Apa lagi nak tulis hah? layan aje lah..
Dah alang-alang online.. publishkan aje he..he..he..
BAB 36
Masih teriyang-iyang soalan Puan Fatihah sewaktu
sarapan tadi, seperti tidak sabar-sabar sahaja bunyi soalannya menunggu jawapan
dari Hani, sedangkan Hani merasakan itu seperti satu desakan dan semuanya
berlaku begitu mendadak. Ini bukan urusan jual beli baju di gedung. Pilih, yang
mana berkenan terus setuju membeli. Pergi ke cashier, bayar dan terus baju jadi hak milik. Tahu tak betapa rumitnya membuat keputusan!
Takut lain yang diharap, lain pula yang jadinya. Buat waktu ni, Hani akan
berusaha untuk mengelak dari soalan itu dibangkitkan. Jika boleh..
Kini Hani bersama Puan Fatihah dan Aqram di sofa di ruang
tamu. Ain sudah naik semula ke bilik bersama Jeslina. Hani seperti tidak percaya dengan apa yang
sedang berlaku sekarang ini, lepas satu, satu, perkara baru berlaku kepada
dirinya. Semuanya berpunca dengan
insiden di Restaurant di Cape Town tempoh hari.
“Untie, tak terlalu awal ke urusan cincin ni. Jawapanpun belum saya beri lagi.” Kata Hani, cuba
mengelak untuk urusan tersebut. Memangpun terlalu awal.
“Masalah masa aje, lambat atau cepat bergantung pada
Hani, jari untuk orang yang sama, apa salahnya beli dulu sementara Hani ada kat
sini. Cincin tu bukannya rosak..” Puan Fatehah menjelaskan, ada sahaja jawapan yang
dapat diberikan.
“Marilah, Am
boleh bawa Hani pusing-pusing KL sekali, malam tadi pemandangan waktu malam
hari ni pandangan waktu siang pulak..” Aqram
mengaleh tajuk, dari cerita cincin kepada cerita pergi berjalan-jalan.
“Bagus jugak cadangan Am tu, sambil cari cincin, pergilah
jalan-jalan sama Am, pakai aje baju Ain,
nanti untie carikan” bingkas bangun dan terus ketangga menuju ke tingkat atas,
apa lagi kalau tidak ke bilik Ain. Sekali lagi baju Ain yang menjadi mangsa,
kata tak sudi hendak menjadi umang-umang lagi?
Puan Fatihah meninggalkan Hani dan Aqram di ruang
tamu.
“Am tak susah ke nak hantar saya ni, nanti balik sini
tentu dah lewat, kasihan pulak Hani pada Am!” rayu Hani.
“Tak apa, Am boleh lama sikit bersama Hani, bukan
senang nak atur ni. Hani senang, Am tak senang. Am senang, Hani pulak dah nak
balik Cape Town. Habis bila lagi nak kenal-kenal?”memang sah Aqram sudah di
panah asmara, panahan asmara dengan Hani Asmara Tajuddin.
“Am …betul ke Am dah sedia nak terima Hani, Hani masih ragulah” Hani
bertanya menyatakan perasaan ragu di hatinya.
“Eh! Apa nak diragukan, kita sama-sama perbaiki,
jangan sampai ada keraguan, Am rasa Hani lebih faham apa maksud Am, kan sayang!”
Hani hanya mendiamkan diri mengerti apa yang dimaksudkan Aqram dan semakin lama
bersama lelaki ini semakin hatinya bercelaru. Bercelaru memikirkan sama ada
menerima atau tidak lamaran lelaki ini, hanya dengan pertemuan yang
singkat. Sebenarnya juga Hani sudah
tidak percaya kepada dirinya sendiri dan takut dengan perasaan hatinya kepada
Aqram akan perlahan-lahan membuatkan dia lupa Khasif. Khasif bagaikan
perlahan-lahan hilang dari ingatannya. Rapuh juga sebenarnya hati Hani, hanya
di sebabkan oleh lelaki ini.
“Nah..
Hani cuba yang ini, kalau tak sesuai untie cari yang lain.” Puan Fatehah
menghulurkan pakaian kepada Hani.
Sehelai
blouse lengan panjang berwarna cream dan seluar panjang hitam yang disesuaikan
dengan tudung cream berbunga, pastinya tudung milik Puan Fatehah lagi. Perbualan Hani dan Aqram terhenti dengan kemunculan
Puan Fatihah dengan persalinan baru untuk Hani. Jadi umang-umang lagi rupanya
dia hari ini.
