Bab 34
Pagi Sabtu yang cerah dan ceria. Hani memulakan pagi
yang indah dengan solat subuh di rumah Puan Fatihah. Rumah yang ditumpangnya
untuk bermalam. Bukan kehendaknya untuk menumpangpun, tetapi atas desakan tuan
rumah, tetapi dengan kerelaannya juga. Dia suka sebenarnya, tapi malu hendak
mengaku.
Hani menyarung semula pakaian tidur Ain, kaftan batik.
Dia terus menuju ke dapur apabila terdengar seperti ada orang disitu. Memang
sah, Mak Ara sudah tercogok menyediakan menyediakan sarapan.
“Mak Ara nak masak sarapan apa pagi ni?..” tegur Hani
kepada pembantu rumah yang sedang terbungkuk-bungkuk mencari sesuatu di dalam
peti sejuk di hujung dapur. Menoleh Mak Ara ke arah suara, sedikit terkejut,
kerana memang selalunya waktu-waktu begini, dia seorang sahaja yang berada di dapur,
tetapi pagi ini terkecuali, ada peneman, Hani penemannya. Tersenyum simpul orang tua itu berbual mesra dengan
tetamu cantik majikannya.
“Eh.. Cik Hani, awal bangun.?” Tidak dapat Hani mentafsirkan, soalan atau statement.
“Memang dah biasa bangun waktu macam ni..” Hani
memberikan jawapan yang mungkin boleh menjawab soalan Mak Ara.
“Entah pagi ni Mak Ara tak tahu nak masak apa? Selalu
mereka sarapan roti dengan telur aje separuh masak je.., Cik Hani nak apa-apa
ke, Mak Ara boleh buatkan?” tanyanya.
“Tak apa Mak Ara, saya ikut aje selera tuan rumah, apa
yang mereka makan, saya makan la..saya ni kan.. menumpang, jangan pulak banyak
cikadak.. mengalahkan tuan rumah” kedua-duanya berderai ketawa dengan jawapan
Hani.
Lupa Hani sarapannya juga sama seperti mereka, hanya
roti dan telur sejak 6 tahun berlangsung.
“Masaklah
apa Hani nak makan Nora. Awal Hani bangun, cuti-cuti ni.!.” tiba-tiba terdengar
suara Puan Fatehah dari jauh.
Mungkin
Puan Fatihah terdengar perbualan kedua-dua perempuan itu di dapur sebentar
tadi. Dua perempuan mengalih pandangan ke suara puan
Fatihah.
“Eh.. untie.. saya ni bab makan saya tak kesah,
apa-apapun boleh..tolak batu dengan kayu aje..” jawab Hani, sekali lagi mereka
tertawa berderai.
“Iya ke? Hem..batu, batu apa yang boleh makan ya? Kayu
.. untie tahulah.. tu.. apa nama kueh tu..batang buruk.., kayu.. kayu untie tak
tahu lagi, kayu apa lagi yang boleh dimakan..”kata Puan Fatihah.
“Hani pun tak tahu kayu apa ek?” jawab Hani.
Kali ketiga-tiga perempuan yang berada di dapur itu ketawa lagi.
Bergurau pula Puan Fatihah pagi pagi begini.
“Untie dengar Hani suka nasi lemak dengan sambal
sotong..” Puan Fatehah bersuara lagi.
“Kalau macam tu masak nasi lemak dengan sotong aje Nora..”
kata Puan Fatihah.
“Aqram tu tak berapa gemarkan sotong, tapi sejak akhirnya berubah selera pulak…
asyik-asyik minta Nora masakkan sambal sotong…” puan Fatihah mengelengkan
kepala tanda hairan.
“Yalah puan, nanti saya buatkan”jawab Mak Ara.
”Mari ke depan teman untie” Hani yang sedang mencari
apa yang boleh membantu Mak Ara. Tetapi
sebaliknya menerima isyarat mata dari Mak Ara agar Hani mengikut Puan Fatihah
sahaja.
