaka. Kali ini tidak lupa memesan soal pakaian.
“Sudah, saya sudah bawa baju sikit” Pandangan Aqram kepada tunangnya
yang sedang mengheret beg leret kabin keluar dari biliknya. Hani menghabiskan hujung minggu ini buat kali
kedua di rumah keluarga Aqram. Jika kali pertama kerana terpaksa dan tanpa
apa-apa ikatan, tetapi kini sebagai tunangan Aqram. Title Puan Fatihah bertukar
menjadi untie Fatihah, dan sedikit masa nanti akan bertukar kepada mama Fatihah
pula.
“Hei! What’s wrong…is something
wrong with me?” tegur Hani apabila perasan Aqram memandangnya tidak
berkelip semasa dia keluar dari bilik, berseluar jeans denim dengan kemeja T berwarna
cream menutup leher. Tidak bertudung bawal seperti selalu, hari ini tetapi
memakai skaf ikatan ala Hana Tajima. Tetap
menutup leher dan dada. Tersentak dari terpegun Aqram meletakkan surat khabar
yang sedang dibacanya dan bangun berjalan perlahan menuju kearah Hani dan
berbisik ke telinga. Terlalu dekat sehingga Hani boleh terasa nafas yang di helanya.
“Hani, you really look beautiful, my heart beat faster every time I see you, really! nasib baik Hani setuju terima Am. Kalau tidak mati kempunan tak dapat Hani sebagai isteri” selamba sahaja lelaki ini meluahkan pandangannya, merah padam muka Hani mendengar kata-kata Aqram.
“Hani, you really look beautiful, my heart beat faster every time I see you, really! nasib baik Hani setuju terima Am. Kalau tidak mati kempunan tak dapat Hani sebagai isteri” selamba sahaja lelaki ini meluahkan pandangannya, merah padam muka Hani mendengar kata-kata Aqram.
“Sudah
mabuk ke apa Am ni..” kata Hani perlahan. Tetapi hatinya gembira mendapat
pujian dari orang tersayang.
“Jangan buat macam tu, buat saya rasa seram
sejuk, ingatkan apa tadi” kata Hani
”Ye ke?,
it’s the truth Hani, I really mean what I said..” jawab Aqram.
Gurauan mereka diperhati oleh Puan Normah,
tersenyum dia dengan perlakuan anak perempuan dan bakal menantunya.
“Ibu,
saya pergi.. Ahad nanti balik insyallah…” termalu Hani dan terus tangan dihulur
dan disambut lalu dicium, begitu juga tangan abah.
Aqram
berbuat perkara yang sama. Insiden sebentar tadi mungkin disaksikan ibu kerana
ibu muncul tiba-tiba sambil tersenyum. Aqram juga termalu dan
terus mengheret beg leret karbin Hani, terus memasukkan ke bonet kereta. Hani
apatah lagi! Segan dengan kedua orang tuanya.
“Bawa kereta tu hati-hati, awak berdua tu darah manis..” nasihat dari
ibu.
Hani dan Aqram hanya tersenyum dan masuk ke dalam kereta. Ayah dan ibu
memerhati Honda City Aqram beredar perlahan meninggalkan halaman.
Sesampainya dirumah, sudah hampir 10.00 malam, tetapi mama dan papa
masih berada di bangku di taman mini
mungkin menunggu mereka.
“Kenapa lewat sampai, mama call Melaka tapi kata ibu, dah keluar lepas
asar..risau mama ini, Am tu bawa anak orang. Tanggungjawab besar tu..” tegur
Puan Fatihah bertanya ingin tahu, sebaik
sahaja kedua-duanya keluar dari perut kereta.
“Kami singgah minum petang di R&R Alor Gajah lepas tu singgah dinner
di R&R Nilai” jawab Aqram sambil melabuhkan punggungnya di bangku batu
bersebelahan mama.
“Ooohh.. patutlah lambat, 2 kali singgah.. dah makanlah ni.., kalau
belum makan, makanan masih ada, minta Mak Ara panaskan lauk aje la”
“Tak apa untie, Hani dah kenyang, Am Hani tak tahulah?” jawab Hani
“Mama..mana pulak untie, kena belajar panggil mama, tinggal berapa
minggu aje lagi nak jadi ahli keluarga kami…” tegur Puan Fatihah meminta Hani
terus sahaja memanggil dirinya mama.
“Ya lah mama..Hani belum jadi ahli kelaurga yang sah lagi mama ”kata
Hani
“Ya, mama tahu, cuma tunggu masa aje..“ kata Puan Fatihah lagi.
"Am pun dah kenyang ke?" tanya Puan Fatihah
"Am pun dah kenyang, kenyang pandang Hani.." kata Aqram.
"Am pun dah kenyang ke?" tanya Puan Fatihah
"Am pun dah kenyang, kenyang pandang Hani.." kata Aqram.
“Dah tu, mari masuk, bertuah punya budak!” kata Encik Mansor.
Aqram mengheret beg leret karbin Hani masuk ke dalam dan terus ke bilik
tetamu, sudah mengetahui itulah bilik Hani buat masa ini.
