Buat pembaca yang mengikuti coretan ini. Silakan..
Bab 22
Dua minggu sudah berlalu, hari
ini Seina akan kembali semula ke Cape Town. Hani tidak menunggunya di
Lapanganterbang kerana Ebrahim yang akan menjemput. Hani hanya menunggunya di
pejabat. Pasti banyak cerita yang hendak Seina sampaikan kepadanya. Hani juga
ada cerita yang hendak di kongsikan. Seina, adik ipar merangkap kawan baiknya. Dia
berdua tidak pernah menyimpan apa-apa rahsia. Baik Seina mahupun Hani. Hanya
Seina yang banyak memberi kata-kata semangat untuk Hani terus bangun dan
memulakan hidup baru sewaktu kehilangan Khasif dahulu.
“Assalamualum everybody” ucapan yang diberikan
sambil berjalan dan menuju ke biliknya yang dikongsi bersama Hani. Sudah Hani
jangka, Seina pasti akan muncul di pejabat. Seina datang ke pejabat dengan
senyum yang meleret, walaupun diwajahnya nampak agak letih, maklumlah 10 jam didalam kapalterbang.
Hani sudah berada di bilik dan berdiri semasa mendengar suara yang
dinanti-nantinya. Seina mendepakan tangannya ke arah Hani dan mereka
berpelukkan. Ciuman singgah di kiri dan kanan pipi kedua-dua sahabat ini.
“Hello sis.. how is thing while I’m away…Did you miss
me?” sempat pula Seina berseluruh dengan kakak iparnya, seperti tidak
percaya kewibawaan Hani.
“As what you can see, everything is fine and no I don’t
miss you, nobody miss you” Hani menjeling, mengerti
Seina hanya bergurau dengannya.
“Oh my gosh! just 2 weeks in
Malaysia already becoming Malaysian eh” komen Hani apabila Seina muncul
dengan memakai baju kurung kuning air berbunga kecil orange dilawankan dengan
tudung batik sutera berwarna cream.
Seina kelihatan comel sekali.Bermula dari itu, Seina tak habis-habis
menceritakan pengalaman yang indah selama 2 minggu di Malaysia. Kan telah di
kata Hani, hari ini telinga semua orang hanya mendengar suara Seina!...yang
tidak sudah-sudah menyebut Malaysia.. Kuala Lumpur.. Melaka.. Malaysia.. Kuala
Lumpur.. Melaka.
Hani hanya mampu tersenyum dan terus memberi peluang Seina berbicara
sehingga dia puas. Selagi cerita yang hendak disampaikan masih panas. Hani
dapat rasakan yang jiwa Seina masih berada di Malaysia, belum lagi sampai di
tanah Afrika.
Seina juga tidak lupa memberikan cenderahati kepada semua kakitangannya.
Hani tidak berkecuali, Seina membelikannya scaft sutera lukisan tangan batik
berwarna hijau tua.
Itulah kesah Seina dengan Kolompurnya (Kuala Lumpur).. silap-silap
dengar, berbunyi Colombo pula!
***
Hari berlalu terlalu pantas, sudah 3 minggu keluarga Puan Fatihah
pulang, tetapi tiada pesanan fb dari Ain seperti yang dijanjikan. Akhirnya Hani
mengambil keputusan untuk dia yang akan memulakannya.
“A’kum Ain, apa khabar semua?Macammana trip balik, semua okey ke?” message simple dan pendek dari
Hani.
Hari-hari
Hani menanti balasan, tetapi sudah seminggu message Hani tidak juga berbalas.
Hani
sudah berbincang dengan Seina bahawa Hani ingin pulang ke Malaysia bercuti 2
bulan pada musim panas nanti, pulang awal November dan kembali semula pada hujung
Disember. Sudah 2 tahun dia tidak pulang menjenguk keluarganya. Rindunya sudah menebal, sudah tidak dapat dibendung lagi. Ditambah pula dengan satu kuasa tarikan yang sangat susah hendak dia buang, dia sendiripun tidak mengerti, apakah tarikan itu.
Seina tidak
mempunyai apa-apa halangan, malah menggalakkan Hani pulang. Tempat jatuh
lagikan dikenangkan, inikan pula tempat tumpah darah. Tambahan pula Hani telah
menceritakan pertemuannya dengan satu keluarga yang membuatkan dia gembira,
walaupun hanya sekejap. Pandai Hani mengolah cerita, menceritakan kesah satu
keluarga, tanpa menjelaskan ada seseorang yang menjadi perhatiannya. Pandai,
cukup pandai.
Balasan emel tetap diharap, tetapi setelah berminggu-minggu tidak
berbalas, hati Hani sudah tawar hendak mengharap balasan dari Ain. Mungkin juga
dia sebok. Biarkanlah saja ianya berlalu. Malas dia hendak menyemak setiap
hari, jika jawapannya sudah diketahui, sehari lagi kekecewaan.
Hani ada melihat ada notis message fb masuk, tetapi Hani hanya
membiarkannya. Entah dari siapalah agaknya. Kalau tidak Adib, tentu si Shima, adeknya. Sudah tidak ada orang lain
lagi yang rajin menghubunginya. Nanti bila dia senang baru hendak disemaknya. Kerana
sebok dengan urusan dipejabat, Hani lupa langsung mengenai message emel tersebut.
Apabila
lewat petang teringat Hani akan message fb yang tidak dibukanya. Terlopong
mulutnya apabila yang tertera ialah
gambar Ain.
“La..
Ain..” bisik Hani, cepat-cepat dibuka dan dibaca.
“K.
Hani, maaf Ain tak jawab message, Ain sebok sebab masuk Uitm, Cawangan Melaka
July intake..ni baru habis orientation.. akak apa khabar?“ Hani tersenyum, akhirnya
Hani menerima message pertama Ain sejak kembali ke Malaysia.
Hani sungguh merasa lega, ingatkan Ain sengaja tidak membalas
pesanannya, rupanya sudah seminggu di Uitm Melaka. Sebaik sahaja Hani membaca
message tersebut, terus dibalasnya.
“Akak sihat, keluarga Ain macammana?, Uitm tu dekat dengan Kampung akak
tau! Uitm Telok Mas kan?”
” Ye ke? Ahli keluarga yang lain sihat jugak agaknya, sebab Ain kat hostel..
hujung bulan ni baru nak balik KL, bestlah nanti kalau akak balik Malaysia
boleh kita jumpa”
“Ya,
memang akak akan bercuti bulan November nanti tapi masa tu Ain jugak dah cuti
semesterkan?..anyway dont worry semua
boleh diatur”balas Hani.
“K.Hani jangan lupa inform Ain bila K. Hani sampai ya? Rasa rindu betul
dengan K.Hani and Cape Town too.”
“Ya..
insyallah, once confirm tiket K.Hani beritahu ya..”
“Okey
K.Hani, Ain ada kuliah maghrib kejap lagi.., nanti kita sambung ya..”
“Ya..insyallah..
belajar rajin2”
Tersenyum-senyum
Hani membaca messafe fb budak kurang matang. Masih keanak-anakan, jiwa remaja.
Hani juga pernah lalui zaman itu. Zaman tidak kenal erti susah, semuanya indah.
2 comments:
cepat2lah blik m'sia Hani.ksin emak yg menunggu,ksin kluarga yg mrindu
Saya pun rasa macam tu jugak. Dia kena balik Malaysia. Next entry dia balik Malaysia, kita tengok apa jadi!
Post a Comment