Thursday 15 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - 26



Buat pembaca yang setia dengan coretan ini. Jika ada yang tidak kena, harap beri teguran. Boleh saya perbaiki.

Bab 26

Kereta Aqram terhenti di ruang pakir pelawat. Mata melilau mencari si adik. Cuaca tengah panas, mahu tidaknya sudah hampir tengahari rembang. Tajam rupanya mata Ain, apabila sudah nampak kereta abangnya yang sudah terpakir. Lega hati Aqram apabila dari jauh dia sudah nampak si adik Ain berjalan menuju kearahnya, mengheret 2 beg besar. Kira nasib baik dapat memakir kereta yang paling hampir dengan pintu masuk kerana sudah ramai keluarga pelajar-pelajar yang sudah selamat dijemput oleh keluarga masing-masing. Dari jauh sudah kelihatan Ain mengerutkan mukanya. Dia hairan, siapa pula perempuan yang telah diangkut oleh abang bujang trang tang tang. Setahunya, abang akan datang sendirian, tetapi hari ini lain pula kesahnya, ada penumpang, memang sah ada seorang perempuan di tempat duduk hadapan. Sejak bila pula abang menjadi buaya, setahunya abang tak main angkut-angkut perempuan sebarangan. Sebab Ain tahu, abangnya maintain class dan kalau jadi buaya, dia buaya yang memilih mangsa. Kecuali abang sudah berubah atau terdesak agaknya, bisik hati Ain. Bermacam-macam persoalan mengenai diri abangnya dipersoalkan.

