Monday 19 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 36 & 37


Apa lagi nak tulis hah?  layan aje lah..
Dah alang-alang online.. publishkan aje he..he..he..


BAB 36

Masih teriyang-iyang soalan Puan Fatihah sewaktu sarapan tadi, seperti tidak sabar-sabar sahaja bunyi soalannya menunggu jawapan dari Hani, sedangkan Hani merasakan itu seperti satu desakan dan semuanya berlaku begitu mendadak. Ini bukan urusan jual beli baju di gedung. Pilih, yang mana berkenan terus setuju membeli. Pergi ke cashier, bayar dan terus baju jadi hak milik.  Tahu tak betapa rumitnya membuat keputusan! Takut lain yang diharap, lain pula yang jadinya. Buat waktu ni, Hani akan berusaha untuk mengelak dari soalan itu dibangkitkan.  Jika boleh..
Kini Hani bersama Puan Fatihah dan Aqram di sofa di ruang tamu. Ain sudah naik semula ke bilik bersama Jeslina.  Hani seperti tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini, lepas satu, satu, perkara baru berlaku kepada dirinya. Semuanya berpunca dengan insiden di Restaurant di Cape Town tempoh hari.

“Untie, tak terlalu awal ke urusan cincin ni. Jawapanpun belum saya beri lagi.” Kata Hani, cuba mengelak untuk urusan tersebut. Memangpun terlalu awal.
“Masalah masa aje, lambat atau cepat bergantung pada Hani, jari untuk orang yang sama, apa salahnya beli dulu sementara Hani ada kat sini. Cincin tu bukannya rosak..” Puan Fatehah menjelaskan, ada sahaja  jawapan yang  dapat diberikan.
 “Marilah, Am boleh bawa Hani pusing-pusing KL sekali, malam tadi pemandangan waktu malam hari ni pandangan waktu siang pulak..” Aqram mengaleh tajuk, dari cerita cincin kepada cerita pergi berjalan-jalan.
“Bagus jugak cadangan Am tu, sambil cari cincin, pergilah jalan-jalan  sama Am, pakai aje baju Ain, nanti untie carikan” bingkas bangun dan terus ketangga menuju ke tingkat atas, apa lagi kalau tidak ke bilik Ain. Sekali lagi baju Ain yang menjadi mangsa, kata tak sudi hendak menjadi umang-umang lagi?
Puan Fatihah meninggalkan Hani dan Aqram di ruang tamu.
“Am tak susah ke nak hantar saya ni, nanti balik sini tentu dah lewat, kasihan pulak Hani pada Am!” rayu Hani.
“Tak apa, Am boleh lama sikit bersama Hani, bukan senang nak atur ni. Hani senang, Am tak senang. Am senang, Hani pulak dah nak balik Cape Town. Habis bila lagi nak kenal-kenal?”memang sah Aqram sudah di panah asmara, panahan asmara dengan Hani Asmara Tajuddin.
“Am …betul ke Am dah sedia  nak terima Hani, Hani masih ragulah” Hani bertanya menyatakan perasaan ragu di hatinya.
