Sunday 4 May 2014

Mengharap Di Tanjung Harapan - Bab 22

Buat pembaca yang mengikuti coretan ini.  Silakan..

Bab 22

Dua minggu sudah berlalu, hari ini Seina akan kembali semula ke Cape Town. Hani tidak menunggunya di Lapanganterbang kerana Ebrahim yang akan menjemput. Hani hanya menunggunya di pejabat. Pasti banyak cerita yang hendak Seina sampaikan kepadanya. Hani juga ada cerita yang hendak di kongsikan. Seina, adik ipar merangkap kawan baiknya. Dia berdua tidak pernah menyimpan apa-apa rahsia. Baik Seina mahupun Hani. Hanya Seina yang banyak memberi kata-kata semangat untuk Hani terus bangun dan memulakan hidup baru sewaktu kehilangan Khasif dahulu.
“Assalamualum everybody” ucapan yang diberikan sambil berjalan dan menuju ke biliknya yang dikongsi bersama Hani. Sudah Hani jangka, Seina pasti akan muncul di pejabat. Seina datang ke pejabat dengan senyum yang meleret, walaupun diwajahnya nampak agak letih, maklumlah 10 jam didalam kapalterbang.

Hani sudah berada di bilik dan berdiri semasa mendengar suara yang dinanti-nantinya. Seina mendepakan tangannya ke arah Hani dan mereka berpelukkan. Ciuman singgah di kiri dan kanan pipi kedua-dua sahabat ini.
“Hello sis.. how is thing while I’m awayDid you miss me?” sempat pula Seina berseluruh dengan kakak iparnya, seperti tidak percaya kewibawaan Hani.
“As what you can see, everything is fine and no I don’t miss you, nobody miss you” Hani menjeling, mengerti Seina hanya bergurau dengannya.
Oh my gosh! just 2 weeks in Malaysia already becoming Malaysian eh” komen Hani apabila Seina muncul dengan memakai baju kurung kuning air berbunga kecil orange dilawankan dengan tudung batik sutera berwarna cream.
Seina kelihatan comel sekali.Bermula dari itu, Seina tak habis-habis menceritakan pengalaman yang indah selama 2 minggu di Malaysia. Kan telah di kata Hani, hari ini telinga semua orang hanya mendengar suara Seina!...yang tidak sudah-sudah menyebut Malaysia.. Kuala Lumpur.. Melaka.. Malaysia.. Kuala Lumpur.. Melaka.
Hani hanya mampu tersenyum dan terus memberi peluang Seina berbicara sehingga dia puas. Selagi cerita yang hendak disampaikan masih panas. Hani dapat rasakan yang jiwa Seina masih berada di Malaysia, belum lagi sampai di tanah Afrika.
Seina juga tidak lupa memberikan cenderahati kepada semua kakitangannya. Hani tidak berkecuali, Seina membelikannya scaft sutera lukisan tangan batik berwarna hijau tua.
Itulah kesah Seina dengan Kolompurnya (Kuala Lumpur).. silap-silap dengar, berbunyi Colombo pula!

***

Hari berlalu terlalu pantas, sudah 3 minggu keluarga Puan Fatihah pulang, tetapi tiada pesanan fb dari Ain seperti yang dijanjikan. Akhirnya Hani mengambil keputusan untuk dia yang akan memulakannya.
“A’kum Ain, apa khabar semua?Macammana trip balik, semua okey ke?” message simple dan pendek dari Hani.
Hari-hari Hani menanti balasan, tetapi sudah seminggu message Hani tidak juga berbalas.
Hani sudah berbincang dengan Seina bahawa Hani ingin pulang ke Malaysia bercuti 2 bulan pada musim panas nanti, pulang awal November dan kembali semula pada hujung Disember. Sudah 2 tahun dia tidak pulang menjenguk keluarganya. Rindunya sudah menebal, sudah tidak dapat dibendung lagi. Ditambah pula dengan satu kuasa tarikan yang sangat susah hendak dia buang, dia sendiripun tidak mengerti, apakah tarikan itu.

Seina tidak mempunyai apa-apa halangan, malah menggalakkan Hani pulang. Tempat jatuh lagikan dikenangkan, inikan pula tempat tumpah darah. Tambahan pula Hani telah menceritakan pertemuannya dengan satu keluarga yang membuatkan dia gembira, walaupun hanya sekejap. Pandai Hani mengolah cerita, menceritakan kesah satu keluarga, tanpa menjelaskan ada seseorang yang menjadi perhatiannya. Pandai, cukup pandai.
Balasan emel tetap diharap, tetapi setelah berminggu-minggu tidak berbalas, hati Hani sudah tawar hendak mengharap balasan dari Ain. Mungkin juga dia sebok. Biarkanlah saja ianya berlalu. Malas dia hendak menyemak setiap hari, jika jawapannya sudah diketahui, sehari lagi kekecewaan.
Hani ada melihat ada notis message fb masuk, tetapi Hani hanya membiarkannya. Entah dari siapalah agaknya. Kalau tidak Adib, tentu si Shima, adeknya. Sudah tidak ada orang lain lagi yang rajin menghubunginya. Nanti bila dia senang baru hendak disemaknya. Kerana sebok dengan urusan dipejabat, Hani lupa langsung mengenai message emel tersebut.
Apabila lewat petang teringat Hani akan message fb yang tidak dibukanya. Terlopong mulutnya apabila yang tertera ialah gambar Ain.
“La.. Ain..” bisik Hani, cepat-cepat dibuka dan dibaca.
“K. Hani, maaf Ain tak jawab message, Ain sebok sebab masuk Uitm, Cawangan Melaka July intake..ni baru habis orientation.. akak apa khabar?“ Hani tersenyum, akhirnya Hani menerima message pertama Ain sejak kembali ke Malaysia.
Hani sungguh merasa lega, ingatkan Ain sengaja tidak membalas pesanannya, rupanya sudah seminggu di Uitm Melaka. Sebaik sahaja Hani membaca message tersebut, terus dibalasnya.
“Akak sihat, keluarga Ain macammana?, Uitm tu dekat dengan Kampung akak tau! Uitm Telok Mas kan?”
” Ye ke? Ahli keluarga yang lain sihat jugak agaknya, sebab Ain kat hostel.. hujung bulan ni baru nak balik KL, bestlah nanti kalau akak balik Malaysia boleh kita jumpa”
“Ya, memang akak akan bercuti bulan November nanti tapi masa tu Ain jugak dah cuti semesterkan?..anyway dont worry semua boleh diatur”balas Hani.
“K.Hani jangan lupa inform Ain bila K. Hani sampai ya? Rasa rindu betul dengan K.Hani and Cape Town too.”
“Ya.. insyallah, once confirm tiket K.Hani beritahu ya..”
“Okey K.Hani, Ain ada kuliah maghrib kejap lagi.., nanti kita sambung ya..”
“Ya..insyallah.. belajar rajin2”
Tersenyum-senyum Hani membaca messafe fb budak kurang matang. Masih keanak-anakan, jiwa remaja. Hani juga pernah lalui zaman itu. Zaman tidak kenal erti susah, semuanya indah.

2 comments:

sufi_jamal said...

cepat2lah blik m'sia Hani.ksin emak yg menunggu,ksin kluarga yg mrindu

Rose Ezadora said...

Saya pun rasa macam tu jugak. Dia kena balik Malaysia. Next entry dia balik Malaysia, kita tengok apa jadi!