Monday 29 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 31



Untuk makluman pembaca yang mengikut coretan ini, seperti karya-karya yang lepas saya akan delete karya 15 chapter terakhir. Untuk JYT karya bermula Bab 30. Di harap pembaca yang mengikuti memaklumkan kepada saya yang mereka sudah membacanya.  

Tambahan pula, saya sudah mendapat teguran kerana upload terlalu banyak chapter, membuat cerita sudah menjadi basi dan tidak mendapat perhatian penerbit. Itupun jika ada penerbit yang berminatlah..PERASAN!!

Bab 31

Aku ke bilik stor. Semua kotak aku buka, mencari satu kotak yang hampir aku lupa. Tetapi hari ini aku teringatkan kotak ini. Kotak itu seakan-akan memanggil aku agar aku mengeluarkannya semula setelah sekian lama terpuruk di dalam stor.
Lepas satu kotak ke satu kotak yang sudah diseal aku buka, namun aku tidak berjumpa kotak yang aku cari. Kemanalah agaknya.
Aku tegak berdiri, mengimbas kembali, di dalam kotak mana yang aku simpan barang itu selama ini. Namun imbasan tidak dapat diingat dengan nyata, perkara sudah lama, dah jadi sejarahpun, patut letak di arkib sahaja. Perkara yang beberapa mnit berlakupun  aku boleh lupa, inikan pula yang sudah berpuluh tahun. Otak sudah tua! Ek! Bukan otak yang tua, diri aku sendiri yang sudah...

Aku tidak putus asa. Aku gelidah semula semua kotak, aku tidak berpuas hati, jika tidak berjumpa dengan kotak itu, aku tetap juga akan mencarinya.
Tiba-tiba aku tersenyum.. la.. mana hendak nampak, kotak tersebut sudah bertukar warna! Akhirnya, kotak yang sepatutnya berwarna merah jambu sudah menjadi coklat, tetapi aku pasti itu kotak yang aku cari. Aku lega bercampur gembira. Kenapa aku gembira? Akupun tidak tahu, perasaan gembira datang dengan sendirinya. Dulu, hanya memandang kepada kotak itusahaja mampu membuatkan aku menangis, tetapi hari ini lain pula jadinya. Hari ini kotak itu membuat aku tersenyum.
Itulah emosi..emosi yang boleh bertukar-tukar.




6 comments:

blu4sky said...

Alahai sedihnya..
i would say yg sesuai jd abg rafiq ialah aqashah atau adi putra..emm mcm mana..vanidah imran as lyna, pierre andre as fahmi :)

Rose Ezadora said...

Saya pilih Aqashah ah!, itu boleh abang Rafiq versi muda. Versi veteran?

Rose Ezadora said...

Siapa sudi, boleh saje join sembang-sembang ni..saje suke-suke

blu4sky said...

Haha..ya do join..utk suka2..
seriously rose..i like to see this story diadaptasi jd movie..i like the storyline..
Abg rafia versi veteran..nanti i cari ilham dlm mimpi..haha

Rose Ezadora said...

Glad to know that, at least somebody appreciate it..Thank you blu4sky.
But I feel small, knowing that I'm just day dreaming..
Macam tu lah lebih kurang cakap orang putehnya...anyway, writing mush go on.. and on.. and on..

Unknown said...

cerita yg menarik rose... kalau dapat diadaptasi ke drama tentu lebih menarik penghayatan ceritanya. tahniah rose...