“Eh! Apa nak diragukan, kita sama-sama perbaiki, jangan sampai ada keraguan, Am rasa Hani lebih faham apa maksud Am, kan sayang!” Hani hanya mendiamkan diri mengerti apa yang dimaksudkan Aqram dan semakin lama bersama lelaki ini semakin hatinya bercelaru. Bercelaru memikirkan sama ada menerima atau tidak lamaran lelaki ini, hanya dengan pertemuan yang singkat.  Sebenarnya juga Hani sudah tidak percaya kepada dirinya sendiri dan takut dengan perasaan hatinya kepada Aqram akan perlahan-lahan membuatkan dia lupa Khasif. Khasif bagaikan perlahan-lahan hilang dari ingatannya. Rapuh juga sebenarnya hati Hani, hanya di sebabkan oleh lelaki ini.
“Nah.. Hani cuba yang ini, kalau tak sesuai untie cari yang lain.” Puan Fatehah menghulurkan pakaian kepada Hani.
Sehelai blouse lengan panjang berwarna cream dan seluar panjang hitam yang disesuaikan dengan tudung cream berbunga, pastinya tudung milik Puan Fatehah lagi. Perbualan Hani dan Aqram terhenti dengan kemunculan Puan Fatihah dengan persalinan baru untuk Hani. Jadi umang-umang lagi rupanya dia hari ini.
“Hani cuba dulu, Am pergi tukar pakaian jugak..” Aqram berjalan menuju ke tingkat atas, meninggalkan Hani dengan persalinan baru Ain di tangan dan dia juga berjalan berlahan menuju ke bilik tetamu, biliknya buat hari ini. Mahu tidak mahu, dia lakukan juga. Kerana dia, aku rela.
Hani menghilang tidak sampai lima belas minit, apabila dia keluar dari bilik, Aqram sudah sedia menunggu di ruang tamu bersama Puan Fatehah. Dua pasang mata memandang Hani tidak berkelip apabila Hani keluar dengan persalinan yang telah di beri Puan Fatihah tadi.
“Dah macam budak teenager pulak” perli Puan Fatihah
” Just nice untie nampak..” telahnya lagi.
“Am tak mahu pergilah. Malu Am macam ni Ma, nanti orang ingat Hani adik Am pulak.” getus Aqram.
“Dah tu jangan banyak soal lagi, haripun dah jam 11.00 ni.. petang-petang sikit boleh bergerak balik ke Melaka nanti” paksa Puan Fatihah.
Hani mencapai beg tangannya apabila Aqram memberi isyarat untuk keluar.
“Pergi dulu untie”
“Jangan lewat sangat balik, jauh lagi perjalan tu nanti, lunchtime jangan lupa balik rumah, kita makan sama-sama” Mengingatkan Aqram untuk makan tengahari, kerana memang setiap hujung minggu, mereka berkumpul semua waktu makan, kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan. Kerana ini lah sahaja waktu yang mereka dapat bersama  sebagai sebuah keluarga. Memang Encik Mansor dan Puan Fatehah masih mengekalkan cirri-ciri kekeluargaan. Demi untuk mengekalkan sebuah institusi keluarga yang sihat.
”Jaga anak orang tu.. Am” nasihat puan Fatihah, apabila melihat Aqram hendak mengundurkan keretanya.
“Ya…ma..insyallah” jawab Aqram pendek
Puan Fatihah hanya memerhati kereta Aqram meninggalkan bangalownya dari depan pintu.
“Jangan hanya jawab “Ya”, tapi “Ya” tak bertitik..” kata puan Fatihah perlahan. Hanya dia sahaja yang mendengar.