“Ini mesti Aqram beritahu Mama dia ni..” bisik Hani di
dalam hati sambil berjalan di belakang Puan Fatihah. Hani mengimbas kenangan bersarapan bersama Aqram di
R&R seminggu yang lalu. Kata tak suka sotong, tapi hari itu habis di bedalnya.
Hani masih di belakang Puan Fatihah yang menuju keluar
nampaknya, ke taman kecilnya. Belum Hani dan Puan Fatihah melangkah keluar,
terdengar seperti orang berlari menuruni tangga. Hani menoleh, begitu juga Puan
Fatihah. Aqram dengan seluar track dan
T-shirt beserta tuala kecil tersangkut di leher.
“Am nak gi jogging, Hani nak ikut..” tersengeh aje
dia.
Hani tegak dan membulatkan matanya mendengar pelawaan
Aqram dan melihat dirinya yang memakai kaftan. Biar betul dia ini nak ajak
berjoging. Perempuan dengan kaftan.
“Lama Hani tak jogging, kat sana tak boleh,
berbahaya.., lagipun Hani takut pancit nanti..” kata Hani berseluruh.
“Marilah temankan Am jogging kat tasik sana” sambil
mulutnya memuncung ke arah tasik yang dimaksudkan.
“Mana Hani ada baju, kecualilah Aqram nak Hani jogging
dengan kaftan ni..!” kata Hani sambil
tersenyum. Malas sebenarnya dia hendak menemankan Aqram. Berdua-duaan lagi
dengannya. Hahh.. cukup-cukuplah satu malam bersamanya, malam tadi.
“Kalau nak… boleh aje, Am tak kesah, takut Hani segan
nanti..” mereka berderai tertawa. Apa hendak segannya, sebenarnya Malas.
“Am, tunggu Hani, Mama ambil track bottom ma.., mari
Hani ikut untie” sambil menarik tangan Hani mengikutnya ke tingkat atas.
Hani hanya menurut. Badan Hani masih menghala sedikit
ke arah Aqram yang tegak berdiri, langkah agak sedikit terganggu di heret
lembut Puan Fatihah. Hani mengangkat keningnya. Lima minit berlalu, Aqram
menunggu di ruang tamu.
“Ha.. Hani dah siap, nampak besar sikit, tapi bolehlah
dari tak ada..” tersenyum Puan Fatehah melihat Hani dengan pakaian sukannya.
Tudung masih tudung yang sama.
“Okeylah
tu.. jom..” ajak Aqram. Hani
terus mengekornya dari belakang dan kemudian Aqram menunggu untuk lari
bersaing.
“Stop.
Stop” tak sampai 20 minit berlari Hani sudah termengah-mengah, meminta Aqram berhenti. Nafasnya pendek, tangan di
pinggang. Memang dia pancit, sudah lama
tidak beriadah. Kan dia dah kata, dia cepat pancit!
“Ha.. kan Hani dah cakap, Hani dah lama tak jogging”
sambil tercungap-cungap, mukanya merah menghela nafas dengan laju. Kedua-dua
tangan masih di pinggang kemudian membongkokkan badannya. Berjalan menuju ke
bangku kayu berwarna hijau. Aqram
berlari setempat, tersenyum dia melihat Hani yang merah padam mukanya, menghidu
sebanyak boleh oxygen ke paru-parunya. Nampak seperti orang semput.
Hani duduk, Aqram kemudiannya juga duduk disebelahnya.
Pandangan mereka menala ke tasik buatan yang sungguh mendamaikan, airnya
jernih, boleh dilihat anak-anak ikan berkumpulan bermain di gigian air. Dari
jauh juga burung-burung merpati liar mencari-cari rezeki dari sia-sia dari
makanan pengunjung pada malamnya. Ditambah pula dengan angin sepoi yang
sentiasa berhembus, menerpa ke wajah pasangan ini. Membuat tudung pinjam Hani
terliang liuk.
Ramai juga pengunjung yang beriadah rupanya. Baru Hani
perasan, orang Malaysia kini sudah mementingkan kesihatan rupanya. Beriadah sekurang-kurangnya
satu jam sehari demi untuk menjaga kesihatan jantung. Dan juga untuk
mengelakkan dari menjadi obes.
