Bab 26

Rissa
dengan riangnya sudah siap sedia duduk, di dalam bentuk perahu Noah Ark, perahu
bergoyang mengikut irama yang berdendang. Rissa yang baru pandai duduk,
memegang rail besi, apa lagi, tertipu, konon sedang berada di samundra yang
luas bersama-sama binatang yang dilukis di badan perahu.
Teranguk-angguk
sahaja dia mengikut goyangan perahu.
Didi
menepuk tangan agar Rissa memandang ke arahnya. Johan pula meletakkan tangannya
di belakang Rissa, manalah tahu Rissa terlepas pegangan besi.
Khayal
punya pasal! Bukan boleh percaya budak comel itu!