PS: Lagu tahun berapa entah? Tapi saya suka liriknya.. cukup jiwang..he..he.he. Kak Pah 





Bab 37

Didalam kereta kedua-duanya senyap. Kereta terus memecut meninggalkan rumah banglow Puan Fatihah. 
“Hani.." panggil Aqram. Sudah tak sanggup menjadi patung cendana yang bisu.
 "Hemm.." jawab Hani sepatah, dengar seperti kumbang terbang mencari jalan keluar sahaja bunyinya.
"Agaknya Am ni terlalu mendesak kan? Maafkan Am.." mendatar pula suaranya, membuat Hani jatuh kasihan. Haila..Hani. Kasihankan Aqram atau kasihan diri sendiri.
 "Hani tahu kenapa Am jadi macam ni?  Sebenarnya Am takut, takut Am akan kecewa lagi. Kekecewaan masa lampau buat Am jadi possessive Aqram memulakan bicara di dalam kereta.
"Am juga takut dengan sikap Am macam ni, buat Hani bosan..maafkan Am.." kendur juga suaranya membuat Hani lemah. 
“Bukan Hani nak mahu terima Am tapi belum masanya, itu aje. Jangan desak Hani Am…biar Hani a berbincang dulu dengan parent Hani. Hani tak boleh membelakangkan mereka, I need their opinion as well.. trust me Am, I will give the answer very soon…very very soon” Hani cuba memberi alasan yang munasabah kepada Aqram dan kadang kala terasa jemu apabila asak dengan soalan yang belum mampu diberi jawapan.
Aqram hanya tunduk dan mendiamkan diri, tidak mahu lagi mendesak Hani. Bimbang lain jadinya nanti, dan dia akan mendapat jawapan yang mengecewakan. Yang pasti dia harus memberi ruang untuk Hani berfikir sebaik mungkin.
Perkara pertama yang dia perlu belajar. Belajar sabar dan tidak mendesak. Okey, fine he will remember that.
Aqram membawa Hani ke KLCC.  Dari satu kedai ke satu kedai mereka redah. Hani membeli sesuatu untuk keluarganya dan juga untuk keluarga Puan Fatihah termasuk Mak Ara yang telah melayannya begitu baik sekali.
Aqram juga membeli sesuatu, tetapi tidak pula Hani ketahui barangannya.
Berlegar-legar, tanpa arah tujuan. Yang penting bersama. Tidak disedari mereka berada didepan kedai emas.
Aqram teringat pesat mamanya, membuat pemilihan cincin. Aqram angkat kening, "macamana?"tnayanya.
“Jom! Kita depan Habib Jewel ni..” kata Aqram. Mahu atau tidak, Hani hanya menurut.
“Ya Encik, boleh saya bantu” seorang jurujual wanita ingin membantu sewaktu melihat  Aqram dan Hani, terbongkok-bongkok di almari kaca, tercari-cari cincin yang sesuai.
“Kami sedang cari cincin tunang dan nikah, cik boleh tolong..” tanya Aqram gembira, terpancar wajah manis wajah lelaki ini.
Suka Hani melihat Aqram apabila berwajah ceria begini. Aduh hati, cukup-cukup la. Hani cuba menidakkan apa yang dia rasa terhadap Aqram.
“Am! Apa pulak cincin nikah, cincin merisik sama cincin tunang aje dulu..” beritahu Hani dengan nada yang hairan
“Tak apa, Am beli tiga-tiga sekali” jawap Aqram penuh yakin.
“Encik…yang  ini cantik untuk encik dan cik..” sambil menunjukkan beberapa bentuk cincin yang sepasang.
 Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan, memang dibuat khas berpasang-pasang macam ini.
Setelah hampir satu jam, keputusan tidak juga dibuat, jenuh mereka memilih. Ada cincin yang Hani suka, tetapi tidak pada Aqram, begitu juga sebaliknya. Jurujual wanita itu pun hampir give up melayan kerenah mereka, tetapi terpaksa juga melayan, memandangkan mereka potential buyer. Masuk waktu jam yang kedua, akhirnya pemilihan di muktamatkan. Untuk cincin merisik, mereka hanya memilih cincin belah rotan yang agak tebal campuran mas kuning dan mas puteh di tengah-tengah.
Cincin tunang pula mereka memilih cincin yang mempunyai batu permata sebiji, simple sahaja designnya, tetapi nampak sopistikated.
Atas permintaan Aqram, cincin nikah juga dipilih, kata sepakat memilih cincin yang sama bentuk cuma cincin untuk Hani mempunyai beberapa biji batu permata di sekeliling cincin, manakala Aqram hanya cincin kosong tiada corak dari perak. Aqram juga meminta nama Aqram dan Hani diukir di sebelah dalam cincin cincin tersebut.
Sebelum jam 2.00 petang, Aqram mengajak Hani pulang kerana janji dengan Mama untuk makan tengahari bersama.  Peringatan dari Mama, jangan dilupa, nanti merajuk orang tua itu. Siapa hendak pujuk, papa jauh di Seoul.