“Dah ada keputusan?” soalan yang di ajukan kepada Hani
semasa mereka berehat di bangku di bawah teduhan pokok kelapa sawit yang
menghadap ke tasik untuk berehat seketika.
Sebenarnya Aqram ingin berdua-duan dengan Hani, ingin
mengetahui apa yang telah Hani fikirkan tentang status hubungan mereka.
“Betul ke Aqram nak jawapannya, Aqram dah yakin ke Hani pilihan yang terbaik
dan tepat buat Aqram. Tak kecewa ke makwe-makwe yang di luar sana. Tak menyesal
ke nanti, maklumlah Hani pernah berkahwin dan Aqram...” Tidak sempat Hani hendak menghabiskan
kata-katanya sudah di potong oleh Aqram.
Soalan Hani meminta Aqram berfikir sepuluh kali, kalau
dia perlukan lebih dari sepuluh pun mungkin lebih baik.
“Apalah Hani ni.. kan Am dah cakap,Am ni bab-bab
perempuan lemah sikit, tu yang dah 33 tahun pun tak settle down lagi.., mana
ada makwe di luar sana, kawan perempuan ramailah..memang Am rasa Am dah buat
pilihan yang betul, hati Am dah kata, Hani pilihan yang tepat, kecuali Hani tak
boleh nak terima Am ..” seakan-akan nada merajuk.
“Bukan Hani tak boleh terima, tapi Hani takut, Hani
bukan kritiria yang Am mahu, Hani tak dapat memenuhi apa yang Am hendak..”kata
Hani. Walaupun sebenarnya memang Hani memilih Aqram. Hani sengaja menduga
Aqram, untuk memberi dia peluang berfikir lagi. Mungkin juga dia akan mengubah
keputusannya yang sudah lama dibuatnya, iatu memilih Hani. Masih belum
terlambat untuk mengubahnya. Masih ada masa dan peluang.
“Hubungan kita terlalu singkat untuk ke next level
yang lebih serious"sambungnya lagi.
Aqram memegang bahu Hani dan mengalihkan badan Hani
mengadap ke tubuhnya.
“Sayang, kita boleh perbaiki hubungan kita as long as we together, trust each other,
sekarang ni yang penting sama ada Hani boleh terima Am atau tidak?.. as for me, my decision is final, I’m
ready to be by your side..anytime..trust me, perasaan Am pada Hani dah
tetap… tidak berubah.” bicara yang begitu menyakinkan.
Hani hanya mampu tunduk mendengar kata-kata Aqram yang
memang menyakinkan.
Ingin rasanya Hani memberitahu Aqram bahawa selepas
dia beristiqarah malam tadi, hatinya juga berdetik untuk menerima dirinya,
tetapi Hani mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dahulu, mungkin belum
masanya lagi untuk dia sampaikan berita itu.
“Dahlah tu..saya tak mahu paksa Hani untuk jawapan
tu.. jom, hari dah mula nak panas” tangan Aqram di hulur untuk membantu Hani
berdiri.
Larian kecil diteruskan menuju pulang. Kali ini mereka berlari-lari anak, senyap sunyi tanpa
berbual. Hani melihat dari jauh Puan Fatihah masih berada di kebun kecilnya,
Hani segan untuk bersaing dan membiarkan Aqram berlari mendahuluinya. Aqram
berlari mengundur, setia menunggu Hani, akhirnya Hani lari laju meninggalkannya
terus memasuki halaman di mana Puan Fatihah berada.
“Am mana” tanya Puan Fatihah yang sedang sebok
menyalin pasu bunga.
Dari pasu kecil ke pasu yang lebih besar. Tangan Puan
Fatihah yang sudah sedia bersarung dengan glove berkebun dan peralatan kebun
seperti menyudip dan tanah di dalam beg plastik di hadapannya.
“Eh.. mana pulak dia, tadi ada di belakang Hani..” di
tolehnya dan nampak Aqram di bangku gazebo di taman mini.