Hani tidak keluar kerana dilarang oleh Aqram, dengan alasan cuaca panas diluar. Namun Hani tetap juga keluar apabila melihat Ain sudah hampir. Bukannya dia akan cair jika dia keluar, dia bukannya mannequin yang diperbuat dari lilin!
“Hah! Akak!“ jerit Ain. Terkinja-kinja anak gadis itu apabila yang keluar dari kereta adalah Hani.  Perempuan yang selalu dibibir abangnya sejak akhir-akhir ini.  
“Ain nampak dari jauh macam ada penumpang perempuan sebelah abangnya, ingatkan makwe mana pula yang abang angkut, rupanya Kak Hani” dengan nada gembira dan terkejut. Hani terus di peluknya.
“Kak Hani, bila balik Malaysia macammana boleh jumpa abang, terkejut tapi gembira jumpa Kak Hani ni  tau..!” sambungnya lagi. Kemudian menoleh kearah abangnya yang sebok memasukkan beg Ain kedalam kereta. Memikirkan bagaimana hendak menyusun beg didalam bonet yang sudah tersusun beg Hani didalamnya. Berkerut-kerut dia mencari idea.
“Abang tumpangkan kak Hani dengan private jet Obama.. kan Hani?“ Aqram bergurau, sempat pula mengenyit matanya. Hani hanya senyum. Tidak disangka, sempat pula Aqram bergurau. Ain buat muka hairan.
“Jangan percaya cakap Abang Ain tu bergurau. Akak baru aje sampai.. 8 pagi tadi, tak sangka pulak Abang Ain datang jemput akak kat Airport..”kata Hani.
“Eya…?.. mana abang tahu bila akak sampai? Kak Hani berithau dia ke? Ain tak beritahu dia pun.., haaa.. abang dan Kak Hani ada apa-apa ke  ni.. ha..baik beritahu..” seakan mengusik sambil menggoyang-goyangkan jari telunjuknya ke arah abangnya.
Aqram hanya tersengeh dengan usikan si adek. Namun di kepala masih lagi memikir cara hendak menyimpan satu lagi beg yang tidak muat di bonet.
“Masuk dulu, nanti abang cerita dalam kereta. Nak kena hantar Kak Hani dulu balik rumah keluarga dia. Kak Hanipun kena rehat, masih jetlag tu..dalam kereta tadipun tertidur, nasib baik tak keluar air liur basi” gurau Aqram
“Ngantuk sangat..?” itu sahaja jawapan Hani, malu.
“Ain, apa tunggu lagi? Masuk.. nanti abang kena tangkap sebab kidnap perempuan yang baru sampai dari Cape Town. Tersesat tak jumpa Melaka?“ gurau Aqram.
Tanpa banyak soal, Ain ke tempat duduk belakang bersama dengan satu lagi begnya, dan membiarkan Hani masih duduk disebelah abangnya. Beri peluang...
“Telok Mas batu berapa ya Hani, nanti tolong tunjuk jalan, saya tak biasa” pertanyaan sebelum memulakan perjalanan. Aqram menyoal Hani seperti sudah terlalu rapat.
“Batu 7, nanti saya tunjukkan jalan..“ kata Hani.
Seperti dipinta, Hani menunjukkan jalan menghala ke rumah ibunya. Memang tidak jauh dari hostel Ain pun, mungkin dalam 15 minit perjalanan sahaja.
Tercegat seorang perempuan separuh umur di depan beranda. Ibu Hani rupanya sudah menunggu Hani di beranda rumah separuh batu separuh kayu itu. Dia memang menanti kepulangan anaknya. Telah di conggaknya, memang dia jangka Hani akan sampai diwaktu-waktu begini.
Terkejut juga ibu melihat sebuah kereta memasuki pagar perkarangan rumahnya kerana dia berharap sebuah teksi bukan kereta persendirian. Namun dia  tetap berdiri kerana ingin mengetahui siapakah yang sebenarnya baru sahaja sampai di halaman rumahnya itu. Manalah tahu mereka tersalah alamat atau saudara maranya yang datang berkunjung.