Tanpa membuang masa, mama, papa, Hani dan Aqram duduk di sofa di ruang
tamu membincangkan perancangan esok ke Arena D’Belai Wedding Creation yang
terletak di Bangsar. Memandangkan esok juga sessi berphoto sudah tentu
mengambil masa sehari suntuk. Mereka perlu mendapat rehat yang cukup, supaya
tidak kelihatan letih semasa sessi berphoto nanti. Nanti gambar yang akan
diabadikan seperti pengantin kena paksa kahwin pula. Setelah habis berbincang
masing-masing terus masuk ke bilik untuk merehatkan badan secukupnya. Namun
routine Aqram menalifon Hani sebelum tidur
tetap di teruskan. Baru beberapa minit berpisah, tetapi rasa rindu tetap dirasakan.
Seperti yang di bincangkan malam tadi, selepas bersarapan jam 7.30 pagi
mama, Aqram dan Hani ke Areana D’Belai Creation. Papa tidak mengikut mereka
kerana sudah berjanji hendak bermain golf dengan teman-teman perniagaannya. Golf
lagi penting, inilah masa berkumpul bersama teman, berbincang hal-hal perniagaan.
Urusan orang muda, biarkan sahaja diuruskan oleh orang muda. Puan Fatihah juga
ada, sudah cukup.
Memandangkan hari cuti, tiada kesesakan jalanraya berlaku, mereka sampai
seperti yang dijadualkan. Areana, anak Datin Mishah sudah menunggu mereka.
Memang penat, lepas satu pakaian ke satu pakaian dicuba dan yang mana
sesuai terus ke sessi berphoto. Dengan solekan sederhana, Hani dan Aqram memang
pasangan yang sama cantik dan sama lawa. Berbagai gaya dilakukan. Sekejap
mereka diminta berpimpin tangan, sekejap Aqram diminta memeluk pinggang Hani,
sekejap mereka di minta mengadap sambil mata bertentang mata, sekejap Aqram
diminta memegang bahu Hani. Gaya-gaya begini betul-betul menduga perasaan
mereka yang sedang bergelora dengan api cinta. Tidak dapat dikatakan dengan
perkataan, terutama apabila mereka bersentuhan, hanya tuhan sahaja yang tahu
betapa lajunya degupan jantung mereka mengepam darah ke kepala. Berapa kali
rasa nak pengsan Hani dibuatnya. Mana tidaknya, jurugambar meminta Aqram
memeluk erat pinggang Hani dari belakang dan melabuhkan dagu di bahu Hani
sehingga boleh terasa dengupan jantung Aqram yang juga berirama sama
kencangnya. Jika Khasif yang memeluknya tatkala ini pasti pelukan akan menerima
balasan, tetapi lelaki yang memeluknya sekarang bukan Khasif, pelukan dari
Aqram, lelaki yang belum lagi menjadi
suaminya yang sah. Ishy… jurugambar ni, bilalah agaknya nak selesai. Itu belum
lagi pose di mana Aqram mengendung Hani sambil Hani memegang bunga bouquet.
“Hisy.. kerana terpaksa aku relakan“ bisik hati kecil Hani.
Mama sungguh gembira melihat Hani dan Aqram dengan persalinan-persalinan
yang telah dipilih. Tambah-tambah lagi dilihat Hani dan Aqram nampak gembira
jelas kelihatan dari sinar mata kedua-duanya yang bersinar. Juruphoto
memberikan komen yang mereka pasangan yang romantis dan pasangan yang cantik.
Walaupun tidak pernah memperagakan
sebarang pose sebelum ini, tetapi mereka
mampu memberi pose yang sangat cantik, macam profesional, hanya dengan sedikit
panduan. Tersenyum lebar mama dengan pujian yang diterima. Tersenyum kerana
yakin Hani memang pilihan yang tepat buat anak bujangnya.
Kad jemputan telah diedar sebulan yang lalu. Mama mengatakan hanya
resepsi menyambut menantu, tetapi dengarnya hampir 2000 kad jemputan
dilayangkan. Puhh.. muat ke dengan 7 khemah yang di tempah? Jamuan sebelah
siang hanya untuk jiran dan kaum keluarga disebelah papa dan mama yang
berlangsung di rumah. Di sebelah malam pula resepsi untuk rakan-rakan
perniagaan dan jemputan istimewa akan diadakan di hotel Singgahsana. Banyak
belanja dijangka keluar dari poket, entah siapa.. poket Encik Mansor atau
Aqram?
Areana D’Belai Creation juga telah diamanahkan untuk menyediakan segala
kelengkapan dari urusan pelamin sehingga ke urusan makanan mengikut menu yang
sudah dipilih mama dan papa. Shimah sebagai pengapit perempuan. Endros teman
baik Aqram sebagai pengapit lelaki.
Mereka akan memakai pakaian sedondon. Tiada flower girl nampaknya, kerana tiada
anak buah perempuan mahupun anak buah lelaki dikedua-dua belah pihak yang
berusia kurang dari 8 tahun, yang ada hanya beberapa bayi yang masih bertatih
untuk berjalan, anak sepupu Aqram. Anak Jeslina, anak siapa lagi?
Perlukah
semua itu? Itulah.. semua rancangan dan kehendak puan Fatihah. Jika itu
mengembirakannya, apa salahnya.
5 comments:
alololololo .... sweetnya aqraammmm ..... best la cik rose .... nak lagi ..hehehhehe
Esoklah..malam ni saya buat rangkanya. okie dokie..
Saya tambah satu episod, kepada pembaca awal, tentu terkejut, tiba-tiba ada dua episod. Kerana hendak jadikan flow cerita logik sikit.. ia ke? he..he..he.. perasan
ok la tu .. bst!
dah ptg baru dapat jengah tpi berbaloi dpat bca 2 bab dan happy story trima ksih
Post a Comment