Mereka kembali ke rumah agak lewat, hampir jam 2.30 petang baru mereka sampai. Nasib baik perjalanan lancar kerana tidak ada gangguan trafik kerana hujung minggu. Puan Fatihah sudah menunggu di ruang tamu. Sekembalinya mereka, dapat mereka menunjukkan cincin cincin yang sudah merkea pilih. Lega Puan Fatihah. Rasanya Hani sudah 90 peratus bersetuju kerana sudah bersetuju membeli cincin.
Di meja makan, kedengaran suara-suara gembira sebuah keluarga sedang menekmati makan tengahari. Semua ada berbual mesra, Puan Fatihah, Aqram, Ain, Rayyan, Jeslina termasuk Hani. Hanya Encik Mansor sahaja yang tiada, kerana dia hanya akan pulang pada hari Rabu nanti.
Selepas solat Zohor, Hani bersiap untuk pulang. Hani keluar dari bilik dengan memakai baju yang baru dibelinya di KLCC tadi, blouse lengan panjang menutup punggung puteh polos yang berbutang di hadapan dengan seluar slack berwarna tanah. Tudung Ariani puteh yang awningnya berwarna warni, berlatarbelakang puteh juga. Hani memang pandai memadankan pakaiannya, memang sesuai. Hani nampak cantik mengayakan apa sahaja pakaian disebalik kulitnya yang puteh. Mata Aqram tidak beralih menatap wajah perempuan yang memang sudah memenuhi hatinya, Bakal menjadi Puan Hani Asmara Aqram. Puan Fatihah juga tidak berkecuali, gembira dengan penampilan bakal menantunya.
Sebelum meninggalkan bungalow, Hani menghulurkan bungkusan setiap satu kepada Puan Fatihah, Ain dan Rayyan juga tidak ketinggalan untuk Mak Ara. Kepada Jeslina, Hani memberi satu bungkusan buat sikecil Tika. Aqram hanya menunggu di luar menghidupkan engin kereta kerana dia sudah bersedia untuk menghantar Hani pulang.
“Terima kasih untie, Ain terima kasih sebab pinjamkan Kak Hani  baju ya “
“No problem Kak Hani, lagipun nanti kan Kak Hani akan jadi kakak ipar Ain jugak?”
Hani diam membisu, hanya senyuman tawar  dilemparkan kepada Ain.
“Kakak ipar.. bunyi seperti ngeri sahaja..“ bisik hati Hani.
“Hati-hati Hani, pesan dekat Am tu jugak, jangan bawak laju-laju, terus ke Melaka, jangan meyimpang ke tempat lain pulak!” pesan Puan Fatihah.
“Insyallah” sambil menghulur tangan dan diciumnya mesra.
“Ha.. satu lagi perkara, jangan fikir lama-lama sangat Hani, cepat-cepat terima jadi sebagai sebahagian dari keluarga untie ..” bisik puan Fatihah ditelinga Hani.
Hani hanya tersenyum, tiada kata yang mampu diberikannya terhadap harapan Puan Fatihah. Sabar sahaja dia.
Kereta Aqram beredar seperti yang dijadualkan menuju ke Melaka. Disepanjang perjalanan, Hani sudah meminta Aqram agar tidak lagi membangkitkan soal perhubungan mereka. Hani jadi takut tiba-tiba. Takut dengan apa yang akan berlaku seterusnya. Atas permintaan itu, memang tiada perbualan yang bersangkutan dengan hubungan mereka di bangkitkan. Kemesraan tetap terjalin, mereka gembira disepanjang perjalanan. Entah apa topik yang dibualkan, yang pastinya mereka merasakan begitu masa begitu cepat berlalu, tup-tup sudah sampai di depan rumah ibu. Tidak sedar masa berlalu, sedangkan sudah 4 jam mereka bersama.
Sampai di Melaka agak lewat, tetapi Aqram sempat makan malam bersama keluarga Hani. Selepas Isyak baru Aqram bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Terasa berat hati dia hendak meninggalkan keluarga Pak Tajuddin. Tetapi sebenarnya hatinya berat hendak meninggalkan siapa lagi.. kalau bukan bakal isterinya,jika ada jodoh..


4 comments:

sufi_jamal said...

nmpaknya Aqram dn kluarga sperti mendesak, susah jga klu dpat bakal suami mak mertua atau besan yg macam tu. klu mak teh bkal besanlah..

Rose Ezadora said...

Sebab dah lama menunggu, bila dah si Am suka, main grab aje. Macam tu. Pernah terjadi tak? Saya pun main hentam aje. Saje suka-suka mengarang. Tak adanya berlaku. Mana ada kesah hidup seindah novel kan..

Rose Ezadora said...

Kita layan dulu, nanti boleh diadjust mana yang boleh untuk dibaiki ya..idea ni kadang tu datang yang bukan-bukan..he..he..he.

sufi_jamal said...

Ehh..crita ni sedap,hya bila kita baca mcam mengesa,truskan brkarya jngan ubah apa2 memang dah sedap crita ni