Tercegat sambil terkebil-kebil Kasmah menunggu siapa agaknya yang keluar? Terus mara ke kereta, apabila melihat susuk tubuh Hani yang keluar. Hani rupanya yang sampai.
“Ibu, apa khabar” terus dipeluk cium pipi  ibunya yang sudah hampir dua tahun tidak dirasakan kehangat tubuh tua itu.
Nampak rindu benar Hani kepada ibunya. Mengalir air mata mereka dua beranak hingga terlupa kehadiran Aqram dan Ain yang tercegat berdiri, menyaksikan adegan melepas rindu dua beranak.
“Ibu, ini Aqram, kawan Hani dengan adik dia Ain” Hani memperkenalkan Aqram kepada ibunya. Kelihatan Pak Tajuddin muncul dari belakang. Tangan tua itu Hani salam dan juga memperkenalkan Aqram dan Ain.
Ain bersalaman dengan ibu Hani begitu juga Aqram. Nampak seperti terkejut diwajah ibu Hani mahupun Pak Tajuddin apabila melihat wajah Aqram. Saling tak tumpah wajah arwah. Cuma yang berdiri dihadapan mereka berkulit sawo matang dan ada sedikit raut muka kemelayuan. Yang lain, memang banyak persamaan. Serupa tetapi tidak sama.
Aqram hairan melihat riak wajah kedua ibu bapa Hani, mereka marah atau apa? Dia tidak faham dan dia perasan perubahan air muka mereka.
“Hani..“ lembut sahaja Aqram memanggil nama Hani.
“Hemm..“ jawab Hani manja.
“Ni.. ah..nak letak kat mana?“ katanya.
Aqram sudah berdiri dengan dua buah beg kepunyaan Hani.
“Laa..lupa pulak.. soorry..“ sambil Hani menarik salah satu masuk kedalam.
Pak Tajuddin mengheret satu lagi beg masuk ke dalam rumah.
“Hani, bawa kawan-kawan ke atas kita minum dulu” arah abah.
Ibu sudah sedia di dalam rumah, menyediakan sedikit minuman.
“Jemput masuk ...”  Hani menjemput Aqram dan Ain seperti disuruh oleh abahnya.
“Duduk kejap ya” Hani memohon diri.
Mereka duduk di sofa di ruang tamu, Hani menuju ke dapur mendapatkan ibu yang memang sedia menunggu sedang membancuh air sirap.
“Mana kau jumpa dia tu Hani, sebijik Khasif” tanya ibu, tidak sabar-sabar menanti jawapan Hani.
“Dia orang datang bercuti kat Cape Town bulan Mei lepas. Mereka satu keluarga. Ni ah yang adik belajar kat Uitm sini“ jawab Hani
“Oooo…dia tahu tak hal Khasif?” soal ibu lagi.  
“Tahu, tapi dia tak tahu rupa …” jawab Hani.
Dulang berisi air diangkat menuju ke ruang tamu, di mana Aqram dan Ain berada, juga Pak Tajuddin yang sedang rancak berbual.
“Pakcik, saya hendak minta kebenaran Pakcik berkawan dengan Hani” jujur Aqram meminta kebenaran orang tua Hani
“Nak berkawan tu boleh, Pak cik tak ada halangan cuma jaga batas-batas pergaulan aje, kita ni kan orang Islam” lembut nasihat Pak Tajuddin. Aqram hanya mengangguk.
“Saya akan ingat nasihat Pak cik tu..” jawab Aqram hormat.
Sejurus kemudian Hani muncul dan menghulurkan minuman kepada Aqram, Ain dan abahnya.
“Makan sini ya.. makcik tak tahu pulak Hani bawak tetamu, makcik masak biasa-biasa aje..”kata Kasmah, ibu Hani.
“Tak payahlah makcik kami pun tak sangka nak sampai sini, buat susah-susah aje” jawab Aqram sopan dengan gelas air sirap masih di tangan.
“Tak susah mana pun, masakan orang kampung aje ni..”
Hani membantu ibunya mengangkat lauk-lauk tambahan dan menambah pinggan untuk tetamu yang tidak dijangkanya. Menjamu tetamu, bukankah itu satu rezeki?

