Kepada pembaca yang mengikuti. Bila dah publish sekali 5 chapter, habis drained-out dah kehabisan idea pulak..nak patah balik nak edit sana sini dah published pulak..humm..
Apa-apapun layan ajelah..
Bab 59
Apa-apapun layan ajelah..
Bab 59
Mila
menghayun kakinya sambil makan sarapan. Memang kakinya terjuntai kerana kerusi
sedikit tinggi buat dirinya. Satu sudu ke satu sudu dimakannya nasi lemak yang
terhidang dipinggan di hadapannya. Zamri dan Murni pun ada dimeja, tetapi pagi ini semua senyap. Kenapa? Ada
malaikat lalu ke? Itulah orang kata, jika semua orang senyap, ada malaikat
lalu. If that the case,
alhamdullillah.. selalulah senyap, agar malaikat selalu lalu dan merahmati isi rumah
hambamu ini.
“Kenapa
anak ayah senyap aje pagi ni..” tegur Zamri
“Tak da apa
apa ayah Zam, Mila tak da cerita..” jawab Mila, jujur.
“Hemm..
bila cuti sekolah?” tanya Zamri sengaja untuk memecah kesunyian.
“Oh..ya..
Mil lupa, sekolah ada beri surat…” melompat dia dan terus ke beg sekolah yang
sudah disandarkannya di tepi pintu. Surat dihulur kepada mama, kerana mama yang
menadah.
“Majlis
penyampaian hadiah..hemm..21 November, hari Jumaat jam 8.00 pagi sehingga 12.00
tengahari..di Dewan Sekolah.., hemm.. kita pegi ya bang..Mila dapat no. 2.. tahniah sayang..” tanya Murni
kepada Mila.
“Ha ah.
Mila dapat no. 2, lepas tu Mila dapat hadiah best karangan jugak tau ma.?.” jelas
Mila.
“Ya..
sayang, nanti ayah Zam dan ma pergi ya.., beritahu cikgu macam tu..” kata
Murni.
“Mak Romlah?”
tanya Mila, sama ada Romlah juga akan ikut sama menghadiri majlis penyampaian
hadiahnya nanti.
“Nanti mama
tanya dia ya sayang..” pujuk Murni. Mila hanya angguk.
“Papa Am?”
tanya Mila lagi, bersahaja..
Murni
terkejut. Mila sudah mula teringatkan si
Jantan tak guna tu. Murni memandang tajam ke arah Zamri. Zamri hanya senyum
kelat. Bukan salahpun seorang anak mengingatkan ayahnya. Salahke? Namun Zamri
masih membuat riak bersahaja. Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memulakan hari
dengan bermasam muka.
“Nanti ayah
Zam, tanyakan…” jawab Zamri. Hendak jawab macammana lagi? Dah si anak yang
bertanya. Murni memandang semula ke arah Mila.
“Nampaknya,
Mila seperti sudah perlahan-lahan tahu, apa hubungannya dan siapa sebenarnya
Ammar dengannya..” bisik hati kecil Murni.
“Hem..,
Mila dah nak pegi dah..” tiba-tiba
Mila seperti tidak sabar hendak meninggalkan Zamri dan Murni.
Zamri
memandang Murni, dengan muka berkerut. Mila seperti ada masalah sahaja. Tentu ada yang tidak
kena.
“Mil tak
sihat ke?” tanya Murni.
“Tak, Mila
okey..” jawab Mila
“Jangan
tipu, ma tahu anak mama..” kata Murni lagi.
“Mil tak
ada apa-apa.. Mil okey..” sebaik sahaja selesai menjawab soalan Murni, Mila
sudah sampai di depan pintu pagar.
Selalunya
Pak Kudin yang menunggunya, tetapi hari ini dia pula yang menunggu bas Pak
Kudin.
“Adalah
tu.. bergaduh dengan Nana agaknya..” Murni membuat andaian.
Murni yang
berdiri di muka pintu, hanya memerhati anaknya yang tidak berpaling berdiri di depan
pintu pagar yang sudah terbuka sedikit. Tidak lama kemudian muncul bas Pak
Kudin. Murni hanya melambai sebentar dan bas hilang dari pandangan.
Zamri
melilit tangannya di bahu Murni.
“Biarkan
dia sayang.. dia dah besar, perlahan-lahan biar dia belajar tentang hidup,
semua ni akan datang naturally, dah lumrah alam..” sambil mencium rambut
isterinya yang wangi. Habit yang datang entah dari mana.
Murni
membalas pelukan Zamri dengan memeluk pinggang Zamri.
“Iya… anak
kita dah besar. Muni rasa sudah masanya dia tahu segalanya..”kata Murni seperti
yakin sahaja yang dia sudah bersedia. Persoalan, adakah dia benar-benar sudah
bersedia?
“Hemm..”
jawab Zamri sepatah. Bukan perkataanpun, hanya bunyi seperti kumbang cari
lubang..
Hatinya
riang, akhirnya Murni sudah dapat menerima hakikat. Dia perlu melepaskan Mila perlahan-lahan. Kuliah
sebelum tidur malam tadi sungguh berkesan. Agaknya dia baru nampak bahawa
undang-undang Syariah itu adil kerana semua berpandukan al-quran dan sunnah.
Zamri kemudian mencium lagi rambut isterinya. Entah kenapa dia suka sangat bau
rambut Murni. Nasib baik wangi, kalau hapak hendak kah dia cium?.
PS: Mulai dari chapter ini saya akan terus published sehingga tamat, tetapi hanya untuk beberapa seminggu sahaja dan saya terpaksa delete kerana saya dalam proses mencuba nasib kepada publisher. Sama seperti yang telah saya lakukan kepada Mengharap di Tanjung Harapan. Saya minta maaf, terpaksa berbuat demikian.. thousand apologies!!!
PS: Mulai dari chapter ini saya akan terus published sehingga tamat, tetapi hanya untuk beberapa seminggu sahaja dan saya terpaksa delete kerana saya dalam proses mencuba nasib kepada publisher. Sama seperti yang telah saya lakukan kepada Mengharap di Tanjung Harapan. Saya minta maaf, terpaksa berbuat demikian.. thousand apologies!!!
6 comments:
Kepada anonymous2 with no names, silakan.. kepada puan sufi_jamal, senyap sahaja untuk cebisan saya kali ini. I really appreciate all your support. Terima kasih daun keladi..
gud job....mudahan ada rezeki utk novel ni di terbit.....sya suka karya2 awk....cuma bg sya kena tambahkan lg penggunaan ayat sbb bg sya ianya mcm simple sgt....anyway gudluck...
All the best!! ... rugi karya best cam ni terperuk kat blog .. kalau ada rezeki publish ... saya doakan semua nya berjalan lancar ... :-)
Terima kasih. Saya mengaku saya tidak mempunyai penguasaan bahasa yang banyak. Perlahan-lahan..
mlm ni uploadkn yg bab 60 plk yer....
x sbar nk tggu citer ni
Insyallah. Dah siap, tapi cenonet..nak cuba panjangkan sikit..
Post a Comment