Bab 11
Thursday, 30 January 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 11
Saturday, 25 January 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 10
Bab 10
“Dah siap” terkejut Atirah mendengar
suara Didi yang tiba-tiba muncul didepan pintu. Tirah yang masih leka mengadap
computer tidak perasan kehadiran Didi yang berdiri, siap dengan beg berselepang
di pinggang. Kemana pulak makcik ni hendak pergi. Berkerut mukanya memandang
Didi yang nampak hairan dengan memek muka Tirah.
Tirah menepuk dahi. “Sorry.. sorry,
terlupa.. sebok updating benda ini…” sambil menolak beberapa helai kertas,
hanya dia yang faham. Kemudian mata melihat jam tangan dilengan.
“Dah lunch time ke?” tanya Tirah.
“Belum, lagi 10 minit..” jawab Didi
selamba.
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 9
BAB 9
Johan membongkokkan dirinya, menunggu
bola yang akan beralih masuk ke padangnya. “Kelepok“ bunyi bola yang di hantarnya kembali semula
kepadanya, apabila Ilham menepis bola itu. Senada sahaja bunyi bola yang
berpindah dari padang Johan ke padang Ilham dan kemudian kembali ke padang
Johan. Sebiji bola yang sekejap di padang Ilham dan kemudian kembali di padang
Johan dan seterusnya, berulang kali. Hanya bunyi kelepak dan kelepok sahaja bunyi
bola tennis yang rancak di pukul oleh reket Johan dan Ilham. Bukan selalu dua orang
doktor ini dapat bertemu dan beriadah di hujung-hujung minggu. Memang jarang,
jika dulu, dua orang sahabat ini sentiasa ada masa untuk satu sama lain, tetapi
sejak masing sudah berkeluarga dan masing-masing sudah mempunyai tanggungjawab
dan berkeluarga, mereka memang jarang bertemu. Johan sebok dengan kliniknya,
manakala Ilham sebok di dua hospital swasta yang dia berkhidmat. Selalu sahaja
ada halangannya, walaupun pada hujung minggu. Hari ini mereka dapat bertemu dan
mereka membalas dendam dengan memukul bola. Kelepak kelepuk sahaja bunyi yang
kedengaran, berpeluh-peluh mereka menghayun reket. Pergerakannya tidak banyak,
tetapi cuaca panas yang lebih menyumbang mereka untuk berpeluh.
Saturday, 18 January 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 8
BAB 8
Merajuk sudah, menangis sudah, kena
pujukpun sudah.. apa lagi hendak!.
Air mata Didi sudah kering. Perutpun
sudah kenyang. Dalam merajuk, selera ada pulak. Kini hanya perlu melelapkan
mata disebelah orang yang Didi sayang.
“Di.. tadi mummy telefon abang, dia
minta kita ke sana hujung minggu ni, Johanna balik cuti” Johan memulakan
bicara. Belum sempat Johan menghabiskan ayatnya, Didi yang tadinya mengereng
terus berpaling kearah Johan.
“Ah..Anne ada balik?” gembira sungguh
dia. Jika Johan memeritahu akan kehadiran Anne adik iparnya, tentu Johan tidak
payah susah payah hendak memujuknya.
Tuesday, 14 January 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 7
BAB 7
Lupa
mereka ada tetamu. Terlambat bangun! Kena leter emaklah nampaknya. Kalah dengan
sang matahari yang cantik bersinar diufuk timur. Selalunya mereka sudah berjaga
sewaktu matahari masih malu-malu bersinar. Tersasar pula pagi ini. Didi,
menyegerakan subuh gajahnya. Johan digerakkan. Terbuntang mata Johan, dia juga terkejut.
Tidak pernah-pernah dia bangun sebegitu lambat, jam 7 am. Ini semua gara-gara
Didi yang tidak sudah sudah memberinya kerja lebih masa. Di Klinik kena buat
overtime, dirumah juga ada overtime Namun dia riang, kerja lebih masa ini lebih
baik dari kerja overtime di Klinik.Thursday, 2 January 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 6
BAB 6
Mesyuarat tamat lewat pula hari ini. Hampir maghrib
baru semua keluar. Banyak issue yang dibangkitkan dan perlu diambil tindakan.
Kelewatannya pulang petang ini telah Didi maklumkan kepada Johan melalui sms
sahaja. Dan. nampaknya misi Diktatif Conan tidak dapat dilaksanakannya petang
ini.
Terus sahaja Didi berjalan pantas
meninggalkan Atirah sebaik sahaja boss memaklumkan mesyuarat sudah tamat.
“Lajunya kau jalan tu kenapa.. macam
kena kejar hantu aje?” tanya Tirah yang terhenjut-henjut mengepit fail mengejar
Didi yang tetap berjalan pantas.
Subscribe to:
Posts (Atom)