“Hani cuba dulu, Am pergi tukar pakaian jugak..” Aqram
berjalan menuju ke tingkat atas, meninggalkan Hani dengan persalinan baru Ain
di tangan dan dia juga berjalan berlahan menuju ke bilik tetamu, biliknya buat
hari ini. Mahu tidak mahu, dia lakukan juga. Kerana dia, aku rela.
Hani menghilang tidak sampai lima belas minit, apabila
dia keluar dari bilik, Aqram sudah sedia menunggu di ruang tamu bersama Puan
Fatehah. Dua pasang mata memandang Hani tidak berkelip apabila Hani keluar
dengan persalinan yang telah di beri Puan Fatihah tadi.
“Dah macam budak teenager pulak” perli Puan Fatihah
” Just nice untie nampak..” telahnya lagi.
“Am tak mahu pergilah. Malu Am macam ni Ma, nanti
orang ingat Hani adik Am pulak.” getus Aqram.
“Dah tu jangan banyak soal lagi, haripun dah jam 11.00
ni.. petang-petang sikit boleh bergerak balik ke Melaka nanti” paksa Puan
Fatihah.
Hani mencapai beg tangannya apabila Aqram memberi
isyarat untuk keluar.
“Pergi dulu untie”
“Jangan lewat sangat balik, jauh lagi perjalan tu
nanti, lunchtime jangan lupa balik rumah, kita makan sama-sama” Mengingatkan
Aqram untuk makan tengahari, kerana memang setiap hujung minggu, mereka
berkumpul semua waktu makan, kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan. Kerana
ini lah sahaja waktu yang mereka dapat bersama
sebagai sebuah keluarga. Memang Encik Mansor dan Puan Fatehah masih
mengekalkan cirri-ciri kekeluargaan. Demi untuk mengekalkan sebuah institusi
keluarga yang sihat.
”Jaga anak orang tu.. Am” nasihat puan Fatihah,
apabila melihat Aqram hendak mengundurkan keretanya.
“Ya…ma..insyallah” jawab Aqram pendek
Puan Fatihah hanya memerhati kereta Aqram meninggalkan
bangalownya dari depan pintu.
“Jangan hanya jawab “Ya”, tapi “Ya” tak bertitik..”
kata puan Fatihah perlahan. Hanya dia sahaja yang mendengar.
PS: Lagu tahun berapa entah? Tapi saya suka liriknya.. cukup jiwang..he..he.he. Kak Pah
Bab 37
“Hani.." panggil Aqram. Sudah tak sanggup menjadi patung cendana yang bisu.
"Hemm.." jawab Hani sepatah, dengar seperti kumbang terbang mencari jalan keluar sahaja bunyinya.
"Agaknya Am ni terlalu mendesak kan? Maafkan Am.." mendatar pula suaranya, membuat Hani jatuh kasihan. Haila..Hani. Kasihankan Aqram atau kasihan diri sendiri.
"Hani tahu kenapa Am jadi macam ni? Sebenarnya Am takut, takut Am akan kecewa lagi. Kekecewaan masa lampau buat Am jadi possessive” Aqram memulakan bicara di dalam kereta.
"Am juga takut dengan sikap Am macam ni, buat Hani bosan..maafkan Am.." kendur juga suaranya membuat Hani lemah.
"Hemm.." jawab Hani sepatah, dengar seperti kumbang terbang mencari jalan keluar sahaja bunyinya.
"Agaknya Am ni terlalu mendesak kan? Maafkan Am.." mendatar pula suaranya, membuat Hani jatuh kasihan. Haila..Hani. Kasihankan Aqram atau kasihan diri sendiri.
"Hani tahu kenapa Am jadi macam ni? Sebenarnya Am takut, takut Am akan kecewa lagi. Kekecewaan masa lampau buat Am jadi possessive” Aqram memulakan bicara di dalam kereta.
"Am juga takut dengan sikap Am macam ni, buat Hani bosan..maafkan Am.." kendur juga suaranya membuat Hani lemah.
“Bukan Hani nak mahu terima Am tapi belum
masanya, itu aje. Jangan desak Hani Am…biar Hani a berbincang dulu dengan
parent Hani. Hani tak boleh membelakangkan mereka, I need their opinion as well.. trust me Am, I will give the answer very
soon…very very soon” Hani cuba memberi alasan yang munasabah kepada Aqram
dan kadang kala terasa jemu apabila asak dengan soalan yang belum mampu diberi
jawapan.