Seperti Sabda Rasulullah yang berbunyi;
“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar (pulang) ,membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”

“Shimah dan Adi mana bu” baru Hani teringatkan adik-adiknya.
Shima pergi rumah Adira, Adi seperti biasalah dengan Marzuki nak urus masuk UIA Kuantan, 2 minggu lagi. Kita kena hantar dia orang la..”
“Ha! ni terlanjur siapa nama ni tadi..?“
“Aqram, makcik nak panggil Am pun boleh..” Aqram menjawab.
“Jemputlah datang sini, Ahad depan, pakcik nak buat doa selamat sikit, sementara Hani ada sini, jemput semua dengan adik dan keluarga sekali kalau senang” Pak Tajuddin menjemput Aqram sekeluarga.
Aqram hanya mengangguk sambil mengucapkan perkataan “insyallah“ di atas jemputan Pak Tajuddin.
“Hahh jemputlah ya, kalau ada masa..” ibu yang baru datang dari dapur menyampuk, menguatkan lagi jemputan. Dua jemputan kepada satu  majlis yang sama.
Nampaknya hanya suara ibu dan abah sahaja yang dapat didengar dikala ini, yang lain hanya menjadi pendengar.
“Aqram, Ain.. mari nak.. kita makan apa yang ada” jemput ibu
“Buat susah-susah aje makcik ni..” tetapi Aqram bangun juga menuju kemeja sambil memberi isyarat Ain untuk mengikutinya, diikuti abah dari belakang. Hani hanya memerhati telatah dua beradek. Kata tak mahu, tetapi mahu.
Di meja makan mereka berbual seperti sudah kenal lama. Ada sahaja soalan yang ditanya Aqram kepada ibu Hani. Aqram memang peramah, kali ini ibu tidak perlu membual dalam bahasa Inggeris seperti yang dilakukannya bersama Khasif dahulu. Abah juga tidak kekok melayan Aqram, seperti sudah menjadi sebahagian dari keluarga, mereka mesra. Orang Melaka memang terkenal dengan keramahannya, itu bukan perkara luar biasa.
“Tambah tambah jangan malu, buat macam rumah sendiri” lawa ibu lagi.
Ibu menghulurkan bekas berisi nasi kepada Aqram bila melihat memang berselera sekali Aqram menjamah makanan masakannya. Ain agak malu-malu.
“Sedap masak asam pedas makcik. Ni baru dikatakan asam pedas orang Melaka..” puji Aqram.  
“Jangan puji sangat, makan aje..kalau sedap tambah lagi!” jawab ibu, Aqram tersenyum tetapi suapan  diteruskan.
“Assalamualakummm…“ panjang sahaja bunyi kum.. kedegaran dari pintu depan.
Suara Shima, dia terus masuk dan menuju ke meja makan, tanpa mengetahui mereka ada tetamu.
“Kak Hani, dah sampai pun, ingatkan belum sampai lagi.. tu Shima tengok ada kereta kat luar, ingat kereta siapa tadi?” jelas Shima.
Sambil menghulurkan tangan bersalam dengan kakaknya, walaupun hanya menggunakan pergelangan tangan, kerana tangan Hani masih penuh dengan nasi.
“Mari duduk sekali makan, ni akak kenalkan Aqram dengan adik dia, Ain”sempat lagi Hani memperkenalkan tetamunya.
Shima juga terkejut apabila melihat wajah Aqram, kemudian Shima tersenyum kepada Ain.
“Adik saya Shima, Ain… ini ah Shima, adik akak..” Aqram dan Ain hanya menganggukkan kepala, apabila diperkenalkan.
Shima ke singki membasuh tangannya dan menarik kerusi untuk bersama menjamah hidangan. Banyak cerita yang dibicarakan, berbual kosong dimeja makan.
Kelihatan Aqram dan Ain begitu senang sekali berbual.
“Makcik, saya nak minta diri dulu, dah petang ni, nanti gelap pulak sampai KL..” Aqram meminta diri untuk pulang. Bila sudah kenyang, hendak apa lagi kan? Kena minta dirilah!
Kelihatan Shima dan Ain masih rancak berbual di beranda.
“Jangan lupa minggu depan, bawa keluaga sekali..” ulang ibu mengingatkan Aqram.
“Insyallah..”jawapan yang sama dari Aqram.
Ain terus bersalaman dengan semua yang ada, seperti mengerti abangnya sudah memohon untuk pulang.
“Kak Hani jangan lupa telefon saya atau emelAin tau!” Ain berbisik kepada Hani.
Tangannya menghulur sekeping kertas nombor telefon. Hani hanya menganguk dan di genggam keratan kertas itu.
Hani melambai tangan sambil memerhatikan kereta Aqram berlalu pergi, Shima menghampiri kakaknya.
“Mana akak jumpa si Aqram tu kak, sebiji rupa abang Khasif” pertanyaan yang serupa dari adiknya.
“Bulan Mei lepas dia datang bercuti di Cape Town sama keluarga dia” juga jawapan yang sama Hani diberikan.
Rasanya elok dia sediakan tape recorder. Dia pasti bukan setakat ibu, ayah dan Shima yang akan bertanya. Sesiapa yang mengenali Khasif juga akan bertanya, tentunya soalan yang sama.
Soalan berbunyi “Mana kau jumpa si Aqram tu Hani, sebiji rupa Khasif”
Bila sudah ada tape recorder, senang aje nanti untuk Hani tekan punat play bagi sesiapa yang ingin mendapatkan jawapannya. Senangkan!

4 comments:

sufi_jamal said...

lepas balik kerja dah jnguk2 tapi tak ada. pagi ni samapi sahaj dimeja mak teh buka dah ada pulak...alhamdullilah..trima ksih n3 ni

Anonymous said...

minggu depan ada kenduri tu terus je la nikah kan diorang .... hahahhahha .... suka plak dgn hani and aqram ni .... cik roseee ... sambung lagiii ... chaiyookk ...

Rose Ezadora said...

Mak teh, saya upload tengahmalam. sebab, rancak pula idea keluar..

Rose Ezadora said...

Anonymous, bagus juga idea tu.. kita kahwinkan aje dia orang..kah..kah..kah. habis ceritakan! okey, next entry majlis kahwin. Semua setuju?