Tuesday 9 September 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 21



Bab 21

“Amboi.. amboi, kawan kita ni, dapat bunga lagi? Beruntunglah kau Didi? Kali ni berapa kuntum pulak?” tanya Tirah, sebaik sahaja menolak pintu bilik temannya, terpampang jambangan bunga yang diambil di belakang kereta Johan sebelum ke ofis tadi.
Bila lagi nak masa hendak mengusik Tirah.. biar dia jelous!! Didi senyum kambing dengan usikan si kawan.
“La.. lupa pulak aku nak kira.. nanti ek?” kata Didi, terus mengiranya.
“Sebelas?” kata Didi.

“Cuba check pakcik Google, apa pulak dia kata.. sebelas maknanya apa?”seronok sahaja Didi, tanpa memikirkan si pemberi bunga tidak sihat di rumah.
“Your the one that is most important in my life” Didi membaca dengan terang  dan lantang kepada si Tirah. Si kawan hanya mengangguk-angguk perlahan.
“Fuyooh.. bukan main lagi laki kau tu, punyalah romantik. Ni yang buat aku jealous ni, Kalau Zaim takdenya dia nak layan aku dengan bunga macam tu. Dia bukan mat bunga, macam laki kau! Tapi dia beri aku benda lain, benda tu aku tak boleh ceritalah..he..he..he..” kata Tirah.
Takut pula nanti Didi handak bertanya apakah hadiah lain yang dikatakan, sebelum ditanya baik sahaja dia declare, tolong jangan tanya!.
“Johan demam hari ni, aku risau. Tadipun bapa mertua aku yang hantar aku” kata Didi.
“Ah.. Joe demam, kau datang dengan mertua kau?” nada suara Tirah seakan terkejut.
“Hemm.. kan kau tahu malam tadi kami celebrate our  sixth wedding anniversary. Mertua aku yang jaga Rissa, sebab dah lewat, kami, bermalam kat sana”cerita Didi panjang lebar kepada temannya. Si Tirah, hendak tidak hendak terpaksa sahaja mendengar cerita pendek si Didi.
“Ohhh..” itu sahaja yang boleh disebut Tirah. Hendak buat bagaimana, tadah aje telinga, dah orang hendak bercerita..
“Petang nanti kalau Johan tak jemput, kenalah aku balik naik teksi, kejap-kejap lagi aku rasa nak  call mummy, tanya kesihatan Johan” ujar Didi mendatar, risau juga dihati, suami yang tidak sedap badan.
“Tirah, kalau dia tak sihat jugak, aku emergency aje esok, ni aku kata, kalau dia tak sihat lagi. Kalau dia sihat, aku datanglah macam biasa. Ya, tengok esok macammana kesihatan Johan”nada bimbang bukan kepalang sahaja Didi.
“Kau ambil cuti ajelah Didi, cuti kau kan banyak, sekarangpun taklah sebok sangat” Didi angguk, betul juga kata Tirah, ambil cuti dan temankan tuan doktor yang tidak sihat tu. Biar dia pula yang menjadi doctor.
“Ah ah, ye jugak, kejap lagilah aku isi borang..baik aku cuti aje kan?”akhirnya Didi bersetuju dengan cadangan Tirah.

Sebaik sahaja Tirah beredar, Didi menghubungi mummy Rina.
“Mummy, Di ni, mummy okey ke jaga Rissa? Meragam tak budak tu? Risau jugak Di kat sini..” tanya Didi kepada mummy Rina.
Tujuan sebenar hendak bertanya kesihatan Johan, tetapi sebelum itu tanya dulu hal anak, tidak mahu pula seperti terang-terang bertanya hal si suami. Sopan sikit Didi, jangan nampak ketara sangat. Nanti nampak pula mengada-ngada.
“Ni ahh.. ada kat mummy.. ni, tak mahu tidur. Rissa.. Rissa dengar ni, mama call..” terdengar suara mummy bercakap dengan Rissa.
“Mum, abamg Johan dah pergi klinik ke?” baru Didi bertanya mengenai Johan.
“Tadi, Johan beritahu mummy yang dia nak off aje hari ni, dia masih tak sedap badan kataanya..” jawab mummy, apabila Didi bertanya hal anak besarnya.
“Ye ke mum? Risau pulak Didi. Didi cadang nak minta boss, kalau dia boleh beri Didi ambil half day hari ini. Esok memang Didi cadang nak cuti, dah isi borang cuti dah pun. Takut melarat sakit abang Johan tu..” Mummy Rina lega, mengetahui si menantu sayangkan anaknya. Menantu yang satu ketika dahulu tidak secalitpun berkenan di hati, maklumlah menantu yang berpakaian seperti kelambu. Nasib baik Johan memilih perempuan yang berkelambu dari si perempuan yang kurang kain. Jika tidak tak tahulah apa yang terjadi. Fikir mummy Rina, sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak teruk mana mummy rasa, katanya dia penat aje. Tapi kalau Didi nak cuti bagus jugak” mummy bersetuju agar Didi bercuti sahaja.
Dia gembira, Rissa bakal akan lama bersamanya.
“Sekarang biar dia rehat aje. Mummy rasa dia sedang tidur tu, tadipun makan sarapan tadi dia tak lalu. Kejap lagi mummy tengok dia, sebab nak suruh dia makan sikit, takut perut tu kosong..dapat penyakit lain pulak” kata mummy buat Didi rasa lagi tidak senang.
Dia sebagai isteri, yang sepatutnya berada di sisi suami yang kurang sihat, bukannya ibu si suami. Tetapi apakan daya, dia sedang bertugas.  Kata hendak menjadikan Mutiah sebagai perempuan contoh, tetapi sekarang ibu mertua yang menjaga suami, apa cerita. Mana contohnya?
Siapa yang mengikut contoh si Mutiah? Hemm alah! Salah watak...