Aqram hanya tunduk dan mendiamkan diri, tidak mahu
lagi mendesak Hani. Bimbang lain jadinya nanti, dan dia akan mendapat jawapan
yang mengecewakan. Yang pasti dia harus memberi ruang untuk Hani berfikir
sebaik mungkin.
Perkara pertama yang dia perlu belajar. Belajar sabar dan tidak mendesak. Okey, fine he will remember that.
Aqram membawa Hani ke KLCC. Dari satu kedai ke satu kedai mereka redah.
Hani membeli sesuatu untuk keluarganya dan juga untuk keluarga Puan Fatihah
termasuk Mak Ara yang telah melayannya begitu baik sekali.
Aqram juga membeli sesuatu, tetapi tidak pula Hani
ketahui barangannya.
Berlegar-legar, tanpa arah tujuan. Yang penting bersama. Tidak disedari mereka berada didepan
kedai emas.
Aqram teringat pesat mamanya, membuat pemilihan
cincin. Aqram angkat kening, "macamana?"tnayanya.
“Jom! Kita depan Habib Jewel ni..” kata Aqram. Mahu
atau tidak, Hani hanya menurut.
“Ya Encik, boleh saya bantu” seorang jurujual wanita
ingin membantu sewaktu melihat Aqram dan
Hani, terbongkok-bongkok di almari kaca, tercari-cari cincin yang sesuai.
“Kami sedang cari cincin tunang dan nikah, cik boleh
tolong..” tanya Aqram gembira, terpancar wajah manis wajah lelaki ini.
Suka Hani melihat Aqram apabila berwajah ceria begini.
Aduh hati, cukup-cukup la. Hani cuba menidakkan apa yang dia rasa terhadap
Aqram.
“Am! Apa pulak cincin nikah, cincin merisik sama
cincin tunang aje dulu..” beritahu Hani dengan nada yang hairan
“Tak apa, Am beli tiga-tiga sekali” jawap Aqram penuh
yakin.
“Encik…yang ini
cantik untuk encik dan cik..” sambil menunjukkan beberapa bentuk cincin yang
sepasang.
Satu untuk
lelaki dan satu untuk perempuan, memang dibuat khas berpasang-pasang macam ini.
Setelah hampir satu jam, keputusan tidak juga dibuat,
jenuh mereka memilih. Ada cincin yang Hani suka, tetapi tidak pada Aqram,
begitu juga sebaliknya. Jurujual wanita itu pun hampir give up melayan kerenah
mereka, tetapi terpaksa juga melayan, memandangkan mereka potential buyer. Masuk
waktu jam yang kedua, akhirnya pemilihan di muktamatkan. Untuk cincin merisik,
mereka hanya memilih cincin belah rotan yang agak tebal campuran mas kuning dan
mas puteh di tengah-tengah.
Cincin tunang pula mereka memilih cincin yang
mempunyai batu permata sebiji, simple sahaja designnya, tetapi nampak
sopistikated.
Atas permintaan Aqram, cincin nikah juga dipilih, kata
sepakat memilih cincin yang sama bentuk cuma cincin untuk Hani mempunyai
beberapa biji batu permata di sekeliling cincin, manakala Aqram hanya cincin
kosong tiada corak dari perak. Aqram juga meminta nama Aqram dan Hani diukir di
sebelah dalam cincin cincin tersebut.
Sebelum jam 2.00 petang, Aqram mengajak Hani pulang
kerana janji dengan Mama untuk makan tengahari bersama. Peringatan dari Mama, jangan dilupa, nanti merajuk orang tua itu. Siapa
hendak pujuk, papa jauh di Seoul.
Mereka kembali ke rumah agak lewat, hampir jam 2.30
petang baru mereka sampai. Nasib baik perjalanan lancar kerana tidak ada
gangguan trafik kerana hujung minggu. Puan Fatihah sudah menunggu di ruang
tamu. Sekembalinya mereka, dapat mereka menunjukkan cincin cincin yang sudah
merkea pilih. Lega Puan Fatihah. Rasanya Hani sudah 90 peratus bersetuju kerana
sudah bersetuju membeli cincin.
