Salam semua pembaca blog saya ini. Tulah, saya asyik coret cerita aje, tentu bosan baca cerita saya kan? uhuk! Kalau hendak dikira sudah 10 coretan yang sudah saya tulis. Nanti jap, betul ke jumlah 10? Okey kita list satu persatu.
Yang pertama "Seindah Jacaranda". Humm coretan yang penuh makna, maklumlah its my first maserpiece. Walaupun caca marba, but to me still have a sentimantal value. Perasan...Alhamdulillah selamat di tamatkan.
Kedua, "Inikah Kesudahannya", love the story sebab my last vacation with my abah ke Frazer Hill. Juga dapat ditamatkan.
Yang Ketiga, "Indahnya Takdir". bukan main susah saya menghabiskan cerita ini, namun berjaya . Syukur
Yang Keempat, "Jodoh yang tertangguh", cerita yang setiap kali saya baca, saya sendiri yang feeling. Sudah teruk rupanya emosi saya. Bersungguh-sungguh saya menamatkannya.
Kelima, "Perempuan", cerita kesah kehidupan harian seorang yang sejenis dengan saya. seronok juga saya menamatkan ceritanya.
Keenam, teringin membuat sequel kepada "Indahnya Takdir", tercipta coretan "30 Jam yang Indah Bersamamu". Indahkah?
Ketujuh, "Bila Dia Ada". Sudah berzaman tak siap-siap. Tunggu tau, saya akan cuba menghabiskan cerita ini.
Kelapan,":Korban Cinta 3 versi" tapi nampaknya cerita ini sudah tidak ujud kerana saya sudah edit dan sambungkan dengan cerita "Antara Dara, Layla dan Juliet" hu hu
Jadi tajuk yang ini megambil tempat kelapan "Mungkin Ya, mungkin juga tidak". Satu lagi yang belum dapat di selesaikan. Sabar, insyallah saya akan tamatkan.
Kesembilan, idea muncul tiba-tiba coretan "Antara Dara, Layla dan Juliet"...harap-harap yang ini tidak terbengkalai..
Diam tak diam, sudah ada 6 yang sudah selesai tapi yang 3 lagi nih bila hendak selesai?
Sudah hampir mid night. tidurlah sayang!!!
Jumpa esok insyallah..
Good Night, Sleep tight
Tuesday, 21 February 2017
Thursday, 16 February 2017
Antara Dara, Layla dan Juliet - bab 6
Bab 6
Kedua-dua
anak gadis bukan main lain melepak di atas pasir sambil mengira ombak yang
berkejaran. Berehat melepaskan lelah selepas merayau beberapa tempat di sekitar
kampung. Mahu tidak penatnya, mereka hanya berjalan kaki di tengah panas
rembang. Hendak menaiki kereta, siapa pula yang pandai memandu? Hendak mengayuh
basikal, si Hasnani pandai, tetapi si budak seorang lagi tu! Akhirnya keputusan
dibuat, mereka hanya menggunakan kudrat kaki. Memang benar kata Hasnani, tidak
ada banyak tempat yang perlu di bawa si budak berdarah kacukan itu.
Wednesday, 8 February 2017
Antara Dara, Layla dan Juliet - bab 5
Bab
5
Kerry
masih dengan aksi bagaikan tiada apa yang berlaku, terpaku dengan hujung jari
masih di bibirnya.
Termalulah
tuh!
“Kerry
mari sini dan ambil ni. Simpan dalam peti sejuk beku..” kata Tok Mama dengan
lantang sambil tangan menghulurkan sesuatu kepada Kerry.
Kerry
berjalan pantas untuk menyambut entah apa yang sedang dihulur oleh Tok Mama,
siap minta dia simpan ke deep freezer. Apakah bendanya yang perlu disimpan di
situ.
“Ikan
kut?” bisik hati Kerry.
“Eh!
Bukan ikan ni, benda lain” jawab hati Kerry lagi.
“Pergi
simpan kat freezer..”ulang Tok Mama.
Kerrypun
memalingkan badannya hendak menuju ke dapur.
Subscribe to:
Posts (Atom)