***

Tangan terus mengelebek fail. Sudah beberapa kali menyelak fail, tetapi Didi tidak dapat tekun dengan tugasnya. Tadinya yang dia ingat, dia masih ada memegang satu borang cuti yang belum di isi. Rupanya dia menyelak fail, semata-mata mencari borang tersebut. Entah terselit di dalam fail. Kelebek punya kelebek.. tiba-tiba muka yang tadinya mencerut, tiba-tiba ceria dengan senyuman. Borang sudah di jumpai. Kemudian Didi berjalan pantas menuju ke bilik boss.
“Kak Mizah, boss ada tak?” tanya Didi kepada Pembantu Khas Ketua Pengarah., Puan Amizah namanya. Terkejut juga kakak yang sudah separuh umur itu mendengar teguran si Didi. Di mana salamnya. Ish..ish..ish..
 “Ada! Tapi dia dengan Encik Fairuz, apa hal Puan.?.” bertanya pula si Pembantu Khas kepada Didi.
“Ni ah.. borang cuti, saya nak cutilah kak, esok dan lusa, suami saya tak sihat” kata Didi.
“Ohh.. borang cuti, boleh beri aje kat akak, nanti akak beri pada Encik Idham. Bila dah lulus nanti akak beri balik kat Puan, boleh?” kata Mizah lagi.
“Saya nak minta balik awal jugak hari ni, tu yang perlu jugak jumpa boss tu, kak..” kata Didi lagi.
“Ohhh.. kalau  macam tu, Puan tunggulah kejap. Atau puan nak akak call puan bila boss free nanti..” kata Mizah lagi.
“Tak apalah kak, saya tunggu, kalau lama sangat baru saya tunggu kat bilik saya…” Mizah hanya mengangguk. Mengerti Didi pasti risau keadaan suaminya sendirian di rumah, tanpa dia mengetahui Johan di rumah ibunya, dia tidak bersendirian.
Mengelisah Murni, dari lima ke sepuluh, namun boss masih ada bersama second boss. Sabar ajelah. 
“Selamat pagi tuan” berdiri Didi sebaik sahaja Encik Fairuz, Timbalan Ketua Pengarah keluar dari bilik big boss.
Itu sudah masuk waktu yang ke dua puluh minit menunggu. Jika dia menunggu sehingga setengah jam, dia akan belah.
“Ah.. Didi, apa hal pagi-pagi kat bilik boss ni..” tanya boss nombor dua.
Didi hanya sengeh. Tidak perlu rasanya Timbalan boss mengetahui masalah peribadinya. Dibiarkannya sahaja Encik Fairuz berlalu pergi tanpa mendapat jawapan darinya.
“Puan, Encik Idham kata puan boleh masuk..” Mizah menyekang pintu untuk membenarkan Didi masuk berjumpa big boss dan kemudian meningggalkan Didi dan Encik Idham di dalam bilik.
Yang Mizah tahu, selang beberapa minit Didi keluar dengan senyuman. Senyum kerana cuti diluluskan atau kerana mendapat kebenaran pulang awal hari ini. Atau mungkin senyum untuk kedua-duanya sekali.
“Kak, nah borang cuti saya, jadi saya balik awal hari ini dan cuti esok dan lusa, minggu depan saya kerja seperti biasa. Akak tolong hantar kat admin ya! Hemm.. dan lagi satu, saya balik pukul 3 hari ini.. terima kasih ya kak..” kata Didi dan terus meninggalkan bilik Mizah.
Mizah hanya memandang Didi meninggalkannya. Kan dah kata, senyum kerana mendapat kelululusan kedua-duanya. Puan Nurnadirah Salmi akan bercuti selama dua hari, esok dan lusa. Dan hari ini akan pulang awal. Borang cuti kena di hantar ke Bahagian Pentadbiran.. Faham tu Mizah…Mizah memasukkan borang yang diberi Didi ke dalam folder dan akan dia hantar ke Bahagian Pentadbiran sebentar lagi bersama beberapa dokumen lain juga ke distinasi yang sama.  Dah memang tugasnya, lawatan ke Bahagian Pentabiran sudah bagai pejabat keduanya, ada sahaja yang perlu dia hantar ke sana. Namapun Bahagian Pentadbiran, sudah tentu segala urusan perlu di hantar di sini, sebagai pusat pentadbiran. Bagi si Amizah, itu tidak menjadi masalahnya, sekurang-kurangnya, dia dapat keluar sekali sekala dari biliknya yang seconet itu.

3 comments:

Rose Ezadora said...

Saya sudah kehabisan modal untuk cerita ini.

Unknown said...

ala....dah lama tak baca kisah si sengal Didi ni.....teruskan lagi.

Rose Ezadora said...

mak ieteng, bukan tak mahu sambung, tapi belum habis lagi cerita ni..idea tak banyak. Baru siap beberapa chapter. nanti bila dah tamat, saya postkan ya..