“Ha… merokoklah tu..” jawab Puan Fatihah lagi
Merokok… emm … satu lagi perkara yang Hani baru tahu
mengenai Aqram. Satu tabiat yang perlu dibuangnya.
Memang betul telaan Puan Fatihah, dari jauh nampak Aqram
yang berkepul-kepul asap rokok. Nekmat sungguh dia menghela setiap sedutan dan
kemudian mengeluarkan semula asap dari mulutnya.
”Ha.. tengoklah tu Hani, kalau dia boleh dengar cakap
Hani, cuba Hani tegur sikit. Untie
dah malas dah, dah lama suruh dia berhenti, janji kosong aje.. yang hairannya bila bulan puasa boleh pulak tak
merokok!” tegas Puan Fatihah.
”Untie suka berkebun? Hani pun suka..cuma di Cape Town
tu sekali sekali aje Hani turun berkebun sebab dah ada tukang kebun, tapi Hani
selalu pergi ke nursery kat sana, beli bunga. Sebab bunga kat ikut musim..musim
panas yang paling cantik bagi Hani” kata Hani.
”Baguslah macam tu, nanti boleh tolong untie
berkebun..”
”Tolong untie angkat pasu ni.. berat sikit sebab
besar..”
”Ya.. untie” Hani bingkas ke pasu yang sudah sedia
untuk di hantar ke tempat asalnya.
“Apa Hani cerita dengan mama tadi.." terkejut
Hani dengan soalan Aqram yang bersuara tiba-tiba.
Ingatkan masih khayal dengan kepulan asap rokoknya.
Hani masih berdiri di hadapan Puan Fatihah yang menyangkung, menyalin pasu yang
terakhir.
“Tak ada apa-apa, cerita biasa-biasa aje, cerita orang
perempuan la.. apa lagi”
“Tak ada cerita pasal Am”
“Perasanlah awak ni..oh ya.. baru Hani ingat, memang
ada cerita pasal Am..ceritanya bila hendak berhenti merokok.” Hani secara
lembut mengemukakan usul Puan Fatihah agar dapat membantu Aqram berhenti
merokok.
“Hemmm.. kalau pasal tu, Am tak nak ambil tahu la..”
Aqram berjalan laju meninggalkan Hani yang tersenyum dan mengalih pandangan ke
arah Puan Fatihah yang juga mendengar perbualan mereka.
Memandangkan semua pasu sudah di tempatkan semula di
tempat asalnya, cuba sudah ditukar kepada pasu yang lebih besar.
“Hani boleh bersiap la.., lepas tu boleh
breakfast…untiepun dah selesai ni” pinta puan Fatihah.
“Hemm” bingkas Hani meninggalkan Puan Fatihah untuk
membersihkan diri dan bersarapan, sepertimana yang di minta oleh Puan Fatihah.
Nampaknya Hani terpaksa memakai pakaian semalam. Hemm..sudah terpaksa, kena
ulang tayang. Hani sengeh, hendak buat macammana? Hani tidak sudi hendak
menjadi umang-umang lagi.!
3 comments:
khasif x merokok kan? .... minus 1 point .... hehehehe ... amjadd? .... suddenly saya miss amjad ... hahaha .... x de pendirian langsung ... heheheheh ...
dilema sorang wanita memilih teman hidup. kdang2 brhati2 tpi trpilih ruas tebu juga. utk pngetahuan sahaja,klu kita nak kahwin buatlah solah taubat banyak kali supaya diri dan hati menjadi bersih. klau dah aada anak pun elok kita solat taubat banyak kali juga, utk kebaikan anak pula,takut dosa2 kita jatuh kat anak nanti anak jadi dengil dat mendengar kata.
Pendekatan yang baik Puan Sufi_jamal. Terima kasih untuk ilmu ini. Kepada Anonymous.. Ya tak ya juga, sayapun rindu Amjad. Dia akan muncul nanti bia dah nak aknir-aknir. Panjang lagi cerita ni.. harap setia mengikuti..
Post a Comment