Bab 21
“Amboi..
amboi, kawan kita ni, dapat bunga lagi? Beruntunglah kau Didi?
Kali ni berapa kuntum pulak?” tanya Tirah, sebaik sahaja menolak pintu bilik
temannya, terpampang jambangan bunga yang diambil di belakang kereta Johan
sebelum ke ofis tadi.
Bila lagi nak masa hendak mengusik
Tirah.. biar dia jelous!! Didi senyum kambing dengan usikan si kawan.
“La.. lupa pulak aku nak kira.. nanti ek?” kata Didi, terus mengiranya.
“Sebelas?” kata Didi.
“Cuba check pakcik Google, apa pulak dia
kata.. sebelas maknanya apa?”seronok sahaja Didi, tanpa memikirkan si pemberi
bunga tidak sihat di rumah.
“Your
the one that is most important in my life” Didi membaca
dengan terang dan lantang kepada si
Tirah. Si kawan hanya mengangguk-angguk perlahan.
“Fuyooh.. bukan main lagi laki kau tu,
punyalah romantik. Ni yang buat aku jealous ni, Kalau Zaim takdenya dia nak
layan aku dengan bunga macam tu. Dia bukan mat bunga, macam laki kau! Tapi dia
beri aku benda lain, benda tu aku tak boleh ceritalah..he..he..he..” kata
Tirah.
Takut pula nanti Didi handak bertanya
apakah hadiah lain yang dikatakan, sebelum ditanya baik sahaja dia declare,
tolong jangan tanya!.
“Johan
demam hari ni, aku risau. Tadipun bapa mertua aku yang hantar aku” kata Didi.
“Ah.. Joe
demam, kau datang dengan mertua kau?” nada suara Tirah seakan terkejut.
“Hemm.. kan kau tahu malam tadi kami celebrate our sixth wedding anniversary. Mertua aku
yang jaga Rissa, sebab dah lewat, kami, bermalam kat sana”cerita Didi panjang
lebar kepada temannya. Si Tirah, hendak tidak hendak terpaksa sahaja mendengar
cerita pendek si Didi.
“Ohhh..” itu sahaja yang boleh disebut
Tirah. Hendak buat bagaimana, tadah aje telinga, dah orang hendak bercerita..
“Petang nanti kalau Johan tak jemput,
kenalah aku balik naik teksi, kejap-kejap lagi aku rasa nak call mummy, tanya kesihatan Johan” ujar Didi
mendatar, risau juga dihati, suami yang tidak sedap badan.
“Tirah, kalau dia tak sihat jugak, aku
emergency aje esok, ni aku kata, kalau dia tak sihat lagi. Kalau dia sihat, aku
datanglah macam biasa. Ya, tengok esok macammana kesihatan Johan”nada bimbang
bukan kepalang sahaja Didi.
“Kau ambil cuti ajelah Didi, cuti kau
kan banyak, sekarangpun taklah sebok sangat” Didi angguk, betul juga kata
Tirah, ambil cuti dan temankan tuan doktor yang tidak sihat tu. Biar dia pula
yang menjadi doctor.
“Ah ah, ye jugak, kejap lagilah aku isi
borang..baik aku cuti aje kan?”akhirnya Didi bersetuju dengan cadangan Tirah.
Sebaik sahaja Tirah beredar, Didi
menghubungi mummy Rina.
“Mummy, Di ni, mummy okey ke jaga Rissa?
Meragam tak budak tu? Risau jugak Di kat sini..” tanya Didi kepada mummy Rina.
Tujuan sebenar hendak bertanya kesihatan
Johan, tetapi sebelum itu tanya dulu hal anak, tidak mahu pula seperti
terang-terang bertanya hal si suami. Sopan sikit Didi, jangan nampak ketara sangat. Nanti nampak pula
mengada-ngada.
“Ni ahh..
ada kat mummy.. ni, tak mahu tidur. Rissa.. Rissa dengar ni, mama call..”
terdengar suara mummy bercakap dengan Rissa.
“Mum, abamg
Johan dah pergi klinik ke?” baru Didi bertanya mengenai Johan.
“Tadi,
Johan beritahu mummy yang dia nak off aje hari ni, dia masih tak sedap badan kataanya..”
jawab
mummy, apabila Didi bertanya hal anak besarnya.
“Ye ke mum? Risau pulak Didi. Didi
cadang nak minta boss, kalau dia boleh beri Didi ambil half day hari ini. Esok
memang Didi cadang nak cuti, dah isi borang cuti dah pun. Takut melarat sakit
abang Johan tu..” Mummy Rina lega, mengetahui si menantu sayangkan anaknya. Menantu
yang satu ketika dahulu tidak secalitpun berkenan di hati, maklumlah menantu
yang berpakaian seperti kelambu. Nasib baik Johan memilih perempuan yang berkelambu
dari si perempuan yang kurang kain. Jika tidak tak tahulah apa yang terjadi.
Fikir mummy Rina, sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak teruk mana mummy rasa, katanya dia penat
aje. Tapi kalau Didi nak cuti bagus jugak” mummy bersetuju agar Didi bercuti
sahaja.
Dia gembira,
Rissa bakal akan lama bersamanya.
“Sekarang
biar dia rehat aje. Mummy rasa dia sedang tidur tu, tadipun makan sarapan tadi
dia tak lalu. Kejap lagi mummy tengok dia, sebab nak suruh dia makan sikit,
takut perut tu kosong..dapat penyakit lain pulak” kata mummy buat Didi rasa
lagi tidak senang.