Di meja makan, kedengaran suara-suara gembira sebuah
keluarga sedang menekmati makan tengahari. Semua ada berbual mesra, Puan
Fatihah, Aqram, Ain, Rayyan, Jeslina termasuk Hani. Hanya Encik Mansor sahaja
yang tiada, kerana dia hanya akan pulang pada hari Rabu nanti.
Selepas solat Zohor, Hani bersiap untuk pulang. Hani
keluar dari bilik dengan memakai baju yang baru dibelinya di KLCC tadi, blouse
lengan panjang menutup punggung puteh polos yang berbutang di hadapan dengan
seluar slack berwarna tanah. Tudung Ariani puteh yang awningnya berwarna warni,
berlatarbelakang puteh juga. Hani memang pandai memadankan pakaiannya, memang
sesuai. Hani nampak cantik mengayakan apa sahaja pakaian disebalik kulitnya
yang puteh. Mata Aqram tidak beralih menatap wajah perempuan yang memang sudah
memenuhi hatinya, Bakal menjadi Puan Hani Asmara Aqram. Puan Fatihah juga tidak
berkecuali, gembira dengan penampilan bakal menantunya.
Sebelum meninggalkan bungalow, Hani menghulurkan
bungkusan setiap satu kepada Puan Fatihah, Ain dan Rayyan juga tidak
ketinggalan untuk Mak Ara. Kepada Jeslina, Hani memberi satu bungkusan buat
sikecil Tika. Aqram hanya menunggu di luar menghidupkan engin kereta kerana dia
sudah bersedia untuk menghantar Hani pulang.
“Terima kasih untie, Ain terima kasih sebab pinjamkan
Kak Hani baju ya “
“No problem Kak Hani, lagipun nanti kan Kak Hani akan
jadi kakak ipar Ain jugak?”
Hani diam membisu, hanya senyuman tawar dilemparkan kepada Ain.
“Kakak ipar.. bunyi seperti ngeri sahaja..“ bisik hati
Hani.
“Hati-hati Hani, pesan dekat Am tu jugak, jangan bawak
laju-laju, terus ke Melaka, jangan meyimpang ke tempat lain pulak!” pesan Puan
Fatihah.
“Insyallah” sambil menghulur tangan dan diciumnya
mesra.
“Ha.. satu lagi perkara, jangan fikir lama-lama sangat
Hani, cepat-cepat terima jadi sebagai sebahagian dari keluarga untie ..” bisik
puan Fatihah ditelinga Hani.
Hani hanya tersenyum, tiada kata yang mampu
diberikannya terhadap harapan Puan Fatihah. Sabar sahaja dia.
Kereta Aqram beredar seperti yang dijadualkan menuju
ke Melaka. Disepanjang perjalanan, Hani sudah meminta Aqram agar tidak lagi
membangkitkan soal perhubungan mereka. Hani jadi takut tiba-tiba. Takut dengan
apa yang akan berlaku seterusnya. Atas permintaan itu, memang tiada perbualan
yang bersangkutan dengan hubungan mereka di bangkitkan. Kemesraan tetap
terjalin, mereka gembira disepanjang perjalanan. Entah apa topik yang
dibualkan, yang pastinya mereka merasakan begitu masa begitu cepat berlalu,
tup-tup sudah sampai di depan rumah ibu. Tidak sedar masa berlalu, sedangkan
sudah 4 jam mereka bersama.
Sampai di Melaka agak lewat, tetapi Aqram sempat makan
malam bersama keluarga Hani. Selepas Isyak baru Aqram bergerak pulang ke Kuala
Lumpur. Terasa berat hati dia hendak meninggalkan keluarga Pak Tajuddin. Tetapi
sebenarnya hatinya berat hendak meninggalkan siapa lagi.. kalau bukan bakal
isterinya,jika ada jodoh..
4 comments:
nmpaknya Aqram dn kluarga sperti mendesak, susah jga klu dpat bakal suami mak mertua atau besan yg macam tu. klu mak teh bkal besanlah..
Sebab dah lama menunggu, bila dah si Am suka, main grab aje. Macam tu. Pernah terjadi tak? Saya pun main hentam aje. Saje suka-suka mengarang. Tak adanya berlaku. Mana ada kesah hidup seindah novel kan..
Kita layan dulu, nanti boleh diadjust mana yang boleh untuk dibaiki ya..idea ni kadang tu datang yang bukan-bukan..he..he..he.
Ehh..crita ni sedap,hya bila kita baca mcam mengesa,truskan brkarya jngan ubah apa2 memang dah sedap crita ni
Post a Comment