Untuk makluman pembaca yang mengikut coretan ini, seperti karya-karya yang lepas saya akan delete karya 15 chapter terakhir. Untuk JYT karya bermula Bab 30. Di harap pembaca yang mengikuti memaklumkan kepada saya yang mereka sudah membacanya.
Tambahan pula, saya sudah mendapat teguran kerana upload terlalu banyak chapter, membuat cerita sudah menjadi basi dan tidak mendapat perhatian penerbit. Itupun jika ada penerbit yang berminatlah..PERASAN!!
Bab 31
Aku ke bilik stor. Semua kotak aku buka, mencari satu
kotak yang hampir aku lupa. Tetapi hari ini aku teringatkan kotak ini. Kotak
itu seakan-akan memanggil aku agar aku mengeluarkannya semula setelah sekian
lama terpuruk di dalam stor.
Lepas satu kotak ke satu kotak yang sudah diseal aku
buka, namun aku tidak berjumpa kotak yang aku cari. Kemanalah agaknya.
Aku tegak berdiri, mengimbas kembali, di dalam kotak
mana yang aku simpan barang itu selama ini. Namun imbasan tidak dapat diingat
dengan nyata, perkara sudah lama, dah jadi sejarahpun, patut letak di arkib
sahaja. Perkara yang beberapa mnit berlakupun aku boleh lupa, inikan pula yang sudah
berpuluh tahun. Otak sudah tua! Ek! Bukan otak yang tua, diri aku sendiri yang
sudah...
Aku tidak putus asa. Aku gelidah semula semua kotak,
aku tidak berpuas hati, jika tidak berjumpa dengan kotak itu, aku tetap juga
akan mencarinya.
Tiba-tiba aku tersenyum.. la.. mana hendak nampak,
kotak tersebut sudah bertukar warna! Akhirnya, kotak yang sepatutnya berwarna
merah jambu sudah menjadi coklat, tetapi aku pasti itu kotak yang aku cari. Aku
lega bercampur gembira. Kenapa aku gembira? Akupun tidak tahu, perasaan gembira
datang dengan sendirinya. Dulu, hanya memandang kepada kotak itusahaja mampu
membuatkan aku menangis, tetapi hari ini lain pula jadinya. Hari ini kotak itu
membuat aku tersenyum.
Itulah emosi..emosi yang boleh bertukar-tukar.
6 comments:
Alahai sedihnya..
i would say yg sesuai jd abg rafiq ialah aqashah atau adi putra..emm mcm mana..vanidah imran as lyna, pierre andre as fahmi :)
Saya pilih Aqashah ah!, itu boleh abang Rafiq versi muda. Versi veteran?
Siapa sudi, boleh saje join sembang-sembang ni..saje suke-suke
Haha..ya do join..utk suka2..
seriously rose..i like to see this story diadaptasi jd movie..i like the storyline..
Abg rafia versi veteran..nanti i cari ilham dlm mimpi..haha
Glad to know that, at least somebody appreciate it..Thank you blu4sky.
But I feel small, knowing that I'm just day dreaming..
Macam tu lah lebih kurang cakap orang putehnya...anyway, writing mush go on.. and on.. and on..
cerita yg menarik rose... kalau dapat diadaptasi ke drama tentu lebih menarik penghayatan ceritanya. tahniah rose...
Post a Comment