Dia sebagai
isteri, yang sepatutnya berada di sisi suami yang kurang sihat, bukannya ibu si
suami. Tetapi apakan daya, dia sedang bertugas.
Kata hendak menjadikan Mutiah sebagai perempuan contoh, tetapi sekarang
ibu mertua yang menjaga suami, apa cerita. Mana contohnya?
Siapa yang
mengikut contoh si Mutiah? Hemm alah! Salah watak...
***
Tangan
terus mengelebek fail. Sudah beberapa kali menyelak fail, tetapi Didi tidak
dapat tekun dengan tugasnya. Tadinya yang dia ingat, dia masih ada memegang
satu borang cuti yang belum di isi. Rupanya dia menyelak fail, semata-mata
mencari borang tersebut. Entah terselit di dalam fail. Kelebek punya kelebek..
tiba-tiba muka yang tadinya mencerut, tiba-tiba ceria dengan senyuman. Borang
sudah di jumpai. Kemudian Didi berjalan pantas menuju ke bilik boss.
“Kak Mizah,
boss ada tak?” tanya Didi kepada Pembantu Khas Ketua Pengarah., Puan Amizah
namanya. Terkejut juga kakak yang sudah separuh umur itu mendengar teguran si
Didi. Di mana salamnya. Ish..ish..ish..
“Ada! Tapi dia dengan
Encik Fairuz, apa hal Puan.?.” bertanya pula si Pembantu Khas kepada Didi.
“Ni ah.. borang cuti, saya nak cutilah
kak, esok dan lusa, suami saya tak sihat” kata Didi.
“Ohh.. borang cuti, boleh beri aje kat
akak, nanti akak beri pada Encik Idham. Bila dah lulus nanti akak beri balik kat Puan, boleh?”
kata Mizah lagi.
“Saya nak
minta balik awal jugak hari ni, tu yang perlu jugak jumpa boss tu, kak..” kata
Didi lagi.
“Ohhh..
kalau macam tu, Puan tunggulah kejap. Atau
puan nak akak call puan bila boss free nanti..” kata Mizah lagi.
“Tak apalah kak, saya tunggu, kalau lama
sangat baru saya tunggu kat bilik saya…” Mizah hanya mengangguk. Mengerti Didi
pasti risau keadaan suaminya sendirian di rumah, tanpa dia mengetahui Johan di
rumah ibunya, dia tidak bersendirian.
Mengelisah
Murni, dari lima ke sepuluh, namun boss masih ada bersama second boss. Sabar
ajelah.
“Selamat
pagi tuan” berdiri Didi sebaik sahaja Encik Fairuz, Timbalan Ketua Pengarah
keluar dari bilik big boss.
Itu sudah
masuk waktu yang ke dua puluh minit menunggu. Jika dia menunggu sehingga
setengah jam, dia akan belah.
“Ah.. Didi,
apa hal pagi-pagi kat bilik boss ni..” tanya boss nombor dua.
Didi hanya
sengeh. Tidak perlu rasanya Timbalan boss mengetahui masalah peribadinya.
Dibiarkannya sahaja Encik Fairuz berlalu pergi tanpa mendapat jawapan darinya.
“Puan,
Encik Idham kata puan boleh masuk..” Mizah menyekang pintu untuk membenarkan
Didi masuk berjumpa big boss dan kemudian meningggalkan Didi dan Encik Idham di
dalam bilik.
Yang Mizah
tahu, selang beberapa minit Didi keluar dengan senyuman. Senyum kerana cuti
diluluskan atau kerana mendapat kebenaran pulang awal hari ini. Atau mungkin
senyum untuk kedua-duanya sekali.
“Kak, nah
borang cuti saya, jadi saya balik awal hari ini dan cuti esok dan lusa, minggu
depan saya kerja seperti biasa. Akak tolong hantar kat admin ya! Hemm.. dan
lagi satu, saya balik pukul 3 hari ini.. terima kasih ya kak..” kata Didi dan terus
meninggalkan bilik Mizah.
Mizah hanya
memandang Didi meninggalkannya. Kan dah kata, senyum kerana mendapat
kelululusan kedua-duanya. Puan Nurnadirah Salmi akan bercuti selama dua hari,
esok dan lusa. Dan hari ini akan pulang awal. Borang cuti kena di hantar ke
Bahagian Pentadbiran.. Faham tu Mizah…Mizah memasukkan borang yang diberi Didi
ke dalam folder dan akan dia hantar ke Bahagian Pentadbiran sebentar lagi
bersama beberapa dokumen lain juga ke distinasi yang sama. Dah memang tugasnya, lawatan ke Bahagian
Pentabiran sudah bagai pejabat keduanya, ada sahaja yang perlu dia hantar ke
sana. Namapun Bahagian Pentadbiran, sudah tentu segala urusan perlu di hantar
di sini, sebagai pusat pentadbiran. Bagi si Amizah, itu tidak menjadi
masalahnya, sekurang-kurangnya, dia dapat keluar sekali sekala dari biliknya
yang seconet itu.
3 comments:
Saya sudah kehabisan modal untuk cerita ini.
ala....dah lama tak baca kisah si sengal Didi ni.....teruskan lagi.
mak ieteng, bukan tak mahu sambung, tapi belum habis lagi cerita ni..idea tak banyak. Baru siap beberapa chapter. nanti bila dah tamat, saya postkan ya..
Post a Comment